Sunday, 17 August 2008
[Monolog] : Pembukaan 10% kuota UiTM kepada bukan Bumiputera - Bahagian 1 > Latar belakang undang2...
Bahagian 1 : LATAR BELAKANG UNDANG2
Dah lama aku tak tulis entri berkenaan isu-isu semasa pengetahuan am. Sebab kadang-kadang, apa yang bermain difikiran aku semuanya lenyap macam tu aje bila difikirkan kerja-kerja, nota-nota, dan ilmu-ilmu yang masih berserabut caca merba tak disusun-kemaskinikan. Tapi, isu yang satu ni melibatkan aku secara langsung.
Sebelum kita kupas tentang topik entri aku ni, aku rasa ada baiknya kalau aku terangkan serba sedikit pasal latar belakang undang-undang yang berkaitan.
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan [Article 153 of the Federal Constitution] di bawah tajuk Reservation of quotas in respect of services, permits, etc, for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak, mengatakan bahawa:
153 (1): Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan yang sah bagi komuniti-komuniti yang lainnya, bersesuaian dengan kehendak Perkara 153
153 (2): Tertakluk kepada Perkara 40 dan Perkara 153, Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya di bawah undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan yang mana bersesuaian, untuk melindungi hak-hak istimewa ini dan memastikan yang orang-orang Melayu serta Peribumi Sabah dan Sarawak mendapat tempat yang sewajarnya dalam perkhidmatan awam [kecuali negeri], biasiswa, keistimewaan pendidikan seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan, serta permit dan lessen, jika berkenaan
Dalam bahasa mudahnya, Perkara 153 memperuntukkan bahawa kaum Melayu dan Peribumi Sabah / Sarawak mempunyai keistimewaan tertentu yang tertakluk di bawah Perlembagaan dan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa jua perkara yang dirasakan bersesuaian oleh baginda untuk memastikan keistimewaan ini terjaga.
Manakala Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa [Article 160 of the Federal Constitution], Melayu itu adalah orang yang:
1] Menganut agama Islam
2] Bertutur menggunakan bahasa Melayu
3] Mengikut adat dan budaya Melayu
Peribumi Sabah dan Sarawak tidak ditakrifkan dalam Perkara 160 kerana takrifan mereka adalah di bawah Perkara 161A.
Perkara 161A (6)(a): Peribumi Sarawak adalah warganegara yang tertakluk kepada Perkara 161A (7) sebagai peribumi atau kacukan daripada suku-suku yang terdapat dalam Perkara 161A (7).
Perkara 161A (6)(b): Peribumi Sabah adalah warganegara yang merupakan anak atau cucu Peribumi Sabah, dan dilahirkan [sama ada pada atau selepas hari Malaysia atau tidak] di dalam negeri Sabah atau oleh seorang bapa yang bermastautin di Sabah semasa hari kelahiran.
Perkara 161A (7): Peribumi Sarawak adalah Bukitan, Bisayah, Dusun, Orang Laut, Dayak, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah [termasuk Sabup dan Sipeng], Kajang [termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong, dan Kanowit], Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun, dan Ukit].
Ramai orang yang tak tahu, sebenarnya perkataan Bumiputera tak wujud pun dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Perkataan Bumiputera tak wujud sebab ia adalah sebahagian dari ‘convention’.
Kalau kat United Kingdom, ‘convention’ adalah sebahagian dari sumber undang-undang mereka. Tapi, kat Malaysia, ‘convention’ tak mengikat secara perundangan [not legally binding] tapi diterima sebagai satu kemestian. ‘Convention’ ni bahasa mudahnya macam kebiasaan. Contoh ‘convention’ kat Malaysia ni macam jawatan Timbalan Perdana Menteri [tak ada peruntukkan untuk jawatan ni dalam Perlembagaan], perkataan Bumiputera, dan sesi serah beg bimbit sebelum penyampaian Belanjawan Negara.
Bersambung.... [Bahagian 2 : Latar belakang UiTM]
14:20 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, isu semasa
Thursday, 14 August 2008
[Fotolog] : Selingan...
21:24 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (5) | Email this | Tags: uitm, gambar, foto, art
Saturday, 09 August 2008
[Fotolog] : Alumni Homecoming UiTM 2008...
00:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, homecoming, alumni
Monday, 28 July 2008
[Monolog] : Kelas tak ada esok...
23:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, seminar pensyarah
Saturday, 26 July 2008
[Monolpg] : Bosan...
Hari ni bosan tak buat apa-apa pun. Pagi tadi Akmal dgn Rem pergi kampus sebab Jihad ada game untuk Sukan Antara Fakulti [SAF]. Aiman pergi Koko. Aku dok mengeroh lagi dalam bilik. Kalau bukan sebab Akmal call aku tadi, memang tak terjaga aku. Huhu..
Lepas tu Rem balik dia ajak aku pergi CC. Aku pun on jela... Petang ni dengan malam ni tak tau nak buat apa... Nak buat apa ye??
15:02 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, bosan
Thursday, 24 July 2008
[Monolog] : Hidup...
Sem ni kenapa ntah aku rasa macam perlahan semacam je gerak geri momentumnya. Ada kelas tak mula lagi. Walaupun dah 3 minggu, ada kelas yang baru sekali dua je jumpa. Aku tak bolehla nak cakap kelas apa.. Nanti kalau ada lecturer baca blog ni, boleh kena gantung aku.. haha... Tapi sem ni aku rasa aku suka subjek Mooting. Sebab subjek ni macam satu subjek simulasi untuk keadaan di mahkamah nanti.. Tapi baru 2 kelas.. Jadi tak tau apa nak jangka.. Kita tengok nanti.. ;p
Esok, pagi mungkin aku dengan Akmal pergi MBSA. Nak hantar permit niaga bulan Ramadan. Mak aku nak niaga kat bazar Seksyen 28. Harap-harap boleh bangun awal esok. Sebab aku sekarang dalam medikasi. Aku kena makan ubat yang aku dapat kat Poliklinik Komuniti Shah Alam semalam. Sebab hidung aku ni hyper-sensitive doktor kata. Jadi, ada habuk tak boleh guna penyapu atau feather duster / bulu ayam. Kena guna penyedut hampagas...err.. vakum la tu..huhu.. Adohai..
Apa-apa pun, esok petang ada kelas Legal Research & Methodology. Pukul 2 lecture. Pukul 4 tutorial. Tutorial buat kat Pusat IT PTAR 2... Ada internet.. kehkehkeh.. [gelak jahat...]...
Oklah..dah lewat malam ni.. Aku kat cc seksyen 8.. Kang balik lambat kang tak bangun pulak pagi esok kang... Chalo dulu.. hehe..
00:40 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: kelas, uitm
Friday, 18 July 2008
[Videolog] : Kenangan BLS (Hons.) Part 3...
22:30 Posted in [Videolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, bls, law
Monday, 07 July 2008
[Fotolog] : Jom jalan2 & STEP [Thailand - Gangstarz]...
Aku tak pernah sampai kawasan Mutiara Damansara. Tapi semalam, lepas dah letak barang-barang kat rumah sewa Seksyen 8 [aku tak jadi balik hari Sabtu], aku, mak aku, Ijat dengan Ramzi pergi makan kat Ani Sup Utara Seksyen 8. Lepas tu, aku sekali dengan Akmal, Rem, ngan Jihad pergi jalan-jalan untuk beli barang kat Mutiara Damansara. Kitorang parking kat Ikano. Lepas tu aku beli selipar kat Tesco. Akmal beli barang-barang dia. Kat situ, kitorang makan kat Kluang Station. Best gak kat situ [walaupun aku minum air teh cina aje..hehe]
Cineleasure Damansara... first time smpai..hehe.. ;p
Kluang Station...
Macam kat Kluang Station yang betul2 punya..hehe
Nak balik dah...aku tak sihat sebenarnya..huhu
Aku pakai selipar baru.. RM 3.90 je... Kat Tesco M. Damansara..hehe
Lepas tu, hari ni pulak pergi SACC Mall. Ada barang tak cari lagi. Lepas tu Ramzi pulak nak cari minyak wangi. Akmal pulak nak cari beg... Tengah jalan-jalan masa kat luar Watsons, aku ternampak seorang perempuan ni. Eh, macam kenal... Lama aku perhati, rupanya itu ahli kumpulan Step, peserta Gangstarz 2 2008 dari Thailand. Aku memang ikut Gangstarz dari awal [sebab aku suka bila rancangan ni menampilkan muhibah antara negara-negara ASEAN]...
Agak segan nak mintak bergambar. Jadi, bila dah lama tu, aku dengan budak-budak ni jumpa Santa [Santhawan], interpreter Step... Mintak bergambar... Jadi, jom bergambar...hehe
Dengan kumpulan Step [Thailand...]
Peace.. Dalam byk2 tempat, SACC jugak tempat Step shopping... Apala yang ada kat sini.. huhu.. Tapi, ingatkan diorang dah balik Thailand... Ada lagi diorang ni rupanya.. ;p .. Yang tangkap gambar-gambar ni, Santa...
23:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (4) | Email this | Tags: Mutiara Damansara, jalan-jalan, makan-makan, uitm, step, gangstarz, sacc
Saturday, 28 June 2008
[Monolog] : Cuti dah nak abis...
Agh... bosan2... Cuti tinggal lagi seminggu je. Minggu depan hari Sabtu aku dah balik rumah sewa aku kat Seksyen 8 tu. Kalau ikut malas ni nak balik. Sebab apa malas? Sebab pertama aku kena belajar balik. Aduh!~ Malasnya aku nak perah otak ni... Sebab dah diperam lama ni.. ;p
Lepas tu aku dah tak boleh online selalu. Cuti ni, aku hari-hari online. Sampai dah tak tahu nak bukak laman menda dah. Nanti dah balik UiTM, memang konfemlah aku ketagih internet ni balik. Blog ni pun mesti jadi sesawang nanti. Ahh.. tidak!!! Aku tak nak blog ni dipenuhi sawang-sawang. No no no..~
Aaa.. semalam pegi KL. Amek adik aku kat Asrama Toh Puan Norashikin kat Cochrane tu. Sebelum tu pergi sekolah dia dulu, amek repot card. SMK Cochrane. Seronok gile skola tu. Bangunan cantik, kantin lawa, sekolah besar. Tapi skolah aku dulu pun best jugak.. huhu..
Tadi merayap-rayap kat tenet ni, jumpa blog junior aku kat SMAP...[Lutfi]. Baca blog dia yang penuh dengan gambar-gambar kat skolah, buat aku rasa rindu giler kat zaman skolah. Lepas tu, jalan-jalan lagi, terserempak pulak dengan blog 'kawan' lama aku mase kecik2 dulu...huhu...[Kawan lama]... Lepas tu, terjumpa pulak blog sepupu aku... [Iqa]...
Kalau orang kate dunia ni kecik, dunia maya ni lagi kecik. Silap2 time jalan2, aku ada atau akan terserempak dgn Kak Hana, Hijazi, Ame, Bro Rudy, dan lain2 bloggers, yang aku kenal kat sini, tapi tak pernah jumpa kat sana...
Ap02 jolah...~
20:53 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (3) | Email this | Tags: bloggers united, uitm, cuti semester
Thursday, 27 March 2008
[Monolog] : PTAR dah best...
Hari ni tutorial Admin Law tangguh. Tapi, kitorang kena pergi PTAR sebab nak kena cari bahan untuk pembentangan Khamis depan. Masuk PTAR, tengok Pusat IT, fuh, dah best..hehe
Dah tambah komputer, dah besarkan bilik, lepas tu monitor dengan CPU semua tukar baru. Pakai Vista lagi...
Aku sayang UiTM..hahaha...
p/s: Lepas ni ada French III... Malasnya nak pergi..huhu.. Ish! Tak boleh malas.. Kena pergi.. ;)
15:24 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, PTAR 2

















