Sunday, 31 May 2009

[Fotolog] : Qiamulail & LCCT...

29 - 31 Mei [Jumaat sampai Ahad], SK Alam Megah Dua buat qiamulail kat Masjid Al-Munawwarah Seksyen 27. Aku kena jaga malam hari Jumaat sampai pagi hari Sabtu. Kena tidur dengan budak2 kat masjid. Kena datang pukul 10.30 - 10.45... Tapi, sebab amek adik Ati kat Asrama Yayasan Selangor KL, pastu makan kat R&R Awan Besar lagi, last-last pukul 11 lebih baru aku sampai.

Sampai2, diorang tengah sesi taaruf. Pastu minum malam semua. Nak suruh tido, punyalah payah. Macam zaman aku dululah. Bila ada program macvam macam ni, mesti excited tak nak tidur. Tengah budak2 tu dipaksa tidur, ada budak kentut. Habis semua gelak. Diorang tidur kat tingkat atas masjid. Ada sorang parents mula2 nampak aku, dia tanya, Fasi ke? Aku kata, tak... Cikgu... Terkejut  dia. Cikgu muda sangat... Hehehe. Parents tu anta sorang anak dia suruh tengok2kan adik dia.

30/5 - Pukul 1 macam tu ramai dah tidur. Bangun patutnya pukul 4.30. Tapi, budak perempuan, masa aku terjaga pukul 4 pagi, semua dah mandi dah. Budak lelaki semua bangun 4.30 ke atas. Aku lepas budak2 semua dah bangun, sambung tidur sekejap. Lepas budak2 masuk dewan untuk qiamulail, baru aku mandi. 1st time mandi kat masjid. Haha...

 

Murid2 lelaki dikejut brother2 fasi...

Photobucket

Qiamulail...

Photobucket

Lepas tu, diorang riadah, sarapan semua, aku pun join la bersarapan. Makan bihun goreng yang sangat sedap. Sebab banyak daging. Hahaha... Lepas balik rumah, aku siap2 nak hantar pembantu rumah aku, Kak Een pergi LCCT-KLIA. Sebab dia balik Indonesia. Dah 3 tahun dia tak balik, jadi dia amek cuti khas... Hehehe... Kak Een dah lama dengan famili aku. Dah bertahun2 dah. Dah macam famili sendiri. Huhu... Sebelum sampai LCCT, kitorang makan kat R&R Dengkil. Balik pun sama. Dah lama tak singgah R&R Dengkil. Masa aku kat SMAP dulu, sebelum sampai Nilai, selalu singgah makan sini dulu. =)

 

Mak dengan Kak Een...

Photobucket

Beratur nak check-in. Ramainya orang...

Photobucket

Beratur... ni kaunter lain..huhu

Photobucket

Kesibukan di LCCT...

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

p/s: Jumpa ustaz Asri Rabbani dan isteri. Pakai baju Melayu warna ungu... =)

[Fotolog] : Sekilas...

Tak sempat nak update blog. Huhu... Ni sekilas apa yang berlaku sepanjang aku tak update blog ni...

22 Mei 2009

My birthday, murid2 mula PKSR 1, murid2 4 Jujur n 5 Tekun nyanyi lagu besday, jalan2 g SACC ngan kompleks PKNS, jmpa adiah budak bagi masa hari guru kat KK Lifestyle Store, makan kat pakli ole-ole, dpt present.. =)

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

23 Mei 2009

LADAP [Latihan dalam Perkhidmatan]. Kira macam kursus dalaman. Buat NiE [newspaper in education], ada ice breaking ngan workshop utk buat interactive slides.

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

24 Mei 2009

Besday mak. Abah baru balik dari lawatan kerja ke Surabaya, Indonesia. Makan kek sempena besday aku 22/5 ngan mak 24/5... Dapat ole2 dari Indonesia.

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

Wednesday, 20 May 2009

[Fotolog] : Hari guru peringkat sekolah...

Panas betul malam ni. Kenapa entah. Dah la siang pun kering je. Tak berangin. Kat sekolah kadang-kadang sampai 5 botol + tin air aku minum. Huhu.. Entri ni ingat nak buat semalam. Tapi tak sempat sebab mak aku suruh balik dari ofis cepat...

Hari ni aku buat ulangkaji je. Sebab Jumaat ni mula periksa. Tapi, macam biasa 2 kelas terakhir yang aku ajar kena marah ngan aku. Adala sorang murid 5 Tekun ni, tak pernah buat kerja termasukla kerja cikgu yang aku gantikan ni. Lepas tu, aku tengah mengajar, dia pergi kacau orang lain. Mengamuk aku dalam kelas. Terus senyap semua. Huhu..

Satu lagi tahun 4 Amanah. Aku bagi kerja senang je. Tapi tak siap. Sorang-sorang yang tak siap aku interview. Sorang budak laki siap dah genang2 air mata dah. Huhu... Tapi aku bukan marah sebab apa... Sebab sayang... Aku nak diorang jadi orang. Sebab cikgu-cikgu lain macam dah tak larat nak buat apa. Tu yang aku, Hazwani ngan Afiza [2 orang guru ganti lain] selalu aje bagi motivasi free kat diorang ni. Huhu...

Semalam hari guru peringkat sekolah. Aku masuk acara sukaneka kayuh basikal paling lambat. Tapi kalah. Huhu.. Budak-budak tanya "Cikgu, kenapa kalah ni? Penat kitorang sokong cikgu". Huhu... Lepas tu, ada satu slot khas pemberian hadiah kepada guru pilihan. Malam sebelumnya [malam kelmarin] aku dah tanya adik aku, Ijat. "Jat, abang ni dah la baru seminggu je kat sekolah ni. Nanti tak dapat hadiah, tak ke segan pulak...". Sebabnya, sesi pemberian hadiah tu dibuat masa lepas cikgu2 nyanyi lagu Guru Malaysia ngan Guru Pembina Negara Bangsa. Jadi, cikgu2 duduk atas kerusi, budak2 cari cikgu.

Tapi, bila mula je sesi tu, rasa kelakar plak. Ada jugak yang nak bagi hadiah. Huhu... Mula2 sorang murid tahun satu. Aku tak ajar dia pun. Tiba2 dia bagi hadiah. Aku tanya, "Untuk cikgu ke?". Dia pun angguk. Aku pun amek jela...Huhu.. Pas2 pengawas lak sorang dapat satu mug untuk bagi kat cikgu. Cikgu2 lain dapat sorang satu, aku dapat dua. Pas2 bila murid tahun empat ngan lima punya waktu bagi hadiah, hah, bertimbun2...Huhu.. Terima kasih la kat semua murid yang bagi hadiah. Semua kena belajar rajin2 tau?! =)

Reaksi cikgu2 plak:

1] Ish... ni kalah cikgu betul! Hehe..

2] Ni rasuah murid2 ke ni? ;p

3] Waa...cikgu feveret ek ni?

4] Cikgu paling ensem, baru ngaja seminggu pun dapat banyak hadiah dah... ;)

5] Mana aci ni.... baru aja sekejap dah dapat satu beg hadiah...

6] -_-* ... speechless

7] ni guru besar punya komen: Kan saya dah cakap. Muka awak tu ada nilai. Kan saya dah pesan suruh bawak beg besar siap2.

Kesimpulannya, kelakar betul aku rasa semalam. Huhu....

Oklah, kat bawah ni gambar-gambar majlis...

 

Photobucket

Lepas ucapan, nyanyi ngan sesi pemberian hadiah, murid rehat. Ni lepas rehat...

 

Photobucket

Acara guru lelaki ke-2, cucuk manik. Acara kayuh basikal tak ada gambar sebab aku terlibat...

 

Photobucket

Cikgu lelaki tunjuk bakat cucuk manik...

 

Photobucket

Murid2 jadi penonton...

 

Photobucket

Acara cikgu perempuan, makan 3 rasa. Makan roti perancis cicah sirap campur peria... fuh! huhu...

 

Photobucket

Acara dewan...

 

Photobucket

Staf sokongan pentadbiran menari pop yea yea... hehe...

 

Photobucket

Cikgu Ikram wat unplugged...

 

Photobucket

Pentadbir skola [GB, PK1, PK HEM, PK KOKO] wat Tarian Kipas...

 

Photobucket

Sebelum - Hadiah aku dapat... huhu...

 

Photobucket

Selepas - Hadiah2 dah dibukak.. =)