Monday, 07 September 2009
[Fotolog] : Mengarut!
Aku faham. Pengangkutan awam, terutamanya yang pakai minyak macam bas dan teksi, dah dibenarkan naik tambang, sebab harga tambang dah lama tak disemak. Tapi, kalau harga tambang dah jadi melampau, mana boleh tahan! Entri kali ni aku tujukan khas untuk syarikat bas RapidKL.
Masa tambang lama dulu, harga pas harian untuk bas utama [contoh: Sek 2 Shah Alam ke KL] RM 2 untuk sehari. Pas harian untuk bas tempatan [pelekat hijau] RM 1 sehari. Bas bandar [pelekat merah] RM 2 sehari. Jadi, macam aku dari Seksyen 8 nak ke rumah aku kat Seksyen 28, aku naik bas tempatan dan tambang cuma RM 1. Sama jugak dengan kawan2 aku yang naik bas nak ke kampus.
Lepas tambang dah naik, tambang bas utama ikut zon. Contoh dari Sek 2 ke KL, tambang RM 3 sehala. Jadi pergi balik = RM 6. Aku tak kisah sangat dengan bas utama. Sebab secara teknikalnya, sebelum RapidKL perkenalkan sistem pas harian, tambang pergi balik Sek 2 ke KL ialah RM 5. Tapi, aku sangat tak setuju dengan struktur tambang baru untuk bas tempatan.
Dengan tambang baru ni, bas tempatan tetap RM 1. Tapi, tambang tu tambang sehala. Maknanya setiap kali naik bas, kena bayar tambang RM 1. Jadi, cuba korang bayangkan kawan2 aku yang kena naik bas ke kampus. Katakan dia duduk Seksyen 8. Dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 = RM 1. Dari Seksyen 2 ke dalam kampus RM 1. Pergi balik = RM 4. RM 4 kali 5 hari = RM 20. RM 20 kali 4 minggu = RM 80. RM 80 diorang kena spend untuk tambang bas saja.
Macam aku lagi la. Kalau nak beli Rapidpass untuk bas tempatan yang harga RM 40, rugi, sebab aku jarang naik bas. Jadi, nak tak nak, kalau aku nak balik, aku kena bayar cash. Tambang untuk balik rumah aku dulu RM 1 je. Sekarang, dari Seksyen 8 ke Hentian Pusat Bandar = RM 1. Hentian Pusat Bandar ke Seksyen 15 = RM 1. Dari Seksyen 15 ke Alam Megah = RM 1. RM 3 untuk perjalanan dalam kawasan Shah Alam je!!! Dah la bas lembab! Baik aku duduk KL kalau tambang aku sama dengan tambang ke KL.
Sebab tu, pada pandangan aku, bas utama nak naik tambang takpe, tapi kekalkan sistem lama untuk bas tempatan. Sebab yang naik bas bukan orang kaya. Orang kaya tak naik bas. Jadi, kesian diorang nak kena keluarkan duit yang banyak untuk tambang aje. Lepas tu kerajaan pulak selalu bagitau statistik, pengguna pengangkutan awam kat Malaysia rendah. Kalau sistem bagus, tambang lebih sikit, orang tak kisah. Masalahnya, dah la bas SELALU lambat, tambang mahal pulak tu...! Macam mana rakyat nak guna pengangkutan awam??
Fikir2kan la...
Gambar hakcipta: The Digital Awakening
06:18 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: isu semasa, rapid kl, pengangkutan awam, bas, malaysia, public transport, shah alam
Thursday, 03 September 2009
[Fotolog] : Provokasi melampau...
Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.
Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.
Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.
Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".
Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.
Gambar hakcipta: Malaysiakini.
13:22 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (5) | Email this | Tags: politik, isu semasa, shah alam, demonstrasi, kepala lembu, pakatan rakyat, seksyen 23, suk, kerajaan negeri
Tuesday, 01 September 2009
[Fotolog]: Jalan2 di bazar Stadium Shah Alam...
Hari ni gi bazar Stadium Shah Alam kat Seksyen 13. Kalau nak pergi bazar ni:
1- Pergi awal atau lewat. Kalau peak hour, nanti jalan sesak.
2- Kalau datang dari arah Pusat Bandar, roundabout amek kul 12. Kalau amek kul 9, nanti kena pusing ikut jalan besar tepi Poli. Jadi jauh + sesak lagi.
3- Kawal diri. Banyak giler oh makanan kat sini...! Hahaha
21:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: bazar, ramadhan, seksyen 13, shah alam, stadium, buka puasa, uitm, seharian
[Fotolog] : Hari yang panjang...
Hari ni [Isnin, 31 Ogos 2009] hari yang panjang. Dari pagi sampai tengah malam, nak lelap pun tak sempat. Huhu.. Siang pergi SACC Mall ngan Ijat hantar In. Pastu aku ngan Ijat lepak PAS. Giler ramai orang kat PAS. Nak jalan pun payah... ;p
Ramainya orang beli baju raya...
Ramai2...
Lepas balik dari PAS, kelam kabut gi Sri Muda pulak. Beli biskut Marie nak wat kek batik. Pastu gi bazar, pasang payung. Then, gi HERO beli barang mak nak wat nasik ayam, lepas tu gi niaga sampai berbuka. Memang penat...! Haha.. Pas buka dalam pukul 9.30 beli barang untuk niaga esok, pastu gi Taipan USJ hantar mak Zou... Dah hantar mak Zou gi Carlos, baru aku balik Seksyen 8.
Tiba2 kitorang wat idea giler. Mentang2 baru pas tengok Harold and Kumar Go to White Castle, kitorang pun rasa macam nak makan A&W. Last2 pergi A&W PJ Drive-In depan Amcorp Mall. Nasib baik bukak 24 jam. Kalau tak memang jadi adventure Harold and Kumar la.. Haha.. Aku makan set merdeka, Volcano Burger dengan rootbeer. Tak cukup bajet nak amek float. Hehe.. Kul 1 lebih camtu, baru la kitorang balik Seksyen 8. Giler penat! Tak sempat sampai rumah aku dah tetido dalam kete...hehe..
Akmal dan floatnya..
Rem dengan float dan ensetnya...
Aku punya set merdeka large; Volcano burger, rootbeer ngan fries.
Mana hilang?!
Muka2 kekenyangan... ;p
Akmal kepuasan... c(=
A&W PJ Drive-In...
Nak datang lagi..! hehe
02:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: cuti, uitm, harian, a&w, makan, lepak, petaling jaya, shah alam, merdeka
Tuesday, 02 June 2009
[Fotolog] : Tupai, Cuaca, dan Kura-Kura
Bosanlah hari ni. Dah 4 hari cuti, dah tak tau nak watpe. Padahal kerja ada. Huhu... Ada sejengkal kertas periksa budak2 tak bertanda lagi kat rumah tu. Dah tu ada seorang ustazah baru bersalin 2 hari sebelum cuti hari tu, kena la aku tanda kertas Pendidikan Islam yang ustazah tu punya. Untuk kelas tahun dua dengan tahun empat. Nasib baik bukan tahun satu. Kalau tak, mau pening nak baca jawi diaorang. Hehe...
Hari ni tak buat apa pun. Bangun pagi tadi, pergi Giant Putra Heights sebab mak nak tukar baju yang dia beli kelmarin. Lepas tu, kitorang masuk kedai cd. Tetiba mak aku tanya ada tak cd Memori Hits Alleycats yang keluar tv tu. Lepas jumpa, mak aku terus beli. Tak pikir apa lagi dah. Huhu.. Minat punya pasal. Balik2 terus pasang plak tu. Memang sungguh tak boleh blah.. Hehehe... Pastu balik dari Giant, makan, pastu terus pergi opis. Memang tak menariklah hari ni... ;p
Pagi, sebelum gerak pergi Giant, mak aku kata ada tupai dalam perangkap tikus. Kitorang letak perangkap tikus tu kat luar lepas kitorang dapat tangkap sekor tikus hari tu. Lupa nak letak perangkap tu dalam rumah balik. Sekali tengok2 ada sekor tupai lak terperangkap. Kesian sungguh. Huhu..
Berdarah2 hidung dia sebab dok nyondol2 perangkap tu masa dia cuba nak keluar. Gambar ni aku amek sebelum hidung dia berdarah. Lepas tu, kitorang lepaskan dia. Yang Ijat dengan Alya cakap, "kita bela la dia"... Huhu.. ;p
---
[Gambar2 di bawah guna scrapblog. Untuk tengok scrapblog, korang mesti ada flashplayer. untuk lebih baik, lepas scrapblog habis loading, tekan butang 'pause' supaya korang bleh tengok scrapblog secara manual]
Alhamdulillah, dah 3 hari berturut2 hujan petang kat Alam Megah ni. Lega sikit. Kalau tak, macam dok kat sauna. Biasanya, pukul 5.30, panas terik sungguh. Tapi tengok gambar yang aku amek semalam... Mendung je...


---
Kura-kura aku dah besar. Hehe... Alhamdulillah, sejak aku beli kura-kura ni bulan Mac lepas kat Monorail Tun Sambanthan sempena program Pets @ Monorail, kura-kura ni hidup lagi. Cuma sejak kebelakangan ni, aku dah tak cuci akuarium kura-kura ni hari2. Sebab sibuk kerja kononnya... Tapi, bila cuti plak, jadi malas. Hehehe... Bila dah besar, tahi kura-kura ni jadi makin busuk. Pening gak kepala aku bau najis dia. Hahaha...
Hari ni jugak aku beli botol makanan dia yang ke-3. Sebab yang beli kat midvalley masa kuar ngan Akmal lepas setel projek paper dulu dah habis dah. Beli kat kedai akuarium kat Pusat Bandar HICOM. RM 3.50. Tapi, mak aku ngan aku tak suka sangat kat penjual dia. Sebab tak mesra langsung. Tapi takpela. Janji makanan dia dah ada... Heheh...
Ni gambar2 terkini kura-kura aku. Letak dalam scrapblog.. =)


p/s: Pastikan korang ada flashplayer kalo nak tengok scrapblog tu.. =)
21:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: cuaca, shah alam, haiwan peliharaan, pet, petfinder, kura-kura, cuti, cuti semester, hidup, seharian
Saturday, 05 July 2008
[Fotolog] : McDonald's Mc Delivery, Penutup besi...
13:27 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: penutup longkang, pencuri besi, besi, alam megah, shah alam, mc donald's, mc delivery
Monday, 16 June 2008
[Monolog] : Jaga kebersihan...
"Awas! Kawasan kita kini diserang DENGGI!"... Banner ni mengiringi perjalanan aku ke ofis pagi tadi. Kat mana-mana dok terpampang banner [ke bunting?] ni. Hari ni pulak aku pergi ofis jalan kaki. Jadi asyik nampak jelah bendalah ni. Bila dok baca kata-kata ni, teringat aku masa tahun 2003 dulu.
Tahun 2003 aku tak pergi sekolah seminggu sebab aku risau mak aku kena denggi. Platlet mak aku sampai tinggal 20. Ayah aku siap kena derma platlet lagi. Masa tu, apa yang aku mampu buat cuma berdoa, berharap, dan berdoa lagi. Aku ingat lagi, ramai rakan-rakan blogger yang doakan mak aku cepat sembuh.
Lepas tu, tahun 2007, aku pulak kena denggi. Dahlah masa hari raya. Mula-mula tak syak apa-apa. Tapi bila rasa mual bila tengok makanan sampai aku tak lalu makan, lepas tu badan [terutamanya tangan] aku penuh ruam-ruam merah, bila cek kat klinik, platlet aku ada 120. Kurang dari orang normal yang biasanya lebih 200. Hari-hari aku kena ulang pergi klinik nak ambil darah. Sampai tangan aku jadi berlubang2 persis mat pet.
Minggu lepas, ada pelanggan nasi lemak bagitau anak dia 2 orang kena denggi. Siap kena drip. Kesian aku dengar. Sebab aku pernah tengok mak aku kena drip. Sedih bila nak pergi bilik air, dengan tangan terketar-ketar pegang benda tu.
Rakan-rakan, denggi ni jangan dibuat main-main. Kalau ada takungan air, buang. Lepas tu gosok-gosok bekas tu. Masa kat tv dulu, ada sorang doktor pernah kata, kalau siapa yang pernah kena denggi, kena lagi penyakit tu buat kali kedua, harapan nak maut memang tinggi. Sebab virus denggi ni akan kekal dalam badan kita, lepas tu dia akan jadi imun terhadap serangan kedua dan seterusnya. Tapi kalau aedes bermutasi, dan serang dalam bentuk yang berlainan, dan pengkalan data imunisasi kita tak cam, bersiap sedialah bekas pesakit denggi.
Jagalah kebersihan. Jangan kerana kebersihan, rakyat Malaysia yang muda-muda mati begitu sahaja... Hilanglah nanti harapan anak Bangsa Malaysia...
20:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: shah alam, selangor, alam megah, denggi, aedes


























