Thursday, 03 September 2009
[Fotolog] : Provokasi melampau...
Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.
Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.
Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.
Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".
Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.
Gambar hakcipta: Malaysiakini.
13:22 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (5) | Email this | Tags: politik, isu semasa, shah alam, demonstrasi, kepala lembu, pakatan rakyat, seksyen 23, suk, kerajaan negeri
Friday, 06 March 2009
[Monolog] : Anarki...
| anarki | 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll). |
Sumber dari: Kamus Dewan Dalam Talian. © Hakcipta Terpelihara mereka.
-----
Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, "Sistem yang tidak berlandaskan undang-undang melahirkan budaya yang tidak berlandaskan undang-undang." Aku setuju dengan apa yang Raja Dr. Nazrin titahkan. Undang-undang adalah asas keamanan. Tak ada undang-undang, maka tak adalah kemanan. Bila keamanan tak wujud, negara akan huru hara.
Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, ada satu ruangan dalam komik KAWAN, nama ruangan tu, 'Kalaulah...'. Ada sekali tu dia timbulkan isu, 'Kalaulah tak ada undang-undang'. Masa tu ada satu strip kartun tu dia tunjuk ada seorang mak ni dalam kecemasan, dia nak pakai public phone. Tapi, semua dah rosak sebab vandalisme. Satu lagi strip tunjuk seorang lelaki berbadan besar, pegang baseball bat. Sambil jalan, dia 'pau' orang sana sini. Polis ada dekat situ tapi tak dapat buat apa-apa. Sebab undang-undang dah tak dituruti.
Keadaan kat Malaysia sekarang macam dah ke arah tu. Ke arah keadaan ANARKI, keadaan yang undang-undang tak diguna pakai. Orang tak hirau undang-undang.
Tengok kat sekolah; buli, gangsterisme, menjadi-jadi. Semua hukum dan hukuman diambil oleh tangan sendiri. Dah tak serah ke pihak berkuasa. Takkan kita nak bagi pihak berkuasa makan gaji buta? Baru selesai masalah kat Oya, Tok Janggut pulak buat hal. Apa nak jadi dengan generasi muda? Memang kita berdarah panas, senang marah. Orang salah rasa terus nak belasah. Tapi, luka tak diubati lama-lama bernanah, jadi parah, jadi barah. Barah masyarakat.
Politik; lagi banyak masalah. Mentang-mentang semua orang undang-undang, rasa macam dah hebat sangat. 'Law is above them all'. Apa yang mahkamah cakap, kata diaorang, "tak payah ikut pun tak apa sebab mahkamah buat keputusan salah." Kalau macam tu apa guna mahkamah? Apa guna sistem keadilan? Memang kadang-kadang mahkamah buat penghakiman yang tidak berapa tepat, tapi kita boleh buat rayuan.
Senang cerita, aku dah makin rimas dengan situasi sekarang. Macam undang-undang tu dah tak ada nilainya. Semua orang nak interpretasi apa itu undang-undang dengan guna kefahaman sendiri.
Pening2~
Adakah kita sedang menuju ke zaman anarki?? Mintak simpang~
p/s: Kalau undang-undang dah tak mainkan peranan, aku dengan kawan-kawan aku nak kerja apa nanti? Huhu... 'No one is above the law!"
21:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: anarki, isu semasa, politik, remaja, gangsterisme, disiplin
Thursday, 19 February 2009
[Fotolog] : Politik
Politik. Muak dengan politik. Muaknya seakan-akan muak makan 4 ketul ayam goreng 'original recipe' Kentaki [baca: KFC]. Kenapa sampai macam tu sekali muaknya?
Sebab politik Malaysia sekarang ni dah macam orang makan satu 'bucket' besar ayam goreng KFC tapi tak kenyang-kenyang [macam siapa ek? hehehe]. Makan je. Tak tau bila nak berhenti. Alih-alih jadi penyakit.
Orang lain berpolitik jugak. Zaman nabi dulu, baginda pun ada berpolitik. Sistem syura [demokrasi tu...], diorang bermesyuarat, berdiskusi. Tapi baginda berpolitik masa mentadbir je. Bukan 24/7 berpolitik; bawak ke tidur, bawak ke makan, bawak ke mandi... Tidak!
Politik itu baik. Politik adalah asas kepada pentadbiran negara dan sesebuah institusi. Tapi, dengan politik yang melampau2 tanpa penghujung, produktif ke negara? Boleh kenyang ke dengan berpolitik semata?
Renung2kanlah...
p/s: Bukan apa... Takut generasi muda baya2 aku hilang minat kat politik... Kalau itu terjadi, macam mana masa depan negara?...
15:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: politik, malaysia, isu semasa, umno, bn, pakatan rakyat, perasaan
Wednesday, 18 February 2009
[Fotolog] : Pembangunan di lereng bukit?
Aku sangat kecewa lepas baca kenyataan Menteri Kerja Raya dalam surat khabar The Star baru-baru ni [Muka depan, Ahad 15 Februari 2009 – Hillside projects to go on ~ We need the lands for development]. Apa sudah tidak adakah lagi tanah-tanah rata untuk dijalankan projek pembangunan?
Bukan sekali dua tanah runtuh berlaku kat Malaysia ni. Dan bukan seorang dua yang mati gara-gara tertimbus tanah runtuh. Tanah runtuh dan Malaysia seakan teman akrab. Gara-gara mengejar pembangunan, alam sekitar dimusnahkan. Highland Towers, Bukit Antarabangsa, what’s next?
Aku kecewa.
Aku tak salahkan pembeli sebab beli rumah kat lereng2 bukit tu. Ya, mungkin mereka ‘tidak berapa cerdik’ sebab beli aset [atau mungkinkah ia satu liabiliti?] kat tempat yang berisiko macam tu. Tapi mereka mampu dan kerajaan bagi kelulusan, Salahkah mereka? Mereka akan bina rumah kat situ ke kalau kerajaan tak luluskan?
Berita AP lepas kejadian Bukit Antarabangsa 6 Disember 2008 [search di cbsnews.com] – "kerajaan Malaysia akan mengHARAMkan [kata Inggeris: ban] sebarang pembangunan di cerun bukit selepas kejadian tanah runtuh…" Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji… kan? Oh aku lupa. Itu cuma satu kenyataan, bukan perjanjian.
Manusia = An-Nas = Pelupa.
Ada benarnya. Sebab Allah sendiri telah ingatkan kita, tapi kita tak pernah nak ingat. Kalau projek di lereng-lereng bukit kat Malaysia ni terus dijalankan, aku tak tahula bahana apa akan menimpa.
Surah Al-A’raaf Ayat 74 [7:74] :
Bismillah…
74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanah-Nya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. maka Kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
P/s: Sekadar mengingatkan… =)
05:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: pembangunan, isu semasa, politik, lereng bukit, agama, al-quran
Wednesday, 03 September 2008
[Fotolog] : Papan iklan baru sekitar UiTM...
Beberapa minggu lepas, elok je lepas isu UiTM jadi hangat [isu pembukaan 10% kepada bukan Bumiputera ye... bukan isu Puteri-yang-memalukan-UiTM tu....], beberapa papan iklan gergasi [billboard] yang ada sekitar UiTM dah ditukar isinya. Dulu, billboard2 tu tunjuk gambar UiTM dengan kecemerlangan2 UiTM. Tapi, sekarang dah tukar dengan isi baru yang boleh membuat semua pelajar terkesan.
Masa awal-awal billboard ni ditukar, adalah aku ngan member2 aku nampak 2-3 orang luar yang tangkap gambar billboard ni. Ada yang tangkap dari Persiaran Institut kat luar kampus dan ada gak yang masuk dan dengan relaksnya tangkap gambar billboard2 ni.
Billboard ni sesuai dengan seruan sahabat aku, Apun macam yang dia karang dalam blog dia... "Dari sibuk berarak, saya fikir, MPP dan admin UiTM perlu mengajar erti BUMIPUTRA ke dalam jiwa pelajarnya."...
Di pintu masuk 1 kampus...
Di Centre for Islamic Thoughts and Understanding [CITU / Pusat Islam]
Berhampiran pintu masuk 1 kampus...
13:55 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (4) | Email this | Tags: uitm, isu semasa, pembukaan uitm, politik













