Saturday, 05 July 2008
[Fotolog] : McDonald's Mc Delivery, Penutup besi...
Ni adalah entri aku yang terakhir dalam musim cuti semester. Petang nanti nak balik dah... Aghh... Malasnya nak balik... Seronok pulak rasanya cuti 2 bulan kali ni. Sepanjang aku cuti semster, nilah cuti yang aku paling liat sekali nak balik.. huhu.. Dahlah nanti tak dapat tengok Gangstarz [huhu..], lepas tu nanti dah jarang jumpa si Black... Tapi, takpe.. Sebab rumah aku dengan rumah sewa aku cuma beza 20 seksyen je..huhu..
Hari Isnin ni dah start kuliah balik. Jadi rasa malas sangat nak perah otak balik. Lepas tu, nanti mesti aku dah jarang hapdet blog ni [tapi aku akan tetap cuba hapdet bila ada masa..! hehe..]. Member-member dengan Geju yang selalu jenguk blog ni pun silap-silap boleh lupa kat aku. Yelah..mana la tau sekali Ame [Naps], Kak Tiny, Kak Hana tiba-tiba dah tak ingat langsung kat aku ke...huhu... Janganlah korang lupakan aku... ;p
----
Tengah malam semalam [dalam 2 pagi] aku dengan Ijat tiba-tiba teringin nak makan McD... Kitorang pun call la 1300-13-1300. Lepas dah habiskan RM 2 kredit fon aku untuk 2 minit panggilan yang dibuat, alangkah hampanya kami bila McDelivery cuma hantar sampai Seksyen 25 je dalam kawasan Shah Alam.
Bengang betul kitorang. Mana taknya. Pizza Hut hantar sampai Seksyen 27. Seksyen 28 diorang kata tak dapat hantar. Padahal Seksyen 27 dengan 28 jaraknya cuma 20 langkahan kaki aje! Lepas tu, McD hantar sampai Seksyen 25. Maknanya smpai Sri Muda. Padahal ada Restoran McD baru kat Seksyen 26. Dari Seksyen 26 punya McD ke rumah aku, kalau naik motor tak sampai 10 minit pun. Lagi-lagi tengah-tengah malam.
Apa yang susah sangat dioang nak buat delivery sampai Seksyen 28 pun aku tak tahu. Kitorang pun patutnya berhak jugak dapat hak macam penduduk kat Seksyen-Seksyen lain... Ish.. bengang2... :p
Satu lagi al-kisah. Pencuri besi ni dah makin menjadi-jadi. Tengah malam semalam, balik dari ATM Maybank Petronas [transfer duit sebab aku beli beg dari ebay..hehe]... aku nak parking kereta masuk dalam rumah. Sekali bila aku tengok penutup longkang orang depan rumah aku, aik... dah lopong. Lepas tu aku pun bawak kereta sepanjang jalan rumah aku, tengok-tengok satu jalan dah tak ada penutup longkang [kecuali rumah aku sebab memang tak ada penutup longkang, rumah Cik Sofie sebab dia letak pasu besar atas penutup longkang rumah dia, dengan rumah Auntie Cina]...
Aku rasa Shah Alam kena ikut DBKL. Tukar penutup longkang besi kepada konkrit atau reinforced fibre plastic... Haih.. Entah bila penyangak2 tu buat kerja entah...
13:27 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: penutup longkang, pencuri besi, besi, alam megah, shah alam, mc donald's, mc delivery








