Monday, 07 September 2009
[Fotolog] : Aku pun nak jadi pembantu rumah!
Pembantu rumah aku, Een tengah buat kerja. Dia setuju dengan cadangan gaji RM 800. ;p
Kadang-kadang, orang yang bagi apa-apa cadangan, diaorang tak pernah fikir pro dan kontra cadangan tu kan? Dulu nak letak gaji minimum pembantu rumah RM 600 sebulan. Sekarang cadangan baru, gaji minimum untuk pembantu rumah RM 800 sebulan. Bukan sikit ni. Rm 800 tu!
Kadang-kadang aku rasa cadangan demi cadangan yang ada pada hari ni makin mengarut. Makin tak masuk akal. RM 800. Pergh! Aku pun nak jadi pembantu rumah kalau macam tu. Haha...
Bukannya aku tak puas hati dengan gaji setinggi tu. Tak. Aku faham yang kadang2 ada majikan yang teruk, bayar gaji pembantu rumah tak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Tapi, masalahnya ialah tak semua pembantu rumah berhak dapat gaji setinggi RM 800 sebulan.
Ingat... RM 800 bukan jumlah yang kecik. RM 800 tu gaji bersih tau. Makan, minum ditanggung. Bil air, bil elektrik ditanggung. Kiranya RM 800 tu memang gaji penuh. Cuma, bila ada pembantu rumah yang tak tau buat kerja, layak ke dia diberi RM 800?
Ada pembantu rumah, macam yang dari Indonesia, SMA [Sekolah Menengah Atas] pun tak habis. Membaca dan menulis pun tak tau. Ada sesetengah tu, agen yang uruskan penghantaran ke Malaysia, tak bagi kursus yang ekstensif kat bakal2 pembantu rumah. Akibatnya, nak gosok baju tak tau, basuh baju tak tau...
Kalau semua tak tau, patut ke nak bagi RM 800 sebulan?
Gambar hakcipta aku.
15:50 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: pembantu rumah, isu semasa, malaysia, indonesia, maid, domestic helper, rm, 800, gaji minimum
[Fotolog] : Mengarut!
Aku faham. Pengangkutan awam, terutamanya yang pakai minyak macam bas dan teksi, dah dibenarkan naik tambang, sebab harga tambang dah lama tak disemak. Tapi, kalau harga tambang dah jadi melampau, mana boleh tahan! Entri kali ni aku tujukan khas untuk syarikat bas RapidKL.
Masa tambang lama dulu, harga pas harian untuk bas utama [contoh: Sek 2 Shah Alam ke KL] RM 2 untuk sehari. Pas harian untuk bas tempatan [pelekat hijau] RM 1 sehari. Bas bandar [pelekat merah] RM 2 sehari. Jadi, macam aku dari Seksyen 8 nak ke rumah aku kat Seksyen 28, aku naik bas tempatan dan tambang cuma RM 1. Sama jugak dengan kawan2 aku yang naik bas nak ke kampus.
Lepas tambang dah naik, tambang bas utama ikut zon. Contoh dari Sek 2 ke KL, tambang RM 3 sehala. Jadi pergi balik = RM 6. Aku tak kisah sangat dengan bas utama. Sebab secara teknikalnya, sebelum RapidKL perkenalkan sistem pas harian, tambang pergi balik Sek 2 ke KL ialah RM 5. Tapi, aku sangat tak setuju dengan struktur tambang baru untuk bas tempatan.
Dengan tambang baru ni, bas tempatan tetap RM 1. Tapi, tambang tu tambang sehala. Maknanya setiap kali naik bas, kena bayar tambang RM 1. Jadi, cuba korang bayangkan kawan2 aku yang kena naik bas ke kampus. Katakan dia duduk Seksyen 8. Dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 = RM 1. Dari Seksyen 2 ke dalam kampus RM 1. Pergi balik = RM 4. RM 4 kali 5 hari = RM 20. RM 20 kali 4 minggu = RM 80. RM 80 diorang kena spend untuk tambang bas saja.
Macam aku lagi la. Kalau nak beli Rapidpass untuk bas tempatan yang harga RM 40, rugi, sebab aku jarang naik bas. Jadi, nak tak nak, kalau aku nak balik, aku kena bayar cash. Tambang untuk balik rumah aku dulu RM 1 je. Sekarang, dari Seksyen 8 ke Hentian Pusat Bandar = RM 1. Hentian Pusat Bandar ke Seksyen 15 = RM 1. Dari Seksyen 15 ke Alam Megah = RM 1. RM 3 untuk perjalanan dalam kawasan Shah Alam je!!! Dah la bas lembab! Baik aku duduk KL kalau tambang aku sama dengan tambang ke KL.
Sebab tu, pada pandangan aku, bas utama nak naik tambang takpe, tapi kekalkan sistem lama untuk bas tempatan. Sebab yang naik bas bukan orang kaya. Orang kaya tak naik bas. Jadi, kesian diorang nak kena keluarkan duit yang banyak untuk tambang aje. Lepas tu kerajaan pulak selalu bagitau statistik, pengguna pengangkutan awam kat Malaysia rendah. Kalau sistem bagus, tambang lebih sikit, orang tak kisah. Masalahnya, dah la bas SELALU lambat, tambang mahal pulak tu...! Macam mana rakyat nak guna pengangkutan awam??
Fikir2kan la...
Gambar hakcipta: The Digital Awakening
06:18 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: isu semasa, rapid kl, pengangkutan awam, bas, malaysia, public transport, shah alam
Sunday, 14 June 2009
[Fotolog] : 3 Hari 2 Malam...
5,6,7 Jun lepas, famili aku pergi cuti2 Malaysia kat Port Dickson. Best sangat. Hari pertama tak buat apa pun. Hari kedua baru jalan2 gi Pasar Malam kat Teluk Kemang, pastu buat BBQ tepi pantai. Kitorang tinggal kat penthouse Bayu Beach Resort Hotel. Tagline Bayu Beach Resort - The Best Beach in PD. N kitorang sumer setuju yang pantai kat Bayu adalah pantai yang paling best kat PD.
Terkejut aku mula2 sampai pantai dia. Air cantik. Pantai bersih. India jual eskrem tu siap sediakan plastik sampah besar lagi sbb dia tak nak bagi customer dia buang sampah rata2. Kalau nak pergi PD n nak mandi laut, pergi la kat pantai dalam area Bayu Beach Resort. Sangat best! =)




09:16 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: port dickson, cuti, holiday, pd, malaysia, tourism, pelancongan
Thursday, 19 February 2009
[Fotolog] : Politik
Politik. Muak dengan politik. Muaknya seakan-akan muak makan 4 ketul ayam goreng 'original recipe' Kentaki [baca: KFC]. Kenapa sampai macam tu sekali muaknya?
Sebab politik Malaysia sekarang ni dah macam orang makan satu 'bucket' besar ayam goreng KFC tapi tak kenyang-kenyang [macam siapa ek? hehehe]. Makan je. Tak tau bila nak berhenti. Alih-alih jadi penyakit.
Orang lain berpolitik jugak. Zaman nabi dulu, baginda pun ada berpolitik. Sistem syura [demokrasi tu...], diorang bermesyuarat, berdiskusi. Tapi baginda berpolitik masa mentadbir je. Bukan 24/7 berpolitik; bawak ke tidur, bawak ke makan, bawak ke mandi... Tidak!
Politik itu baik. Politik adalah asas kepada pentadbiran negara dan sesebuah institusi. Tapi, dengan politik yang melampau2 tanpa penghujung, produktif ke negara? Boleh kenyang ke dengan berpolitik semata?
Renung2kanlah...
p/s: Bukan apa... Takut generasi muda baya2 aku hilang minat kat politik... Kalau itu terjadi, macam mana masa depan negara?...
15:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: politik, malaysia, isu semasa, umno, bn, pakatan rakyat, perasaan
Wednesday, 18 June 2008
[Fotolog] : Aku sebahagian dari rekod dunia!!
Aku sekarang dah jadi sebahagian dari rekod dunia! Hehe.. Kebetulan bila aku masuk laman web Firefox harini, rupanya hari ni ada acara penting yang diaorang buat. Ikut statistik [setakat pukul 4.23 petang], USA dah buat 2 juta download, Indonesia 11000+, Singapura 14100+, Malaysia 14900+... Dalam negara ASEAN, Vietnam yang paling banyak sekali.
Macam mana ni? Malaysia ada Cyberjaya, MSC... Jomlah kita sama-sama gegarkan dengan bilangan yang paling besar. Cepat-cepat sikit. Sebab tempoh 24 jam yang diorang [Firefox] nak capai dah nak sampai masa.
Tak tahu aku cerita pasal apa? Klik dekat button 'Download Day 2008 - Help Firefox Set A World Record' kat tetingkap kanan blog ni. Walaupun tak ada dapat apa-apa hadiah besar ke, duit ke, apa ke, tapi enjoy gak. Sebab dapat cenderamata kenang-kenangan yang kat bawah ni...
KLIK SIJIL KAT ATAS UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS...
P/S: Amacam, tak nak satu ke? Hehe... ;)
16:30 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: mozilla, firefox 3, world record, download, malaysia










