Tuesday, 08 September 2009

[Fotolog] : A&W dan Laskar Pelangi...

Memang giler la kitorang ni. Aku duit pun bukan ada sangat. Tapi, tengah malam semalam aku ngan budak2 rumah aku [Akmal, Aiman dan Ramzi] buat kerja giler lagi.

Pukul 12 lebih tengah malam, kami pergi A&W Drive-In PJ kat depan Amcorp Mall tu lagi. Kiranya, dah 2 minggu berturut-turut kami pergi sana. Dah tu, aku makan Set 5. Burger apa ntah nama dia. RM 9.

Ingat nak makan Volcano Burger lagi. Tapi, sebab dah makan minggu lepas. Hehe... Sudah-sudah lah tu. Nasib baik Isnin depan dah tak cuti dah. Kalau tak, memang kami jadi pelanggan mingguan tetap A&W. Haha...

DSC00285

Akmal makan waffle aiskrim. Sedap!

DSC00284

Aku punya. Kat belakang tu Aiman punya Mozza burger...

DSC00286

Mozza burger lesap. Aku punya pun lesap.. Haha

---

Baru lepas tengok filem Laskar Pelangi. Aku teringin nak tengok dari tahun sudah lagi. Tapi, tak dapat-dapat videonya. Sampailah hujung minggu lepas, baru aku dapat copy filem ni.

Cerita dia sangat menarik. Memang sumber inspirasi. Pada aku, anak-anak muda yang tengah bersekolah semua wajib tonton filem ni. Cuma, berdasarkan keadaan sekarang, aku tak rasa mereka akan tertarik nak tonton filem bergenre macam ni. Yelah. Filem ni bukan filem hiburan 100%. Filem ini terselit banyak perkara yang boleh kita teladani.

Aku suka latar filem ni. Berlatarkan Pulau Belitong, kawasan tu cantik sekali. Indah sungguh. Pantainya putih. Lautnya jernih. Memang syok lah.. Hehe. Satu lagi, aku suka dialog filem ni. Sebab filem ni menceritakan tentang kisah anak-anak Melayu yang tinggal kat Pulau Belitong, bila dengar diorang bercakap, terasa dekat dengan kita.

Siapa yang belum tengok filem ni, tengoklah... Kalau mak2 atau ayah2 tu, tengoklah dengan anak-anak. Biar diorang nampak, betapa besarnya nilai pendidikan kepada kehidupan kita. Biar budak2 sedar lepas tengok betapa tingginya dedikasi anak-anak yang bersekolah kat SD Muhammadiyah Gantong nak timba ilmu pelajaran.

Satu kata2 yang masih terngiang2 kat telinga aku lepas tengok filem ni...:

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya... Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..."

laskar-pelangi

Gambar hakcipta: http://thejediorder.wordpress.com/

Tuesday, 01 September 2009

[Fotolog] : Hari yang panjang...

Hari ni [Isnin, 31 Ogos 2009] hari yang panjang. Dari pagi sampai tengah malam, nak lelap pun tak sempat. Huhu.. Siang pergi SACC Mall ngan Ijat hantar In. Pastu aku ngan Ijat lepak PAS. Giler ramai orang kat PAS. Nak jalan pun payah... ;p

 

DSC00263

Ramainya orang beli baju raya...

 

DSC00265

Ramai2...

Lepas balik dari PAS, kelam kabut gi Sri Muda pulak. Beli biskut Marie nak wat kek batik. Pastu gi bazar, pasang payung. Then, gi HERO beli barang mak nak wat nasik ayam, lepas tu gi niaga sampai berbuka. Memang penat...! Haha.. Pas buka dalam pukul 9.30 beli barang untuk niaga esok, pastu gi Taipan USJ hantar mak Zou... Dah hantar mak Zou gi Carlos, baru aku balik Seksyen 8.

Tiba2 kitorang wat idea giler. Mentang2 baru pas tengok Harold and Kumar Go to White Castle, kitorang pun rasa macam nak makan A&W. Last2 pergi A&W PJ Drive-In depan Amcorp Mall. Nasib baik bukak 24 jam. Kalau tak memang jadi adventure Harold and Kumar la.. Haha.. Aku makan set merdeka, Volcano Burger dengan rootbeer. Tak cukup bajet nak amek float. Hehe.. Kul 1 lebih camtu, baru la kitorang balik Seksyen 8. Giler penat! Tak sempat sampai rumah aku dah tetido dalam kete...hehe..

 

DSC00266

Akmal dan floatnya..

 

DSC00267

Rem dengan float dan ensetnya...

 

DSC00268

Aku punya set merdeka large; Volcano burger, rootbeer ngan fries.

 

DSC00273

Mana hilang?!

 

DSC00272

Muka2 kekenyangan... ;p

 

DSC08098

Akmal kepuasan... c(=

 

DSC08099

A&W PJ Drive-In...

 

DSC08100

Nak datang lagi..! hehe

 

Sunday, 30 August 2009

[Fotolog] : Sekilas pandang...

Dah lama sangat aku tak hapdet blog ni. Lama... Bebulan dah. Ada masa, mood tak ada. Ada mood, internet takde. Jadi, bersawang je lah blog aku ni. Aku sekarang dah Part 6 program Bachelor of Legal Studies (Hons.) kat UiTM Malaysia. Sekejap je rasanya. Macam baru lagi aku masuk pre-law fasttrack uitm. Tau2 sekarang da Part 6 dah. InsyaAllah, hujung tahun ni grad dan tahun depan, sambung LL.B (Hons.). Huhu..

Kat bawah ni gambar2 yang aku ambik sepanjang kebosanan aku..hehe

 

Photobucket

Gambar sebahagian budak kelas aku. Ambik sebelum sesi fotografi kelas...

 

Photobucket

Caption sama macam yang atas ;)

 

Photobucket

Lauk jimat aku. Nasik ngan tempe. Tapi tak jimat gak sebab untuk yang ini, aku dicaj RM 2.50. Asalnya 2.80.

 

Photobucket

Haa... yang ni jimat. Makan tengahari kat kafe bisnes kat belakang bangunan fakulti. Nasik, sayur, sambal belacan. RM 1.30. =)

 

Photobucket

Larian SAF 2009. Akmal ngan rem ada dalam gambar ni.. haha

 

Photobucket

Kuih muih beraneka jenis. Mak aku jual kat bazar ramadhan alam megah [depan kfc] seksyen 28, shah alam. Lot mak aku nombor 74. Moh le datang... hehe

 

Photobucket

Batch aku. BLS (Hons.) * graduating class of 2009 *

Sunday, 31 May 2009

[Fotolog] : Sarapan @ Josh and Jana's...

Pagi tadi aku bangun lewat. Malam semalam makan ubat selsema. Baru je mak, maklong ngan adik Ati gerak pergi sarapan, sahabat baik aku masa sekolah rendah yang pindah Parit Raja, Batu Pahat lepas habis darjah lima call aku. Rupanya dia ada depan rumah. Huhu. Mandi cincai2, sembang2 ngan dia jap.Pastu pergi Giant Putra Heights, nak sarapan kat Josh and Jana's.

Sedap makanan kat sini. Harga dia lebih sikit dari Old Town. Tapi makanan dia best dan banyak. Berbaloi dengan apa yang kita makan. Aku makan Clear Soup with Chicken - Meehoon [bahasa mudahnya bihun sup] ngan Milo panas. Adik Ati makan fish and chip, maklong makan Nasi Lemak Sambal Sotong, mak makan roti bakar dengan fries.

Tapi makanan dia memang best. Tauke dia, yang kebetulan jaga kedai masa kami makan, sangat baik. Tak pasti sama ada tauke dia memang mat saleh betul atau kacukan. Tapi, cara cakap dan muka ada macam mat saleh sikit. Huhu... Sekarang tengah ada promosi. Siapa-siapa yang nak pergi, Josh and Jana's [tagline: A new lifestyle kopitiam], letaknya kat tingkat atas, Giant Putra Heights, depan farmasi Guardian.

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

 

Photobucket

p/s: Tadi ada kenduri kawen orang depan rumah. Sekarang tengah lapar, teringat nasi minyak, ayam masak merah ngan daging tadi. Haa!! Baru teringat. Kek Choc Mud aku ngan Ejat tak makan lagi kat rumah...

Thursday, 20 November 2008

[Fotolog] : Makan2 di Carl's Jr...

Tarikh: 3 November 2008

Tempat: Carl's Jr. Sunway Pyramid

Cuaca: Suam suam kuku... ;p

Aku tak pernah lagi makan kat Carl's Jr. Dengar kata besar burgernya. Uish. Betul ke? Sebelum pressure dengan final exam, ni la masanya nak keluar ringankan kepala dan memberatkan otot, eh... perut..haha.. Jom tengok sikit... =)

 

Photobucket

3 burger berbeza untuk 3 orang berbeza... Besar fries dia! Best!!! Haha

 

Photobucket

Sisi lain burger...

 

Photobucket

Cukup ke makan kentang je? Haha..

 

Photobucket

Aaaaa....

 

Photobucket

Nafsuku tercabar... =)

 

Photobucket

Rem makan control...

 

Photobucket

Say 'aaaaa'....haha

 

Photobucket

Indeed, it got messy...

 

Photobucket

Senyum sinis gaya rem..haha

=Brrppp...alhamdulillah=