Saturday, 07 November 2009

[Monolog] : Sikit lagi...

Bertahan! Sikit lagi.. Lagi 3 paper je..

Yg buat tak tahannya, sebab paper Intellectual Property [Patent & Trade Mark] ngan Jurisprudence back to back. Hari Ahad, pastu Isnin. Takde gap. Tak best2..huhu

Akmal takde ni. Gi kenduri kawen abg dia. Bro Faiz, selamat pengantin baru!!! Hehe... =)

Friday, 30 October 2009

[Fotolog] : The big day...

Photobucket

Caption gambar: 'Cubicle' aku kt rumah sewa... =)

 

The big day is today.

Masa: 2.45 pm - 5.45 pm. Subjek: Law of Associations II. Tempat: AL 622-624.

Ya. Hari ni permulaan untuk peperangan aku dan rakan2. Penat lelah satu sem ni [wah! rajin budak ni...haha] akan bermula esok. Sekarang dah pukul 2.40 pagi, tapi aku, Akmal ngan Aiman still ngah baca notes2 ngan cases untuk subjek esok. Takut2...hehe

Mau tak takut, dalam lagi 12 jam, final exam kitorg untuk part 6 akan bermula. Exam yang akan menentukan masa dpn kitorg nih. Kalau lepas [insyaAllah] akan masuk program LL.B (Hons.), professional degree kat UiTM untuk membolehkan kitorg practice law nanti.

Kepada semua, tolong sangat2. Di samping kitorg berusaha, tolong la doakan aku ngan kawan2 yang lain.

Dan kepada bro Zafi, thanks for the wish. InsyaAllah i'll try and do my best for this exam. Memang target 3 pointer, tp even kalau tak dapat pun, I'll be satisfied with an all-passed marks. Hehe.. Tapi, insyaAllah, saya akan buat yang terbaik dengan usaha yang ada ni.. =)

Ok. Nak sambung stadi. Tonight's gonna be a very long night for us... ;)

02:44 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: exam, final, uitm, law, seharian

Thursday, 29 October 2009

[Fotolog] : Alhamdulillah, Astaghfirullah...

Photobucket

Tajuk bajet macam lagu nasyid..

Alhamdulillah, sebab akhirnya aku ngan Akmal berjaya menyiapkan assignment terakhir kitorg untuk semester ni, assignment jurisprudence baru kejap tadi. Lepas ni, no assignment!! =) [~suke2..hehe]

Astaghfirullah, esok dah stat exam??!! Pastu kitorg rase kitorg mcm tak stadi apa je lagi ni. What the...?? [Mcm Rem plak.. ;p] Adoi2... Cuak nak exam kali ni. Penentu masa depan nih. Lagi hebat dari SPM... huhu. Mak aku kata, tak dapat 3 pointer pun tak apa... Janji tak repeat.

Betul gak. Kalau repeat...[termenung jauh]

Kena berubah ni. Kita tido dulu. Kena gi stadi nih! Jom2!

Tuesday, 03 March 2009

[Monolog] : Jurisprudence...

~"Apa yang terjadi dengan hatiku...

Ku masih di sini menunggu pagi...

Seakan letih tak mengganggu ku..

Ku masih terjaga menunggu pagiiii..."~


Jurisprudence... Juris... Juris... Juris... Juris... Juris... Juris... Sekarang pukul 4 pagi. Ada lagi 3 jam. Ya Allah, berilah kekuatan...


Hahaha!!!!!!!!!

Pengajaran untuk hari ini: Kalau dah tau subjek tu susah, buat ulangkaji awal2, siapkan kerja awal2... Jangan tangguh2... Penangguh masa adalah pencuri masa, kata omputih. [Procrastination is the thief of time...]

03:42 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, seharian, law, hidup

Monday, 02 March 2009

[Monolog] : Kerja oh kerja...

Photobucket

[Gambar ehsan mereka. © Hakcipta Terpelihara]

"Cikgu, saya nak tanya sikit... Kenapa kita kena belajar add maths? Saya tak fahamla apa fungsinya kita kena belajar subjek ni..."

>"Sekarang mungkin kamu tak nampak... Tapi bila kamu dah kerja nanti, kamu akan tahu kenapa subjek ni penting..."

6 tahun kemudian...

"Ma'am, why do we have to learn Jurisprudence? I don't understand the purpose of learning this subject..."

>"All lawyers need to learn this subject."

Aku dah mula rasa tertekan. Tapi aku cuba bertenang. Tenang dalam tekanan. Ke tekanan dalam ketenangan? Entahla...huhu...Kenapa kita selalu kena buat benda yang kita tak nak? Tak...aku tak kata aku tak nak buat undang2. Tapi...Huish... susah betul nak jelaskan apa yang aku rasa sekarang ni. Aku dah mula mengalah ke? Jangan2... Ramai orang bergantung harap kat aku... Aku kena usaha... usaha....usaha!!!

Undang-undang. Aku suka membaca. Aku suka undang-undang. Tapi, aku tak berapa minat subjek Jurisprudence. Aku tak boleh cakap tak suka... Nanti buruk padahnya. Orang kata, sekali kita kata tak suka, memang kita takkan berjaya. Kenapa jurisprudence ni macam mencabar sikit? Kenapa kita kena tahu apa yang skolar2 Barat tu cakap pasal undang2? Kenapa kita kena kaji pendapat diorang? Kenapa kita kena tahu semua ni?

Adoyai~...

Ada assignment jurisprudence, ada kerja honours project paper, minggu depan ada test jurisprudence dan partnership law. Ya Allah, tabahkanlah hati aku ni. Orang kata, ni lah asam garam belajar. Tapi, sekarang ni aku tak rasa asam, aku tak rasa garam. Aku rasa pahit je...

Haih...

p/s: I love jurisprudence....[?]

 

05:55 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, seharian, law, hidup

Saturday, 10 January 2009

[Videolog] : BLS (Hons.) Part 4...

Sedar tak sedar aku dah Part 5 sem ni. Rasa sekejap je masa berlalu. Hujung tahun ni, insyaAllah habis BLS (Hons.) dan hujung tahun depan, LL.B (Hons.). Rasa macam baru lagi aku kat UiTM ni. 2 minggu lepas, hantar adik ke3 aku, Ijat ke UiTM Seri Iskandar, Perak. Sekarang, 3 adik beradik aku termasuk aku tengah berjuang di menara gading. Doakan kejayaan kami!

Kat bawah ni, video kenang-kenangan masa Part 4 semester lepas.... Enjoy! :)

 

20:26 Posted in [Videolog] | Permalink | Comments (3) | Email this | Tags: uitm, life, bls, seharian, law

Friday, 05 September 2008

[Fotolog] : In memories of Black... + Kenduri Nawi...

Sekarang ni aku rasa sedih sangat. Tepat pukul 9.49 malam tadi, masa Ida ngan bdk2 lain datang rumah aku nak amek laptop Nisa, aku dapat sms dari Ijat. Ijat kata, Black dah mati. Aku pun call Ijat. Ijat kata, dia dengan mak jumpa Black kat seberang jalan depan rumah. 
 
"Tak ada luka kalau nak kata dia mati sebab accident. Masa kitorang jumpa dia, tengok2 dia dah mati dah...", Ijat cakap kat aku dalam fon tadi.
 
Kalau siapa yang selalu ikut blog ni, mesti tau betapa aku sayangkan haiwan peliharaan, terutamanya kucing. Dan betapa aku sayang kan si Black. Black ni generasi ketiga dari seekor kucing liar, Winnie, yang aku bela tahun 2005. Winnie lahirkan Tam, mak Black... Lepas tu, hujung tahun lepas Tam bunting. Awal tahun ni, Black lahir. Bulan ni genap umur dia 8 bulan. Black dah mati, tamatlah generasi Winnie yang bertahan selama 3 generasi, 3 tahun.
 
Aku rasa ayah aku pun mesti akan rindu kat Black lepas ni. Sebab bila ayah aku balik dari main badminton tengah-tengah malam, Black akan siap2 tunggu atas meja makan kat luar, sebab nak tunggu ayah aku angkat dia. Aku pun kadang-kadang kalau tengah tidur, si Black akan datang, lepas tu dia jilat2 telinga atau gigit2 rambut suruh bangun... Adoi! Rindunya... Huhu..
 
Jiran sebelah rumah aku pun mesti akan rindu dia. Jiran aku [Cik Jan], panggil dia Bolink / Bowling / Boling [aku pun tak tau eja dia mcm mana, tapi bunyinya macam tu lah...]. Pagi2 selalu bila Cik Jan nak hantar anak dia pergi sekolah, mesti si Black @ Boling pergi masuk rumah dia, pastu masuk lompat dalam kereta, ikut sekali. 
 
Apa-apa pun Black dah tak ada. Dia lah kucing paling bagus pernah aku ada.....
 
Photobucket  
 
-----
 
Cerita ke-2...  16 Ogos hari tu, coursemate aku, Nawi buat kenduri kahwin dia... Kenduri buat dekat rumah dia kat Seksyen 20. Buat saing dengan kakak dia sekali katanya. Jadi, kat bawah ni gambar2 sekitar majlis...
 
Photobucket  
 
 

Friday, 18 July 2008

[Videolog] : Kenangan BLS (Hons.) Part 3...

 
p/s : Kena ada flash player. ye? 

22:30 Posted in [Videolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, bls, law

Friday, 21 March 2008

[Faillog] : Kerja2...

Fail-fail yang boleh dimuat turun... Assignment2 kami semua...