Friday, 05 September 2008

[Fotolog] : In memories of Black... + Kenduri Nawi...

Sekarang ni aku rasa sedih sangat. Tepat pukul 9.49 malam tadi, masa Ida ngan bdk2 lain datang rumah aku nak amek laptop Nisa, aku dapat sms dari Ijat. Ijat kata, Black dah mati. Aku pun call Ijat. Ijat kata, dia dengan mak jumpa Black kat seberang jalan depan rumah. 
 
"Tak ada luka kalau nak kata dia mati sebab accident. Masa kitorang jumpa dia, tengok2 dia dah mati dah...", Ijat cakap kat aku dalam fon tadi.
 
Kalau siapa yang selalu ikut blog ni, mesti tau betapa aku sayangkan haiwan peliharaan, terutamanya kucing. Dan betapa aku sayang kan si Black. Black ni generasi ketiga dari seekor kucing liar, Winnie, yang aku bela tahun 2005. Winnie lahirkan Tam, mak Black... Lepas tu, hujung tahun lepas Tam bunting. Awal tahun ni, Black lahir. Bulan ni genap umur dia 8 bulan. Black dah mati, tamatlah generasi Winnie yang bertahan selama 3 generasi, 3 tahun.
 
Aku rasa ayah aku pun mesti akan rindu kat Black lepas ni. Sebab bila ayah aku balik dari main badminton tengah-tengah malam, Black akan siap2 tunggu atas meja makan kat luar, sebab nak tunggu ayah aku angkat dia. Aku pun kadang-kadang kalau tengah tidur, si Black akan datang, lepas tu dia jilat2 telinga atau gigit2 rambut suruh bangun... Adoi! Rindunya... Huhu..
 
Jiran sebelah rumah aku pun mesti akan rindu dia. Jiran aku [Cik Jan], panggil dia Bolink / Bowling / Boling [aku pun tak tau eja dia mcm mana, tapi bunyinya macam tu lah...]. Pagi2 selalu bila Cik Jan nak hantar anak dia pergi sekolah, mesti si Black @ Boling pergi masuk rumah dia, pastu masuk lompat dalam kereta, ikut sekali. 
 
Apa-apa pun Black dah tak ada. Dia lah kucing paling bagus pernah aku ada.....
 
Photobucket  
 
-----
 
Cerita ke-2...  16 Ogos hari tu, coursemate aku, Nawi buat kenduri kahwin dia... Kenduri buat dekat rumah dia kat Seksyen 20. Buat saing dengan kakak dia sekali katanya. Jadi, kat bawah ni gambar2 sekitar majlis...
 
Photobucket  
 
 

Saturday, 05 July 2008

[Fotolog] : Bola, kucing, kad debit...

Esok ada Piala Sultan Selangor kat Stadium Shah Alam. Jadi kalau sesiapa yang nak tengok pemain pilihan Selangor dengan veteran Selangor macam Akmal Rizal, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, dan lain-lain beraksi malam esok, pergilah beli tiket. RM 5 aje... Ada jual dekat Concorde Shah Alam, Quality Hotel Shah Alam, Quality Hotel KL, ngan Hard Rock Cafe KL. [macam promoter pulak..hehe..]. Aku mungkin pergi dengan budak2 Seksyen 8 kot... Tiket dah ada dah..hehe..

Photobucket  

 

Lepas tu, hari Khamis lepas [3 Julai], aku pergi Klinik Haiwan Kesayangan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Petaling kat Seksyen 15, Shah Alam. Sebab Black kena buat follow-up. Hari tu doktor kata, lepas 2 minggu kena bawak kucing tu balik. Jadi aku ngan famili aku pun pergilah dalam hujan-hujan tu. Bila sampai, doktor tengok dah ok sikit. Cuma ada kutu kucing sikit lagi. Luka-luka dah tak ada dah.

Jadi, doktor bagi ubat kutu yang meresap dalam salur darah punya [2 minggu lepas bagi injection]. Lepas tu kucing tu selsema. Doktor pun bagi lah ubat selsema yang ada antibiotik sekali dengan vitamin b-complex. Gilerlah, kalah manusia... Huhu... Ubat tu ubat pil. Jadi, mencabar jugaklah nak bagi dia makan...huhu.. Jadi, semua sekali RM 30... Fuh..kalau pergi Klinik Komuniti Seksyen 7 tu, macam-macam ubat untuk manusia pun baru RM 1..haha.. Ni pun nasib baik klinik haiwan kerajaan.. Kalau swasta....

Photobucket  

 

Balik dari klinik kucing, singgah Maybank. Sekarang untuk akaun baru, Maybank bagi Kad Debit Visa Maybank. Dia dah tak bagi kad ATM yang warna kuning tu. Sebab teruja tengok Idzrin [adik aku] dapat kad tu, aku pun nak tukar la. Sebab kad tu cantik. Lepas tu Visa lagi. Jadi aku fikir, mesti boleh guna untuk beli barang online dengan guna untuk PayPal.

Lepas buat kajian, aku dapat tahu nak tukar dari kad ATM asal ke kad Visa Debit ni, kena bayar RM 12. Aku pun tak kisahlah.. Tapi bila dah tukar, alangkah kecewanya aku bila aku dapat tau yang Maybank Visa Debit Card ni tak boleh guna untuk online payment dengan PayPal... Kecewa..kecewa... Jadi korang yang nak pakai kad ni untuk transaksi online, aku rasa buat masa ni lupakanlah dulu.. Kalau nak pakai debit card untuk Paypal dengan online transaction, aku cadangkan korang guna sama ada Tunemoney Visa Prepaid Card atau bukak akaun dengan Al-Rajhi Bank [RM 20 aje...] dan guna kad debit Visa Al-Rajhi...

Photobucket  

Tuesday, 01 July 2008

[Monolog] : Ada siapa-siapa nak haiwan peliharaan...?

Aku suka haiwan. Terutamanya kucing. Sebab tu aku ada Black. Dalam hati aku, tersemat satu kepercayaan yang haiwan peliharaan faham dan rasa apa yang kita buat dengan mereka. Aku selalu rasa yang di dunia satu lagi, haiwan-haiwan yang kita tolong akan tolong kita balik.
 
Yelah. Haiwan pun makhluk Tuhan jugak. Tak ada akal, tapi ada otak... Tak ada percakapan, tapi ada perasaan.
 
Aku ingat lagi kisah yang aku dengar masa kat sekolah dulu. Zaman dulu [tak pasti zaman Rasulullah atau zaman sahabat...], ada seorang wanita. Dia berdosa besar. Tapi, sebab dia selamatkan satu haiwan dari kematian, dosanya diampunkan...
 
Jadi, kalau ada siapa-siapa yang sayangkan makhluk-makhluk Tuhan, taknak bagi mereka terbiar, ambillah mereka. Siapa nak tolong boleh klik banner Petfinder.my kat 'frame' sebelah kanan blog ni. Petfinder ni satu portal untuk tuan sementara cari tuan kekal yang nak bela haiwan-haiwan ni. Memang bagus portal ni sebab bakal tuan kekal boleh berkomunikasi terus dengan tuan sementara yang tengah jaga haiwan-haiwan ni... Best!~~ Tahniah kat founder portal ni, Andy Koh... ;-)

Tuesday, 24 June 2008

[Fotolog] : Black...

As promised, bawah ni gambar2 kucing aku, Black... Baru pagi tadi je tangkap gambar ni..huhu... Dia pun dah makin sihat.. Oklah...
Photobucket

Photobucket

Photobucket  

19:45 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: black, kucing