Thursday, 03 September 2009

[Fotolog] : Provokasi melampau...

Aug 29 09 - MKini - Cow Head 3

Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.

Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.

Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.

Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".

Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.

Gambar hakcipta: Malaysiakini.

Monday, 31 August 2009

[Fotolog] : Minuman keras di Selangor...

Baru-baru ni, isu pasal jualan minuman keras kat Selangor hangat diperkatakan. Macam-macam pandangan kita dengar - pro dan kontra. Tak kisahlah dari surat khabar arus perdana ke, alternatif ke, atau surat khabar yang dikatakan neutral, berbahasa Melayu atau Inggeris, masing-masing bagi pendapat sendiri. Tak kisahlah sebab Malaysia kan sebuah negara demokrasi yang mana kita bebas untuk bersuara kan?

Aku nak bagi pandangan aku dalam konteks neutral. Konteks seorang pelajar yang tidak berparti [walaupun kawan2 aku ada kaitkan aku dengan parti2 tertentu...ahaha]. Pertama sekali, aku sama sekali tidak setuju dengan cadangan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Hassan Ali. Dan keduanya, aku setuju dengan pendekatan MB Khalid - self-regulatory.

Datuk Hassan Ali kata, di Shah Alam, penjualan alkohol tak dibenarkan di Seksyen 1 - 24, kawasan majoriti Muslim. Bila ditanya, macam mana kalau non-Muslim nak minum, jawab beliau, kena la pergi kat tempat yang ada jual. Macam Seksyen 25 ke. Kiranya Datuk Hassan nak buat total ban kat kawasan yang disebut tu. Memang betul, tujuan beliau murni, nak kawal penyalahgunaan alkohol di kalangan remaja Muslim. Tapi, apa yang tak disedar, undang-undang yang direncanakan tu melibatkan non-Muslim secara langsung. Sedangkan, kita pun tahu, undang-undang syariah kat Malaysia tak terpakai pada non-Muslim. Tapi, kalau dah total ban, tak ke effect non-Muslim secara langsung?

Bukanlah aku ni support jual alkohol kat kawasan2 tu. Tapi bila buat total ban, macam2 benda boleh jadi. Suratkhabar theSun pernah bagi fakta sejarah, tentang akibat prohibition ke atas minuman alkohol kat Amerika. Tau apa jadi? Geng2 kongsi gelap, mafia semua berebut2 nak kawal bisnes minuman alkohol yang diorang jalankan secara underground. Iyela. Bila benda jadi haram, bisnes underground berleluasa la. Macam dadah. Teori dia mudah aje... Cuba fikirkan bila geng2 ambil alih jual minuman alkohol kat kawasan yang diharamkan, lagi peningla polis.

Sebab tu aku setuju dengan pendekatan MB. Maknanya penjual dan pengguna sama-sama bertanggungjawab dan ikut guideline yang diberi. Approach macam ni lebih sesuai. Kurang kontroversi dan kalau dijalankan dengan penuh rasa kebertangungjawaban, insyaAllah masalah akan berkurangan. Lagipun, kat 7E tu jual beer. Alkohol kurang 5%. Lain la kalau jual liquor ke. Lagi la bahaya. Lagipun, Islam sendiri tak paksa orang untuk buat sesuatu. Konsep Islam tu, kita buat sesuatu lepas berfikir secara rasional akan akibat tindakan kita. Islam tu addin yang sempurna. Kita ikut apa yang agama suruh, jangan beli, jangan minum... Yang jual pulak, pastikan jangan jual kat Muslim...

 

Photobucket

Gambar hakcipta theSun.