Monday, 07 September 2009
[Fotolog] : Aku pun nak jadi pembantu rumah!
Pembantu rumah aku, Een tengah buat kerja. Dia setuju dengan cadangan gaji RM 800. ;p
Kadang-kadang, orang yang bagi apa-apa cadangan, diaorang tak pernah fikir pro dan kontra cadangan tu kan? Dulu nak letak gaji minimum pembantu rumah RM 600 sebulan. Sekarang cadangan baru, gaji minimum untuk pembantu rumah RM 800 sebulan. Bukan sikit ni. Rm 800 tu!
Kadang-kadang aku rasa cadangan demi cadangan yang ada pada hari ni makin mengarut. Makin tak masuk akal. RM 800. Pergh! Aku pun nak jadi pembantu rumah kalau macam tu. Haha...
Bukannya aku tak puas hati dengan gaji setinggi tu. Tak. Aku faham yang kadang2 ada majikan yang teruk, bayar gaji pembantu rumah tak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Tapi, masalahnya ialah tak semua pembantu rumah berhak dapat gaji setinggi RM 800 sebulan.
Ingat... RM 800 bukan jumlah yang kecik. RM 800 tu gaji bersih tau. Makan, minum ditanggung. Bil air, bil elektrik ditanggung. Kiranya RM 800 tu memang gaji penuh. Cuma, bila ada pembantu rumah yang tak tau buat kerja, layak ke dia diberi RM 800?
Ada pembantu rumah, macam yang dari Indonesia, SMA [Sekolah Menengah Atas] pun tak habis. Membaca dan menulis pun tak tau. Ada sesetengah tu, agen yang uruskan penghantaran ke Malaysia, tak bagi kursus yang ekstensif kat bakal2 pembantu rumah. Akibatnya, nak gosok baju tak tau, basuh baju tak tau...
Kalau semua tak tau, patut ke nak bagi RM 800 sebulan?
Gambar hakcipta aku.
15:50 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: pembantu rumah, isu semasa, malaysia, indonesia, maid, domestic helper, rm, 800, gaji minimum
[Fotolog] : Mengarut!
Aku faham. Pengangkutan awam, terutamanya yang pakai minyak macam bas dan teksi, dah dibenarkan naik tambang, sebab harga tambang dah lama tak disemak. Tapi, kalau harga tambang dah jadi melampau, mana boleh tahan! Entri kali ni aku tujukan khas untuk syarikat bas RapidKL.
Masa tambang lama dulu, harga pas harian untuk bas utama [contoh: Sek 2 Shah Alam ke KL] RM 2 untuk sehari. Pas harian untuk bas tempatan [pelekat hijau] RM 1 sehari. Bas bandar [pelekat merah] RM 2 sehari. Jadi, macam aku dari Seksyen 8 nak ke rumah aku kat Seksyen 28, aku naik bas tempatan dan tambang cuma RM 1. Sama jugak dengan kawan2 aku yang naik bas nak ke kampus.
Lepas tambang dah naik, tambang bas utama ikut zon. Contoh dari Sek 2 ke KL, tambang RM 3 sehala. Jadi pergi balik = RM 6. Aku tak kisah sangat dengan bas utama. Sebab secara teknikalnya, sebelum RapidKL perkenalkan sistem pas harian, tambang pergi balik Sek 2 ke KL ialah RM 5. Tapi, aku sangat tak setuju dengan struktur tambang baru untuk bas tempatan.
Dengan tambang baru ni, bas tempatan tetap RM 1. Tapi, tambang tu tambang sehala. Maknanya setiap kali naik bas, kena bayar tambang RM 1. Jadi, cuba korang bayangkan kawan2 aku yang kena naik bas ke kampus. Katakan dia duduk Seksyen 8. Dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 = RM 1. Dari Seksyen 2 ke dalam kampus RM 1. Pergi balik = RM 4. RM 4 kali 5 hari = RM 20. RM 20 kali 4 minggu = RM 80. RM 80 diorang kena spend untuk tambang bas saja.
Macam aku lagi la. Kalau nak beli Rapidpass untuk bas tempatan yang harga RM 40, rugi, sebab aku jarang naik bas. Jadi, nak tak nak, kalau aku nak balik, aku kena bayar cash. Tambang untuk balik rumah aku dulu RM 1 je. Sekarang, dari Seksyen 8 ke Hentian Pusat Bandar = RM 1. Hentian Pusat Bandar ke Seksyen 15 = RM 1. Dari Seksyen 15 ke Alam Megah = RM 1. RM 3 untuk perjalanan dalam kawasan Shah Alam je!!! Dah la bas lembab! Baik aku duduk KL kalau tambang aku sama dengan tambang ke KL.
Sebab tu, pada pandangan aku, bas utama nak naik tambang takpe, tapi kekalkan sistem lama untuk bas tempatan. Sebab yang naik bas bukan orang kaya. Orang kaya tak naik bas. Jadi, kesian diorang nak kena keluarkan duit yang banyak untuk tambang aje. Lepas tu kerajaan pulak selalu bagitau statistik, pengguna pengangkutan awam kat Malaysia rendah. Kalau sistem bagus, tambang lebih sikit, orang tak kisah. Masalahnya, dah la bas SELALU lambat, tambang mahal pulak tu...! Macam mana rakyat nak guna pengangkutan awam??
Fikir2kan la...
Gambar hakcipta: The Digital Awakening
06:18 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: isu semasa, rapid kl, pengangkutan awam, bas, malaysia, public transport, shah alam
Thursday, 03 September 2009
[Fotolog] : Provokasi melampau...
Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.
Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.
Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.
Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".
Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.
Gambar hakcipta: Malaysiakini.
13:22 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (5) | Email this | Tags: politik, isu semasa, shah alam, demonstrasi, kepala lembu, pakatan rakyat, seksyen 23, suk, kerajaan negeri
Monday, 31 August 2009
[Fotolog] : Minuman keras di Selangor...
Baru-baru ni, isu pasal jualan minuman keras kat Selangor hangat diperkatakan. Macam-macam pandangan kita dengar - pro dan kontra. Tak kisahlah dari surat khabar arus perdana ke, alternatif ke, atau surat khabar yang dikatakan neutral, berbahasa Melayu atau Inggeris, masing-masing bagi pendapat sendiri. Tak kisahlah sebab Malaysia kan sebuah negara demokrasi yang mana kita bebas untuk bersuara kan?
Aku nak bagi pandangan aku dalam konteks neutral. Konteks seorang pelajar yang tidak berparti [walaupun kawan2 aku ada kaitkan aku dengan parti2 tertentu...ahaha]. Pertama sekali, aku sama sekali tidak setuju dengan cadangan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Hassan Ali. Dan keduanya, aku setuju dengan pendekatan MB Khalid - self-regulatory.
Datuk Hassan Ali kata, di Shah Alam, penjualan alkohol tak dibenarkan di Seksyen 1 - 24, kawasan majoriti Muslim. Bila ditanya, macam mana kalau non-Muslim nak minum, jawab beliau, kena la pergi kat tempat yang ada jual. Macam Seksyen 25 ke. Kiranya Datuk Hassan nak buat total ban kat kawasan yang disebut tu. Memang betul, tujuan beliau murni, nak kawal penyalahgunaan alkohol di kalangan remaja Muslim. Tapi, apa yang tak disedar, undang-undang yang direncanakan tu melibatkan non-Muslim secara langsung. Sedangkan, kita pun tahu, undang-undang syariah kat Malaysia tak terpakai pada non-Muslim. Tapi, kalau dah total ban, tak ke effect non-Muslim secara langsung?
Bukanlah aku ni support jual alkohol kat kawasan2 tu. Tapi bila buat total ban, macam2 benda boleh jadi. Suratkhabar theSun pernah bagi fakta sejarah, tentang akibat prohibition ke atas minuman alkohol kat Amerika. Tau apa jadi? Geng2 kongsi gelap, mafia semua berebut2 nak kawal bisnes minuman alkohol yang diorang jalankan secara underground. Iyela. Bila benda jadi haram, bisnes underground berleluasa la. Macam dadah. Teori dia mudah aje... Cuba fikirkan bila geng2 ambil alih jual minuman alkohol kat kawasan yang diharamkan, lagi peningla polis.
Sebab tu aku setuju dengan pendekatan MB. Maknanya penjual dan pengguna sama-sama bertanggungjawab dan ikut guideline yang diberi. Approach macam ni lebih sesuai. Kurang kontroversi dan kalau dijalankan dengan penuh rasa kebertangungjawaban, insyaAllah masalah akan berkurangan. Lagipun, kat 7E tu jual beer. Alkohol kurang 5%. Lain la kalau jual liquor ke. Lagi la bahaya. Lagipun, Islam sendiri tak paksa orang untuk buat sesuatu. Konsep Islam tu, kita buat sesuatu lepas berfikir secara rasional akan akibat tindakan kita. Islam tu addin yang sempurna. Kita ikut apa yang agama suruh, jangan beli, jangan minum... Yang jual pulak, pastikan jangan jual kat Muslim...
Gambar hakcipta theSun.
03:06 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: isu semasa, beer, minuman keras, kerajaan negeri, selangor, pakatan rakyat
Sunday, 29 March 2009
[Fotolog] : Wabak Denggi...
Tahun 2003, mak aku kena denggi. Mak aku masuk wad SJMC, kat tingkat 4. Aku ada tulis dalam blog aku tahun 2003. Fast forward ke tahun 2009, mak aku kena denggi lagi. Kali ni, mak aku masuk wad DEMC Seksyen 9, Shah Alam, pun kat tingkat 4. Bilik wad 417. Semalam doktor kata minimum mungkin 5 hari mak aku kena tahan. Sebab doktor nak monitor tengok keadaan mak aku. Sebab demam dah tak ada tapi platlet mak aku makin turun. Takut jugak.
Denggi kat Shah Alam memang dah teruk. Kat jalan rumah aku je, 5 orang dah masuk wad. 7 orang termasuk mak aku yang positif denggi. Semalam, selain mak aku, jiran sebelah rumah aku masuk wad kat KPJ Selangor Specialist Hospital, Seksyen 20. MBSA macam biasa pegang rekod sebab kes denggi tertinggi kat MALAYSIA!
Korang bacalah kat atas tu. Buat apa yang patut untuk kita elakkan denggi dari merebak. Sebab menda ni takleh dibuat main. Denggi dah jadi satu wabak... Wabak maknanya memang dah tahap hebat la... Satu lagi aku baru baca kat paper baru2 ni, bila ada orang buat fogging kat luar rumah, BUKAK PINTU DAN TINGKAP LUAS2! Jangan tutup. Sebab nanti lagi nyamuk terperangkap dalam rumah kita...
Jom hapuskan denggi di Shah Alam, Selangor, dan Malaysia!
15:20 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (3) | Email this | Tags: denggi, isu semasa, seharian, hidup
Friday, 06 March 2009
[Monolog] : Anarki...
| anarki | 1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll). |
Sumber dari: Kamus Dewan Dalam Talian. © Hakcipta Terpelihara mereka.
-----
Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, "Sistem yang tidak berlandaskan undang-undang melahirkan budaya yang tidak berlandaskan undang-undang." Aku setuju dengan apa yang Raja Dr. Nazrin titahkan. Undang-undang adalah asas keamanan. Tak ada undang-undang, maka tak adalah kemanan. Bila keamanan tak wujud, negara akan huru hara.
Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, ada satu ruangan dalam komik KAWAN, nama ruangan tu, 'Kalaulah...'. Ada sekali tu dia timbulkan isu, 'Kalaulah tak ada undang-undang'. Masa tu ada satu strip kartun tu dia tunjuk ada seorang mak ni dalam kecemasan, dia nak pakai public phone. Tapi, semua dah rosak sebab vandalisme. Satu lagi strip tunjuk seorang lelaki berbadan besar, pegang baseball bat. Sambil jalan, dia 'pau' orang sana sini. Polis ada dekat situ tapi tak dapat buat apa-apa. Sebab undang-undang dah tak dituruti.
Keadaan kat Malaysia sekarang macam dah ke arah tu. Ke arah keadaan ANARKI, keadaan yang undang-undang tak diguna pakai. Orang tak hirau undang-undang.
Tengok kat sekolah; buli, gangsterisme, menjadi-jadi. Semua hukum dan hukuman diambil oleh tangan sendiri. Dah tak serah ke pihak berkuasa. Takkan kita nak bagi pihak berkuasa makan gaji buta? Baru selesai masalah kat Oya, Tok Janggut pulak buat hal. Apa nak jadi dengan generasi muda? Memang kita berdarah panas, senang marah. Orang salah rasa terus nak belasah. Tapi, luka tak diubati lama-lama bernanah, jadi parah, jadi barah. Barah masyarakat.
Politik; lagi banyak masalah. Mentang-mentang semua orang undang-undang, rasa macam dah hebat sangat. 'Law is above them all'. Apa yang mahkamah cakap, kata diaorang, "tak payah ikut pun tak apa sebab mahkamah buat keputusan salah." Kalau macam tu apa guna mahkamah? Apa guna sistem keadilan? Memang kadang-kadang mahkamah buat penghakiman yang tidak berapa tepat, tapi kita boleh buat rayuan.
Senang cerita, aku dah makin rimas dengan situasi sekarang. Macam undang-undang tu dah tak ada nilainya. Semua orang nak interpretasi apa itu undang-undang dengan guna kefahaman sendiri.
Pening2~
Adakah kita sedang menuju ke zaman anarki?? Mintak simpang~
p/s: Kalau undang-undang dah tak mainkan peranan, aku dengan kawan-kawan aku nak kerja apa nanti? Huhu... 'No one is above the law!"
21:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: anarki, isu semasa, politik, remaja, gangsterisme, disiplin
Thursday, 19 February 2009
[Fotolog] : Politik
Politik. Muak dengan politik. Muaknya seakan-akan muak makan 4 ketul ayam goreng 'original recipe' Kentaki [baca: KFC]. Kenapa sampai macam tu sekali muaknya?
Sebab politik Malaysia sekarang ni dah macam orang makan satu 'bucket' besar ayam goreng KFC tapi tak kenyang-kenyang [macam siapa ek? hehehe]. Makan je. Tak tau bila nak berhenti. Alih-alih jadi penyakit.
Orang lain berpolitik jugak. Zaman nabi dulu, baginda pun ada berpolitik. Sistem syura [demokrasi tu...], diorang bermesyuarat, berdiskusi. Tapi baginda berpolitik masa mentadbir je. Bukan 24/7 berpolitik; bawak ke tidur, bawak ke makan, bawak ke mandi... Tidak!
Politik itu baik. Politik adalah asas kepada pentadbiran negara dan sesebuah institusi. Tapi, dengan politik yang melampau2 tanpa penghujung, produktif ke negara? Boleh kenyang ke dengan berpolitik semata?
Renung2kanlah...
p/s: Bukan apa... Takut generasi muda baya2 aku hilang minat kat politik... Kalau itu terjadi, macam mana masa depan negara?...
15:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: politik, malaysia, isu semasa, umno, bn, pakatan rakyat, perasaan
Wednesday, 18 February 2009
[Fotolog] : Pembangunan di lereng bukit?
Aku sangat kecewa lepas baca kenyataan Menteri Kerja Raya dalam surat khabar The Star baru-baru ni [Muka depan, Ahad 15 Februari 2009 – Hillside projects to go on ~ We need the lands for development]. Apa sudah tidak adakah lagi tanah-tanah rata untuk dijalankan projek pembangunan?
Bukan sekali dua tanah runtuh berlaku kat Malaysia ni. Dan bukan seorang dua yang mati gara-gara tertimbus tanah runtuh. Tanah runtuh dan Malaysia seakan teman akrab. Gara-gara mengejar pembangunan, alam sekitar dimusnahkan. Highland Towers, Bukit Antarabangsa, what’s next?
Aku kecewa.
Aku tak salahkan pembeli sebab beli rumah kat lereng2 bukit tu. Ya, mungkin mereka ‘tidak berapa cerdik’ sebab beli aset [atau mungkinkah ia satu liabiliti?] kat tempat yang berisiko macam tu. Tapi mereka mampu dan kerajaan bagi kelulusan, Salahkah mereka? Mereka akan bina rumah kat situ ke kalau kerajaan tak luluskan?
Berita AP lepas kejadian Bukit Antarabangsa 6 Disember 2008 [search di cbsnews.com] – "kerajaan Malaysia akan mengHARAMkan [kata Inggeris: ban] sebarang pembangunan di cerun bukit selepas kejadian tanah runtuh…" Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji… kan? Oh aku lupa. Itu cuma satu kenyataan, bukan perjanjian.
Manusia = An-Nas = Pelupa.
Ada benarnya. Sebab Allah sendiri telah ingatkan kita, tapi kita tak pernah nak ingat. Kalau projek di lereng-lereng bukit kat Malaysia ni terus dijalankan, aku tak tahula bahana apa akan menimpa.
Surah Al-A’raaf Ayat 74 [7:74] :
Bismillah…
74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanah-Nya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. maka Kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
P/s: Sekadar mengingatkan… =)
05:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: pembangunan, isu semasa, politik, lereng bukit, agama, al-quran
Sunday, 15 February 2009
[Fotolog] : Gaza - Satu tragedi...
Dah lama aku tak update blog ni. Memang tak sempat. Huhu. Sebab sem ni dah Part 5, subjek makin payah... Kerja makin banyak. Sem ni belajar subjek Law of Association (Partnership & Company Law), Jurisprudence, Islamic Family Law, Public International Law dan Intellectual Property Law. Yang paling memenatkan sem ni, sebab kena buat Honours Project Paper sebagai syarat kelayakan untuk bergraduasi dengan segulung ijazah. Letih2... huhu...
Tengok gambar kat atas tu. Kesian tengok gambar budak-budak yang tak berdosa jadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Aku sedih tengok nasib diorang. Orang semua tengah memikirkan nasib saudara seagama kita di sana...malangnya, kat sini, ada segelintir dari kita yang lebih rela berdiskusi dan memikirkan nasib politik masing2... Haih...
Semalam aku tengok Majalah 3 kat TV3. Isu Gaza. Betapa kagumnya aku tengok semangat anak2 muda kat sana. Masa anak-anak muda Malaysia kat sini cuma tau nak enjoy, berseronok tak kira pagi, petang, siang, malam, anak muda dalam baya-baya aku kat sana pegang senapang, mortar, untuk bertarung menentang rejim Israel.
Bagi aku, alasan rejim Zionis untuk menyerang Gaza dengan mengatakan 'pertahanan diri' sebagai alasan mereka adalah sangat tidak munasabah. Pertamanya, kalau iya pun tentera Hamas serang Israel, cuba fikir balik apa puncanya kalau bukan sebab tanah mereka diceroboh, dijajah, dirampas Zionis.
Lagipun, kalau iye pun sebagai pertahanan diri, bukankah tak adil kalau kapal2 perang Israel yang canggih tu bertempur dengan Hamas yang tak ada apa-apa. Cuma pakai senjata yang kalau dibandingkan teknologinya dengan Israel, adalah mundur 15 ke 20 tahun.
Yang paling aku tak fahamnya, adakah satu pertahanan diri bilamana kanak-kanak tidak berdosa dijadikan mangsa? Fikir2kanlah...
p/s: Perang patut dijadikan jenayah. Perang adalah tentang pembunuhan... Pembunuhan beramai2... Tandatangan petisyen di sini...
18:09 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: gaza, palestin, dunia, perang, isu semasa, islam, yahudi
Tuesday, 16 September 2008
[Fotolog] : Jeling2...
4/9 : Pokok tepi Fakulti Undang2 / Cempaka... Masa ni musim hujan... Penuh bunga... Huhu
4/9 : Jalan basah... Tengok bdk2 tunggu bas Rapid KL dalam hujan... Kesian diorg... Sebab bastand Perindu tutup. Ada construction dekat dengan Markas Palapes... Jadi, bas lalu tepi Pusat Sukan pastu lalu Kolej Delima, tembus kat tepi Kolej Perindu...
4/9 : Hujan...
4/9 : Jam depan Hotel UiTM...
4/9 : Sampai2 rumah, terus masak lauk berbuka... Lauk kami, orang bujang... Hehe...
8/9 : Hari Isnin minggu lepas, pergi bazar PKNS... Ramai yang amat umat... =)
10/9 : Sekarang ni, sejak UiTM ada ramai siswa/siswi, parking memang jadi masalah... Tengok betapa panjangnya kereta yang parking kat tepi jalan nak ke Kolej Perindu 3... Huhu.. ;p
10/9 : Pekeliling sahsiah rupa diri mahasiswa yang baru.. Katanya sebab nak dekat dengan pelajar dan sebab ikut perkembangan semasa... huhu... Lepas sekian lama, akhirnya kami boleh pakai t-shirt round neck pergi kuliah... :) Siswi pulak sekarang dibenarkan pakai baju lengan pendek.. Dulu semua wajib pakai lengan panjang...
00:40 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (4) | Email this | Tags: uitm, isu semasa, kehidupan, puasa, ramadhan, bazar, pkns






















