Tuesday, 02 June 2009

[Fotolog] : Tupai, Cuaca, dan Kura-Kura

Bosanlah hari ni. Dah 4 hari cuti, dah tak tau nak watpe. Padahal kerja ada. Huhu...  Ada sejengkal kertas periksa budak2 tak bertanda lagi kat rumah tu. Dah tu ada seorang ustazah baru bersalin 2 hari sebelum cuti hari tu, kena la aku tanda kertas Pendidikan Islam yang ustazah tu punya. Untuk kelas tahun dua dengan tahun empat. Nasib baik bukan tahun satu. Kalau tak, mau pening nak baca jawi diaorang. Hehe...

Hari ni tak buat apa pun. Bangun pagi tadi, pergi Giant Putra Heights sebab mak nak tukar baju yang dia beli kelmarin. Lepas tu, kitorang masuk kedai cd. Tetiba mak aku tanya ada tak cd Memori Hits Alleycats yang keluar tv tu. Lepas jumpa, mak aku terus beli. Tak pikir apa lagi dah. Huhu.. Minat punya pasal. Balik2 terus pasang plak tu. Memang sungguh tak boleh blah.. Hehehe... Pastu balik dari Giant, makan, pastu terus pergi opis. Memang tak menariklah hari ni... ;p

Pagi, sebelum gerak pergi Giant, mak aku kata ada tupai dalam perangkap tikus. Kitorang letak perangkap tikus tu kat luar lepas kitorang dapat tangkap sekor tikus hari tu. Lupa nak letak perangkap tu dalam rumah balik. Sekali tengok2 ada sekor tupai lak terperangkap. Kesian sungguh. Huhu..

 

Photobucket

Berdarah2 hidung dia sebab dok nyondol2 perangkap tu masa dia cuba nak keluar. Gambar ni aku amek sebelum hidung dia berdarah. Lepas tu, kitorang lepaskan dia. Yang Ijat dengan Alya cakap, "kita bela la dia"... Huhu.. ;p

---

[Gambar2 di bawah guna scrapblog. Untuk tengok scrapblog, korang mesti ada flashplayer. untuk lebih baik, lepas scrapblog habis loading, tekan butang 'pause' supaya korang bleh tengok scrapblog secara manual]

Alhamdulillah, dah 3 hari berturut2 hujan petang kat Alam Megah ni. Lega sikit. Kalau tak, macam dok kat sauna. Biasanya, pukul 5.30, panas terik sungguh. Tapi tengok gambar yang aku amek semalam... Mendung je...

---

Kura-kura aku dah besar. Hehe... Alhamdulillah, sejak aku beli kura-kura ni bulan Mac lepas kat Monorail Tun Sambanthan sempena program Pets @ Monorail, kura-kura ni hidup lagi. Cuma sejak kebelakangan ni, aku dah tak cuci akuarium kura-kura ni hari2. Sebab sibuk kerja kononnya... Tapi, bila cuti plak, jadi malas. Hehehe... Bila dah besar, tahi kura-kura ni jadi makin busuk. Pening gak kepala aku bau najis dia. Hahaha...

Hari ni jugak aku beli botol makanan dia yang ke-3. Sebab yang beli kat midvalley masa kuar ngan Akmal lepas setel projek paper dulu dah habis dah. Beli kat kedai akuarium kat Pusat Bandar HICOM. RM 3.50. Tapi, mak aku ngan aku tak suka sangat kat penjual dia. Sebab tak mesra langsung. Tapi takpela. Janji makanan dia dah ada... Heheh...

Ni gambar2 terkini kura-kura aku. Letak dalam scrapblog.. =)

 

p/s: Pastikan korang ada flashplayer kalo nak tengok scrapblog tu.. =)

Friday, 05 September 2008

[Fotolog] : In memories of Black... + Kenduri Nawi...

Sekarang ni aku rasa sedih sangat. Tepat pukul 9.49 malam tadi, masa Ida ngan bdk2 lain datang rumah aku nak amek laptop Nisa, aku dapat sms dari Ijat. Ijat kata, Black dah mati. Aku pun call Ijat. Ijat kata, dia dengan mak jumpa Black kat seberang jalan depan rumah. 
 
"Tak ada luka kalau nak kata dia mati sebab accident. Masa kitorang jumpa dia, tengok2 dia dah mati dah...", Ijat cakap kat aku dalam fon tadi.
 
Kalau siapa yang selalu ikut blog ni, mesti tau betapa aku sayangkan haiwan peliharaan, terutamanya kucing. Dan betapa aku sayang kan si Black. Black ni generasi ketiga dari seekor kucing liar, Winnie, yang aku bela tahun 2005. Winnie lahirkan Tam, mak Black... Lepas tu, hujung tahun lepas Tam bunting. Awal tahun ni, Black lahir. Bulan ni genap umur dia 8 bulan. Black dah mati, tamatlah generasi Winnie yang bertahan selama 3 generasi, 3 tahun.
 
Aku rasa ayah aku pun mesti akan rindu kat Black lepas ni. Sebab bila ayah aku balik dari main badminton tengah-tengah malam, Black akan siap2 tunggu atas meja makan kat luar, sebab nak tunggu ayah aku angkat dia. Aku pun kadang-kadang kalau tengah tidur, si Black akan datang, lepas tu dia jilat2 telinga atau gigit2 rambut suruh bangun... Adoi! Rindunya... Huhu..
 
Jiran sebelah rumah aku pun mesti akan rindu dia. Jiran aku [Cik Jan], panggil dia Bolink / Bowling / Boling [aku pun tak tau eja dia mcm mana, tapi bunyinya macam tu lah...]. Pagi2 selalu bila Cik Jan nak hantar anak dia pergi sekolah, mesti si Black @ Boling pergi masuk rumah dia, pastu masuk lompat dalam kereta, ikut sekali. 
 
Apa-apa pun Black dah tak ada. Dia lah kucing paling bagus pernah aku ada.....
 
Photobucket  
 
-----
 
Cerita ke-2...  16 Ogos hari tu, coursemate aku, Nawi buat kenduri kahwin dia... Kenduri buat dekat rumah dia kat Seksyen 20. Buat saing dengan kakak dia sekali katanya. Jadi, kat bawah ni gambar2 sekitar majlis...
 
Photobucket  
 
 

Saturday, 19 July 2008

[Fotolog] : Haiwan peliharaan hilang...

Seorang ahli Petfinder hilang anjing peliharaan dia. Nama haiwan peliharaan dia Kobe, umur dalam 1 1/2 tahun, dari baka Shih Tzu + Pekingese, seekor anjing jantan. Warna perang, krim, putih. Kali terakhir dilihat dekat kawasan Seksyen 9, Shah Alam. Kalau ada sesiapa yang terjumpa, terserempak, atau ternampak ada orang lain simpan / bela anjing ni, tolong hubungi no ni : 0127330200 ...
 
Pagi tadi, aku, Andy [founder Petfinder], dengan mak tuan haiwan ni dah pusing keliling Seksyen 9, 8, 10 tapi tak jumpa. Jadi kami dah letak poster2 kehilangan haiwan peliharaan ni kat peti surat rumah dengan kat pokok-pokok. Jadi, kalau sesiapa jumpa, hubungi nombor kat atas ye? Dalam Islam, kita sendiri digalakkan untuk saling tolong menolong tak kira bangsa atau agama. Jadi, jomlah kita sama-sama tolong tuan Kobe dan berdoa semoga Kobe dijumpai... Tunjukkan sedikit rasa peri kemanusiaan sebab aku faham rasa kehilangan haiwan peliharaan yang disayangi...
 
Gambar-gambar Kobe :
 
Photobucket  
 
Photobucket  
 
Photobucket  

Tuesday, 01 July 2008

[Monolog] : Ada siapa-siapa nak haiwan peliharaan...?

Aku suka haiwan. Terutamanya kucing. Sebab tu aku ada Black. Dalam hati aku, tersemat satu kepercayaan yang haiwan peliharaan faham dan rasa apa yang kita buat dengan mereka. Aku selalu rasa yang di dunia satu lagi, haiwan-haiwan yang kita tolong akan tolong kita balik.
 
Yelah. Haiwan pun makhluk Tuhan jugak. Tak ada akal, tapi ada otak... Tak ada percakapan, tapi ada perasaan.
 
Aku ingat lagi kisah yang aku dengar masa kat sekolah dulu. Zaman dulu [tak pasti zaman Rasulullah atau zaman sahabat...], ada seorang wanita. Dia berdosa besar. Tapi, sebab dia selamatkan satu haiwan dari kematian, dosanya diampunkan...
 
Jadi, kalau ada siapa-siapa yang sayangkan makhluk-makhluk Tuhan, taknak bagi mereka terbiar, ambillah mereka. Siapa nak tolong boleh klik banner Petfinder.my kat 'frame' sebelah kanan blog ni. Petfinder ni satu portal untuk tuan sementara cari tuan kekal yang nak bela haiwan-haiwan ni. Memang bagus portal ni sebab bakal tuan kekal boleh berkomunikasi terus dengan tuan sementara yang tengah jaga haiwan-haiwan ni... Best!~~ Tahniah kat founder portal ni, Andy Koh... ;-)