Sunday, 29 March 2009

[Fotolog] : Wabak Denggi...



Tahun 2003, mak aku kena denggi. Mak aku masuk wad SJMC, kat tingkat 4. Aku ada tulis dalam blog aku tahun 2003. Fast forward ke tahun 2009, mak aku kena denggi lagi. Kali ni, mak aku masuk wad DEMC Seksyen 9, Shah Alam, pun kat tingkat 4. Bilik wad 417. Semalam doktor kata minimum mungkin 5 hari mak aku kena tahan. Sebab doktor nak monitor tengok keadaan mak aku. Sebab demam dah tak ada tapi platlet mak aku makin turun. Takut jugak.

Denggi kat Shah Alam memang dah teruk. Kat jalan rumah aku je, 5 orang dah masuk wad. 7 orang termasuk mak aku yang positif denggi. Semalam, selain mak aku, jiran sebelah rumah aku masuk wad kat KPJ Selangor Specialist Hospital, Seksyen 20. MBSA macam biasa pegang rekod sebab kes denggi tertinggi kat MALAYSIA!

Korang bacalah kat atas tu. Buat apa yang patut untuk kita elakkan denggi dari merebak. Sebab menda ni takleh dibuat main. Denggi dah jadi satu wabak... Wabak maknanya memang dah tahap hebat la... Satu lagi aku baru baca kat paper baru2 ni, bila ada orang buat fogging kat luar rumah, BUKAK PINTU DAN TINGKAP LUAS2! Jangan tutup. Sebab nanti lagi nyamuk terperangkap dalam rumah kita...

Jom hapuskan denggi di Shah Alam, Selangor, dan Malaysia!

Monday, 16 June 2008

[Monolog] : Jaga kebersihan...

"Awas! Kawasan kita kini diserang DENGGI!"... Banner ni mengiringi perjalanan aku ke ofis pagi tadi. Kat mana-mana dok terpampang banner [ke bunting?] ni. Hari ni pulak aku pergi ofis jalan kaki. Jadi asyik nampak jelah bendalah ni. Bila dok baca kata-kata ni, teringat aku masa tahun 2003 dulu.

Tahun 2003 aku tak pergi sekolah seminggu sebab aku risau mak aku kena denggi. Platlet mak aku sampai tinggal 20. Ayah aku siap kena derma platlet lagi. Masa tu, apa yang aku mampu buat cuma berdoa, berharap, dan berdoa lagi. Aku ingat lagi, ramai rakan-rakan blogger yang doakan mak aku cepat sembuh.

Lepas tu, tahun 2007, aku pulak kena denggi. Dahlah masa hari raya. Mula-mula tak syak apa-apa. Tapi bila rasa mual bila tengok makanan sampai aku tak lalu makan, lepas tu badan [terutamanya tangan] aku penuh ruam-ruam merah, bila cek kat klinik, platlet aku ada 120. Kurang dari orang normal yang biasanya lebih 200. Hari-hari aku kena ulang pergi klinik nak ambil darah. Sampai tangan aku jadi berlubang2 persis mat pet.

Minggu lepas, ada pelanggan nasi lemak bagitau anak dia 2 orang kena denggi. Siap kena drip. Kesian aku dengar. Sebab aku pernah tengok mak aku kena drip. Sedih bila nak pergi bilik air, dengan tangan terketar-ketar pegang benda tu.

Rakan-rakan, denggi ni jangan dibuat main-main. Kalau ada takungan air, buang. Lepas tu gosok-gosok bekas tu. Masa kat tv dulu, ada sorang doktor pernah kata, kalau siapa yang pernah kena denggi, kena lagi penyakit tu buat kali kedua, harapan nak maut memang tinggi. Sebab virus denggi ni akan kekal dalam badan kita, lepas tu dia akan jadi imun terhadap serangan kedua dan seterusnya. Tapi kalau aedes bermutasi, dan serang dalam bentuk yang berlainan, dan pengkalan data imunisasi kita tak cam, bersiap sedialah bekas pesakit denggi.

Jagalah kebersihan. Jangan kerana kebersihan, rakyat Malaysia yang muda-muda mati begitu sahaja... Hilanglah nanti harapan anak Bangsa Malaysia...