Saturday, 05 July 2008
[Fotolog] : McDonald's Mc Delivery, Penutup besi...
13:27 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: penutup longkang, pencuri besi, besi, alam megah, shah alam, mc donald's, mc delivery
Tuesday, 01 July 2008
[Fotolog] : Taman dan makanan...
Taman dan makanan..
Tak ada kaitan...
Tapi saje tengah bosan-bosan...
~Layankan~...
Bunga tahi ayam ni, dah dekat 2 tahun aku tanam baru nak keluar bunga dia.. Itu pun satu je... Aduih..~
Yang kaler putih tu bunga apa entah... Tiba-tiba muncul.. Tapi hari ni dah layu... huhu~
Anak ulam raja... Mak dia dah mati kering...huhu.. Tapi nasib baik sempat ada dua anak..haha..~~
Antara Char Juey Kuey Teow paling sedap dengan paling murah pernah aku makan. Ada udang BESAR dengan kerang... Harga cuma RM 3.00... Dekat Brutal Cafe, Alam Megah, Seksyen 28...huhu.. Aku makan ni malam hari Sabtu lepas sambil tengok TV3 cinema...hehehe...
19:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: char kuew teow, alam megah, makan-makan, taman bunga
Monday, 16 June 2008
[Monolog] : Jaga kebersihan...
"Awas! Kawasan kita kini diserang DENGGI!"... Banner ni mengiringi perjalanan aku ke ofis pagi tadi. Kat mana-mana dok terpampang banner [ke bunting?] ni. Hari ni pulak aku pergi ofis jalan kaki. Jadi asyik nampak jelah bendalah ni. Bila dok baca kata-kata ni, teringat aku masa tahun 2003 dulu.
Tahun 2003 aku tak pergi sekolah seminggu sebab aku risau mak aku kena denggi. Platlet mak aku sampai tinggal 20. Ayah aku siap kena derma platlet lagi. Masa tu, apa yang aku mampu buat cuma berdoa, berharap, dan berdoa lagi. Aku ingat lagi, ramai rakan-rakan blogger yang doakan mak aku cepat sembuh.
Lepas tu, tahun 2007, aku pulak kena denggi. Dahlah masa hari raya. Mula-mula tak syak apa-apa. Tapi bila rasa mual bila tengok makanan sampai aku tak lalu makan, lepas tu badan [terutamanya tangan] aku penuh ruam-ruam merah, bila cek kat klinik, platlet aku ada 120. Kurang dari orang normal yang biasanya lebih 200. Hari-hari aku kena ulang pergi klinik nak ambil darah. Sampai tangan aku jadi berlubang2 persis mat pet.
Minggu lepas, ada pelanggan nasi lemak bagitau anak dia 2 orang kena denggi. Siap kena drip. Kesian aku dengar. Sebab aku pernah tengok mak aku kena drip. Sedih bila nak pergi bilik air, dengan tangan terketar-ketar pegang benda tu.
Rakan-rakan, denggi ni jangan dibuat main-main. Kalau ada takungan air, buang. Lepas tu gosok-gosok bekas tu. Masa kat tv dulu, ada sorang doktor pernah kata, kalau siapa yang pernah kena denggi, kena lagi penyakit tu buat kali kedua, harapan nak maut memang tinggi. Sebab virus denggi ni akan kekal dalam badan kita, lepas tu dia akan jadi imun terhadap serangan kedua dan seterusnya. Tapi kalau aedes bermutasi, dan serang dalam bentuk yang berlainan, dan pengkalan data imunisasi kita tak cam, bersiap sedialah bekas pesakit denggi.
Jagalah kebersihan. Jangan kerana kebersihan, rakyat Malaysia yang muda-muda mati begitu sahaja... Hilanglah nanti harapan anak Bangsa Malaysia...
20:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: shah alam, selangor, alam megah, denggi, aedes












