Wednesday, 20 May 2009
[Fotolog] : Hari guru peringkat sekolah...
Panas betul malam ni. Kenapa entah. Dah la siang pun kering je. Tak berangin. Kat sekolah kadang-kadang sampai 5 botol + tin air aku minum. Huhu.. Entri ni ingat nak buat semalam. Tapi tak sempat sebab mak aku suruh balik dari ofis cepat...
Hari ni aku buat ulangkaji je. Sebab Jumaat ni mula periksa. Tapi, macam biasa 2 kelas terakhir yang aku ajar kena marah ngan aku. Adala sorang murid 5 Tekun ni, tak pernah buat kerja termasukla kerja cikgu yang aku gantikan ni. Lepas tu, aku tengah mengajar, dia pergi kacau orang lain. Mengamuk aku dalam kelas. Terus senyap semua. Huhu..
Satu lagi tahun 4 Amanah. Aku bagi kerja senang je. Tapi tak siap. Sorang-sorang yang tak siap aku interview. Sorang budak laki siap dah genang2 air mata dah. Huhu... Tapi aku bukan marah sebab apa... Sebab sayang... Aku nak diorang jadi orang. Sebab cikgu-cikgu lain macam dah tak larat nak buat apa. Tu yang aku, Hazwani ngan Afiza [2 orang guru ganti lain] selalu aje bagi motivasi free kat diorang ni. Huhu...
Semalam hari guru peringkat sekolah. Aku masuk acara sukaneka kayuh basikal paling lambat. Tapi kalah. Huhu.. Budak-budak tanya "Cikgu, kenapa kalah ni? Penat kitorang sokong cikgu". Huhu... Lepas tu, ada satu slot khas pemberian hadiah kepada guru pilihan. Malam sebelumnya [malam kelmarin] aku dah tanya adik aku, Ijat. "Jat, abang ni dah la baru seminggu je kat sekolah ni. Nanti tak dapat hadiah, tak ke segan pulak...". Sebabnya, sesi pemberian hadiah tu dibuat masa lepas cikgu2 nyanyi lagu Guru Malaysia ngan Guru Pembina Negara Bangsa. Jadi, cikgu2 duduk atas kerusi, budak2 cari cikgu.
Tapi, bila mula je sesi tu, rasa kelakar plak. Ada jugak yang nak bagi hadiah. Huhu... Mula2 sorang murid tahun satu. Aku tak ajar dia pun. Tiba2 dia bagi hadiah. Aku tanya, "Untuk cikgu ke?". Dia pun angguk. Aku pun amek jela...Huhu.. Pas2 pengawas lak sorang dapat satu mug untuk bagi kat cikgu. Cikgu2 lain dapat sorang satu, aku dapat dua. Pas2 bila murid tahun empat ngan lima punya waktu bagi hadiah, hah, bertimbun2...Huhu.. Terima kasih la kat semua murid yang bagi hadiah. Semua kena belajar rajin2 tau?! =)
Reaksi cikgu2 plak:
1] Ish... ni kalah cikgu betul! Hehe..
2] Ni rasuah murid2 ke ni? ;p
3] Waa...cikgu feveret ek ni?
4] Cikgu paling ensem, baru ngaja seminggu pun dapat banyak hadiah dah... ;)
5] Mana aci ni.... baru aja sekejap dah dapat satu beg hadiah...
6] -_-* ... speechless
7] ni guru besar punya komen: Kan saya dah cakap. Muka awak tu ada nilai. Kan saya dah pesan suruh bawak beg besar siap2.
Kesimpulannya, kelakar betul aku rasa semalam. Huhu....
Oklah, kat bawah ni gambar-gambar majlis...
Lepas ucapan, nyanyi ngan sesi pemberian hadiah, murid rehat. Ni lepas rehat...
Acara guru lelaki ke-2, cucuk manik. Acara kayuh basikal tak ada gambar sebab aku terlibat...
Cikgu lelaki tunjuk bakat cucuk manik...
Murid2 jadi penonton...
Acara cikgu perempuan, makan 3 rasa. Makan roti perancis cicah sirap campur peria... fuh! huhu...
Acara dewan...
Staf sokongan pentadbiran menari pop yea yea... hehe...
Cikgu Ikram wat unplugged...
Pentadbir skola [GB, PK1, PK HEM, PK KOKO] wat Tarian Kipas...
Sebelum - Hadiah aku dapat... huhu...
Selepas - Hadiah2 dah dibukak.. =)
21:59 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (7) | Email this | Tags: hari guru, cuti, cuti semester, aktiviti, skamd, sk alam megah dua, hidup, alam megah
Saturday, 05 July 2008
[Fotolog] : McDonald's Mc Delivery, Penutup besi...
13:27 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: penutup longkang, pencuri besi, besi, alam megah, shah alam, mc donald's, mc delivery
Tuesday, 01 July 2008
[Fotolog] : Taman dan makanan...
Taman dan makanan..
Tak ada kaitan...
Tapi saje tengah bosan-bosan...
~Layankan~...
Bunga tahi ayam ni, dah dekat 2 tahun aku tanam baru nak keluar bunga dia.. Itu pun satu je... Aduih..~
Yang kaler putih tu bunga apa entah... Tiba-tiba muncul.. Tapi hari ni dah layu... huhu~
Anak ulam raja... Mak dia dah mati kering...huhu.. Tapi nasib baik sempat ada dua anak..haha..~~
Antara Char Juey Kuey Teow paling sedap dengan paling murah pernah aku makan. Ada udang BESAR dengan kerang... Harga cuma RM 3.00... Dekat Brutal Cafe, Alam Megah, Seksyen 28...huhu.. Aku makan ni malam hari Sabtu lepas sambil tengok TV3 cinema...hehehe...
19:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: char kuew teow, alam megah, makan-makan, taman bunga
Monday, 16 June 2008
[Monolog] : Jaga kebersihan...
"Awas! Kawasan kita kini diserang DENGGI!"... Banner ni mengiringi perjalanan aku ke ofis pagi tadi. Kat mana-mana dok terpampang banner [ke bunting?] ni. Hari ni pulak aku pergi ofis jalan kaki. Jadi asyik nampak jelah bendalah ni. Bila dok baca kata-kata ni, teringat aku masa tahun 2003 dulu.
Tahun 2003 aku tak pergi sekolah seminggu sebab aku risau mak aku kena denggi. Platlet mak aku sampai tinggal 20. Ayah aku siap kena derma platlet lagi. Masa tu, apa yang aku mampu buat cuma berdoa, berharap, dan berdoa lagi. Aku ingat lagi, ramai rakan-rakan blogger yang doakan mak aku cepat sembuh.
Lepas tu, tahun 2007, aku pulak kena denggi. Dahlah masa hari raya. Mula-mula tak syak apa-apa. Tapi bila rasa mual bila tengok makanan sampai aku tak lalu makan, lepas tu badan [terutamanya tangan] aku penuh ruam-ruam merah, bila cek kat klinik, platlet aku ada 120. Kurang dari orang normal yang biasanya lebih 200. Hari-hari aku kena ulang pergi klinik nak ambil darah. Sampai tangan aku jadi berlubang2 persis mat pet.
Minggu lepas, ada pelanggan nasi lemak bagitau anak dia 2 orang kena denggi. Siap kena drip. Kesian aku dengar. Sebab aku pernah tengok mak aku kena drip. Sedih bila nak pergi bilik air, dengan tangan terketar-ketar pegang benda tu.
Rakan-rakan, denggi ni jangan dibuat main-main. Kalau ada takungan air, buang. Lepas tu gosok-gosok bekas tu. Masa kat tv dulu, ada sorang doktor pernah kata, kalau siapa yang pernah kena denggi, kena lagi penyakit tu buat kali kedua, harapan nak maut memang tinggi. Sebab virus denggi ni akan kekal dalam badan kita, lepas tu dia akan jadi imun terhadap serangan kedua dan seterusnya. Tapi kalau aedes bermutasi, dan serang dalam bentuk yang berlainan, dan pengkalan data imunisasi kita tak cam, bersiap sedialah bekas pesakit denggi.
Jagalah kebersihan. Jangan kerana kebersihan, rakyat Malaysia yang muda-muda mati begitu sahaja... Hilanglah nanti harapan anak Bangsa Malaysia...
20:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: shah alam, selangor, alam megah, denggi, aedes



























