Wednesday, 20 May 2009

[Fotolog] : Hari guru peringkat sekolah...

Panas betul malam ni. Kenapa entah. Dah la siang pun kering je. Tak berangin. Kat sekolah kadang-kadang sampai 5 botol + tin air aku minum. Huhu.. Entri ni ingat nak buat semalam. Tapi tak sempat sebab mak aku suruh balik dari ofis cepat...

Hari ni aku buat ulangkaji je. Sebab Jumaat ni mula periksa. Tapi, macam biasa 2 kelas terakhir yang aku ajar kena marah ngan aku. Adala sorang murid 5 Tekun ni, tak pernah buat kerja termasukla kerja cikgu yang aku gantikan ni. Lepas tu, aku tengah mengajar, dia pergi kacau orang lain. Mengamuk aku dalam kelas. Terus senyap semua. Huhu..

Satu lagi tahun 4 Amanah. Aku bagi kerja senang je. Tapi tak siap. Sorang-sorang yang tak siap aku interview. Sorang budak laki siap dah genang2 air mata dah. Huhu... Tapi aku bukan marah sebab apa... Sebab sayang... Aku nak diorang jadi orang. Sebab cikgu-cikgu lain macam dah tak larat nak buat apa. Tu yang aku, Hazwani ngan Afiza [2 orang guru ganti lain] selalu aje bagi motivasi free kat diorang ni. Huhu...

Semalam hari guru peringkat sekolah. Aku masuk acara sukaneka kayuh basikal paling lambat. Tapi kalah. Huhu.. Budak-budak tanya "Cikgu, kenapa kalah ni? Penat kitorang sokong cikgu". Huhu... Lepas tu, ada satu slot khas pemberian hadiah kepada guru pilihan. Malam sebelumnya [malam kelmarin] aku dah tanya adik aku, Ijat. "Jat, abang ni dah la baru seminggu je kat sekolah ni. Nanti tak dapat hadiah, tak ke segan pulak...". Sebabnya, sesi pemberian hadiah tu dibuat masa lepas cikgu2 nyanyi lagu Guru Malaysia ngan Guru Pembina Negara Bangsa. Jadi, cikgu2 duduk atas kerusi, budak2 cari cikgu.

Tapi, bila mula je sesi tu, rasa kelakar plak. Ada jugak yang nak bagi hadiah. Huhu... Mula2 sorang murid tahun satu. Aku tak ajar dia pun. Tiba2 dia bagi hadiah. Aku tanya, "Untuk cikgu ke?". Dia pun angguk. Aku pun amek jela...Huhu.. Pas2 pengawas lak sorang dapat satu mug untuk bagi kat cikgu. Cikgu2 lain dapat sorang satu, aku dapat dua. Pas2 bila murid tahun empat ngan lima punya waktu bagi hadiah, hah, bertimbun2...Huhu.. Terima kasih la kat semua murid yang bagi hadiah. Semua kena belajar rajin2 tau?! =)

Reaksi cikgu2 plak:

1] Ish... ni kalah cikgu betul! Hehe..

2] Ni rasuah murid2 ke ni? ;p

3] Waa...cikgu feveret ek ni?

4] Cikgu paling ensem, baru ngaja seminggu pun dapat banyak hadiah dah... ;)

5] Mana aci ni.... baru aja sekejap dah dapat satu beg hadiah...

6] -_-* ... speechless

7] ni guru besar punya komen: Kan saya dah cakap. Muka awak tu ada nilai. Kan saya dah pesan suruh bawak beg besar siap2.

Kesimpulannya, kelakar betul aku rasa semalam. Huhu....

Oklah, kat bawah ni gambar-gambar majlis...

 

Photobucket

Lepas ucapan, nyanyi ngan sesi pemberian hadiah, murid rehat. Ni lepas rehat...

 

Photobucket

Acara guru lelaki ke-2, cucuk manik. Acara kayuh basikal tak ada gambar sebab aku terlibat...

 

Photobucket

Cikgu lelaki tunjuk bakat cucuk manik...

 

Photobucket

Murid2 jadi penonton...

 

Photobucket

Acara cikgu perempuan, makan 3 rasa. Makan roti perancis cicah sirap campur peria... fuh! huhu...

 

Photobucket

Acara dewan...

 

Photobucket

Staf sokongan pentadbiran menari pop yea yea... hehe...

 

Photobucket

Cikgu Ikram wat unplugged...

 

Photobucket

Pentadbir skola [GB, PK1, PK HEM, PK KOKO] wat Tarian Kipas...

 

Photobucket

Sebelum - Hadiah aku dapat... huhu...

 

Photobucket

Selepas - Hadiah2 dah dibukak.. =)

Saturday, 16 May 2009

[Fotolog] : Gotong royong di Hari Guru...

Pertamanya, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku di Eden Child Development Centre, SK Hicom, SK Taman Alam Megah, SK Alam Megah Dua, SRA Batu 13 Puchong, SMK Alam Megah, SMA Persekutuan Labu dan Universiti Teknologi Mara Malaysia, Shah Alam. TERIMA KASIH CIKGU! Jasa cikgu-cikgu semua takkan saya lupakan.

Dah lama aku tak update blog ni. Sibuk sangat sem ni. Dengan projek paper, lepas tu final lagi. Last-last bersawang terus. Huhu... Aku dah cuti sem dah. Aku habis paper Ahad lepas [10 Mei] dan 11hb [Isnin] aku balik rumah. Tak dan nak rehat, hari Selasa aku dah mula kerja untuk mengisi masa lapang aku. Hehe.. Jadi cikgu! Cikgu ganti sekolah rendah. Aku ajar subjek Bahasa Malaysia, Kajian Tempatan dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk murid Tahun 5 dengan Tahun 6.

Jadi, hari ni kali kedua aku sambut hari guru sebagai seorang guru. 3 tahun lepas, aku sambut hari guru sebagai seorang guru masa aku jadi guru ganti kat SMK Seksyen 27. Sepanjang seminggu aku kat sekolah, rasa seronok sangat walaupun penat. Macam-macam gelagat aku dapat tengok. Teringat zaman-zaman aku skolah dulu.

Dahla aku jadi guru ganti kat SK Alam Megah Dua, alma mater aku. 1st day daftar diri, terkejut jumpa guru kelas aku masa darjah 4, Ustazah Sakinah. Dia pun terkejut. Ustazah masih tak berubah. Nampak muda aje. Hehe.. Lepas tu ada Cikgu Norlaily dengan Cikgu Nik. Rosilawati. Cikgu2 aku yang sekarang jadi rakan sekerja. Hehehe... Even tukang kebun pun tukang kebun yang sama dari mula2 aku masuk sekolah tu tahun 1997 dulu. Aku kumpulan pertama pindah SK Alam Megah Dua masa sekolah mula-mula bukak tahun 1997.

Yang paling seronok anak-anak murid. Kadang-kadang nak tercabut anak tekak ngan budak-budak ni. Hehe.. Ada yang nakal, ada yang baik, ada yang senyap. Macam2 jenis. Bila aku naik suara, garang sket, hah, baru la semua senyap sepi je dengar aku cakap. Hehe.. Ada sekali tu, aku marah murid2 tahun 5 yang aku ajar. Sebab degil sangat. Tapi marah sebab sayang la.. Hehe.. Lepas habis kelas, tiba2 satu kelas mintak maaf kat aku sebab diorang kata diorang bersalah dah buat aku marah. Lepas tu semua salam cium tangan. Hehe...

Macam hari ni ada gotong royong, seorang murid Tahun 4 kelas hujung, dok ikut aku je. Sampai cikgu Aikram tanya, adik kamu ke? Haha... Tu tak kira bila aku balik dengan sorang cikgu yang rumah dia depan aku. Cikgu ni jiran aku. Dan dia guru aku masa aku buat lower 6 sekejap kat SMK Alam Megah. Aku balik tumpang dia, sorang murid perempuan tahun 4 cakap "Eee... cikgu balik dengan cikgu..! Takda maknanaya!!!". Hehe... Nilah budak2 zaman sekarang. Dia ingat kami pakwe makwe. Sedangkan cikgu jiran aku tu dah kawen ada anak da pun..huhu..

Apa pun, seronok mengajar kat sini. Banyak pengalaman aku dapat. Nantilah, ada masa aku cerita yang best-best lagi.. Hehe.. Hari ni ada gotong royong sempena hari guru. Aku jaga zon A. Cuci kawasan blok A, bangunan pra-sekolah dan padang sekolah. Ni ada gambar-gambar aku ambil tadi... =)

 


Photobucket

Alma mater aku...

Photobucket

Sorang murid dok tengok longkang dah bersih belum...

Photobucket

CUci longkang padang sekolah...

Photobucket

Longkang dah bersih sikit! =)

Photobucket

CIkgu-cikgu dan ibu bapa bekerjasama...

Photobucket

Gotong royong di padang...

Photobucket

Rajin parents ni... =)

Photobucket

TAK! Sekolah ni takda jangkitan Influenza A H1N1 ye! Hehe.. Ni cikgu2 kemas stor sukan...

Photobucket

Murid tahun 6 cuci longkang blok A...

Photobucket

Sental jangan tak sental...hehe

Photobucket

Cikgu dan anak murid sama2 cuci longkang...

Photobucket

Makan time! Ada potluck... Macam bufet plak...hehe..

Photobucket

Makan2... ;)

Friday, 20 February 2009

[Fotolog] : Konferen Undang-undang dan blog

Dipetik dari http://www.elawyer.com.my:

Anyone can blog. Anyone can also blog and get sued or sometimes facing the threat of being sentenced to spend years in jail.

It is however, understandable that not every blogger is well versed with the law, and therefore don’t know their rights and liabilities. Here are a few examples of which you may be able to relate to:

- Is it against the law when I link to other blogs?
- What should I do if someone claims that I have infringed his or her copyrights?
- Do I have rights to ask someone to remove the link to my blog?
- Can I use pictures found in other websites or google images?
- If I found out others have defamed me in their blogs, what should I do?

This is the reason eLawyer.com.my brings you the eLawyer Law Conference 2009, themed “Blogging and Law”. It is our sincere hope that bloggers will have the sufficient legal awareness in them that they are able to protect themselves in case of defamation claim or accusations of copyright infringements.

The details of the conference are as follows:

Theme: Blogging and Law
Date: 14 March 2009
Time: 9.30am – 12.30pm
Fees: F.O.C.
Venue: Auditorium Tun Mohd Suffian, UM Law Faculty
Co-Organiser: Law Society of University of Malaya

Topic 1: Blogging & Intellectual Property Law in Malaysia (By Mr. Foong Cheong Leong, KL Lawyer & Blogger)

You will learn about:
1. Is it against the law when I link to other blogs?
2. What should I do if someone claims that I have infringed his or her copyrights?
3. Do I have rights to ask someone to remove the link to my blog?
4. Can I use pictures found in other websites or google images?
And many more…

Topic 2: Blogging & Defamation Law in Malaysia (By Mr. Nizam Bashir, Malacca Lawyer & Blogger)

You will learn about:
1. What amount to defamatory statement?
2. What should I do if someone claims that the content of my blog defames him?
3. If I have found out others have defamed me in their blog, what shall I do?
4. What are the remedies available for defamation action?
And many more…

Registration: The admission to this conference is FREE. However, please R.S.V.P by sending your details (Name, Tel, Email, Occupation and Organisation) to forum@elawyer.com.my on or before10 March 2009 (extended).

Note: We will hold the award ceremony of Legal Blog Writing Contest 2008 in conjunction with this law conference. As such, we urge those who have taken part in the said contest to attend this conference.

See you at the conference!

Co-Organiser:

Law Society of University of Malaya (UM)

Supporting Organisations:

Malaysian Law Students Alliance

Law Students’ Society
International Islamic University Malaysia (IIUM)

 

Law Society of National University of Malaysia (UKM)

 

Law Society of KDU College (KDU)

Law & Commerce Society
Management & Science University

Online Media Partners

www.nuffnang.com

www.MalaysiaKini.com

www.MerdekaReview.com

Malaysia Bloggers Forum
www.MalaysiaBloggers.com

Webmaster Malaysia Forum
www.WebmasterMalaysia.com

Youth Malaysia
www.youthsays.com

p/s: Soalan.... > Kenapa Sekolah Undang-Undang tempat aku menimba ilmu ni tak jadi 'co-organizer'? Mana Law Society UiTM? Sedangkan MSU yang program undang2nya baru lahirkan graduan pun ada LCS sebagai 'co-organizer'. Nak kata pelajar undang2 UiTM tak ramai blogger, ramai je aku jumpa....