Wednesday, 18 February 2009
[Fotolog] : Pembangunan di lereng bukit?
Aku sangat kecewa lepas baca kenyataan Menteri Kerja Raya dalam surat khabar The Star baru-baru ni [Muka depan, Ahad 15 Februari 2009 – Hillside projects to go on ~ We need the lands for development]. Apa sudah tidak adakah lagi tanah-tanah rata untuk dijalankan projek pembangunan?
Bukan sekali dua tanah runtuh berlaku kat Malaysia ni. Dan bukan seorang dua yang mati gara-gara tertimbus tanah runtuh. Tanah runtuh dan Malaysia seakan teman akrab. Gara-gara mengejar pembangunan, alam sekitar dimusnahkan. Highland Towers, Bukit Antarabangsa, what’s next?
Aku kecewa.
Aku tak salahkan pembeli sebab beli rumah kat lereng2 bukit tu. Ya, mungkin mereka ‘tidak berapa cerdik’ sebab beli aset [atau mungkinkah ia satu liabiliti?] kat tempat yang berisiko macam tu. Tapi mereka mampu dan kerajaan bagi kelulusan, Salahkah mereka? Mereka akan bina rumah kat situ ke kalau kerajaan tak luluskan?
Berita AP lepas kejadian Bukit Antarabangsa 6 Disember 2008 [search di cbsnews.com] – "kerajaan Malaysia akan mengHARAMkan [kata Inggeris: ban] sebarang pembangunan di cerun bukit selepas kejadian tanah runtuh…" Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji… kan? Oh aku lupa. Itu cuma satu kenyataan, bukan perjanjian.
Manusia = An-Nas = Pelupa.
Ada benarnya. Sebab Allah sendiri telah ingatkan kita, tapi kita tak pernah nak ingat. Kalau projek di lereng-lereng bukit kat Malaysia ni terus dijalankan, aku tak tahula bahana apa akan menimpa.
Surah Al-A’raaf Ayat 74 [7:74] :
Bismillah…
74. "Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanah-Nya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. maka Kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
P/s: Sekadar mengingatkan… =)
05:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: pembangunan, isu semasa, politik, lereng bukit, agama, al-quran
Sunday, 07 September 2008
[Fotolog] : Penilaian filem / Movie reviews...
Gambar ehsan http://www.mdpictures.net
Aku tengok filem ni masa cuti mid term hari tu. Bagi aku, filem ni sangat bagus. Aku tak sempat baca novel dia lagi, tapi orang sekeliling aku kata novelnya lagi bagus dari filemnya.
Kita dah biasa disogokkan dengan filem-filem cinta yang selalunya stereotaip dan ada antaranya, buang masa je tengok. Tapi, Ayat-ayat Cinta tengok dari persektif berbeza. Perspektif Islam. Dan kita dah selalu dengar yang Islam itu Jamil [Indah, Cantik]. Dan melalui Ayat-ayat Cinta, kita akan nampak bagaimana indahnya bercinta, bercinta cara Islam… Aku bagi 8.5 / 10…
Babylon A.D.
Gambar ehsan: http://www.canmag.com
Filem ni tengok kat OU masa keluar ngan kawan2 aku. First time tengok filem kat OU. Hehehe.. Overall, cerita ni effect dia cantik. Tapi, jalan cerita dia slow sikit. Dan walaupun diklasifikasikan sebaga filem aksi, aksi-aksi dia tak banyak mana dan tak sehangat mana. Kira kalau nak tengok tu, bolehla… Tap kalau nak dilayan, kureng ah.. Tapi, lakon layar dia agak bagus sebenarnya. Cuba ada babak-babak macam tak perlu je. Sebab dia buat filem ni jadi lagi kompleks. Dan ending dia……….. :p Aku bagi 5.5/10 [hari tu aku bagi tinggi sikit masa Akmal tanya. Tapi bila aku kenang-kenang balik, tak bolehla bagi tinggi2...]
16:55 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: agama, ayat-ayat cinta, babylon ad, entertainment, filem, hiburan, islam










