Tuesday, 08 September 2009

[Fotolog] : A&W dan Laskar Pelangi...

Memang giler la kitorang ni. Aku duit pun bukan ada sangat. Tapi, tengah malam semalam aku ngan budak2 rumah aku [Akmal, Aiman dan Ramzi] buat kerja giler lagi.

Pukul 12 lebih tengah malam, kami pergi A&W Drive-In PJ kat depan Amcorp Mall tu lagi. Kiranya, dah 2 minggu berturut-turut kami pergi sana. Dah tu, aku makan Set 5. Burger apa ntah nama dia. RM 9.

Ingat nak makan Volcano Burger lagi. Tapi, sebab dah makan minggu lepas. Hehe... Sudah-sudah lah tu. Nasib baik Isnin depan dah tak cuti dah. Kalau tak, memang kami jadi pelanggan mingguan tetap A&W. Haha...

DSC00285

Akmal makan waffle aiskrim. Sedap!

DSC00284

Aku punya. Kat belakang tu Aiman punya Mozza burger...

DSC00286

Mozza burger lesap. Aku punya pun lesap.. Haha

---

Baru lepas tengok filem Laskar Pelangi. Aku teringin nak tengok dari tahun sudah lagi. Tapi, tak dapat-dapat videonya. Sampailah hujung minggu lepas, baru aku dapat copy filem ni.

Cerita dia sangat menarik. Memang sumber inspirasi. Pada aku, anak-anak muda yang tengah bersekolah semua wajib tonton filem ni. Cuma, berdasarkan keadaan sekarang, aku tak rasa mereka akan tertarik nak tonton filem bergenre macam ni. Yelah. Filem ni bukan filem hiburan 100%. Filem ini terselit banyak perkara yang boleh kita teladani.

Aku suka latar filem ni. Berlatarkan Pulau Belitong, kawasan tu cantik sekali. Indah sungguh. Pantainya putih. Lautnya jernih. Memang syok lah.. Hehe. Satu lagi, aku suka dialog filem ni. Sebab filem ni menceritakan tentang kisah anak-anak Melayu yang tinggal kat Pulau Belitong, bila dengar diorang bercakap, terasa dekat dengan kita.

Siapa yang belum tengok filem ni, tengoklah... Kalau mak2 atau ayah2 tu, tengoklah dengan anak-anak. Biar diorang nampak, betapa besarnya nilai pendidikan kepada kehidupan kita. Biar budak2 sedar lepas tengok betapa tingginya dedikasi anak-anak yang bersekolah kat SD Muhammadiyah Gantong nak timba ilmu pelajaran.

Satu kata2 yang masih terngiang2 kat telinga aku lepas tengok filem ni...:

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya... Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..."

laskar-pelangi

Gambar hakcipta: http://thejediorder.wordpress.com/

Monday, 07 September 2009

[Fotolog] : Aku pun nak jadi pembantu rumah!

DSC00281

Pembantu rumah aku, Een tengah buat kerja. Dia setuju dengan cadangan gaji RM 800. ;p

Kadang-kadang, orang yang bagi apa-apa cadangan, diaorang tak pernah fikir pro dan kontra cadangan tu kan? Dulu nak letak gaji minimum pembantu rumah RM 600 sebulan. Sekarang cadangan baru, gaji minimum untuk pembantu rumah RM 800 sebulan. Bukan sikit ni. Rm 800 tu!

Kadang-kadang aku rasa cadangan demi cadangan yang ada pada hari ni makin mengarut. Makin tak masuk akal. RM 800. Pergh! Aku pun nak jadi pembantu rumah kalau macam tu. Haha...

Bukannya aku tak puas hati dengan gaji setinggi tu. Tak. Aku faham yang kadang2 ada majikan yang teruk, bayar gaji pembantu rumah tak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Tapi, masalahnya ialah tak semua pembantu rumah berhak dapat gaji setinggi RM 800 sebulan.

Ingat... RM 800 bukan jumlah yang kecik. RM 800 tu gaji bersih tau. Makan, minum ditanggung. Bil air, bil elektrik ditanggung. Kiranya RM 800 tu memang gaji penuh. Cuma, bila ada pembantu rumah yang tak tau buat kerja, layak ke dia diberi RM 800?

Ada pembantu rumah, macam yang dari Indonesia, SMA [Sekolah Menengah Atas] pun tak habis. Membaca dan menulis pun tak tau. Ada sesetengah tu, agen yang uruskan penghantaran ke Malaysia, tak bagi kursus yang ekstensif kat bakal2 pembantu rumah. Akibatnya, nak gosok baju tak tau, basuh baju tak tau...

Kalau semua tak tau, patut ke nak bagi RM 800 sebulan?

Gambar hakcipta aku.

[Fotolog] : Mengarut!

mb-rapidkl-img6798

Aku faham. Pengangkutan awam, terutamanya yang pakai minyak macam bas dan teksi, dah dibenarkan naik tambang, sebab harga tambang dah lama tak disemak. Tapi, kalau harga tambang dah jadi melampau, mana boleh tahan! Entri kali ni aku tujukan khas untuk syarikat bas RapidKL.

Masa tambang lama dulu, harga pas harian untuk bas utama [contoh: Sek 2 Shah Alam ke KL] RM 2 untuk sehari. Pas harian untuk bas tempatan [pelekat hijau] RM 1 sehari. Bas bandar [pelekat merah] RM 2 sehari. Jadi, macam aku dari Seksyen 8 nak ke rumah aku kat Seksyen 28, aku naik bas tempatan dan tambang cuma RM 1. Sama jugak dengan kawan2 aku yang naik bas nak ke kampus.

Lepas tambang dah naik, tambang bas utama ikut zon. Contoh dari Sek 2 ke KL, tambang RM 3 sehala. Jadi pergi balik = RM 6. Aku tak kisah sangat dengan bas utama. Sebab secara teknikalnya, sebelum RapidKL perkenalkan sistem pas harian, tambang pergi balik Sek 2 ke KL ialah RM 5. Tapi, aku sangat tak setuju dengan struktur tambang baru untuk bas tempatan.

Dengan tambang baru ni, bas tempatan tetap RM 1. Tapi, tambang tu tambang sehala. Maknanya setiap kali naik bas, kena bayar tambang RM 1. Jadi, cuba korang bayangkan kawan2 aku yang kena naik bas ke kampus. Katakan dia duduk Seksyen 8. Dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 = RM 1. Dari Seksyen 2 ke dalam kampus RM 1. Pergi balik = RM 4. RM 4 kali 5 hari = RM 20. RM 20 kali 4 minggu = RM 80. RM 80 diorang kena spend untuk tambang bas saja.

Macam aku lagi la. Kalau nak beli Rapidpass untuk bas tempatan yang harga RM 40, rugi, sebab aku jarang naik bas. Jadi, nak tak nak, kalau aku nak balik, aku kena bayar cash. Tambang untuk balik rumah aku dulu RM 1 je. Sekarang, dari Seksyen 8 ke Hentian Pusat Bandar = RM 1. Hentian Pusat Bandar ke Seksyen 15 = RM 1. Dari Seksyen 15 ke Alam Megah = RM 1. RM 3 untuk perjalanan dalam kawasan Shah Alam je!!! Dah la bas lembab! Baik aku duduk KL kalau tambang aku sama dengan tambang ke KL.

Sebab tu, pada pandangan aku, bas utama nak naik tambang takpe, tapi kekalkan sistem lama untuk bas tempatan. Sebab yang naik bas bukan orang kaya. Orang kaya tak naik bas. Jadi, kesian diorang nak kena keluarkan duit yang banyak untuk tambang aje. Lepas tu kerajaan pulak selalu bagitau statistik, pengguna pengangkutan awam kat Malaysia rendah. Kalau sistem bagus, tambang lebih sikit, orang tak kisah. Masalahnya, dah la bas SELALU lambat, tambang mahal pulak tu...! Macam mana rakyat nak guna pengangkutan awam??

Fikir2kan la...

Gambar hakcipta: The Digital Awakening

Thursday, 03 September 2009

[Fotolog] : Provokasi melampau...

Aug 29 09 - MKini - Cow Head 3

Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.

Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.

Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.

Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".

Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.

Gambar hakcipta: Malaysiakini.

Tuesday, 01 September 2009

[Fotolog]: Jalan2 di bazar Stadium Shah Alam...

DSC00276

Hari ni gi bazar Stadium Shah Alam kat Seksyen 13. Kalau nak pergi bazar ni:

1- Pergi awal atau lewat. Kalau peak hour, nanti jalan sesak.

2- Kalau datang dari arah Pusat Bandar, roundabout amek kul 12. Kalau amek kul 9, nanti kena pusing ikut jalan besar tepi Poli. Jadi jauh + sesak lagi.

3- Kawal diri. Banyak giler oh makanan kat sini...! Hahaha

[Fotolog] : Hari yang panjang...

Hari ni [Isnin, 31 Ogos 2009] hari yang panjang. Dari pagi sampai tengah malam, nak lelap pun tak sempat. Huhu.. Siang pergi SACC Mall ngan Ijat hantar In. Pastu aku ngan Ijat lepak PAS. Giler ramai orang kat PAS. Nak jalan pun payah... ;p

 

DSC00263

Ramainya orang beli baju raya...

 

DSC00265

Ramai2...

Lepas balik dari PAS, kelam kabut gi Sri Muda pulak. Beli biskut Marie nak wat kek batik. Pastu gi bazar, pasang payung. Then, gi HERO beli barang mak nak wat nasik ayam, lepas tu gi niaga sampai berbuka. Memang penat...! Haha.. Pas buka dalam pukul 9.30 beli barang untuk niaga esok, pastu gi Taipan USJ hantar mak Zou... Dah hantar mak Zou gi Carlos, baru aku balik Seksyen 8.

Tiba2 kitorang wat idea giler. Mentang2 baru pas tengok Harold and Kumar Go to White Castle, kitorang pun rasa macam nak makan A&W. Last2 pergi A&W PJ Drive-In depan Amcorp Mall. Nasib baik bukak 24 jam. Kalau tak memang jadi adventure Harold and Kumar la.. Haha.. Aku makan set merdeka, Volcano Burger dengan rootbeer. Tak cukup bajet nak amek float. Hehe.. Kul 1 lebih camtu, baru la kitorang balik Seksyen 8. Giler penat! Tak sempat sampai rumah aku dah tetido dalam kete...hehe..

 

DSC00266

Akmal dan floatnya..

 

DSC00267

Rem dengan float dan ensetnya...

 

DSC00268

Aku punya set merdeka large; Volcano burger, rootbeer ngan fries.

 

DSC00273

Mana hilang?!

 

DSC00272

Muka2 kekenyangan... ;p

 

DSC08098

Akmal kepuasan... c(=

 

DSC08099

A&W PJ Drive-In...

 

DSC08100

Nak datang lagi..! hehe

 

All the posts