Thursday, 03 September 2009
[Fotolog] : Provokasi melampau...
Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.
Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.
Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.
Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".
Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.
Gambar hakcipta: Malaysiakini.
13:22 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (5) | Email this | Tags: politik, isu semasa, shah alam, demonstrasi, kepala lembu, pakatan rakyat, seksyen 23, suk, kerajaan negeri








Comments
tak tau nak salahkan sapa...pihak menteri besar pown gi luluskan pembinaan kuil tuh sapa suruh..maybe rasa serba salah agaknya sebab time PRU dulu kaum india banyak backup pakatan rakyat. tuh yg nak balas budi tuh...
yang islam nih pown,agak2 la kot yer pown nak tunjuk perasaan sangat...memang la dah melampau sebab nak bina kuil kat situh....tapi still kena tunjukkan respek kat agama lain...cuba bayangkan kalo kaum lain buat camtuh kat al-quran?marah tak?hurmmmm
Posted by: aidi-safuan | Monday, 07 September 2009
setuju dgn sedara..
kwan saya ada bg perumpamaan...
dalam agama Hindu, lembu itu suci..
bagi kita orang Islam, alQuran tu suci..
Penduduk Seksyen 23 pijak2 kepala lembu...
Kawan saya kata, cuba bayangkan kalau penduduk beragam Hindu pijak2 alQuran...
Apa yang kita rasa??
Kesimpulannya, cuba kita letak diri kita kat kedudukan orang lain. Baru kita faham...
Terima kasih utk komen sedara... =)
Posted by: kai @ izwan | Monday, 07 September 2009
Malaysian mentality is so fucking narrow. shows that Merdeka and Ramadan mean nothing
Posted by: Daniel Goh | Monday, 07 September 2009
that's rite daniel..
most malaysians nowadays tend to think based on their own racial communal lines.. they do not think as malaysians but as what race they are..
something to ponder... in Malaysia, Malaysians often refer themselves as Malay, Chinese, Indians and others... but overseas, when asked, they refer themselves simply as Malaysians... why the difference??
Posted by: kai | Monday, 07 September 2009
that's right daniel..very narrow indeed...
Malaysians nowadays tend to think based on their own racial communal lines... why don't we just think as Malaysians..?
something to ponder... in Malaysia, Malaysians often refer themselves as Malays, Chinese, Indians, etc.. but overseas, Malaysians refer themselves simply as... Malaysians...
So, why the difference??
Posted by: kai | Monday, 07 September 2009
Post a comment