Monday, 31 August 2009
[Fotolog] : Minuman keras di Selangor...
Baru-baru ni, isu pasal jualan minuman keras kat Selangor hangat diperkatakan. Macam-macam pandangan kita dengar - pro dan kontra. Tak kisahlah dari surat khabar arus perdana ke, alternatif ke, atau surat khabar yang dikatakan neutral, berbahasa Melayu atau Inggeris, masing-masing bagi pendapat sendiri. Tak kisahlah sebab Malaysia kan sebuah negara demokrasi yang mana kita bebas untuk bersuara kan?
Aku nak bagi pandangan aku dalam konteks neutral. Konteks seorang pelajar yang tidak berparti [walaupun kawan2 aku ada kaitkan aku dengan parti2 tertentu...ahaha]. Pertama sekali, aku sama sekali tidak setuju dengan cadangan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Hassan Ali. Dan keduanya, aku setuju dengan pendekatan MB Khalid - self-regulatory.
Datuk Hassan Ali kata, di Shah Alam, penjualan alkohol tak dibenarkan di Seksyen 1 - 24, kawasan majoriti Muslim. Bila ditanya, macam mana kalau non-Muslim nak minum, jawab beliau, kena la pergi kat tempat yang ada jual. Macam Seksyen 25 ke. Kiranya Datuk Hassan nak buat total ban kat kawasan yang disebut tu. Memang betul, tujuan beliau murni, nak kawal penyalahgunaan alkohol di kalangan remaja Muslim. Tapi, apa yang tak disedar, undang-undang yang direncanakan tu melibatkan non-Muslim secara langsung. Sedangkan, kita pun tahu, undang-undang syariah kat Malaysia tak terpakai pada non-Muslim. Tapi, kalau dah total ban, tak ke effect non-Muslim secara langsung?
Bukanlah aku ni support jual alkohol kat kawasan2 tu. Tapi bila buat total ban, macam2 benda boleh jadi. Suratkhabar theSun pernah bagi fakta sejarah, tentang akibat prohibition ke atas minuman alkohol kat Amerika. Tau apa jadi? Geng2 kongsi gelap, mafia semua berebut2 nak kawal bisnes minuman alkohol yang diorang jalankan secara underground. Iyela. Bila benda jadi haram, bisnes underground berleluasa la. Macam dadah. Teori dia mudah aje... Cuba fikirkan bila geng2 ambil alih jual minuman alkohol kat kawasan yang diharamkan, lagi peningla polis.
Sebab tu aku setuju dengan pendekatan MB. Maknanya penjual dan pengguna sama-sama bertanggungjawab dan ikut guideline yang diberi. Approach macam ni lebih sesuai. Kurang kontroversi dan kalau dijalankan dengan penuh rasa kebertangungjawaban, insyaAllah masalah akan berkurangan. Lagipun, kat 7E tu jual beer. Alkohol kurang 5%. Lain la kalau jual liquor ke. Lagi la bahaya. Lagipun, Islam sendiri tak paksa orang untuk buat sesuatu. Konsep Islam tu, kita buat sesuatu lepas berfikir secara rasional akan akibat tindakan kita. Islam tu addin yang sempurna. Kita ikut apa yang agama suruh, jangan beli, jangan minum... Yang jual pulak, pastikan jangan jual kat Muslim...
Gambar hakcipta theSun.
03:06 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: isu semasa, beer, minuman keras, kerajaan negeri, selangor, pakatan rakyat
Sunday, 30 August 2009
[Fotolog] : Sekilas pandang...
Dah lama sangat aku tak hapdet blog ni. Lama... Bebulan dah. Ada masa, mood tak ada. Ada mood, internet takde. Jadi, bersawang je lah blog aku ni. Aku sekarang dah Part 6 program Bachelor of Legal Studies (Hons.) kat UiTM Malaysia. Sekejap je rasanya. Macam baru lagi aku masuk pre-law fasttrack uitm. Tau2 sekarang da Part 6 dah. InsyaAllah, hujung tahun ni grad dan tahun depan, sambung LL.B (Hons.). Huhu..
Kat bawah ni gambar2 yang aku ambik sepanjang kebosanan aku..hehe
Gambar sebahagian budak kelas aku. Ambik sebelum sesi fotografi kelas...
Caption sama macam yang atas ;)
Lauk jimat aku. Nasik ngan tempe. Tapi tak jimat gak sebab untuk yang ini, aku dicaj RM 2.50. Asalnya 2.80.
Haa... yang ni jimat. Makan tengahari kat kafe bisnes kat belakang bangunan fakulti. Nasik, sayur, sambal belacan. RM 1.30. =)
Larian SAF 2009. Akmal ngan rem ada dalam gambar ni.. haha
Kuih muih beraneka jenis. Mak aku jual kat bazar ramadhan alam megah [depan kfc] seksyen 28, shah alam. Lot mak aku nombor 74. Moh le datang... hehe
Batch aku. BLS (Hons.) * graduating class of 2009 *














