Sunday, 14 June 2009

[Fotolog] : 3 Hari 2 Malam...

5,6,7 Jun lepas, famili aku pergi cuti2 Malaysia kat Port Dickson. Best sangat. Hari pertama tak buat apa pun. Hari kedua baru jalan2 gi Pasar Malam kat Teluk Kemang, pastu buat BBQ tepi pantai. Kitorang tinggal kat penthouse Bayu Beach Resort Hotel. Tagline Bayu Beach Resort - The Best Beach in PD. N kitorang sumer setuju yang pantai kat Bayu adalah pantai yang paling best kat PD.

Terkejut aku mula2 sampai pantai dia. Air cantik. Pantai bersih. India jual eskrem tu siap sediakan plastik sampah besar lagi sbb dia tak nak bagi customer dia buang sampah rata2. Kalau nak pergi PD n nak mandi laut, pergi la kat pantai dalam area Bayu Beach Resort. Sangat best! =)

 

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

p/s: Untuk ke Bayu Beach Resort, ikut highway Ekspressway Lingkaran Tengah [ELITE], keluar kat susur keluar KLIA / Litar F1 Sepang. Lepas tu, ikut signboard menghala ke Terminal LCCT / Litar F1. Belok kiri bila nampak Litar F1 kat belah kiri. Terus sampai jumpa simpang 4 Bandar @enstek. Belok kanan. Terus sampai jumpa simpang tiga. Belok kiri [signboard Port Dickson]. Terus kira2 13 KM sampai jumpa simpang 3 [lalu Bukit Pelandok]. Belok kanan. Terus sampai nampak PD Yatch Club kat sebelah kanan. Bayu Beach Resort kat sebelah kanan, sebelah Yatch Club. --- Jalan ni best sebab pemandangan sejuk je... Lalu area ladang sawit...

Thursday, 11 June 2009

[Monolog] : Result exam UiTM...

Hari ni 11 Jun. Ikut kalendar UiTM, hari ni keputusan final exam last sem keluar. 4 semester sebelum ni, setiap kali result nak keluar, aku mesti excited, gementar, cuak giler... Selalu harap aku dapat maintain 3 pointer. Berdebar2 aku satu hari. Sampaila masa jari nak klik mouse, gigil2 jari aku.

Tapi, sem ni perasaan aku tak macam tu. Hari ni aku rasa kosong je. Tak ada debaran. Tak ada excited. Aku rasa kosong. Pasrah. Tawakal aje. Mungkin sebab masa exam untuk Part 5 aku [Semester 5] hari tu, banyak sangat perkara berlaku kat aku. Malam sebelum 1st paper, aku demam panas. Pastu kena denggi plak. Ada paper yang aku rasa ngantuk sangat sebab tak tidur satu malam. Yang lebih penting, last sem aku rasa malas sangat. Asyik nak main je. Malas nak stadi. Hehe... Dah la banyak subjek las sem yang aku tak faham2 sampaila ke saat exam...

Hari ni, aku ngan adik beradik aku [sorang uitm pahang, sorg uitm perak] pergi ofis dari tengahari sampai la saat ni. Nak cek result. Tapi, tak keluar lagi. Tiba2 aku terfikir, apa kata check kat mini transcript.. Yang dekat student portal tu. Lama lepas tu, adik aku yg kt uitm pahang menjerit. "Apsal?"... Dia jerit... "Result dah kuar!". Maknanya, kat ruangan 'check examination result' tak keluar lagi. Tapi, mini transcript dah update.

Aku pun check aku punya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...

Sedikit kecewa, tapi syukur semua lulus. Lagipun, aku jangka, keputusan aku lebih teruk dari ni. Dengan jawapan yang entah apa2, tambah paper Jurisprudence... Paper last yang menyebabkan aku tak tidur selama 30 jam. Sebab tu aku tak berdebar langsung masa check. Semua lulus pun aku dah syukur dah. Cuma agak kecewa, sebab buat pertama kali, aku tak dapat maintain 3 pointer... Nasib baik CGPA masih atas 3 pointer.

Sem depan aku kena berubah! Ya Allah... bantulah aku..! Amin...

Thursday, 04 June 2009

[Fotolog] : DiGi LovetoSave & Penyu...

Aku ni tak adalah environmentalist sangat. Sebab kadang-kadang, aku pun buat benda yang merosakkan alam sekitar. Tapi, aku ada keinginan nak jaga alam sekitar. Sekarang ni, kalau pergi mana2, aku bawak beg guna semula, beli kat Giant. Lepas tu, aku bagitau kat mak aku, tv jangan biar dalam standby mode. Lampu tak pakai tutup. Tanam pokok baru. Huhu...

Kadang-kadang sedih gak tengok flora fauna musnah. Ayat aku ngan Ijat kat mak aku masa mula-mula nak suruh beli reusable beg kat Giant tu,

"Ala mak. Ni bukan untuk zaman kita. Ni untuk cucu-cucu mak, anak2 kitorang nanti. Takkan kita nak bagi dorang hidup dalam keadaaan alam sekitar tak terjaga." ;p

Tapi betul jugak. Sebab, kalau nak kata untuk aku dan orang2 zaman sekarang, kita memang tengah alami. Tapi, zaman akan datang? Kita tak tahu apa generasi akan datang akan alami dan tempuhi. Jadi, dah macam tanggungjawab kita untuk pelihara alam sekitar, flora dan fauna kita semua ni. =)

Apa-apa pun, aku harap korang boleh tolong aku untuk dua perkara. Pertama, klik kat banner DiGi LovetoSave. Setiap klik, DiGi akan sumbang RM 5 kepada organisasi yang dipilih. Aku pilih SPCA, untuk selamatkan haiwan2 dari terbiar dan kekejaman =). Jadi, siapa2 nak tolong SPCA, klik banner DiGi tu. Tak payah buat apa pun. Cuma klik je. Dengan klik, kita dah sumbang RM 5 kepada SPCA. DiGi tengah cuba untuk kumpul RM 150 000 dalam tempoh 30 hari.

Satu lagi, kalau nak selamatkan penyu-penyu dari kepupusan, aku dah letak satu banner kat tepi blog ni. Anjuran WWF Malaysia. Kita sain/isi borang pledge tu sebagai azam kita untuk selamatkan penyu2 tu, antara lain, dengan tidak memakan telur penyu. Kita pun tau kan, secara praktisnya, penyu dah pupus dari bumi Malaysia ni. Dulu ingat lagi kecik2, ingat Rantau Abang, ingat penyu. Sekarang, berapa keratlah sangat penyu bertelur kat Rantau Abang tu. WWF target nak dapatkan 40 000 tanda tangan. Jadi, siapa sayang alam sekitar kita, jom sertai aku!

 

 

Sijil elektronik sebagai tanda aku dah pledge untuk WWF:

 

WWF Pledge E - Certificate

Tuesday, 02 June 2009

[Fotolog] : Tupai, Cuaca, dan Kura-Kura

Bosanlah hari ni. Dah 4 hari cuti, dah tak tau nak watpe. Padahal kerja ada. Huhu...  Ada sejengkal kertas periksa budak2 tak bertanda lagi kat rumah tu. Dah tu ada seorang ustazah baru bersalin 2 hari sebelum cuti hari tu, kena la aku tanda kertas Pendidikan Islam yang ustazah tu punya. Untuk kelas tahun dua dengan tahun empat. Nasib baik bukan tahun satu. Kalau tak, mau pening nak baca jawi diaorang. Hehe...

Hari ni tak buat apa pun. Bangun pagi tadi, pergi Giant Putra Heights sebab mak nak tukar baju yang dia beli kelmarin. Lepas tu, kitorang masuk kedai cd. Tetiba mak aku tanya ada tak cd Memori Hits Alleycats yang keluar tv tu. Lepas jumpa, mak aku terus beli. Tak pikir apa lagi dah. Huhu.. Minat punya pasal. Balik2 terus pasang plak tu. Memang sungguh tak boleh blah.. Hehehe... Pastu balik dari Giant, makan, pastu terus pergi opis. Memang tak menariklah hari ni... ;p

Pagi, sebelum gerak pergi Giant, mak aku kata ada tupai dalam perangkap tikus. Kitorang letak perangkap tikus tu kat luar lepas kitorang dapat tangkap sekor tikus hari tu. Lupa nak letak perangkap tu dalam rumah balik. Sekali tengok2 ada sekor tupai lak terperangkap. Kesian sungguh. Huhu..

 

Photobucket

Berdarah2 hidung dia sebab dok nyondol2 perangkap tu masa dia cuba nak keluar. Gambar ni aku amek sebelum hidung dia berdarah. Lepas tu, kitorang lepaskan dia. Yang Ijat dengan Alya cakap, "kita bela la dia"... Huhu.. ;p

---

[Gambar2 di bawah guna scrapblog. Untuk tengok scrapblog, korang mesti ada flashplayer. untuk lebih baik, lepas scrapblog habis loading, tekan butang 'pause' supaya korang bleh tengok scrapblog secara manual]

Alhamdulillah, dah 3 hari berturut2 hujan petang kat Alam Megah ni. Lega sikit. Kalau tak, macam dok kat sauna. Biasanya, pukul 5.30, panas terik sungguh. Tapi tengok gambar yang aku amek semalam... Mendung je...

---

Kura-kura aku dah besar. Hehe... Alhamdulillah, sejak aku beli kura-kura ni bulan Mac lepas kat Monorail Tun Sambanthan sempena program Pets @ Monorail, kura-kura ni hidup lagi. Cuma sejak kebelakangan ni, aku dah tak cuci akuarium kura-kura ni hari2. Sebab sibuk kerja kononnya... Tapi, bila cuti plak, jadi malas. Hehehe... Bila dah besar, tahi kura-kura ni jadi makin busuk. Pening gak kepala aku bau najis dia. Hahaha...

Hari ni jugak aku beli botol makanan dia yang ke-3. Sebab yang beli kat midvalley masa kuar ngan Akmal lepas setel projek paper dulu dah habis dah. Beli kat kedai akuarium kat Pusat Bandar HICOM. RM 3.50. Tapi, mak aku ngan aku tak suka sangat kat penjual dia. Sebab tak mesra langsung. Tapi takpela. Janji makanan dia dah ada... Heheh...

Ni gambar2 terkini kura-kura aku. Letak dalam scrapblog.. =)

 

p/s: Pastikan korang ada flashplayer kalo nak tengok scrapblog tu.. =)

All the posts