Sunday, 31 May 2009
[Fotolog] : Qiamulail & LCCT...
29 - 31 Mei [Jumaat sampai Ahad], SK Alam Megah Dua buat qiamulail kat Masjid Al-Munawwarah Seksyen 27. Aku kena jaga malam hari Jumaat sampai pagi hari Sabtu. Kena tidur dengan budak2 kat masjid. Kena datang pukul 10.30 - 10.45... Tapi, sebab amek adik Ati kat Asrama Yayasan Selangor KL, pastu makan kat R&R Awan Besar lagi, last-last pukul 11 lebih baru aku sampai.
Sampai2, diorang tengah sesi taaruf. Pastu minum malam semua. Nak suruh tido, punyalah payah. Macam zaman aku dululah. Bila ada program macvam macam ni, mesti excited tak nak tidur. Tengah budak2 tu dipaksa tidur, ada budak kentut. Habis semua gelak. Diorang tidur kat tingkat atas masjid. Ada sorang parents mula2 nampak aku, dia tanya, Fasi ke? Aku kata, tak... Cikgu... Terkejut dia. Cikgu muda sangat... Hehehe. Parents tu anta sorang anak dia suruh tengok2kan adik dia.
30/5 - Pukul 1 macam tu ramai dah tidur. Bangun patutnya pukul 4.30. Tapi, budak perempuan, masa aku terjaga pukul 4 pagi, semua dah mandi dah. Budak lelaki semua bangun 4.30 ke atas. Aku lepas budak2 semua dah bangun, sambung tidur sekejap. Lepas budak2 masuk dewan untuk qiamulail, baru aku mandi. 1st time mandi kat masjid. Haha...
Murid2 lelaki dikejut brother2 fasi...
Qiamulail...
Lepas tu, diorang riadah, sarapan semua, aku pun join la bersarapan. Makan bihun goreng yang sangat sedap. Sebab banyak daging. Hahaha... Lepas balik rumah, aku siap2 nak hantar pembantu rumah aku, Kak Een pergi LCCT-KLIA. Sebab dia balik Indonesia. Dah 3 tahun dia tak balik, jadi dia amek cuti khas... Hehehe... Kak Een dah lama dengan famili aku. Dah bertahun2 dah. Dah macam famili sendiri. Huhu... Sebelum sampai LCCT, kitorang makan kat R&R Dengkil. Balik pun sama. Dah lama tak singgah R&R Dengkil. Masa aku kat SMAP dulu, sebelum sampai Nilai, selalu singgah makan sini dulu. =)
Mak dengan Kak Een...
Beratur nak check-in. Ramainya orang...
Beratur... ni kaunter lain..huhu
Kesibukan di LCCT...
p/s: Jumpa ustaz Asri Rabbani dan isteri. Pakai baju Melayu warna ungu... =)
23:22 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: lcct, klia, kak een, hidup, cuti semester, skamd, seharian





















Post a comment