Saturday, 16 May 2009

[Fotolog] : Gotong royong di Hari Guru...

Pertamanya, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mengajar aku di Eden Child Development Centre, SK Hicom, SK Taman Alam Megah, SK Alam Megah Dua, SRA Batu 13 Puchong, SMK Alam Megah, SMA Persekutuan Labu dan Universiti Teknologi Mara Malaysia, Shah Alam. TERIMA KASIH CIKGU! Jasa cikgu-cikgu semua takkan saya lupakan.

Dah lama aku tak update blog ni. Sibuk sangat sem ni. Dengan projek paper, lepas tu final lagi. Last-last bersawang terus. Huhu... Aku dah cuti sem dah. Aku habis paper Ahad lepas [10 Mei] dan 11hb [Isnin] aku balik rumah. Tak dan nak rehat, hari Selasa aku dah mula kerja untuk mengisi masa lapang aku. Hehe.. Jadi cikgu! Cikgu ganti sekolah rendah. Aku ajar subjek Bahasa Malaysia, Kajian Tempatan dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk murid Tahun 4 dengan Tahun 5.

Jadi, hari ni kali kedua aku sambut hari guru sebagai seorang guru. 3 tahun lepas, aku sambut hari guru sebagai seorang guru masa aku jadi guru ganti kat SMK Seksyen 27. Sepanjang seminggu aku kat sekolah, rasa seronok sangat walaupun penat. Macam-macam gelagat aku dapat tengok. Teringat zaman-zaman aku skolah dulu.

Dahla aku jadi guru ganti kat SK Alam Megah Dua, alma mater aku. 1st day daftar diri, terkejut jumpa guru kelas aku masa darjah 5. Ustazah Sakinah. Dia pun terkejut. Ustazah masih tak berubah. Nampak muda aje. Hehe.. Lepas tu ada Cikgu Norlaily dengan Cikgu Nik Rosilawati. Cikgu2 aku yang sekarang jadi rakan sekerja. Hehehe... Even tukang kebun pun tukang kebun yang sama dari mula2 aku masuk sekolah tu tahun 1997 dulu. Aku kumpulan pertama pindah SK Alam Megah Dua masa sekolah mula-mula bukak tahun 1997.

Yang paling seronok anak-anak murid. Kadang-kadang nak tercabut anak tekak ngan budak-budak ni. Hehe.. Ada yang nakal, ada yang baik, ada yang senyap. Macam2 jenis. Bila aku naik suara, garang sket, hah, baru la semua senyap sepi je dengar aku cakap. Hehe.. Ada sekali tu, aku marah murid2 tahun 5 yang aku ajar. Sebab degil sangat. Tapi marah sebab sayang la.. Hehe.. Lepas habis kelas, tiba2 satu kelas mintak maaf kat aku sebab diorang kata diorang bersalah dah buat aku marah. Lepas tu semua salam cium tangan. Hehe...

Macam hari ni ada gotong royong, seorang murid Tahun 4 kelas hujung, dok ikut aku je. Sampai cikgu Aikram tanya, adik kamu ke? Haha... Tu tak kira bila aku balik dengan sorang cikgu yang rumah dia depan aku. Cikgu ni jiran aku. Dan dia guru aku masa aku buat lower 6 sekejap kat SMK Alam Megah. Aku balik tumpang dia, sorang murid perempuan tahun 4 cakap "Eee... cikgu balik dengan cikgu..! Takda maknanaya!!!". Hehe... Nilah budak2 zaman sekarang. Dia ingat kami pakwe makwe. Sedangkan cikgu jiran aku tu dah kawen ada anak da pun..huhu..

Apa pun, seronok mengajar kat sini. Banyak pengalaman aku dapat. Nantilah, ada masa aku cerita yang best-best lagi.. Hehe.. Hari ni ada gotong royong sempena hari guru. Aku jaga zon A. Cuci kawasan blok A, bangunan pra-sekolah dan padang sekolah. Ni ada gambar-gambar aku ambil tadi... =)



Photobucket

Alma mater aku...

Photobucket

Sorang murid dok tengok longkang dah bersih belum...

Photobucket

CUci longkang padang sekolah...

Photobucket

Longkang dah bersih sikit! =)

Photobucket

CIkgu-cikgu dan ibu bapa bekerjasama...

Photobucket

Gotong royong di padang...

Photobucket

Rajin parents ni... =)

Photobucket

TAK! Sekolah ni takda jangkitan Influenza A H1N1 ye! Hehe.. Ni cikgu2 kemas stor sukan...

Photobucket

Murid tahun 6 cuci longkang blok A...

Photobucket

Sental jangan tak sental...hehe

Photobucket

Cikgu dan anak murid sama2 cuci longkang...

Photobucket

Makan time! Ada potluck... Macam bufet plak...hehe..

Photobucket

Makan2... ;)

Comments

nice..n rajin jg..u ni cg ker?

Posted by: gurlz0985 | Thursday, 04 June 2009

hehe.. thank u... =)
saya cg ganti...tengah cuti semester...jd kerja part-time jadi guru ganti...

Posted by: kai @ izwan | Thursday, 04 June 2009

Post a comment