Friday, 06 March 2009

[Monolog] : Anarki...

anarki
1. keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang (ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur): kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang, timbullah ~; 2. kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll).

Sumber dari: Kamus Dewan Dalam Talian. © Hakcipta Terpelihara mereka.

-----

Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, "Sistem yang tidak berlandaskan undang-undang melahirkan budaya yang tidak berlandaskan undang-undang." Aku setuju dengan apa yang Raja Dr. Nazrin titahkan. Undang-undang adalah asas keamanan. Tak ada undang-undang, maka tak adalah kemanan. Bila keamanan tak wujud, negara akan huru hara.

Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, ada satu ruangan dalam komik KAWAN, nama ruangan tu, 'Kalaulah...'. Ada sekali tu dia timbulkan isu, 'Kalaulah tak ada undang-undang'. Masa tu ada satu strip kartun tu dia tunjuk ada seorang mak ni dalam kecemasan, dia nak pakai public phone. Tapi, semua dah rosak sebab vandalisme. Satu lagi strip tunjuk seorang lelaki berbadan besar, pegang baseball bat. Sambil jalan, dia 'pau' orang sana sini. Polis ada dekat situ tapi tak dapat buat apa-apa. Sebab undang-undang dah tak dituruti.

Keadaan  kat Malaysia sekarang macam dah ke arah tu. Ke arah keadaan ANARKI, keadaan yang undang-undang tak diguna pakai. Orang tak hirau undang-undang.

Tengok kat sekolah; buli, gangsterisme, menjadi-jadi. Semua hukum dan hukuman diambil oleh tangan sendiri. Dah tak serah ke pihak berkuasa. Takkan kita nak bagi pihak berkuasa makan gaji buta? Baru selesai masalah kat Oya, Tok Janggut pulak buat hal. Apa nak jadi dengan generasi muda? Memang kita berdarah panas, senang marah. Orang salah rasa terus nak belasah. Tapi, luka tak diubati lama-lama bernanah, jadi parah, jadi barah. Barah masyarakat.

Politik; lagi banyak masalah. Mentang-mentang semua orang undang-undang, rasa macam dah hebat sangat. 'Law is above them all'. Apa yang mahkamah cakap, kata diaorang, "tak payah ikut pun tak apa sebab mahkamah buat keputusan salah." Kalau macam tu apa guna mahkamah? Apa guna sistem keadilan? Memang kadang-kadang mahkamah buat penghakiman yang tidak berapa tepat, tapi kita boleh buat rayuan.

Senang cerita, aku dah makin rimas dengan situasi sekarang. Macam undang-undang tu dah tak ada nilainya. Semua orang nak interpretasi apa itu undang-undang dengan guna kefahaman sendiri.

Pening2~

Adakah kita sedang menuju ke zaman anarki?? Mintak simpang~

p/s: Kalau undang-undang dah tak mainkan peranan, aku dengan kawan-kawan aku nak kerja apa nanti? Huhu... 'No one is above the law!"

Comments

salam..
pertama...anda kaji x apa itu anarki?
apa yang anda tulis itu x berasas..
anda cakap politik kotor..itu bukan kerana anarki kawan..
anarki yang lawan benda tu..anarchy is against man-made law..undang2 yang pentadbiran buat untuk kepentingan sendiri dan bukan rakyat..sistem ini lah yang lahirkan politik sedemikian..anda dah tau undang2 x berperanan, cuba untuk ubah semua itu..itulah wujudnya anarki..melawan untuk hak rakyat..hak kita semua..kalau saya nak cerita anarki,x habis 3 hari..saya study apa itu anarki..saya baca buku pemikir anarki..anarki bukan punk seperti yang dilihat..anarki wujud sebelum punk...
apa yang anda nampak negatif tentang anarki? saya minta anda baca buku Emma Goldman, penulisan Mikhail Bakunin, dan yang lain anda cari sendiri..
anda jangan nak salahkan anarki untuk semua yang berlaku..semua berlaku sebab rakyat "ignorance"..x ambil peduli..anarki yang bawa pahaman hak asasi manusia...anarki bukan salah satu sistem tetapi orde sosial yang membawa ide ide yang bernas tentang melawan untuk hak kita bersama..anarki bukan tidak ada undang2..anda baca sendiri tentang anarki dan fahamkan..baru anda tulis tentang anarki..review serba sedikit blog saya..

Posted by: frutodeday.blogspot.com | Friday, 17 April 2009

Post a comment