Tuesday, 16 September 2008

[Fotolog] : Jeling2...

Photobucket  

4/9 : Pokok tepi Fakulti Undang2 / Cempaka... Masa ni musim hujan... Penuh bunga... Huhu

Photobucket  

4/9 : Jalan basah... Tengok bdk2 tunggu bas Rapid KL dalam hujan... Kesian diorg... Sebab bastand Perindu tutup. Ada construction dekat dengan Markas Palapes... Jadi, bas lalu tepi Pusat Sukan pastu lalu Kolej Delima, tembus kat tepi Kolej Perindu...

Photobucket  

4/9 : Hujan...

Photobucket  

4/9 : Jam depan Hotel UiTM...

Photobucket  

4/9 : Sampai2 rumah, terus masak lauk berbuka... Lauk kami, orang bujang... Hehe...

Photobucket  

8/9 : Hari Isnin minggu lepas, pergi bazar PKNS... Ramai yang amat umat... =)

Photobucket  

10/9 : Sekarang ni, sejak UiTM ada ramai siswa/siswi, parking memang jadi masalah... Tengok betapa panjangnya kereta yang parking kat tepi jalan nak ke Kolej Perindu 3... Huhu.. ;p

Photobucket  

10/9 : Pekeliling sahsiah rupa diri mahasiswa yang baru.. Katanya sebab nak dekat dengan pelajar dan sebab ikut perkembangan semasa... huhu... Lepas sekian lama, akhirnya kami boleh pakai t-shirt round neck pergi kuliah... :) Siswi pulak sekarang dibenarkan pakai baju lengan pendek.. Dulu semua wajib pakai lengan panjang...

Wednesday, 10 September 2008

[Monolog] : Aku bosan...

Aku bosan. Sekarang kat CC Seksyen 8. Hari ni ada kelas Admin of Trust je. Pukul 12.30 tadi dah habis.

Tak tahu nak tulis apa dah. Aku nak balik dah ni. Hehe.. Nak masak dengan budak2 ni. Sebahagian dari usaha kitorang nak berjimat ialah:

1-Pergi bazar hari Isnin je

2-Hari2 lain masak

Jadi, mari berjimat!!! ;-)

Sunday, 07 September 2008

[Fotolog] : Penilaian filem / Movie reviews...

Ayat-ayat Cinta
Ayat-ayat Cinta

 Gambar ehsan http://www.mdpictures.net

Aku tengok filem ni masa cuti mid term hari tu. Bagi aku, filem ni sangat bagus. Aku tak sempat baca novel dia lagi, tapi orang sekeliling aku kata novelnya lagi bagus dari filemnya.

Kita dah biasa disogokkan dengan filem-filem cinta yang selalunya stereotaip dan ada antaranya, buang masa je tengok. Tapi, Ayat-ayat Cinta tengok dari persektif berbeza. Perspektif Islam. Dan kita dah selalu dengar yang Islam itu Jamil [Indah, Cantik]. Dan melalui Ayat-ayat Cinta, kita akan nampak bagaimana indahnya bercinta, bercinta cara Islam… Aku bagi 8.5 / 10…

 

Babylon A.D.

Babylon A.D.

Gambar ehsan: http://www.canmag.com

Filem ni tengok kat OU masa keluar ngan kawan2 aku. First time tengok filem kat OU. Hehehe.. Overall, cerita ni effect dia cantik. Tapi, jalan cerita dia slow sikit. Dan walaupun diklasifikasikan sebaga filem aksi, aksi-aksi dia tak banyak mana dan tak sehangat mana. Kira kalau nak tengok tu, bolehla… Tap kalau nak dilayan, kureng ah.. Tapi, lakon layar dia agak bagus sebenarnya. Cuba ada babak-babak macam tak perlu je. Sebab dia buat filem ni jadi lagi kompleks. Dan ending dia……….. :p Aku bagi 5.5/10 [hari tu aku bagi tinggi sikit masa Akmal tanya. Tapi bila aku kenang-kenang balik, tak bolehla bagi tinggi2...]

Saturday, 06 September 2008

[Monolog] : Pembukaan 10% kuota UiTM kepada bukan Bumiputera - Bahagian 3 > Pembukaan 10% untuk bukan Bumiputera?...

Bagi aku, perkara ni tak sepatutnya diperbesarkan lagi. Aku tak nafikan, ramai orang yang kata pembukaan UiTM ada kebaikannya. Tapi, tak ramai yang fikir akan kesan sampingannya. Aku tanya coursemate aku pun, ramai yang sebenarnya tak kisah kalau UiTM ni nak dibuka kepada bukan Bumiputera. [Kuota untuk pelajar asing telah lama dibuka…. Hanya untuk bukan Bumiputera dari etnik2 lain kat Malaysia aje yang masih bertahan…]

Tapi, perkara asas kat sini sebenarnya Perlembagaan. Sebab UiTM ditubuhkan menurut Perkara 153, jadi maknanya UiTM di bawah tanggungjawab Agong. Dan untuk mengubah Perkara 153 memerlukan majoriti 2/3 selain sokongan Majlis Raja-Raja. Jadi, tak kisahlah sama ada pelajar-pelajar setuju atau tak nak dibuka, Naib Canselor setuju atau tak, rakyat Malaysia setuju atau tak, selagimana Perlembagaan masih bertahan dan selagimana Akta UiTM tak diubah, selagi tu status quo UiTM akan kekal sampai bila2.

Dan beberapa hari lepas, ada budak kelas lain bagi satu memorandum bantahan untuk kelas kitorang tandatangan Tapi, ada sorang budak kelas aku tak nak sign dengan alasan, masa Dr. Mahathir cadangkan cadangan yang sama, walaupun tiada sokongan tapi reaksinya tak seperti sekarang. Dia kata, kalau bantah cadangan sekarang, maknanya kita bantah cadangan Dr. M dulu. Itu pendapat dia. Tapi bagi aku, satu ayat yang dikatakan oleh seorang yang tak ada sebarang kuasa atas bangun jatuh UiTM takkan merubah apa-apa. Sebab semuanya tertakluk kat pentadbiran Universiti dan sejauh mana kita berpegang pada Perlembagaan.

Jadi, selamana mana Perlembagaan kekal utuh sebagai sumber perundangan tertinggi negara, selagi itulah status UiTM takkan berubah. Apapun, biar apa orang cakap pasal UiTM, biar apa orang kutuk pasal UiTM, biar apa orang pandang pada UiTM, UiTM tetap kekal dihatiku…

Friday, 05 September 2008

[Fotolog] : In memories of Black... + Kenduri Nawi...

Sekarang ni aku rasa sedih sangat. Tepat pukul 9.49 malam tadi, masa Ida ngan bdk2 lain datang rumah aku nak amek laptop Nisa, aku dapat sms dari Ijat. Ijat kata, Black dah mati. Aku pun call Ijat. Ijat kata, dia dengan mak jumpa Black kat seberang jalan depan rumah. 
 
"Tak ada luka kalau nak kata dia mati sebab accident. Masa kitorang jumpa dia, tengok2 dia dah mati dah...", Ijat cakap kat aku dalam fon tadi.
 
Kalau siapa yang selalu ikut blog ni, mesti tau betapa aku sayangkan haiwan peliharaan, terutamanya kucing. Dan betapa aku sayang kan si Black. Black ni generasi ketiga dari seekor kucing liar, Winnie, yang aku bela tahun 2005. Winnie lahirkan Tam, mak Black... Lepas tu, hujung tahun lepas Tam bunting. Awal tahun ni, Black lahir. Bulan ni genap umur dia 8 bulan. Black dah mati, tamatlah generasi Winnie yang bertahan selama 3 generasi, 3 tahun.
 
Aku rasa ayah aku pun mesti akan rindu kat Black lepas ni. Sebab bila ayah aku balik dari main badminton tengah-tengah malam, Black akan siap2 tunggu atas meja makan kat luar, sebab nak tunggu ayah aku angkat dia. Aku pun kadang-kadang kalau tengah tidur, si Black akan datang, lepas tu dia jilat2 telinga atau gigit2 rambut suruh bangun... Adoi! Rindunya... Huhu..
 
Jiran sebelah rumah aku pun mesti akan rindu dia. Jiran aku [Cik Jan], panggil dia Bolink / Bowling / Boling [aku pun tak tau eja dia mcm mana, tapi bunyinya macam tu lah...]. Pagi2 selalu bila Cik Jan nak hantar anak dia pergi sekolah, mesti si Black @ Boling pergi masuk rumah dia, pastu masuk lompat dalam kereta, ikut sekali. 
 
Apa-apa pun Black dah tak ada. Dia lah kucing paling bagus pernah aku ada.....
 
Photobucket  
 
-----
 
Cerita ke-2...  16 Ogos hari tu, coursemate aku, Nawi buat kenduri kahwin dia... Kenduri buat dekat rumah dia kat Seksyen 20. Buat saing dengan kakak dia sekali katanya. Jadi, kat bawah ni gambar2 sekitar majlis...
 
Photobucket  
 
 

Wednesday, 03 September 2008

[Fotolog] : Papan iklan baru sekitar UiTM...

Beberapa minggu lepas, elok je lepas isu UiTM jadi hangat [isu pembukaan 10% kepada bukan Bumiputera ye... bukan isu Puteri-yang-memalukan-UiTM tu....], beberapa papan iklan gergasi [billboard] yang ada sekitar UiTM dah ditukar isinya. Dulu, billboard2 tu tunjuk gambar UiTM dengan kecemerlangan2 UiTM. Tapi, sekarang dah tukar dengan isi baru yang boleh membuat semua pelajar terkesan.

Masa awal-awal billboard ni ditukar, adalah aku ngan member2 aku nampak 2-3 orang luar yang tangkap gambar billboard ni. Ada yang tangkap dari Persiaran Institut kat luar kampus dan ada gak yang masuk dan dengan relaksnya tangkap gambar billboard2 ni.

Billboard ni sesuai dengan seruan sahabat aku, Apun macam yang dia karang dalam blog dia... "Dari sibuk berarak, saya fikir, MPP dan admin UiTM perlu mengajar erti BUMIPUTRA ke dalam jiwa pelajarnya."...

Photobucket  

Di pintu masuk 1 kampus...

Photobucket  

Di Centre for Islamic Thoughts and Understanding [CITU / Pusat Islam]

Photobucket  

Berhampiran pintu masuk 1 kampus...

Monday, 01 September 2008

[Monolog] : Salam Ramadhan...

Photobucket

Dah lama nak tulis entri dalam blog ni tapi tak pernah sempat2 lagi. Atas ni aktiviti aku masa cuti mid term hari tu. Aku sekarang ni dah jadi hantu P2P. Hehe.. Tengokla berapa banyak filem aku download. Pastu kat bawah tu yang orang2 lain upload.

Hari ni dah mula puasa. Jadi, kepada semua Muslimin Muslimat, Salam Ramadhan. Aku kat rumah ni. Aku balik hari Sabtu hari tu. Hehe... In dah balik Jengka petang tadi. Aku ngan Adik Ati tak balik lagi.

Tadi masa lalu kat tepi Bazar Alam Megah, fuh, jem giler. Tak pernah2 jem macam tu kat Alam Megah. Mau tak jem. Bazar kat Alam Megah tu Bazar kedua terbesar kat Shah Alam lepas Bazar stadium... Huhu...

Okla.. nak bebuka dah. Nak blah dari ofis.. Chow dulu..!

All the posts