Friday, 05 September 2008
[Fotolog] : In memories of Black... + Kenduri Nawi...
Sekarang ni aku rasa sedih sangat. Tepat pukul 9.49 malam tadi, masa Ida ngan bdk2 lain datang rumah aku nak amek laptop Nisa, aku dapat sms dari Ijat. Ijat kata, Black dah mati. Aku pun call Ijat. Ijat kata, dia dengan mak jumpa Black kat seberang jalan depan rumah.
"Tak ada luka kalau nak kata dia mati sebab accident. Masa kitorang jumpa dia, tengok2 dia dah mati dah...", Ijat cakap kat aku dalam fon tadi.
Kalau siapa yang selalu ikut blog ni, mesti tau betapa aku sayangkan haiwan peliharaan, terutamanya kucing. Dan betapa aku sayang kan si Black. Black ni generasi ketiga dari seekor kucing liar, Winnie, yang aku bela tahun 2005. Winnie lahirkan Tam, mak Black... Lepas tu, hujung tahun lepas Tam bunting. Awal tahun ni, Black lahir. Bulan ni genap umur dia 8 bulan. Black dah mati, tamatlah generasi Winnie yang bertahan selama 3 generasi, 3 tahun.
Aku rasa ayah aku pun mesti akan rindu kat Black lepas ni. Sebab bila ayah aku balik dari main badminton tengah-tengah malam, Black akan siap2 tunggu atas meja makan kat luar, sebab nak tunggu ayah aku angkat dia. Aku pun kadang-kadang kalau tengah tidur, si Black akan datang, lepas tu dia jilat2 telinga atau gigit2 rambut suruh bangun... Adoi! Rindunya... Huhu..
Jiran sebelah rumah aku pun mesti akan rindu dia. Jiran aku [Cik Jan], panggil dia Bolink / Bowling / Boling [aku pun tak tau eja dia mcm mana, tapi bunyinya macam tu lah...]. Pagi2 selalu bila Cik Jan nak hantar anak dia pergi sekolah, mesti si Black @ Boling pergi masuk rumah dia, pastu masuk lompat dalam kereta, ikut sekali.
Apa-apa pun Black dah tak ada. Dia lah kucing paling bagus pernah aku ada.....
-----
Cerita ke-2... 16 Ogos hari tu, coursemate aku, Nawi buat kenduri kahwin dia... Kenduri buat dekat rumah dia kat Seksyen 20. Buat saing dengan kakak dia sekali katanya. Jadi, kat bawah ni gambar2 sekitar majlis...
23:30 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (3) | Email this | Tags: black, kucing, pet, haiwan peliharaan, uitm, law









Comments
Im so sorry to hear about Ah Black.... May Black rest in peace and you be strong!
Posted by: cazzycazz | Wednesday, 10 September 2008
u knw wht??my bf & i love cats!
dulu kdg2 if gi midvalley,wjib stop kt "pet world".
its so amazing..blh tgk mcm2 spesis kucing.
tp sygnye,mama i x bg bela kucing coz of condition of health.
Posted by: fana harnett | Saturday, 08 November 2008
mm... sorry sebab pemergian Black, nak tahu apa bela Pet memang seronok dan masa time kehilangan atau kematian dioran itu saatnyer kita sebagai tuan nyer cukup sedih. Sekarang akak bela arnab dengan sekor kucing, yang kucing tuu jantan balik rumah kalau nak makan aje. dari sebesar gengam dijaga. kalau tak balik 2 hari, habis satu taman akak cari. rupanyer ada GF. sesungguhnya manusia yang menyayangi haiwan adalah, insan yang tinggi budi perkertinya.
Posted by: LB | Sunday, 01 March 2009
Post a comment