Sunday, 24 August 2008

[Monolog] : Cuti dah habis...

Hari ni hari last cuti. Sekejap lg aku dah nak balik rumah sewa. Sekarang ni kat rumah makcik aku lagi. Kat KL. Cuti ni aku tak buat apa-apa pun. Cuti yang paling membuang masa sekali. Huhu... Bawak balik buku berlambak, tapi tak bukak pun. Jangankan bukak, sentuh pun idak. Haha.. ;p
 
Dah lah kredit pun tak ada. Sori la kat semua yang mesej aku. Aku tak dapat reply mesej2 tu sebab duit ngak ada untuk top up. Huhu... Jadi, aku mintak maaf kat my besfren Akmal, kat Rem, dan yang paling penting, kat ''teman hati'' aku. Huhu.. Kesian kat dia. Sori ye? Hehehe... Rindu lak..Hee...
 
Cuti ni aku cuma download filem je. Filem Wall-E, The Strangers, Spongebob the Movie, 21, Meet Dave, Ayat-Ayat Cinta... Dengan filem apa-lagi ntah...hehe.. Studi malas... (^_^). Pastu malam semalam aku DIPAKSA pergi kenduri kawen kawan ayah ngan mak aku kat Dewan Bankuet MBSA. Gilerlah. First time pegi kenduri orang kaya. Haha.. Ada Datin Rosnani Jamil. Pastu protokolnya, pegh... Bermcm2 adat kena buat dulu, baru boleh makan. Huhu.. Lepas pegi kenduri, teman ayah aku pergi Majlis Bertemu Keluarga Baitul Islah Shah Alam, anjuran PERKID Shah Alam. Tengah malam baru balik rumah. Letih2... ;p
 
Okla.. kitorang dah nak balik ni. Dah pukul 7 dah pun. Huhu... Semoga tutorial criminal sempat siap malam ni. Kalau tidak, mampos esok. Huhu...

[Monolog] : Pembukaan 10% kuota UiTM kepada bukan Bumiputera - Bahagian 2 > Latar belakang UiTM..

Bahagian 2 : LATAR BELAKANG UiTM

Ok…dah sembang pasal latar belakang undang-undang, sekarang kita tengok pulak latar belakang Universiti Teknologi Mara [UiTM]. UiTM ni ditubuhkan tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA untuk bagi kursus persediaan kepada belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.Lama lepas tu, nama Dewan Latehan RIDA ditukar kepada Maktab MARA dan lepas tu Insititut Teknologi MARA. Tahun 1996, status ITM sebenarnya dah jadi sebuah universiti penuh dan bukan lagi bawah MARA. Tapi, ramai yang tak tahu. Tahun 1999, baru nama ITM ditukar jadi Universiti Teknologi MARA [UiTM].

Antara fakta-fakta yang patut orang lain tahu, dulu memang masa zaman ITM, institut ni jadi pilihan orang-orang yang kena reject. Sebab tu ITM orang kata ‘a third class institute’. Tapi, sebenarnya kualiti pengajaran ITM masa tu adalah tinggi. Terutamanya program professional macam undang-undang, perakaunan, perniagaan, kesetiausahaan, dan program-program lain macam kesenian.

Dan sekarang, zaman UiTM, kalau orang luar masuk dan alami sendiri suasana pembelajaran kat sini, aku pasti stigma UiTM sebagai institusi kelas ketiga akan terhapus. Sebab kualiti yang ada sekarang adalah tinggi. Aku sendiri rasakan yang kualiti kursus undang-undang kat UiTM adalah bagus. Sebab simulasi / praktikalitinya banyak.

Dan kenapa UiTM tidak ada pelajar bukan bumiputera setakat sekarang ini? Sebab walaupun UiTM adalah satu IPTA, dan nama MARA tu cuma sebagai simbolik [UiTM bukan lagi bawah bidang kuasa MARA macam dulu-dulu], tapi ada satu perenggan dalam Akta Universiti Teknologi Mara [Pindaan] 2000 [Akta A173] yang mengatakan bahawa : Akta 173 mengishtiharkan bahawa UiTM adalah ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perenggan ini sebenarnya adalah perenggan yang paling penting yang menunjukkan bahawa memang UiTM ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 153. Kalau tak ada perenggan ini, makanya UiTM adalah sama macam IPTA lain dan memang tak jadi masalah bagi bukan bumiputera. Tapi, adanya perenggan ini menyebabkan UiTM terlibat secara langsung dengan Perlebagaan dan Yang Dipertuan Agong sebagai penjaga Perkara 153.

Komposisi UiTM adalah 100% Bumiputera. Kalau ikut perkiraan kasar aku, 90%+ adalah Melayu dan selebihnya Peribumi Sabah / Sarawak. Tapi, ramai jugak yang muka macam bukan Melayu kat dalam UiTM. Sebab anak kepada kahwin campur Melayu diiktiraf sebagai Bumiputera kat UiTM. Jadi kalau ada yang mak/ayahnya Cina/India kahwin dengan Melayu, anaknya boleh masuk UiTM.

Satu lagi sebab ada antara Cina dari Sabah/Sarawak bertaraf Bumiputera. Jadi sebab tu ada yang memang nama Cina, muka Cina, cakap Cina, tapi boleh jugak masuk UiTM sebab tarafnya Bumiputera mengikut takrifan UiTM.

Tapi, komposisi ni tak termasuk INTEC UiTM, Kampus Seksyen 17. Sebab ada lebih 30% bukan Melayu yang diterima masuk dan diorang ni diiktiraf sebagai pelajar UiTM. Kad pelajar, no pelajar, kemudahan, semuanya sama macam pelajar UiTM yang lain. Tapi, INTEC ni ada ramai bukan Melayu sebab kebanyakannya di bawah tajaa. Antaranya tajaan:

 Bersambung... [Bahagian 3: Pembukaan 10% untuk bukan Bumiputera?]

14:25 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, isu semasa

Monday, 18 August 2008

[Fotolog] : Chong Wei...

Photobucket
 
Sejak petang semalam aku dah berdebar-debar dah... Huhu... Masa naik kete ngan Akmal on the way nak gi rumah aku, aku cakap kat Akmal betapa berdebarnya aku nak tunggu pukul 8.48 malam. Dah lama tak tengok rakyat Malaysia beraksi dengan cemerlang kat pentas dunia.
 
Sebab rumah aku tak ada Astro, jadi aku tengok kat RTM 1. Dalam pukul 8.15 Syafiq [sepupu aku] tanya,
 
"Abang Iwan nak pergi kantin tak?"
 
dan dengan lajunya aku jawab,
 
"Tak nak. Nak tengok badminton..."
 
Lepas tu, elok aje mak aku dapat tau yang aku dah cup tv untuk malam semalam nak tengok badminton, mak aku kata,
 
"Tengok TV3lah. Tengok Gangstarz Amal".
 
Aku pun kata,
 
"Ala mak...bukan selalu Malaysia dah dekat nak dapat emas. Ni la masanya kita nak jadi patriotik...hehe.."
 
dan aku sambung lagi dengan ayat pancing aku...
 
"Lagipun, bukan selalu Iwan balik. Sekali sekala je nak tengok TV ni..hehe.."
 
Dan dengan itu, aku lah raja tv malam semalam. Tapi agak kecewa bila tengok Chong Wei main semalam. Nampak yang dia memang tengah under pressure. Sesetengah kesilapan [macam dalam set kedua, banyak kali dia salah estimate] nampak ada sedikit kecuaian. Dia pun sedar jugak. Sebab tu semalam bila dia buat kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya, dia geleng kepala. Tapi Lin Dan dari dulu lagi, muka selamba je..huhu...
 
Tapi, memang kuat tekanan yang ada kat Chong Wei. Mau tidak, satu negara harapkan emas, lepas tu dengan lautan penyokong Lin Dan lagi. Tak kira RM 1 juta lagi. Ish.. memang serabut fikiran dia agaknya.. huhu..
 
Tapi, walaupun tak dapat emas [baru ingat nak nyanyi lagu Negaraku malam semalam..haha], dapat perak pun kira dah bagus. Pencapaian single badminton terbaik olimpik ni.. Huhu.. Dulu terbaik gangsa.. Kalau perak pun, dalam acara beregu... Apa-apapun, tahniah kepada Lee Chong Wei! Malaysia Boleh..! Aha...
 
---

Sunday, 17 August 2008

[Monolog] : Pembukaan 10% kuota UiTM kepada bukan Bumiputera - Bahagian 1 > Latar belakang undang2...

Bahagian 1 : LATAR BELAKANG UNDANG2

Dah lama aku tak tulis entri berkenaan isu-isu semasa pengetahuan am. Sebab kadang-kadang, apa yang bermain difikiran aku semuanya lenyap macam tu aje bila difikirkan kerja-kerja, nota-nota, dan ilmu-ilmu yang masih berserabut caca merba tak disusun-kemaskinikan. Tapi, isu yang satu ni melibatkan aku secara langsung.

Sebelum kita kupas tentang topik entri aku ni, aku rasa ada baiknya kalau aku terangkan serba sedikit pasal latar belakang undang-undang yang berkaitan.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan [Article 153 of the Federal Constitution] di bawah tajuk Reservation of quotas in respect of services, permits, etc, for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak, mengatakan bahawa:

153 (1): Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan yang sah bagi komuniti-komuniti yang lainnya, bersesuaian dengan kehendak Perkara 153

153 (2): Tertakluk kepada Perkara 40 dan Perkara 153, Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya di bawah undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan yang mana bersesuaian, untuk melindungi hak-hak istimewa ini dan memastikan yang orang-orang Melayu serta Peribumi Sabah dan Sarawak mendapat tempat yang sewajarnya dalam perkhidmatan awam [kecuali negeri], biasiswa, keistimewaan pendidikan seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan, serta permit dan lessen, jika berkenaan

Dalam bahasa mudahnya, Perkara 153 memperuntukkan bahawa kaum Melayu dan Peribumi Sabah / Sarawak mempunyai keistimewaan tertentu yang tertakluk di bawah Perlembagaan dan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa jua perkara yang dirasakan bersesuaian oleh baginda untuk memastikan keistimewaan ini terjaga.

Manakala Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa [Article 160 of the Federal Constitution], Melayu itu adalah orang yang:

1] Menganut agama Islam

2] Bertutur menggunakan bahasa Melayu

3] Mengikut adat dan budaya Melayu

Peribumi Sabah dan Sarawak tidak ditakrifkan dalam Perkara 160 kerana takrifan mereka adalah di bawah Perkara 161A.

Perkara 161A (6)(a): Peribumi Sarawak adalah warganegara yang tertakluk kepada Perkara 161A (7) sebagai peribumi atau kacukan daripada suku-suku yang terdapat dalam Perkara 161A (7).

Perkara 161A (6)(b): Peribumi Sabah adalah warganegara yang merupakan anak atau cucu Peribumi Sabah, dan dilahirkan [sama ada pada atau selepas hari Malaysia atau tidak] di dalam negeri Sabah atau oleh seorang bapa yang bermastautin di Sabah semasa hari kelahiran.

Perkara 161A (7): Peribumi Sarawak adalah Bukitan, Bisayah, Dusun, Orang Laut, Dayak, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah [termasuk Sabup dan Sipeng], Kajang [termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong, dan Kanowit], Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun, dan Ukit].

Ramai orang yang tak tahu, sebenarnya perkataan Bumiputera tak wujud pun dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Perkataan Bumiputera tak wujud sebab ia adalah sebahagian dari ‘convention’.

Kalau kat United Kingdom, ‘convention’ adalah sebahagian dari sumber undang-undang mereka. Tapi, kat Malaysia, ‘convention’ tak mengikat secara perundangan [not legally binding] tapi diterima sebagai satu kemestian. ‘Convention’ ni bahasa mudahnya macam kebiasaan. Contoh ‘convention’ kat Malaysia ni macam jawatan Timbalan Perdana Menteri [tak ada peruntukkan untuk jawatan ni dalam Perlembagaan], perkataan Bumiputera, dan sesi serah beg bimbit sebelum penyampaian Belanjawan Negara.

Bersambung.... [Bahagian 2 : Latar belakang UiTM]

14:20 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, isu semasa

Thursday, 14 August 2008

[Fotolog] : Selingan...

Dah lama tak update blog ni. Memang sibuk betul sekarang. Tapi, dalam sibuk-sibuk pun, kadang-kadang tak studi jugak aku ni. Huhu... Sekarang ni tengah panas pasal isu pembukaan 10% UiTM untuk bukan bumiputra dan pelajar asing. Tapi ramai yang tak tahu, sebenarnya kuota pelajar asing [antarabangsa] kat UiTM memang dah lama dibuka. Cuma tak dihebahkan aje.
 
Masa aku MMS [Minggu Mesra Siswa = Orientasi] tahun 2005 dulu, ada MMS untuk pelajar Thailand. Kalau alumni-alumni ada yang masuk alma mater diorang, mesti nampak betapa ramainya pelajar antarabangsa kat UiTM. Boleh geng dengan UIAM dah... Hahaha.. Dari Arab Saudi, Yemen, Mauritius, Afrika... Dulu dari Jerman pun ada sorang. Huhu.. Meriah jugak ada pelajar antarabangsa ni. Semester lepas siap ada International Students Carnival lagi.
 
---
 
Minggu depan cuti mid-term. Seminggu. Seronoknya. Nak rehat kat rumah sambil siapkan assignment [<< boleh caye ke ni?? huhu] dengan nak download movie. Redcliff dan lain-lain [sebab tak tahu filem apa lagi nak download.. ;p]
 
Apa-apa pun, enjoy gambar-gambar kat bawah ni. Gambar-gambar lama dari komputer... Saje nak letak kat sini. Hehe..
 
Photobucket  
 
Aku edit sem lepas...hehe...
 
Photobucket  
Ni pun edit sem lepas... ;p
 
Photobucket  
 
Ni pun..hehe.. biasela bosan2 tak tau nak buat apa.. ;)
 
Photobucket  
 
"Friends are everything to me.. Without them I am nothing" - khairul izwan 
 
Photobucket  
 
Aku dgn Rem. Tengok filem 3D yang paling 'BEST' kat dunia...hehehe 

21:24 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (8) | Email this | Tags: uitm, gambar, foto, art

Saturday, 09 August 2008

[Fotolog] : Alumni Homecoming UiTM 2008...

Semua yang pernah belajar kat Institut Teknologi Mara [ITM] atau Universiti Teknologi Mara [UiTM], terutamanya kat kampus Shah Alam, ada program yang patut korang sertai..huhu..
 
Photobucket  
 
Maklumat lanjut : http://alumni.uitm.edu.my 

00:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, homecoming, alumni

All the posts