Sunday, 24 August 2008
[Monolog] : Pembukaan 10% kuota UiTM kepada bukan Bumiputera - Bahagian 2 > Latar belakang UiTM..
Bahagian 2 : LATAR BELAKANG UiTM
Ok…dah sembang pasal latar belakang undang-undang, sekarang kita tengok pulak latar belakang Universiti Teknologi Mara [UiTM]. UiTM ni ditubuhkan tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA untuk bagi kursus persediaan kepada belia luar bandar yang berpendidikan Inggeris.Lama lepas tu, nama Dewan Latehan RIDA ditukar kepada Maktab MARA dan lepas tu Insititut Teknologi MARA. Tahun 1996, status ITM sebenarnya dah jadi sebuah universiti penuh dan bukan lagi bawah MARA. Tapi, ramai yang tak tahu. Tahun 1999, baru nama ITM ditukar jadi Universiti Teknologi MARA [UiTM].
Antara fakta-fakta yang patut orang lain tahu, dulu memang masa zaman ITM, institut ni jadi pilihan orang-orang yang kena reject. Sebab tu ITM orang kata ‘a third class institute’. Tapi, sebenarnya kualiti pengajaran ITM masa tu adalah tinggi. Terutamanya program professional macam undang-undang, perakaunan, perniagaan, kesetiausahaan, dan program-program lain macam kesenian.
Dan sekarang, zaman UiTM, kalau orang luar masuk dan alami sendiri suasana pembelajaran kat sini, aku pasti stigma UiTM sebagai institusi kelas ketiga akan terhapus. Sebab kualiti yang ada sekarang adalah tinggi. Aku sendiri rasakan yang kualiti kursus undang-undang kat UiTM adalah bagus. Sebab simulasi / praktikalitinya banyak.
Dan kenapa UiTM tidak ada pelajar bukan bumiputera setakat sekarang ini? Sebab walaupun UiTM adalah satu IPTA, dan nama MARA tu cuma sebagai simbolik [UiTM bukan lagi bawah bidang kuasa MARA macam dulu-dulu], tapi ada satu perenggan dalam Akta Universiti Teknologi Mara [Pindaan] 2000 [Akta A173] yang mengatakan bahawa : Akta 173 mengishtiharkan bahawa UiTM adalah ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perenggan ini sebenarnya adalah perenggan yang paling penting yang menunjukkan bahawa memang UiTM ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 153. Kalau tak ada perenggan ini, makanya UiTM adalah sama macam IPTA lain dan memang tak jadi masalah bagi bukan bumiputera. Tapi, adanya perenggan ini menyebabkan UiTM terlibat secara langsung dengan Perlebagaan dan Yang Dipertuan Agong sebagai penjaga Perkara 153.
Komposisi UiTM adalah 100% Bumiputera. Kalau ikut perkiraan kasar aku, 90%+ adalah Melayu dan selebihnya Peribumi Sabah / Sarawak. Tapi, ramai jugak yang muka macam bukan Melayu kat dalam UiTM. Sebab anak kepada kahwin campur Melayu diiktiraf sebagai Bumiputera kat UiTM. Jadi kalau ada yang mak/ayahnya Cina/India kahwin dengan Melayu, anaknya boleh masuk UiTM.
Satu lagi sebab ada antara Cina dari Sabah/Sarawak bertaraf Bumiputera. Jadi sebab tu ada yang memang nama Cina, muka Cina, cakap Cina, tapi boleh jugak masuk UiTM sebab tarafnya Bumiputera mengikut takrifan UiTM.
Tapi, komposisi ni tak termasuk INTEC UiTM, Kampus Seksyen 17. Sebab ada lebih 30% bukan Melayu yang diterima masuk dan diorang ni diiktiraf sebagai pelajar UiTM. Kad pelajar, no pelajar, kemudahan, semuanya sama macam pelajar UiTM yang lain. Tapi, INTEC ni ada ramai bukan Melayu sebab kebanyakannya di bawah tajaa. Antaranya tajaan:
Bersambung... [Bahagian 3: Pembukaan 10% untuk bukan Bumiputera?]
14:25 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, isu semasa







Post a comment