Monday, 28 July 2008
[Monolog] : Kelas tak ada esok...
23:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, seminar pensyarah
Saturday, 26 July 2008
[Monolpg] : Bosan...
Hari ni bosan tak buat apa-apa pun. Pagi tadi Akmal dgn Rem pergi kampus sebab Jihad ada game untuk Sukan Antara Fakulti [SAF]. Aiman pergi Koko. Aku dok mengeroh lagi dalam bilik. Kalau bukan sebab Akmal call aku tadi, memang tak terjaga aku. Huhu..
Lepas tu Rem balik dia ajak aku pergi CC. Aku pun on jela... Petang ni dengan malam ni tak tau nak buat apa... Nak buat apa ye??
15:02 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, bosan
Friday, 25 July 2008
[Monolog] : Rasa nak tengok teater...
Aku pernah tengok teater sekali. Teater BI kat KL PAC, Sentul... Sebahagian dari kerja lapangan masa aku pre-law untuk subjek BEL 330, English for Academic Purposes. Satu kelas tengok. Jumpa beberapa aktivis teater. Zaibo ada. Azean Erdawaty ada.
Lepas tu, sekarang ni ada Festival Teater Malaysia. Hari Ahad lepas masa balik dari rumah makcik aku, ternampak banner festival kat bangunan MTC. Rasa macam nak tengok. Huhu... Tiket wayang lagi murah. Tapi entah kenapa, dalam diri aku ni rasa macam teringin nak tengok teater... Huhu.. Mungkin wayang dan biasa sangat kot. Lagipun teater adalah satu manifestasi kesenian berdasarkan gerak geri lakonan. Hehe..
p/s: Kalau ada sesiapa nak tengok 7 Malam 7 Duri, klik sini... Tiket RM 30... Pelajar RM 15..
23:10 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: teater, hiburan, entertainment, festival teater malaysia
Thursday, 24 July 2008
[Monolog] : Hidup...
Sem ni kenapa ntah aku rasa macam perlahan semacam je gerak geri momentumnya. Ada kelas tak mula lagi. Walaupun dah 3 minggu, ada kelas yang baru sekali dua je jumpa. Aku tak bolehla nak cakap kelas apa.. Nanti kalau ada lecturer baca blog ni, boleh kena gantung aku.. haha... Tapi sem ni aku rasa aku suka subjek Mooting. Sebab subjek ni macam satu subjek simulasi untuk keadaan di mahkamah nanti.. Tapi baru 2 kelas.. Jadi tak tau apa nak jangka.. Kita tengok nanti.. ;p
Esok, pagi mungkin aku dengan Akmal pergi MBSA. Nak hantar permit niaga bulan Ramadan. Mak aku nak niaga kat bazar Seksyen 28. Harap-harap boleh bangun awal esok. Sebab aku sekarang dalam medikasi. Aku kena makan ubat yang aku dapat kat Poliklinik Komuniti Shah Alam semalam. Sebab hidung aku ni hyper-sensitive doktor kata. Jadi, ada habuk tak boleh guna penyapu atau feather duster / bulu ayam. Kena guna penyedut hampagas...err.. vakum la tu..huhu.. Adohai..
Apa-apa pun, esok petang ada kelas Legal Research & Methodology. Pukul 2 lecture. Pukul 4 tutorial. Tutorial buat kat Pusat IT PTAR 2... Ada internet.. kehkehkeh.. [gelak jahat...]...
Oklah..dah lewat malam ni.. Aku kat cc seksyen 8.. Kang balik lambat kang tak bangun pulak pagi esok kang... Chalo dulu.. hehe..
00:40 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: kelas, uitm
[Monolog] : Manusia...
Manusia.. tak pernah puas dengan apa yang kita ada... Kekadang rasa macam semua serba tak kena.. Padahal apa yang kita nak, apa yang kita ada, dah lebih dari sepatutnya... Manusia = pelupa.. [An-nas..]. Sekejap di sini, sekejap di sana... Tak jumpa-jumpa... Orang lain ditanya tapi diri sendiri sendiri tak tahu keberadaannya... Haih...
p/s: Mana pulak la aku letak kad matrik aku ni?? ;p
00:30 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: manusia, lupa, monolog, jiwa
Saturday, 19 July 2008
[Fotolog] : Haiwan peliharaan hilang...
17:35 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: kobe, haiwan peliharaan, pet, petfinder
Friday, 18 July 2008
[Videolog] : Kenangan BLS (Hons.) Part 3...
22:30 Posted in [Videolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, bls, law
[Fotolog] : Shah Alam Xciting Race 2008
22:27 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: shah alam xciting race, expedition, race, adventure
Wednesday, 16 July 2008
[Fotolog] : Penilaian filem / Movie reviews...
Filem ni aku tengok dengan Muiz kat Sunway hari Selasa lepas. Jalan cerita menarik, aksi bagus, lakonan mantap. Memang best tengok filem ni. Aku tengok, tak ngantuk langsung. Sebab aksi dalam filem ni best dan jalan cerita dia buat kita nak tengok sampai habis. Effect dia, tak payah cakap la..huhu... [Updated] : [[Cuma penamat ada masalah sikit..]] ;p Aku bagi 8/10...
Baru tengok kat Midval semalam. Filem adaptasi novel klasik tahun 1864 karya Jules Verne ni [tajuk yang sama] aku tengok kat Midval sebab cuma 3 pawagam yang tayangkan versi 3D. Midval, KLCC, dengan OU... Harga tiket RM 17 [RM 5 untuk cermin mata khas Dolby Digital 3D : Hilang kena ganti RM 200 wooo!!] dan [RM 12 untuk tiket wayangnya].
Secara jujurnya, kalau korang nak tengok atau tak pernah tengok filem 3D, bolehlah menghabiskan RM 17 untuk filem ni. Kalau tak, JANGAN tengok atau korang akan menyesal. Tambahan pula yang 2D. Mungkin selera msing-masing berbeza, tapi bagi aku tk berbaloi kalau nak tengok filem ni versi 2D. Untuk versi 3D, mungkin korang boleh tengok untuk menghayati kesan khas 3D tu. Tapi, kalau nak tengok filem ni sebagai sebuah filem...lupakan.
Dekat US, filem ni dapat tempat ke-3 box-office mungkin sebab diorang menghargai karya sastera klasik. Tapi, bagi kita yang tak pernah baca novel dia, dan tengok filem ni sebab bayangkan filem ni macam filem adventure-fantasy yang pernah ada sebelum ni...lupakan hasrat korang.
Sebab jalan cerita dia perlahan, mudah dijangka. Ekspedisi tak mencabar. Muzik latar lagilah... Asyik ulang muzik yang sama. Aku tertidur masa tengok filem ni dan asyik tengok jam sambil tanya diri sendiri, "Bila la filem ni nak habis..?"... Terasa rugi pulak duit... hhaha... 3/10... [3 untuk kesan khas 3D..hahaha...]
Pernah rasa sepi..? Rasa macam kita menyayangi, tapi tidak disayangi... Rasa macam kita ada seseorang, tapi pada hakikatnya tidak. Rasa penat menunggu, tapi tetap setia... Kawan-kawan, filem Melayu paling best tahun ni. Skor muzik bagus, latar belakang menarik, lakonan berkesan dari hampir kesemua pelakon, pengarahan yang baik, jalan cerita yang jelas, tidak disangka-sangka dan membawa kita bersama... 9/10...
22:05 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: wanted, entertainment, hiburan, sepi, journey to the centre of the earth, wayang
Thursday, 10 July 2008
[Fotolog] : Beg & trafik Alexa...
Hari tu, aku beli beg dari eBay. Sebab hari Selasa aku tak ada kat rumah, jadi pos laju bagi sorry-note. Semalam, aku baru pergi ambik beg tu dari PosLaju Shah Alam. Puas hati dah ada beg baru. Sebab beg hari tu zip dah rosak masa pergi Sungai Gabai. Dan aku juga bersyukur sebab transaksi kat eBay berjalan dengan lancar... hehe..
Sebelum...
Selepas...hehe...
---
Tengok blog Ame [Naps], trafik Alexa dia 14 000 000+. Kalau dia punya 14 000 000+, aku punya lagi corot... hahaha... 20 000 000+..huhuhu
23:35 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: zinc, beg, ebay, alexa

















