« 2008-07-01 | HomePage | 2008-07-07 »

Saturday, 05 July 2008

[Fotolog] : McDonald's Mc Delivery, Penutup besi...

Ni adalah entri aku yang terakhir dalam musim cuti semester. Petang nanti nak balik dah... Aghh... Malasnya nak balik... Seronok pulak rasanya cuti 2 bulan kali ni. Sepanjang aku cuti semster, nilah cuti yang aku paling liat sekali nak balik.. huhu.. Dahlah nanti tak dapat tengok Gangstarz [huhu..], lepas tu nanti dah jarang jumpa si Black... Tapi, takpe.. Sebab rumah aku dengan rumah sewa aku cuma beza 20 seksyen je..huhu..
 
Hari Isnin ni dah start kuliah balik. Jadi rasa malas sangat nak perah otak balik. Lepas tu, nanti mesti aku dah jarang hapdet blog ni [tapi aku akan tetap cuba hapdet bila ada masa..! hehe..]. Member-member dengan Geju yang selalu jenguk blog ni pun silap-silap boleh lupa kat aku. Yelah..mana la tau sekali Ame [Naps], Kak Tiny, Kak Hana tiba-tiba dah tak ingat langsung kat aku ke...huhu... Janganlah korang lupakan aku... ;p
 
----
 
Tengah malam semalam [dalam 2 pagi] aku dengan Ijat tiba-tiba teringin nak makan McD... Kitorang pun call la 1300-13-1300. Lepas dah habiskan RM 2 kredit fon aku untuk 2 minit panggilan yang dibuat, alangkah hampanya kami bila McDelivery cuma hantar sampai Seksyen 25 je dalam kawasan Shah Alam.
 
Bengang betul kitorang. Mana taknya. Pizza Hut hantar sampai Seksyen 27. Seksyen 28 diorang kata tak dapat hantar. Padahal Seksyen 27 dengan 28 jaraknya cuma 20 langkahan kaki aje! Lepas tu, McD hantar sampai Seksyen 25. Maknanya smpai Sri Muda. Padahal ada Restoran McD baru kat Seksyen 26. Dari Seksyen 26 punya McD ke rumah aku, kalau naik motor tak sampai 10 minit pun. Lagi-lagi tengah-tengah malam. 
 
Apa yang susah sangat dioang nak buat delivery sampai Seksyen 28 pun aku tak tahu. Kitorang pun patutnya berhak jugak dapat hak macam penduduk kat Seksyen-Seksyen lain... Ish.. bengang2... :p
 
Photobucket  
 
 
Satu lagi al-kisah. Pencuri besi ni dah makin menjadi-jadi. Tengah malam semalam, balik dari ATM Maybank Petronas [transfer duit sebab aku beli beg dari ebay..hehe]... aku nak parking kereta masuk dalam rumah. Sekali bila aku tengok penutup longkang orang depan rumah aku, aik... dah lopong. Lepas tu aku pun bawak kereta sepanjang jalan rumah aku, tengok-tengok satu jalan dah tak ada penutup longkang [kecuali rumah aku sebab memang tak ada penutup longkang, rumah Cik Sofie sebab dia letak pasu besar atas penutup longkang rumah dia, dengan rumah Auntie Cina]...
 
Aku rasa Shah Alam kena ikut DBKL. Tukar penutup longkang besi kepada konkrit atau reinforced fibre plastic... Haih.. Entah bila penyangak2 tu buat kerja entah...
 
Photobucket  
 
Photobucket  
 
Photobucket  

[Fotolog] : Bola, kucing, kad debit...

Esok ada Piala Sultan Selangor kat Stadium Shah Alam. Jadi kalau sesiapa yang nak tengok pemain pilihan Selangor dengan veteran Selangor macam Akmal Rizal, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, dan lain-lain beraksi malam esok, pergilah beli tiket. RM 5 aje... Ada jual dekat Concorde Shah Alam, Quality Hotel Shah Alam, Quality Hotel KL, ngan Hard Rock Cafe KL. [macam promoter pulak..hehe..]. Aku mungkin pergi dengan budak2 Seksyen 8 kot... Tiket dah ada dah..hehe..

Photobucket  

 

Lepas tu, hari Khamis lepas [3 Julai], aku pergi Klinik Haiwan Kesayangan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Petaling kat Seksyen 15, Shah Alam. Sebab Black kena buat follow-up. Hari tu doktor kata, lepas 2 minggu kena bawak kucing tu balik. Jadi aku ngan famili aku pun pergilah dalam hujan-hujan tu. Bila sampai, doktor tengok dah ok sikit. Cuma ada kutu kucing sikit lagi. Luka-luka dah tak ada dah.

Jadi, doktor bagi ubat kutu yang meresap dalam salur darah punya [2 minggu lepas bagi injection]. Lepas tu kucing tu selsema. Doktor pun bagi lah ubat selsema yang ada antibiotik sekali dengan vitamin b-complex. Gilerlah, kalah manusia... Huhu... Ubat tu ubat pil. Jadi, mencabar jugaklah nak bagi dia makan...huhu.. Jadi, semua sekali RM 30... Fuh..kalau pergi Klinik Komuniti Seksyen 7 tu, macam-macam ubat untuk manusia pun baru RM 1..haha.. Ni pun nasib baik klinik haiwan kerajaan.. Kalau swasta....

Photobucket  

 

Balik dari klinik kucing, singgah Maybank. Sekarang untuk akaun baru, Maybank bagi Kad Debit Visa Maybank. Dia dah tak bagi kad ATM yang warna kuning tu. Sebab teruja tengok Idzrin [adik aku] dapat kad tu, aku pun nak tukar la. Sebab kad tu cantik. Lepas tu Visa lagi. Jadi aku fikir, mesti boleh guna untuk beli barang online dengan guna untuk PayPal.

Lepas buat kajian, aku dapat tahu nak tukar dari kad ATM asal ke kad Visa Debit ni, kena bayar RM 12. Aku pun tak kisahlah.. Tapi bila dah tukar, alangkah kecewanya aku bila aku dapat tau yang Maybank Visa Debit Card ni tak boleh guna untuk online payment dengan PayPal... Kecewa..kecewa... Jadi korang yang nak pakai kad ni untuk transaksi online, aku rasa buat masa ni lupakanlah dulu.. Kalau nak pakai debit card untuk Paypal dengan online transaction, aku cadangkan korang guna sama ada Tunemoney Visa Prepaid Card atau bukak akaun dengan Al-Rajhi Bank [RM 20 aje...] dan guna kad debit Visa Al-Rajhi...

Photobucket