Saturday, 28 June 2008

[Monolog] : Cuti dah nak abis...

Agh... bosan2... Cuti tinggal lagi seminggu je. Minggu depan hari Sabtu aku dah balik rumah sewa aku kat Seksyen 8 tu. Kalau ikut malas ni nak balik. Sebab apa malas? Sebab pertama aku kena belajar balik. Aduh!~ Malasnya aku nak perah otak ni... Sebab dah diperam lama ni.. ;p

Lepas tu aku dah tak boleh online selalu. Cuti ni, aku hari-hari online. Sampai dah tak tahu nak bukak laman menda dah. Nanti dah balik UiTM, memang konfemlah aku ketagih internet ni balik. Blog ni pun mesti jadi sesawang nanti. Ahh.. tidak!!! Aku tak nak blog ni dipenuhi sawang-sawang. No no no..~

Aaa.. semalam pegi KL. Amek adik aku kat Asrama Toh Puan Norashikin kat Cochrane tu. Sebelum tu pergi sekolah dia dulu, amek repot card. SMK Cochrane. Seronok gile skola tu. Bangunan cantik, kantin lawa, sekolah besar. Tapi skolah aku dulu pun best jugak.. huhu..

Tadi merayap-rayap kat tenet ni, jumpa blog junior aku kat SMAP...[Lutfi]. Baca blog dia yang penuh dengan gambar-gambar kat skolah, buat aku rasa rindu giler kat zaman skolah. Lepas tu, jalan-jalan lagi, terserempak pulak dengan blog 'kawan' lama aku mase kecik2 dulu...huhu...[Kawan lama]... Lepas tu, terjumpa pulak blog sepupu aku... [Iqa]...

Kalau orang kate dunia ni kecik, dunia maya ni lagi kecik. Silap2 time jalan2, aku ada atau akan terserempak dgn Kak Hana, Hijazi, Ame, Bro Rudy, dan lain2 bloggers, yang aku kenal kat sini, tapi tak pernah jumpa kat sana...

Ap02 jolah...~

Thursday, 26 June 2008

[Fotolog] : Bersepah2...

Hari ni banyak betul kerja... Giler la... Bersepah meja aku kat ofis ni. Dahlah ayah aku hari ni tak ada kat ofis. Ada masuk sekejap je. Agghh... Serabut kepala aku tgk kertas bertimbun2 ni. Dengan geran org lagi. Tak tahula bila nak habis... Haih....
 
Awal bulan 7 ni bukak sem balik. Macam tak caye je yang aku ni dah tahun ke-2... Dah nak masuk sem 4 dah. Cepat betul masa berlalu. Masa mula-mula aku nulih kat blogspirit ni dulu, aku belum masuk U pun lagi. Baru habis SPM je... Giler ah... Dah tua dah aku ni..!!! Huhu...
 
Bukak sem ni, beberapa orang yang aku kenal masuk UiTM Shah Alam buat undang-undang. Suria buat degree Part 1... Sepupu aku buat Asasi Law UiTM. Jiran sebaris dengan rumah aku pun buat Asasi Law UiTM. Hush... Itu sudah tiga... Belum campur sorang lagi adik member aku yang katanya dapat law jugak kat UiTM... huhu...
 
 
Photobucket
 
Kak Pah tensen kerja banyak... heheh...
 
 
Photobucket  
 
Kertas2 dgn geran2 berterabur ats meja aku... ;p
 
 
Photobucket  
 
Meja aku kat ofis yang bersepah giler...!

Wednesday, 25 June 2008

[Fotolog] : Radio AOL...

Dulu aku kalau online je, mesti bukak FlyFM online radio... Duduk kat ofis ayah aku ni, kalau tak ada muzik apa-apa, fuh... bosan-bosan... Senyap sunyi je... Sampai bunyi angin air-cond pun boleh dengar.

Tapi, sebab Amer [NaPs], sekarang ni aku dah tak bukak dah FlyFM. Sebab Radio AOL lagi layan. Ada banyak genre lagu dan semua genre lagu memang best dilayan. Dah lah boleh skip lagu. Tak ada bebelan DJ. Yang ada pun cuma iklan. Itu je yang tak boleh di'skip'. Tapi iklan dia pun tak lebih 15 saat.. So, kalau nak ubah selera, jomlah kita ramai-ramai tukar radio AOL. Kalau nak channel untuk lagu-lagu mainstream yang best, aku cadangkan korang dengar channel Fresh 100.

Haa... Lupa nak bagitau. Siap boleh preset channel lagi radio ni. Huhu.. 

p/s: Ame> Thanks bro sbb bgtau psl radio ni.. haha..

Photobucket  

11:20 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: hiburan, muzik, radio, AOL

Tuesday, 24 June 2008

[Fotolog] : Black...

As promised, bawah ni gambar2 kucing aku, Black... Baru pagi tadi je tangkap gambar ni..huhu... Dia pun dah makin sihat.. Oklah...
Photobucket

Photobucket

Photobucket  

19:45 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: black, kucing

Monday, 23 June 2008

[Fotolog] : Sehari di Sg. Gabai, Hulu Langat...

Semalam pegi Air Terjun Sg. Gabai, Hulu Langat....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket  

Memang best... Sejuk... Tapi nak sampai atas tu... fuh... macam pegi Batu Caves... ;p Apa-apa pun, memang bestlah pegi mandi air terjun Sg. Gabai ni. Segar je rasa bila bersosial dengan alam sekitar ni. Huhu.. Tak pasal-pasal aku dapat 'love bite' dekat leher khas dari si ulat bulu... huhu... Sampai malam semalam gatalnya terasa... ;p

[Fotolog] : 100 hari Pakatan Rakyat di Selangor Darul Ehsan...

Aku bukan penyokong mana-mana parti buat masa ni. Tapi sebagai rakyat Selangor, aku nak jugak tahu apa agenda kerajaan negeri Baru untuk kami rakyat Selangor. Jadi, malam hari Jumaat aku dengan famili aku pergi Stadium Shah Alam untuk 'Sambutan 100 hari kerajaan baru Pakatan Rakyat Selangor'. Ramai rakyat negeri pergi stadium malam tu. Mungkin ramai jugak yang macam aku, 'eager' nak tahu agenda baru kerajaan. Aku ingat ramai orang Melayu je. Tapi, ramai jugak rakyat Selangor keturunan Cina dengan India yang datang. Siap jumpa sorang senior satu sem aku lagi, Megat Aiman.
 
Bawah ni gambar sekitar sambutan malam tu. Sorilah gambar tak clear. Cuma aku dengan ayah aku berpendapat, kalau kerajaan buat kat Stadium Malawati pun bagus. Ada air-cond. Lepas tu kapasiti pun memang ngam-ngamlah untuk 15-20 ribu orang yang datang malam tu. Sebab Stadium Shah Alam tu stadium terbuka, jadi sound system kurang bagus. Panas lagi. Mungkin benar kata bapak aku. Mungkin kerajaan agak terlebih yakin. Diorang ingat boleh penuh Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80 000 orang tu. Tapi, boleh tahan jugaklah kepenuhan malam tu.. Ahh.. Apa-apa jelah. Yang penting bulan ni, air 20 meter padu pertama percuma. Lebih guna, tarif dari 57 sen naik ke RM 1.03... Jadi, jimat2kan air tu ye? Kalau tak kena bayar lebih.. ;p
 
Photobucket

Photobucket
  

Thursday, 19 June 2008

[Fotolog] : Kesian Black...

Ingat tak hujung tahun lepas, aku ada sekor kucing yang bunting, nama Tam. Kucing tu dah mati sebab awal tahun ni, anak dia, Black dengan Oren hilang. Dia rindu anak-anak dia sampai dia tak lalui makan. Elok je lepas Tam mati, Black dengan Oren dijumpai. Kak Een yang jumpa diorang. Dah elok-elok jaga sampai usia diorang 5 bulan, tiba-tiba je, si Oren hilang. Semua macam sedih sebab Oren comel. Bulu lebat, perut buncit [kalau orang yang perut buncit, mesti dia tak disayangi kan? huhu...]. Tinggallah Black... Black sempat jugakla ada kawan, si Kecik. Si Kecik tu, aku dengan Akmal jumpa kat Seksyen 8. Tapi, si Kecik berkawan dengan Black sekejap je sebab si Kecik tiba-tiba mati... [Mati mengejut.. ;p]
 
Sekarang tinggal Black sorang. Tapi entah macam mana, dia kena serangan kutu. Sampai bulu kat telinga dengan dekat muka hilang sikit. Kesian tengok dia. Sebab dia asyik tergaru-garu je. Nak kata tak mandi, dia mandi, tapi entah macam mana boleh kena kutu.
 
Hari ni, aku dengan mak aku bawak Black pergi Klinik Haiwan Kesayangan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Daerah Petaling dekat  Seksyen 15. Sampai-sampai, masa register tu, aku isi jantina Black ni betina sebab tak nampak tanda-tanda 'kejantanan' dia. Masuk bilik rawatan, doktor suntik dia dengan ubat kutu, ubat kurap, dengan ubat cacing. Lepas tu, doktor kata, lepas dua minggu, kena buat follow up lagi. 
 
Bagusnya si Black ni, dia tak melawan langsung masa kena suntik. Lepas kena suntik, baru dia mengiau sakit. Lepas tu, tak payah disuruh, dia sendiri masuk dalam Pet Voyager dia. Huhu... Sebelum masuk Pet Voyager, doktor kata ni kucing betina. Tapi bila tengah nak masuk, doktor tengok balik, rupanya dia jantan. 'Kejantanan' dia belum cukup membesar oktor kata..Huhu..
 
Tulah cerita si Black hari ni. Kenala RM 15 untuk suntikan tu... Kalau ada kesempatan, nanti aku letak gambar Black kat sini. Doktor kata bulu dia cantik.. Huhu.. Apa yang cantik entah.. ;p
 
Muka depan Kad Rawatan Black

Isi kandungan kad Rawatan... No daftar kena tukar sebab dia jantan. Jadi no. ganjil... Asalnya, yang kena potong tu, no genap sebab igtkn dia betina..huhu

Resit rawatan...  

18:52 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

[Fotolog]: Nasi lemak..nasi lemak...

Nasi lemak bang, kak?... ;)
 
Ada sesiapa nak beli nasi lemak? Hehe... Hari tu kan aku dah kata aku nak letak gambar aku  niaga nasi lemak. Jadi, nila kerja aku cuti sem ni sebelum pergi ofis ayah aku. Habis je niaga nasi lemak ni, aku terus pergi ofis ayah aku pulak.. Aku niaga dengan adik pompuan aku... Siapa yang duduk area Shah Alam, mehla datang... [Haha.. Siap promote lagi tu.. ;p]

Wednesday, 18 June 2008

[Fotolog] : Aku sebahagian dari rekod dunia!!

Aku sekarang dah jadi sebahagian dari rekod dunia! Hehe.. Kebetulan bila aku masuk laman web Firefox harini, rupanya hari ni ada acara penting yang diaorang buat. Ikut statistik [setakat pukul 4.23 petang], USA dah buat 2 juta download, Indonesia 11000+, Singapura 14100+, Malaysia 14900+... Dalam negara ASEAN, Vietnam yang paling banyak sekali.

Macam mana ni? Malaysia ada Cyberjaya, MSC... Jomlah kita sama-sama gegarkan dengan bilangan yang paling besar. Cepat-cepat sikit. Sebab tempoh 24 jam yang diorang [Firefox] nak capai dah nak sampai masa.

Tak tahu aku cerita pasal apa? Klik dekat button 'Download Day 2008 - Help Firefox Set A World Record' kat tetingkap kanan blog ni. Walaupun tak ada dapat apa-apa hadiah besar ke, duit ke, apa ke, tapi enjoy gak. Sebab dapat cenderamata kenang-kenangan yang kat bawah ni...

Photobucket   

KLIK SIJIL KAT ATAS UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS...

P/S: Amacam, tak nak satu ke? Hehe... ;) 

-------
INFO TERKINI : Untuk negara Malaysia dan negara2 GMT +8 yang lain, acara ini akan tamat pada pukul 2.16 pagi, 19 Jun 2008... Cepat2 sebelum terlambat... hehe...

Monday, 16 June 2008

[Monolog] : Jaga kebersihan...

"Awas! Kawasan kita kini diserang DENGGI!"... Banner ni mengiringi perjalanan aku ke ofis pagi tadi. Kat mana-mana dok terpampang banner [ke bunting?] ni. Hari ni pulak aku pergi ofis jalan kaki. Jadi asyik nampak jelah bendalah ni. Bila dok baca kata-kata ni, teringat aku masa tahun 2003 dulu.

Tahun 2003 aku tak pergi sekolah seminggu sebab aku risau mak aku kena denggi. Platlet mak aku sampai tinggal 20. Ayah aku siap kena derma platlet lagi. Masa tu, apa yang aku mampu buat cuma berdoa, berharap, dan berdoa lagi. Aku ingat lagi, ramai rakan-rakan blogger yang doakan mak aku cepat sembuh.

Lepas tu, tahun 2007, aku pulak kena denggi. Dahlah masa hari raya. Mula-mula tak syak apa-apa. Tapi bila rasa mual bila tengok makanan sampai aku tak lalu makan, lepas tu badan [terutamanya tangan] aku penuh ruam-ruam merah, bila cek kat klinik, platlet aku ada 120. Kurang dari orang normal yang biasanya lebih 200. Hari-hari aku kena ulang pergi klinik nak ambil darah. Sampai tangan aku jadi berlubang2 persis mat pet.

Minggu lepas, ada pelanggan nasi lemak bagitau anak dia 2 orang kena denggi. Siap kena drip. Kesian aku dengar. Sebab aku pernah tengok mak aku kena drip. Sedih bila nak pergi bilik air, dengan tangan terketar-ketar pegang benda tu.

Rakan-rakan, denggi ni jangan dibuat main-main. Kalau ada takungan air, buang. Lepas tu gosok-gosok bekas tu. Masa kat tv dulu, ada sorang doktor pernah kata, kalau siapa yang pernah kena denggi, kena lagi penyakit tu buat kali kedua, harapan nak maut memang tinggi. Sebab virus denggi ni akan kekal dalam badan kita, lepas tu dia akan jadi imun terhadap serangan kedua dan seterusnya. Tapi kalau aedes bermutasi, dan serang dalam bentuk yang berlainan, dan pengkalan data imunisasi kita tak cam, bersiap sedialah bekas pesakit denggi.

Jagalah kebersihan. Jangan kerana kebersihan, rakyat Malaysia yang muda-muda mati begitu sahaja... Hilanglah nanti harapan anak Bangsa Malaysia... 

All the posts