« 2008-03 | HomePage | 2008-05 »
Sunday, 20 April 2008
[Monolog] : Doa...
Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ampunkanlah segala dosaku, murahkanlah rezekiku, panjangkanlah umurku...
Janganlah Kau beri aku dugaan yang tidak dapat aku tempuhi dan tabahkanlah hatiku dalam menempuhi dugaan dariMu...
Ya Allah, kau lapangkanlah dadaku dalam menerima ilmu pengetahuan yang berguna di dunia dan di akhirat... Kuatkanlah ingatanku dalam mengingati segala ilmuMu ini Ya Allah...
Ya Allah, ilmu undang-undang ini adalah ilmu Mu yang dipinjamkan kepadaKu. Berkatilah ilmu ini ya Allah, permudahkanlah aku untuk mengingati semua fakta-fakta dan kes-kes yang penting dalam setiap subjek. Ya Allah, kekalkanlah ingatan aku untuk mengingatinya dan permudahkanlah aku untuk menzahirkan semua ilmu in di atas kertas jawapan semasa peperiksaan nanti...
Ya Allah, berikanlah aku kesempatan masa untuk menjawab dan berikanlah aku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Aku telah berusaha sedaya upaya dan aku serahkan kepada Kau untuk membantu aku Ya Allah...
Makbulkanlah doaku ini wahai Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang...
Amin....
p/s: Sekarang kat librari negeri dengan Akmal, Rem, Ida dengan Nadiey... Esok pagi 9.00 - 12.00 adalah paper pertama aku. Admin law... Cuak... Harap semuanya Ok... hehe....~~
14:05 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (2) | Email this
Thursday, 17 April 2008
[Monolog] : Kesedaran...
Kekadang kita terleka ditipu indah fatamorgana. Kekadang kita terlupa yang berkuasa itu Dia. Kekadang kita hanyut dilimpah keasyikan dunia.
Aku juga begitu. Penuh kelekaan, kelupaan dan kehanyutan. Sehingga tidak terlintas di minda kita akan hadirnya Dia. Sentiasa memerhati, sentiasa melindungi, sentiasa menemani. Kita diuji... tapi tidak disangka ujian itu untuk kita, untuk saat dan ketika, yang bakal menjelma.
Ujian yang diberi sebagai ganti kepada seksaan yang hakiki...~~
p/s: Isnin ni mula periksa akhir. Tolong doakan kejayaan, dipermudahkan menjawab, dan ingatan yang kukuh buat aku dan rakan-rakan yang lain. Entri ni ditulis kat Pusat IT, PTAR II... Aku dengan Akmal lepak sini petang ni...
18:20 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Saturday, 12 April 2008
[Monolog] : Karya pertama....
Tiba-tiba aku rasa aku nak tulis balik puisi pertama yang aku buat.. Ni kalau Akmal baca, mau dia gelak ni... Dia siap pernah edit puisi ni, jadi versi 'Nasi Lemak Kakani'...hahaha...
[UNTITLED]
Sekelumit hati dan perasaan
Secebis kekecewaan
Mengiringi satu kegagalan
Meratapi erti kehinaan
Dipandang serong
Dipandang sangsi
Tidak dipuja
Tidak dipuji
Mati
Segalanya pergi
Mengukir satu memori...
> Puisi ni aku tulis tahun 2004... Masa aku form 5. Punca: Sebab aku asyik gagal subjek Matematik Tambahan. Semua orang pandang aku macam aku ni tak berguna, tak pandai... Dari cikgu sampai ke kawan-kawan... Aku rasa tertekan... Lahirlah masterpiece aku yang tak seberapa ni... hehe...
p/s: Tapi sebenarnya cikgu dengan kawan2 aku ni baik... Aku je yang inferior semacam... ;p
23:52 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
[Monolog] : Antara suka dan sayang...
Aku tertarik dengan 'shout' dalam frenster Hesla. Shout dia kata, "Jangan tinggalkan org yg kita sayang untuk org yg kita suka, sebab org yg kita suka mungkin akan tinggalkan kita untuk orang yg mereka sayang...". Bagi aku, shout dia ada maksud yg sangat mendalam. Satu perkara yang sampai hari ni masih berlegar kat minda aku.
Suka dan sayang. Garis bezanya nipis. Senipis rambut. Senipis benang. Sebab kita takkan tahu dengan tepat sama ada perasaan kita pada seseorang tu adalah suka ataupun sayang.
Tapi, masa mematangkan kita. Aku percaya pada kata-kata ni. Dulu, zaman sekolah, aku suka ramai orang. Kapel dengan dia ni. Dengan dia tu. Bila difikir balik, semua tu tak lebih daripada perasaan suka aje. Sebab masa tu kita terikut-ikut apa yang orang lain ada. Orang lain nak ada awek, kita pun nak ada juga. Suka dengan orang tu, terus kapel. Sebab tu bagi aku, suka adalah perasaan yang tak konkrit. Suka biasanya wujud sebab fizikal. Kita suka tengok muka dia, badan dia, atau perbuatan dan gaya dia. Sebab tu masa zaman sekolah, perhubungan aku tak kekal lama... Haha.. Kelakar pulak ayat aku ni...~~
Sayang pulak, bagi aku perasaan ni lebih suci. Sayang tak dipandu oleh tarikan fizikal semata-mata. Biasanya, bila dah sayang, kita nampak orang yang kita sayang tu, disebalik apa yang orang lain nampak. Ada sesuatu yang orang lain tak nampak pada dia. tapi kita nampak. Dan sayang lebih realistik. Lebih kekal. Lebih meyakinkan...
Macam sekarang, aku mengaku, aku ada suka beberapa orang. Tapi, bagi aku setakat suka, tak ada apa yang nak diherankan. Sayang? Masih mencari-cari. Sebab sayang tak dapat dicari dalam masa berbulan-bulan. Nak cari perasaan sayang macam nak cari gerhana. Tempoh dia mencabar... Panjang dan penuh cabaran...
Aku kenal perasaan sayang masa aku form 4. Ada sorang budak pompuan [aku penah cerita dalam MLLK t1:2003] aku sayang sangat2. Sampai satu masa, hubungan tak matang kami gagal. Dan masa tu aku tak ada orang yang betul2 rapat dengan aku untuk aku cerita. Aku jadi depressed.
Tapi sekarang aku bersyukur. Sebab aku ada seorang sahabat karib yang betul2 rapat dengan aku. Ada masalah, memang dia jadi mangsa aku. Ada orang yang aku nak ngorat, memang dia jadi orang pertama tahu. Sem lepas aku ada masalah sikit, dia ada sebelah aku, dengar dengan sabar satu-satu kata-kata aku. Hahaha.. Memang susah nak cari teman sejati ni... Sebab tu, aku dah janji dengan dia, yang antara aku dengan dia, takkan ada rahsia... Jadi lepas ni kalau aku dah jumpa orang yang boleh aku taruhkan perasaan sayang aku, tapi lepas tu ada masalah apa-apa antara kami, aku rasa aku dah takkan depress2 lagi. Sebab ada sahabat sedia menanti...heheh...
Cuma aku harap, aku dapat jumpa orang yang betul2 aku sayang... Sebab sekarang ni, hidup aku cuma penuh dengan orang yang aku suka...er..~sebenarnya takdala penuh mana pun..hahaha..
Ok..dah panjang membebel. Moral kisah aku: Bezakan suka dan sayang. Sebab bila kita dapat bezakan, baru kita takkan menyesal dengan apa saja yang kita buat...dan carilah sahabat sejati... Sebab sahabat ni bukan macam awek... Bukan macam kawan biasa.. Sebab sahabat susah senang dia ada sebelah kita... Macam mana buruk perangai kita pun, dia masih dengan kita... Tak percaya? Cuba korek hidung depan awek, pastu najis hidung tu terlekat tepi hidung...~~huhu.. nescaya kita akan ditinggalkan..hahaha..~~~
23:34 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Friday, 11 April 2008
[Monolog] : Tamat sudah satu semester...
Secara rasminya tamat sudah semester ketiga aku kat UiTM. Kalau ikut kalendar akademik, hari ni hari akhir kuliah [tapi esok masih ada kuliah untuk Land Law]. Periksa akhir 21 April ni... Takut bebenor ni..hehe~
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim datang. Dia pun bekas pelajar undang-undang UiTM. Jadi, bak kata orang tua-tua, bagai sirih pulang ke gagang.. Dia datang untuk lawatan, lepas tu ada majlis sempena pengiktirafan rasmi program Bachelor of Legal Studies [Hons.]. UiTM satu-satunya universiti kat Malaysia yang tawarkan program ni. Lepas habis program ni [3 tahun], baru sambung Ijazah LL.B [Hons.] untuk setahun. Jadi, jumlah tahun pengajian, 4 tahun.
Kalau tak buat LL.B nanti tak boleh jadi peguambela & peguamcara. Sebab program BLS cuma melayakkan kitaorang jadi Legal Advisor, eksekutif perundangan dengan lain-lain kerja yang tak melibatkan kitaorang untuk bentang kes depan mahkamah. Tapi, aku dengar kata [dari sumber yang jangan-korang-semua-yakini], nanti program LL.B [Hons.] UiTM nak ditamatkan dan program BLS [Hons.] akan jadi setaraf LL.B. Entah ye entah idak?
Yang pastinya, perjuangan aku masih panjang. Lagi dua minggu, peperangan siri ke-3 aku akan bermula. Jadi, korang doakanlah... tolonglah doakan aku [dan juga rakan-rakan aku yang lain; terutama rakan sebilik, Akmal dan rakan serumah Rem & Aiman] agar kami berjaya tempuh dengan baik dan seterusnya dapat genggam segulung ijazah yang memang aku impikan sekian lama.
Ganbatte! Chaiyok! Bon Chance!~~~
22:07 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Thursday, 10 April 2008
[Monolog] : Selamat hari lahir, adik...
Adik Ati, selamat hari lahir ke-13. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu... Bawai doakan yang terbaik untuk adik. Belajar rajin-rajin kat asrama tu. Jangan asyik main je tau.. Hehe.. Semoga dapat keputusan cemerlang dan berjaya dalam hidup...
-Bawai... [Abang]
01:05 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
[Monolog] : ........
Maaf kiranya lama menyendiri, bersembunyi, tak kemaskini.
Bukan malas tapi bz. Kerja berlambak tak siap lagi.
Sekejap lagi nak buat Admin. Lepas tu, aminnn...
Boleh pejam mata, rehatkan minda...
Minggu ni minggu last kuliah, lepas tu kena studilah...
Jadi, setakat ni dulu... Banyak kerja tengah menunggu... ;p
Ada masa aku datang lagi, kemaskini MLLK ni..
00:59 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this




