« 2008-02 | HomePage | 2008-04 »

Thursday, 27 March 2008

[Monolog] : PTAR dah best...

Hari ni tutorial Admin Law tangguh. Tapi, kitorang kena pergi PTAR sebab nak kena cari bahan untuk pembentangan Khamis depan. Masuk PTAR, tengok Pusat IT, fuh, dah best..hehe

Dah tambah komputer, dah besarkan bilik, lepas tu monitor dengan CPU semua tukar baru. Pakai Vista lagi...

Aku sayang UiTM..hahaha...

p/s: Lepas ni ada French III... Malasnya nak pergi..huhu.. Ish! Tak boleh malas.. Kena pergi.. ;)

15:24 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, PTAR 2

Monday, 24 March 2008

[Monolog] : Esok ada BEL aje...

Seronoknya... Esok ada subjek BEL je..hehe.. Subjek English : Public Speaking. Jumaat ni ada test Land Law. Khamis ada pembentangan Administrative Law. Equity and Trust, Miss Meena suruh stadi kes. Wah... banyaknya kerja... ;p

Malam tadi, pukul 8 patut ada kelas Family in Islam. Dah sampai-sampai CITU / Pusat Islam, ada budak perempuan bagitau, kelas batal. Ustaz ada hal...

Malam ni nak kena siapkan BEL. Esok PM Bajan nak tengok outline. Harap-harap sempat siap..huhu

~Hari ni selsema dah kurang... Tapi kena pantang tak boleh minum ais ;P ...

Nak Tesco Cola!!!~~~

22:20 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, hidup

[Faillog] : Kesan-kesan penolakan agama ke atas tamadun...

Assignment masa Part 1 / Sem 1. Subjek Tamadun Islam Tamadun Asia... [Kesan-kesan penolakan agama ke atas tamadun]...

22:15 Posted in [Faillog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: TITAS, uitm

Saturday, 22 March 2008

[Monolog] : Hujan...

Malam ni hujan lagi. Tiap-tiap malam sekarang ni hujan. Aku kat CC dengan Rem. Akmal tidur rumah abang dia sebab pagi tadi famili dia datang.

Tengah malam semalam, aku tidur lewat. Tengok filem kat laptop. Bring it on. Sepanjang malam, aku habiskan sebotol air Tesco Cola sejuk. Akibatnya...hari ni aku dah selsema...

Tesco Cola ais + hujan = selsema...

Duh~

22:05 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Friday, 21 March 2008

[Faillog] : Kerja2...

Fail-fail yang boleh dimuat turun... Assignment2 kami semua...

Wednesday, 19 March 2008

[Monolog] : A blessing in disguise...

Hari ni hari kedua aku naik bas. Tapi aku terlepas bas pukul 9.40 pagi. Jadi aku naik bas dalam pukul 10. Lepas tu, kat depan Meranti pulak bas 603 tak sampai lagi. Akibatnya aku sampai kat FUU/Cempaka dah dekat pukul 11. Aku pun tak berani nak masuk kelas. Aku teruskan perjalanan dalam bas sampai Kolej Seroja, lepas tu aku menapak kat Menara SAAS. Sampai Menara SAAS, aku terfikir nak pergi HEP. Nak tengok status permohonan zakat aku.

Sampai kat depan Unit Zakat, aku tengok kat senarai nama yang lulus, nama aku tak ada. Cari yang kat gagal, pun tak ada... Aik? Bio betik... Aku pun cari sekali lagi dekat yang lulus. Terpaparlah no. akaun aku, nama aku, dengan status yang tertera dengan nyatanya: LULUS.

Alhamdulillah... patutlah lambat. Allah nak bagi aku tengok yang zakat aku dah lulus rupanya... Hehehe

Nota pandang rendah: Rakan2, janganlah tak pergi kelas...hehe...Oklah, aku nak pergi lunch ni. Makan bihun aku masak pg td..hehe..

13:00 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

[Monolog] : Dah lama dah...

Dah lama tak naik bas..hehe.. Hari ni aku naik Rapid KL gi kelas sebab Akmal MC sampai esok...

Hari ni sangat panjang. Agaknya sebab dah lama tak naik bas, jadi rasa macam lama je bila nak balik rumah. Hari ni jugak first time aku dapat beli nasi lemak kat Makcik bas stand Seksyen 8... ;p

Sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Cuma hari ni agak penat. Dah sampai Bank Islam, tertinggal kad bank. Pergi Seksyen 7, jumpa Ida, pergi Bank balik, tunggu hujan berhenti..huhu..

~Dah...nak balik...

00:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts