Thursday, 28 February 2008

[Fotolog] : Alahai nenek...

Aku ada kat perpustakaan PTAR ni... kat Pusat IT. Tengah tunggu pukul 3. Pukul 3 nanti nak jumpa Kak Ngah sebab nak buat latihan sikit. Pukul 4 nanti ada Role-Play untuk subjek French. 10% ke 20% entah markah lecturer akan ambil sebagai coursework... Al-kisah...

Hari tu aku baca satu surat khabar Orang Putih ni. Surat khabar tu kata duit deposit untuk bahan-bahan kempen berjumlah RM 5000 dah dibayar.

Lepas tu aku baca pulak surat khabar orang Melayu. Surat khabar Melayu pulak kata duit deposit untuk bahan kempen tak dibayar. Jadi, tak bolehlah nak lekat poster ke, nak pasang sepanduk ke.

Tak kisahlah surat khabar mana yang cakap benar, surat khabar mana yang cakap tipu...

Yang penting, nenek Maimun Yusuf yang bertanding sebagai calon bebas kat Parlimen K. Terengganu dah pun mula berkempen. Siap tak cukup tu poster dia.. ;)

Hidup Nenen Maimun!!! Hehe...

Photobucket  

[Kisah nenek Maimun Yusuf dalam surat khabar Star...]

14:45 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Monday, 25 February 2008

[Monolog] : Julai 2005 - 25 Februari 2008...

Sedih~...

Semalam mak aku kata 2 ekor anak kucing aku yang baru umur sebulan hilang. Mak dia, Tam, tak keruan dok mengiau2 cari anak-anak dia...

Lagi sedih~...

Petang tadi dalam pukul 7.30 mak call... Mak kata Tam mati...

Dah dekat 3 tahun dia hidup dengan keluarga aku. Nasib baik sempat ambik gambar dia masa dia bunting dulu...

Rindu plak kat dia...~~~

22:40 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Thursday, 21 February 2008

[Monolog] : Monolog...

Demam lagi..~

Kenapa entah... Semalam elok lagi....

Bosan..~ Tak jugak... Sebab ada sahabat dengan kawan teman...

Apa la yang aku ngarut ni??

Hahaha~

Aku rasa hidup ni seronok sangat walau kekadang tak semua yang kita nak, boleh kita dapat.

Macam hidup aku... Kadang-kadang aku tahu aku ni bercakap banyak sangat. Itu yang aku tahu. Yang aku tak tahunya, aku tak peduli pun sama ada orang suka atau tak bila aku cakap banyak.

Peduli apa aku?~

Kenapa?

Sebab aku cakap demi kebaikan orang kat sekeliling aku. Aku tak boleh tengok orang termenung, nampak sunyi, nampak sedih, nampak bosan. Aku nak jugak bercakap, walaupun kekadang tu aku buat lawak-lawak bosan... Sebab aku nak gembirakan hati orang kat sekeliling aku...

Dalam hidup ni memang banyak pengorbanan kita kena buat. Aku sendiri, aku banyak korbankan kegembiraan aku untuk orang-orang kat sekeliling aku... Bagi aku, biarlah orang lain yang baik dengan aku gembira daripada aku sendiri. Sebab bila diorang gembira, aku pun sama.

Haha~... Memang bermonolog sungguh aku ni...

Yang penting, jaga hati sahabat kita. Hee.. Sebab dioranglah orang yang akan tolong kita masa kita susah, apatah lagi masa kita senang. Macam aku, tak dapat aku nak bayangkan hidup aku kalau sahabat baik aku, macam Akmal tu, tak ada... Haha.. Bosan dan sunyi...

Tapi...~

Apanya tapi-tapi? Tak... biarlah persahabatan tu kekal sampai dah grad nanti... Sampai dah kerja... Dah berkeluarga... Jangan dibuang kenangan indah kat varsiti ni...

Wallahu a'lam...

17:23 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

[Monolog] : 5 pautan tersuka... - 5 favourite links...

Tengah bosan-bosan kat Pusat IT PTAR 2, UiTM ni, aku pun bacalah blog Apun. Pastu, mamat nih gi tag aku la plak... Hahaha...

Ok Apun, aku sahut seruan kau.. ;)

So the rules for this tag are:
1. MUST be clean. No X-rated sites
2. Only FIVE links
3.
MUST tag 5 people
4. A link back to the person
who tagged you ;)
5. An active link plz.

PAUTAN I

http://www.izwan.tk 

- Link yang paling aku suka... sbb ni alamat website aku.. haha

PAUTAN II

http://www.nuffnang.com.my

- Aku suka laman ni sebab aku selalu periksa berapa duit pendapatan aku dari iklan yang aku letak kat blog MLLK ni.. hehe

PAUTAN III

http://www.friendster.com

- Selalu masuk sebab nilah satu-satunya laman untuk aku teruskan ukhwah dengan sahabat, kawan, ngan kenalan aku...

PAUTAN IV

http://www.gmail.com

- Ni memang penting. Sebab ni host email aku. Kalau tak masuk ni setiap kali online, memang tak sah...

PAUTAN V

http://www.malaysiakini.com

- Apa lagi... sumber alternatif berita akula...hehe...

Mangsa tag aku pula ialah: Kak Hana  |  Kak Pnut  |  Wanorasliza  |  Akmal  |  Azizi

 

17:05 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (2) | Email this

Sunday, 17 February 2008

[Monolog] : semalam...

semalam besday akmal...bg kt member aku tu buku yg dia nk sgt n susah sgt nk cari.. tekejut dia bile tgk dia dpt buku tu..haha..

apa2 pun, dia hepi semalam. dan bile dia hepi, aku pun hepi.. kawan masa senang=kawan masa susah.. sabahat, enjoy ur day..!! haha..

22:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Saturday, 16 February 2008

[Fotolog] : Selamat hari lahir bro...

Photobucket

00:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Friday, 08 February 2008

[Monolog] : Bebelan bahagian II - entah apa-apa entah...

Hari ni Jumaat. Esok Sabtu. Ahad dah balik [Gasp!]. Aku bawak balik buku... BANYAK... tapi tak bukak pun. Eh, silap...Silap-silap... Aku bawak balik buku... BANYAK... tapi TAK SENTUH [!] pun... Cuti dah nak habis. Adoi.. apa yang aku buat sepanjang cuti ni??
 
Meh tengok check list sikit..:
 
1- Studi...atau paling tidak baca buku akademik [x]
2- Tolong mak aku kat kantin [x]
3- Enjoy kat rumah [x]
 
Semuanya pun tak. Jadi, apa yang aku buat cuti ni? Makan tidur, tengok cd, makan, tidur, tengok cd [ulang 5 kali = 5 hari]. Ya Allah, teruknya cuti kali ni. Haih...
 
Hari ni [pagi tadi], mak aku, ayah aku, Maklong, In, Alya dengan Aisya gerak pergi Kedah. Balik kampung. Nenek tak berapa sihat. Jadi, diaorang nak lawat. Aku, Izati, Ijat dengan Syafiq tinggal kat rumah. Kereta tak cukup. Bajet apatah lagi.. ;p ... Jadi, aku, Ijat, dengan Izati pergi ofis ayah aku. Maen tenet. Syafiq keluar pergi PAS dengan kawan-kawan dia.
 
Esok family aku balik dari Kedah. Jadi, aku balik seksyen 8 hari Ahadlah sebab esok tak ada orang boleh hantar aku. Kalau tak, Akmal ajak balik hari Sabtu.
 
Em...sekejapnya cuti dah nak habis. Nanti, mula baliklah satu fasa yang penuh tekanan, penuh dugaan, kepayahan, kepenatan [sebut je lah sumer yang negatif..]huhu... Kat Jepun tengah ada salji. Seronok tengok Apun [budak kelas aku masa form 5] tangkap gambar, tinggalkan jejak kat salji-salji tu. Tapi Pun, aku pun boleh main salji gak. Rumah 4 musim kat Bukit Cerakah dekat je dengan rumah sewa aku... haha..
 
Hah..tak tau nak bebel apa dah. Lapar...roti Ijat beli kat 7E tadi pun dah habis. Tadi, ofis ni blackout sekejap. Agak tak boleh belah la. Tapi, TNB agak cekap sebab lepas aku call, dia terus betulkan balik.
 
Haachhooww!~! Okla wei.. Aku pun dah tak boleh fikir dah ni. Aku selsema ni. Dah berapa puluh kali aku bersin pun, aku dah tak boleh kira dah. Hari tu ok lagi. Ni mesti sebab tak dengar cakap mak aku ni... JANGAN MINUM AIR SEJUK... 
 
Degil!
Padan muka~! 
 
p/s: hari tu dapat jugak pergi Taman Medan... Ayah aku ambik kat kampus... huhu... 

19:40 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

[Fotolog] : Sekilas lalu, selayang pandang...

Adik Sharlinie...

 Kalau ada sesape yang terjumpa adik kita ni, adik Sharlinie, cepat-cepatlah call pihak polis [999] atau Rakan Cop. Semoga adik Sharlinie masih selamat... Amin...

Photobucket
 
Akmal dengan aku beli kat Jusco Bukit Raja. Lucky bamboo... Lucky ke? Hehe.. Dah seminggu cuti ni, tak taula apa khabar pokok ni. ;p 

 

Photobucket
 
 Sesak kat Bulatan Bestari, Seksyen 2 [depan UiTM] 15 Januari lepas... Ada kemalangan maut... Seorang budak UNISEL [perempuan] maut...

Photobucket
 
 Kawasan kemalangan... Ramai student UiTM dengan UNISEL berhenti tengok...


Photobucket
 
8 Januari 2008. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung [GPMS] cawangan Khas UiTM buat tayangan percuma filem 1957: Hati Malaya kat DSB. Ramai tak dapat masuk sebab DSB penuh... Patriotiknya student UiTM ni... ;D... 
Ke sebab dengar kata Maya Karin datang? ;p 
 

Photobucket
 
 4 Februari 2008. Malis hari jadi kawan-kawan kat rumah Naz...

 

19:05 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Wednesday, 06 February 2008

[Monolog] : Bebelan bahagian I - Nanny Diaries...

Photobucket

 

Baru-baru ni aku tengok filem Nanny Diaries kat rumah. Pinjam DVD Wawa..~. Mula-mula aku ingat cerita ni tak best. Sebab aku tak pernah dengar pasal cerita ni. Dan selain Scarlett Johannson, aku tak kenal siapa lagi yang berlakon filem ni.

Tapi lepas tengok filem ni, minda aku terbuka. Aku lebih faham pasal kanak-kanak. Pasal hidup. Pasal kasih-sayang. Aku tak nak bagitau cerita ni pasal apa, tapi aku cadangkan korang pergi tengok cerita ni. Terutama mak bapak yang siang malam sibuk cari duit sampai jarang jumpa anak, tengok cerita ni, dan ingat pesan Annie [nama watak heroin dalam filem ni] masa penghujung cerita ni nanti... Selamat menonton!

19:10 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Monday, 04 February 2008

[Monolog] : Terlepas 2...

Ayah aku baru lepas call tadi. Sebab aku 'ter'masuk dalam kampus semata-mata sebab nak online free, aku dah terlepas 2 pekara dalam satu. Huhu..
 
1] Aku terlepas nak pergi ceramah DSAI malam ni, kat Taman Medan. Jadi, tak dapat tengok idola aku dalam public speaking [diulang, idola public speaking] berucap
 
2] Sebab tak dapat pergi ceramah dan tolong pasang PA system, aku terlepas dari dapat upah sebab tolong pasang PA..huh.. semalam dapat RM 20..
 
Ish..rugi2... ;p ... Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran... duh! 

18:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (5) | Email this

All the posts