« 2007-11 | HomePage | 2008-01 »
Saturday, 29 December 2007
[Fotolog] : Kegilaan terbaru aku...
00:30 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Friday, 28 December 2007
[Fotolog] : Tam tak kisah...
03:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Wednesday, 26 December 2007
[Fotolog] : Terima kasih...
Aku tengah jalan-jalan kat internet ni. Lepas tu aku masuk portal sekolah lama aku [Portal SMAP Labu]. Godek punya godek, tiba-tiba aku jumpa nama aku dengan url blog ni. Aku pun tak pasti siapa yang masukkan pautan blog ni dalam portal sekolah.
Tiba-tiba memori aku mengimbau balik kenangan zaman sekolah. Dalam MLLK 2005 aku ada cerita betapa kenangan kat sekolah adalah yang terindah. Memang kenangan yang kekal abadi sampai mati. Apa-apapun, kepada para guru yang telah membentuk aku di sekolah sehingga aku menjadi apa yang aku jadi hari ini, dan kepada orang yang masukkan pautan blog aku dalam portal SMAP, terima kasih banyak-banyak... Doakan kejayaan aku dalam hidup di sini dan di sana...
05:16 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (1) | Email this
Tuesday, 25 December 2007
[Fotolog] : Selamat Hari Natal...
00:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Monday, 24 December 2007
[Fotolog] : Oh Malaysiaku...
21:15 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Saturday, 22 December 2007
[Monolog] : Fantasi realiti...
09:15 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Friday, 21 December 2007
[Fotolog] : The Warlords...
"A brother who harm his brother must die!"
Kata-kata keramat ni masih terngiang-ngiang dalam telinga aku walaupun dah beberapa hari berlalu sejak aku tengok filem ni. Filem ni aku tengok kat GSC Times Square sementara tunggu Izati habis program Bintang Kecil dia.
Cerita ni memang seronok. Bila kemiskinan dan kebuluran bersatu, peri kemanusiaan diketepikan. Kerana persaudaraan, nyawa sendiri sanggup dikorbankan. Tapi, macam mana pula kalau kerana nama, maruah dan kuasa, persaudaraan itu sanggup diketepikan? Heh... kadang-kadang nampak pahit, tapi lebih baik percaya pada persaudaraan daripada meletakkan harapan pada orang lain yang mungkin ingin mengambil kesempatan. Siapa tahu kan?
Secara jujur, ini antara cerita Cina paling best pernah aku tengok. Dah macam filem Hollywood dah. Walaupun kadang-kadang ada babak yang nampak macam ada gaya-gaya filem 300, tapi identiti filem ni [latar belakang tahun 1860, masa pemberontakan Taiping dalam zaman dinasti Qing di China] masih jelas utuh kelihatan.
Siapa yang belum tonton filem ni, jomlah tengok beramai-ramai. Jom kita tengok, adakah kuasa persaudaraan antara saudara sedarah [blood brothers] Zhao Er-hu, Pang Qing Yun dan Jiang Wu Yang mampu bertahan sehingga ke akhir hayat mereka, sebagaimana sumpah diorang bertiga:
"We were born apart, but we will die as one!"...
Nota pandang rendah: Untuk info tambahan pasal filem ni, klik http://www.warlordsthemovie.com/
ENTRI INI ADALAH ENTRI ISTIMEWA, SEBAB INI ADALAH ENTRI YANG KE 100 BAGI MLLK2006-2007!
05:55 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Wednesday, 19 December 2007
[Fotolog] : Salam Aidiladha...
Salam Aidiladha buat semua Muslimin Muslimat kat Malaysia ni. Tak lupa jugak buat kawan-kawan aku yang menyambut raya Haji tahun ni kat luar negara [apun, quyyum, iqbal, matpeng, bard...sekadar menyebut beberapa nama.. Yang lain jgn kecil hati ye? Aku igt korang gak..huhu].. Salam Aidiladha... Tahun ni aku raya kat rumah aku je, kat Alam Megah ni. Tak ada bajet nak balik kampung. Hehe...
Jadi, malam-malam raya ni apa yang korang buat...? Aku baru je lepas tolong mak aku rebus ketupat... err... maksud aku tolong tengok mak aku rebus ketupat... hehe.. ;p
22:30 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Tuesday, 18 December 2007
[Fotolog] : Sehari di KL...
23:05 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Tuesday, 11 December 2007
[Fotolog] : Daulat Tuanku...
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, atas sambutan hari keputeraan baginda yang ke-62 pada hari ini. DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K.,D.M.N.,D.K.(TERENGGANU).,D.K.(KELANTAN).,D.K.(PERAK)., D.K.(PERLIS)., D.K.(NEGERI SEMBILAN)., D.K.(KEDAH).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
09:45 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this



















