Friday, 16 November 2007
[Monolog] : Lamanya...
Fuh... Sawang sana sini... Lama giler aku tak hapdet site nih... Rindunya...
Sepanjang aku tak update satu sem ni, macam2 benda dah yang aku lalui. 4 bulan yang penuh suka duka pahit masam manis. 4 bulan yang penuh dengan perasaan, kepercayaan, pengkhianatan, kerahsiaan. 4 bulan yang penuh dengan kesukaran dan kepayahan. Juga kebaikan dan kesenangan. 4 bulan yang banyak ajar aku erti kehidupan. Erti seorang kawan. Heh...
Sekarang aku tengah cuti semester. Result final exam UiTM katanya keluar 10hb Disember ni. Sem ni aku tak taruh harapan tinggi sangat. Ada beberapa paper [lebih satu, kurang 3] yang aku tak yakin [tak yakin nak lulus atau tak yakin nak score? ;-| ] Harap korang doa-doakanlah kejayaan aku.
Sekarang? Sekarang aku buat kerja full time. Kerja tanam anggur sambil menternak. Ternak lemak.. ;p ... Asik makan tido makan tido... Adalah joging skali dua. Tapi kadar nisbah joging kepada makan-tido ialah 1:5... Berkesan ke? huhu...
Tadi aku baru lepas apply Public Bank Visa Electron Debit Card. Ingat nak guna NexG... Tapi kebanyakkan review yang aku tengok, semua tak puas hati dengan Prepaid Mastercard keluaran AmBank tu. Jadi, kita tengok macam mana nanti.
Ni dululah setakat ni. Aku demam selsema ni. Tadi selsema, pastu demam. Eh, demam dah takde..huhu.. Aku nantok... Tak tidor2 lagi... Tetiba aku teringat Akmal punya foto komen kat frenster... Aku pun rasa sama macam apa yang dia rasa sekarang ni. Aku rindu FC..hahaha....
K ah..doakan aku punya exam berjaya lulus semua subjek. InsyaAllah...
Nota pandang rendah: Kak Hana.... rindu2... haha... ;p
05:18 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this








