Monday, 25 June 2007

[Monolog] : UiTM oh UiTM...

Ke arah sebuah universiti bertaraf dunia menjelang 2020, impian universiti kesayangan aku, UiTM. Tapi macam mana nak jadi universiti bertaraf dunia kalau sistem IT pun tak berapa nak betul.

Hari tu masa nak semak keputusan periksa akhir. Hari ni, nak daftar kursus, pun ada masalah. Macam mana ni? 

18:27 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: uitm, world class

Sunday, 24 June 2007

[Monolog] : Apa yang berlaku kat aku ni?

Boleh bagitau tak aku ada penyakit apa... sebab aku menghidapi beberapa simtom tertentu. Yang peliknya simtom ni masa cuti je datang. Masa kuliah takde... Simtom-simtom itu ialah:
 
  • Aku rasa macam jadi semakin rendah
  • Aku makin penat
  • Aku cepat peluh
  • Aku rasa berat
  • Aku rasa besar
Aggh!! Walaupun aku suka cuti semester, tapi tolonglah... cepatlah sikit habis wahai cuti! Aku dah tak sanggup tengok cermin lagi. Aku dah tak cam diri sendiri... Penyakit apa yang menyerang aku ni???
 
Moral: Cuti jangan banyak makan! Huhu... 

Saturday, 23 June 2007

[Monolog] : Kelajuan membunuh...! [Anti-Speeding Campaign Ads]

Malam kelmarin, aku tolong ayah aku susun soalan-soalan treasure hunt kumpulan Shell. Treasure hunt tu berjalan semalam dari Shell Cyberjaya ke Awana Kijal Terengganu. Masa ayah aku tengah buat persiapan terakhir untuk presentation dia, ayah aku tunjuk satu kempen memandu [speeding kills] yang ayah aku download dari Metacafe. 
 
Iklan tu sangat berkesan kat aku. Kalau korang tengok, memang ada terasa satu aura yang akan memaksa korang tidak membawa kereta laju-laju [cewahh..hehe]. Jadi, dari malam kelmarin sampailah sekarang, aku cuba cari iklan tu [sebab tak sempat nak ambil dari ayah aku] dan akhirnya, aku jumpa kat youtube.
 
Korang hayati iklan ni. Ingat, kelajuan membunuh...!
 
SINOPSIS IKLAN NI: Hanya kerana seorang lelaki yang bawak kereta laju2, lepas tu cuba mengelak dari terlanggar seekor kucing. Akibatnya...
 
 

Thursday, 21 June 2007

[Monolog] : Coretan ringkas...

1] Tadi aku pergi Perpustakaan Negeri Selangor. Hantar buku yang aku pinjam sebelum periksa hari tu. Aku pulang pun sebab dah dapat 'surat cinta' dari perpustakaan. Kenalah RM 3 sebagai membalas cinta yang diberi...

2] Semalam aku hantar makanan kat bomba Damansara sebab Pengarah Bomba Negeri Selangor datang buat lawatan. Bomba Damansara minta mak aku jadi katerer untuk majlis semalam. Masa balik lalu Giant USJ dengan Summit. Teringat masa zaman aku nakal masa tingkatan 6 sekejap dulu. Ponteng sekolah ikut pagar belakang, lepas tu lepak kat Summit. Yang bestnya, 15 orang sekali ponteng. Lagi 15 orang memang tak datang sekolah. Jadi masa kami ponteng, aku sebagai Presiden Kelas mangga pintu kelas. Esoknya, kecoh dalam kelas, cikgu datang satu kelas tak ada orang. Nakalnya... huhu...

3] Lagi pasal tingkatan 6. Manalah pergi member2 aku semua. Semua dah senyap dan menghilang. Dulu masa ponteng, main boling, dengan tengok wayang, bersatu padu habis. Huhu..paling tak boleh lupa, ada sekali tu waktu rehat, kami tak rehat kat kantin. Kami ramai-ramai pergi rehat kat Restoran Seri Melur Jaya, USJ. Lepas habis makan, kami balik sekolah balik. I missed all that moment a lot!!! hehe..

4] Dah lama tak dengar khabar dari member2 UiTM aku. Akmal - contact dalam friendster je. Rem - langsung tak dengar cerita. Ieda - hantar mesej kat friendster, langsung tak balas. Hmm... rindu pulak nak jumpa korang balik...

5] Ni balasan untuk org2 yang hantar komen kat blog ni:

  • Bro Zafi - oklah tu...over confident mmg bahaya tu..heheh.. gudluck in your studies and hoping that u are going to get more than 3.5 again next sem.
  • UIA Student [entri : Menghitung Hari] - Betullah tu. UIA ada undang-undang Islam. Maknanya kita hampir serupa dari aspek bilangan subjek.
6] Tak tau lagi nak cerita apa. Cukup setakat ni dululah kot...
 
p/s: yg no [2] dgn [3] tu, rahsia besar tau... jgn bgtau siapa2... rahsia antara kita je.. kalau tak, habislah aku...huhu... 

17:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Monday, 18 June 2007

[Monolog] : Satu hari yang memenatkan...

Aduh..esok [hari ni - dah lepas 12 tengah malam] nak kena bangun awal, tapi tak boleh tidur-tidur lagi. Nak kata tak ngantuk, ngantuk. Nak kata tak penat, penat. Tapi, mata tak boleh pejam2 jugak. Nasib baik ada F1 malam ni. Dapat gaklah aku tengok. Sekarang ni Hamilton tengah leading... Rakan sepasukan dia, Alonso tengah dekat posisi kedua...

Hari ni [semalam] sebenarnya aku penat sangat. Hampir satu hari aku habiskan kat dalam kereta. Dari pukul 11.00 pagi sampai pukul 8 malam, aku, ayah aku, dengan kawan ayah aku [seorang lelaki Cina, Uncle Vicky rasanya nama dia], berkelana dalam kereta dari Taman Desa sampailah ke bandar-sunyi-tak-nak-mati Cyberjaya. Bukan jalan-jalan. Tapi, kelanaan [wujud ke perkataan ni?? huhu] ni sebab ayah aku dengan kawan dia tu nak kena set soalan untuk Treasure Hunt kumpulan TM 14 Julai ni nanti.

Ayah aku pulak ajak aku. Jadi, aku pun ikutlah. Selain dapat menimba pengalaman, aku jugak dapat jalan-jalan. Heheh... Tapi, penatnya memang tak terkata. Walaupun kitorang takdelah kerap sangat keluar dari kereta, tapi sekali bila keluar, peegghh!!! Lenguh beb!

Tapi, memang it is a very long journey. Dari Taman Desa, pergi area Bukit Puteri kat Puchong. Lepas tu, dekat satu restoran Melayu ni [apa ntah nama dia, aku dah lupa], aku, ayah aku dengan Uncle Vic nampak satu kumpulan lelaki ni. Muka gebu gile, lepas tu adalah 2-3 orang pakai baju pink. Mula-mula kami tak adalah fikir apa-apa yang bukan-bukan. Tapi, sekali bila lalu sebelah diorang, kami terdengar perbualan ni; "Mak geram dengan jantan tu! Kalau mak dapat dia, memang siaplah..". Bila kami dengar je kata ganti nama diri pertama yang mamat ni guna, terus meremang bulu roma. Terus masuk dalam restoran tu tak toleh-toleh lagi dah...huhu...

Lepas tu, dari Puchong kami pergi pulak kawasan Putrajaya. Mula-mula pergi Selera Putra dengan Souq. Tapi, memandangkan banyak kedai yang dah 'bungkus', kami pun tak jadilah nak buat soalan kat kawasan tu sebab tak menarik pun. Jadi, kami pergi Monumen Alaf Baru yang bentuk dia macam pen kilometrico tu. Tempat tu memang menarik sebab banyak sejarah negara dari pembentukan Melaka sampailah ke tahun 2000 diceritakan. Banyak jugak benda yang tak ada dalam buku teks sejarah tapi ada kat situ.

Dari monumen, kami gerak ke Taman Warisan Pertanian. Walaupun sesetengah kawasan kat sini dah tak memenuhi objektif asal pembinaanya [contohnya tempat demonstrasi dah jadi setor], tapi aku suka taman ni sebab banyak ilmu pasal tanaman herba yang aku dapat tahu. Memang bestlah kat sini. Kalau dulu, aku tahu satu jenis pegaga je, tapi sekarang ni baru aku tahu yang rupanya pegaga ada benyak jenis.

Dari taman tu, kami gerak ke The Street Mall, Cyberjaya. Sampai je kat situ, ada ramai orang Arab dengan Indonesia tengah lepak. Ayah aku siap tanya aku, "Wan, kita kat mana ni?". Huhu... Kat sini pun dah banyak kedai tutup. Yang nampak hidup pun macam kedai Master Art. Kedai Master Art ni ingatkan kat Seksyen 2 je ada, rupanya kat Cyberjaya pun ada! Maju sungguh... Kat Street Mall ni, masa kami tengah minum petang kat Hassan's Cafe, adalah aku ternampak 2 orang perempuan yang bertudung dengan kawan dia yang freehair. Yang buat aku macam rasa terkejut. minah tudung ni pakai lengan panjang lagi. Nampak sopan dan ayu. Sekali tengok ada kepulan-kepulan asap keluar dari bibir dia yang mulus tu. Lah, smoker rupanya. Tak manis terus jadinya. Jadi pahit kot... Aku rasa, mungkin dah tiba masanya [bak resolusi Muzakarah Imam-Imam kat UKM baru-baru ni], untuk para imam pun berhenti rokok. Kepimpinan melalui tauladan katakan...heheh...

Checkpoint terakhir, kami ke Taman Tasik Cyberjaya. Cantik taman ni. Lagi cantik, bersih dan tenang dari Taman Tasik Shah Alam kat tempat aku. Tapi, dia punya sunyi, fuh... Macam kat planet lain. Dahlah pusat informasi pelawat dia rasa macam tempat tinggal. Mungkin Setia Haruman Sdn. Bhd . perlu buat sesuatu??

Jadi, tulah kisah aku hari ni. Perjalanan yang memakan masa satu hari. Tapi, seronok jugaklah sebab dapat pergi tempat-tempat yang aku tak pernah pergi. Emm.. aku nak undur diri dululah. Dah lewat sangat ni. Nanti esok tak bangun pulak. Aku dapat online lama-lama ni pun sebab malam ni aku tidur kat rumah ayah aku yang kat Kota Kemuning. Lepas tu, tadika sebelah rumah ni buat hotspot point sendiri. Jadi, rumah ayah aku ni dapat akses internet wireless percumalah... Hehe...

Ok...selamat malam...

---------

p/s: kepada rakan-rakan bloggers [dan juga yang bukan], jomlah daftar jadi sukarelawan, tolong orang yang memerlukan. Daftarlah dengan Yayasan Salam [http://www.salam.org.my] sekarang... Terima kasih...

Friday, 15 June 2007

[Monolog] : Kisah keputusan peperiksaan...

Al-Kisahnya begini. Mengikut laman web iStudent Portal UiTM, keputusan peperiksaan keluar 14 Jun 2007. Jadi, adalah seorang mamat ni, dia tanya jiran sebelah rumah dia yang kebetulan budak UiTM Sarawak. Jiran dia kata, result keluar pukul 6 petang. Tak kisahlah. Jadi, mamat ni dengan perasaan berdebar pergilah ke Cyber Cafe [lepas Maghrib] dengan adik perempuan dia yang kebetulan budak UiTM Jengka, dengan harapan dapat tengok keputusan peperiksaan dengan cepat dan seterusnya dapat tidur lena pada malamnya.

Maka, selepas behempas pulas sehingga jam 9 malam, tidaklah dapat mamat itu masuk ke laman menyemak keputusan peperiksaan dek kerana ramainya umat UiTM yang juga macam mamat tu, tak sabar-sabar nak tengok keputusan peperiksaan. Tapi, firasat mamat tu berkata, "mungkin ini juga adalah impak awal sempena pengumuman enrolmen 200 000 pelajar UiTM menjelang 2010".

Kira-kira jam 9.15 malam, Cyber Cafe itu, yang mengambil sempena nama seorang artis yang kini menjadi janda kepada ayah yang melahirkan Cicak-Man, telah pun dikuasai separuh daripada bahagiannya dengan pelajar UiTM dari serata Malaysia. Dalam tempoh setengah jam, wajah-wajah [termasuk mamat ni dan adiknya] yang awalnya pucat lesi, putih suci [sebab darah macam taknak mengalir] menjadi merah menyala. Mulut yang tadinya terkumat-kamit membaca doa kejayaan bertukar menjadi mulut yang mencaci-maki dan ternganga-nganga berebutkan oksigen untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Sementara menunggu, mamat ni sempat lagi membuka friendsternya dan dapatlah dilihat di papan buletin friendster, bahawasanya ramai lagi insan yang memaki-hamun, mengharam-jadahkan sistem UiTM yang dilihat tidak effisyen dek kerana ketidak mampuannya memberi ruang kepada trafik yang lebih besar.

Lalu, pada jam 11.00, selepas menghabiskan RM4.70, mamat ni dan adiknya keluarlah dari Cyber Cafe itu dengan perasaan yang hampa, kecewa, dan terseksa. Duit habis, apa pun takde. Begitulah kisahnya...

Moral of the story, kalau ada pelajar UiTM yang nak semak keputusan periksa, buatlah esoknya. Tak sakit hati, tak merana.

p/s: Alhamdulillah, keputusan dapat disemak pada tengah hari tadi. Mamat tu alhamdulilah lulus semua subjek [3.37] dan adik perempuannya pula [Diploma in Office Management - UiTM Jengka], dapat Anugerah Dekan [3.60].

--- 

PENGUMUMAN: Terima kasih kepada rakan-rakan aku, ahli keluarga aku, dan rakan bloggers yang mendoakan kejayaan aku sejak hari pertama peperiksaan lagi. Dan tahniah juga kepada rakan-rakan seperjuangan aku yang lulus dalam perjuangan pertama ini....

19:10 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this

Monday, 11 June 2007

[Monolog] : Putrajaya = Bandar Pintar dalam taman = tiada lagi...

Hari Sabtu [9 Jun 2007], aku pergi makan angin kat Putrajaya dengan mak aku, adik aku Ijat, nenek aku dengan pembantu rumah aku [Een]. Saja mak aku bawa kami jalan-jalan sebab kak Een sibuk nak tengok Putrajaya. Hari Selasa sebelum tu aku dah pergi dah dengan mak aku, Ijat dengan adik Ati. Buat MYKad Ati sebab dia dah 12 tahun.

Apa yang aku nak cerita sebenarnya pasal kondisi Putrajaya. Memang aku tahu, nak jaga sesebuah bandar, apatah lagi bandar baru terancang, bukanlah kerja mudah. Tapi, bila aku pergi Putrajaya, aku tidak dapat tidak mesti rasa tak seronok + malu dengan rupa Putrajaya. Dari segi kosmetiknya dah molek dah, tapi kalau diperhatikan betul-betul, ada banyak benda yang Perbadanan Putrajaya kena ambil tindakan.

Sekadar nak menyenaraikan apa yang aku rasa tak seronok tentang Putrajaya [maaf, tak ada gambar. Kamera tak adalah...hehe..]:

1> Kalau kita pergi Putrajaya guna Lebuhraya Damansara Puchong [LDP], maknanya kita akan masuk dekat Presint 11. Ada satu palang penanda jalan tengah menanti nak sembah bumi. 'First impression means many things, dude'...

2> Putrajaya ada menyediakan lorong berbasikal dan pejalan kaki sebelah laluan kereta. Yang pastinya, memang tak ada seorang pun yang guna jalan tu. Yang isunya, dah buat kenalah jaga. Tapi, tiang-tiang penanda lorong tu hampir semuanya berkarat. Tak masuk lagi dengan semak-semak dan batu yang pecah-pecah bersepah kat lorong berbasikal dan pejalan kaki tu.

3> Kalau boleh, gunalah papan tanda yang berkualiti tinggi. Papan tanda yang dapat menampung cuaca panas-lembab dan cuaca tak menentu sebuah negara bernama Malaysia ni. Bukan apa, kebanyakan papan tanda presint dan jambatan warna dah luntur. Siap ada conteng-conteng lagi. Malu...

4> Banyak kawasan jalan di Putrajaya adalah campuran antara tar dan 'tiles'. 'Tiles' manalah dapat tampung berat kenderaan yang banyak. Akibat? Banyak 'tiles' yang pecah. Termasuk dekat Dataran Putra. Kalau boleh janganlah biar 'tiles' yang pecah tu lopong je. Cacat pemandangan...

5> Vandalism; Antaranya graffiti dekat pintu masuk Presint 11, pagar permainan yang dah rabak dekat apartment sebelah kanan pintu masuk Putrajaya dari LDP, dan conteng-contengan kat papan tanda. Sakit mata...
6> Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ada yang dulu jalannya di cat merah. Sekarang merah tu dah jadi hitam. Apa dah jadi?

7> Jalan menuju PICC. Dataran Rakyat? Mana tempatnya? Macam tak ada je. Jambatan ala Golden Gates Bridge kat San Francisco. Dah lama rasanya tak siap tu? Bila nak sambung? Parking Jabatan Pendaftaran. Dari tahun 2005 sampai sekarang, sama saja. Bila nak naik taraf?

8> Monorel, LRT Putrajaya. Trek dah ada. Kenapa tak teruskan je projek tu?

Haih, kalau nak sebut, memang banyak. Kalau ada kamera memang aku dah tangkap. Aku bukan apa. Dulu aku bangga dengan Putrajaya. Tapi, hari ni banyak perkara yang menawar-hambarkan perasaan aku bila aku pergi Putrajaya. Kalau kerajaan nak teruskan tagline Bandar dalam taman, bandar pintar, atau bandar bestari, tolonglah buat sesuatu. Ikut pelan asal dan insyaAllah semuanya akan jadi molek.

Hanya catatan ini yang mampu aku buat dalam nak menyampaikan hasrat hati aku ni; hasrat untuk melihat Malaysia terus memacu ke arah kehidupan madani dan hadhari...

Sunday, 10 June 2007

[Monolog] : Cuti sekolah dah habis...

Bosannya cuti sekolah dah habis. Apa kena mengena aku dengan cuti sekolah? Aku bukannya budak sekolah lagi. Uish... banyak kena mengenanya. Masa cuti 2 minggu nilah aku dapat berehat sepuas-puasnya. Sebab kantin sekolah tak buka, jadi aku  tak ada kerja yang nak dibuat. Jadi, memang berehat habis-habisanlah aku sepanjang 2 minggu ni.
 
Tapi, tak adalah berehat dalam erti kata berehat yang sebenar. Sebab kalau aku berehat betul-betul, nanti orang tak cam aku lagi. Hehe...[paham-paham jelah maksud aku]. Jadi, Alhamdulillah, dalam cuti 2 minggu ni, bertepatan pula dengan Hari Alam Sekitar Sedunia, aku dapatlah buat amal jariah dengan adik laki aku, Ijat. Kami sama-sama buat lanskap taman bunga mini kat rumah. Sebnarnya tak adalah taraf taman pun. Cuma tanah-tanah kat rumah aku yang semak dengan yang kosong kami tanam bunga dengan pokok. Kiranya, sebahagian dari 'pledge' kami untuk Hari Alam Sekitarlah.
 
Dalam rumah pun kami ubah sikit susunan perabot. Sebab dah bosan 2 tahun susunan yang sama aje. Hehe. Sampaikan adalah seorang dua kat rumah aku yang macam tak percaya aku dengan Ijat ada bakat untuk jadi Interior Designer dengan tukang kebun.
 
Tapi, semua tu cuma kenangan cuti sekolah ni. Ijat dah balik asrama tadi. Dan esok, tugas aku kat kantin sekolah bermula balik. Dan beberapa minggu lepas tu, rutin aku kat UiTM pula bermula semula. Heih... bila rutin kat UiTM bermula semula, apa yang mampu aku katakan cuma "Selamat tinggal dunia cuti yang penuh relaks dan keseronokan..."...

Saturday, 02 June 2007

[Monolog] : BEBELAN II

Alhamdulillah, hari ni rumah sewa untuk semester depan dah dapat. Rumah sewa tu nanti akan menjadi tempat tinggal untuk aku, Akmal, Rem, dengan Man selama 3 setengah tahun lagi, insyaAllah. Sebelum hal rumah sewa ni selesai, kami semua runsing dok fikir nak tinggal kat mana. Akmal pun mesej aku mintak tanya NR. Dan Alhamdulillah, dari list yang NR bagi tu, kami dapat satu rumah [walaupun bukan rumah yang ada dalam senarai, tapi no telefon tuan rumah yang kami duduk ni dapat dari senarai tu].

Jadi, aku rasa bersyukur sangat. Apa-apapun, terima kasihlah kat En. Hamsidi yang sudi hantar aku sampai rumah. Terharu rasanya. Huhu... Terima kasih jugak kat Akmal sebab selalu ingatkan aku pasal rumah sewa :)

[Monolog] : BEBELAN I

Haaachhooww!! [Alhamdulillah]. Dah lama aku tak apdet blog ni. Dah penuh habuk dah pun. Rindu rasanya nak menulis. Hehe... Apa khabar ya agaknya kak Hana @ Cempakabiru? Dah lama aku tak jenguk teratak dia. Rindu gak nak baca tulisan dia. Entahlah. Aku bukan malas nak menulis, tapi tau2 jelah. Akses internet adalah sesuatu yang amat sukar untuk aku ni.

Ni pun hari ni aku pergi ofis ayah aku naik basikal. Pancit sungguh. Mana taknya. Jarak dari rumah aku ke ofis ayah aku kan sangat 'dekat'. ;p Sampai2 je ofis ayah aku, terus terbaring rasa nak pitam. Nak kena ajak Akmal joging sem depan ni. Huhu.. Tak pun kayuh basikal kat Bukit Cherakah. Dah tak jauh dah tu dari tempat tinggal kita sem depan. Nak Mal? Heheh... Apa-apa jelah...

Adalah beberapa orang yang emel aku dengan hantar komen kat blog aku. Diaorang tertanya-tanya apa kejadian yang aku kata memalukan kaum Melayu tu. Sebenarnya begini ceritanya. Sebelum pergi UiTM Jengka nak ambik adik pompuan aku, kami satu famili pergi hantar adik lelaki aku balik SM Teknik KL kat Cheras tu dulu. Beberapa sentimeter sebelum sampai bulatan dekat sebelah SMK Cheras tu, adalah sorang mamat motor ni.

Dia bawak laju pastu rapat sungguh dengan kereta ayah aku. Lepas tu boleh pulak dia nak langgar kereta ayah aku dengan motor kapcai dia tu. Ayah aku nak hon tapi tak jadi. Lepas tu, entah apa angin dia petang tu, dia pecut, kejar kereta ayah aku. Bila dah dapat kejar, dia slow down motor dia, lepas tu buat muka tak puas hati. Tiba-tiba dia hon dekat ayah aku. Ayah aku pun provoklah dia dengan mengehon [jangan ikut perkataan ni. tak wujud dalam tatabahasa BM] kat dia balik.

Mat motor ni apa lagi. Benganglah sebab rasa tercabar. Dia pun pecut motor dia, lepas tu pandang ke arah kereta ayah aku sambil mengeluarkan jari tengahnya. Yang bahagian [mengeluarkan jari tengahnya] tulah yang memalukan kaum Melayu. Dahlah dia tengah pandang kereta ayah aku. Nasib baik dia tak terlanggar kereta kat depan dia. Haih... Macam-macam zaman sekarang ni...

All the posts