Monday, 14 May 2007
[Monolog] : Mimpi ngeri...
Mimpi ngeri para penulis blog; dah tulis tapi tak sempat nak save. Habis semua hilang. Aggh!!! Bengang-bengang. Nanti ada masa aku apdetlah ye. Tengah rushing nak pergi kantin ni. Esok ada inspection KKM [Kementerian Kesihatan] dengan lawatan PK HEM daerah Petaling kat SMK Seksyen 27 tu. Jadi, agak sibuk kat kantin. Nak kena bersih. Pastu nak makeup-make up kulit kantin tu sikit. Ok, times up!
p/s: nanti entri akan datang aku nak cerita perisiwa yang berlaku semalam masa dalam perjalanan nak ambik adik pompuan aku dari UiTM Pahang... peristiwa yang memalukan keturunan Melayu...huh...malu2...rasa macam nak langgar je mamat tu... hah, tunggu jelah ye...ok chow!
17:35 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (2) | Email this
Sunday, 06 May 2007
[Monolog] : Kertas kedua terakhir...
Esok ada paper Malaysian Legal System. Paper kedua terakhir untuk semester ni. Rasa berdebar pulak. Aku tengok soalan past years dengan Akmal tadi tapi macam banyak yang tak tahu. Bukan tak tahu sebenarnya. Tapi, macam tak jumpa dalam buku. Mana taknya, cuma bergantung kat buku Wan Arfah dgn Ramy Bulan [Introduction to Malaysian Legal System] je. Dulu, aku ada lagi satu buku rujukan. Malaysian Legal System [Wu Min Aun] tapi hilang dekat Dewan Seminar masa lecture Mr. Ashran. Entahlah, mungkin aku salah letak kot.
02:30 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: final exam
Friday, 04 May 2007
[Fotolog] : Selingan lagi...
Satu lagi gambar yang baru diedit. Gambar yang menunjukkan kepenatan otak dalam bekerja untuk subjek Constitutional Law.... huh... ;p

16:48 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
[Monolog]: Blogspirit oh blogspirit...
Baru lepas habis paper French ni. Sekarang tinggal lagi 2 paper: Malaysian Legal System dengan Law of Contract.
Aku dah tak tahan dengan blogspirit ni. Dah 2 kali aku cuba update tapi tak dapat sebab server blogspirit 'down'. Macam mana ni?? Bukan setakat tak boleh update, nak baca/masuk pun tak boleh. Nanti orang ingat aku dah tutup blog ni.
Haih... tak tahan kalau selalu macam ni. Tengoklah, kalau server tak 'down' dah, aku teruskan dengan blogspirit. Kalau keadaan makin tak terkawal, terpaksalah aku buat page pakai Frontpage [sebab pakai Frontpage je yang aku reti guna] lepas tu upload kat server Tripod macam MLLK v1: 2003 dulu...
Hmmm....
16:31 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this








