Thursday, 26 April 2007
[Monolog] : Terima kasih...
16:03 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this
Monday, 23 April 2007
[Monolog] : Sungguh hebat dugaan ini...
Constitutional Law I
French Language I
Reading for Academic Purposes
Malaysian Legal System I
Law of Contract I
Tak tahu apa yang aku rasa sekarang. Sedih? Marah? Kecewa? Takut? Entahlah...
Ya Allah, agak berat ujian ini sebenarnya bagi aku...
21:30 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (4) | Email this
Friday, 20 April 2007
[Monolog] : 2 hari lagi...
Apapun, doakanlah aku berjaya dalam pertempuran tu nanti. Takut + berdebar + suspens dan macam-macam perasaan lagi. Tapi, perjuangan mesti diteruskan. Doakan aku [dan rakan-rakan aku]!!!
Susunan kertas peperiksaan:
Hubungan Etnik / TITAS
Law of Torts I
Constitutional Law I
French Language I
Reading for Academic Purposes
Malaysian Legal System I
Law of Contract I
22:00 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this
Sunday, 15 April 2007
[Fotolog] : Selingan...
Diedit guna ACDSee 8... Enjoy!





14:15 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (3) | Email this
Saturday, 07 April 2007
[Monolog] : 3 hajat...
Jika diberi 3 hajat...
Masa kecik-kecik dulu, aku suka dengar kisah jin dalam teko. Seronok sebab dapat 3 hajat yang akan diberi serta merta. Selalu, kalau tengok orang yang jumpa teko berjin tu, 3 hajat yang akan diminta mesti tak lari dari kriteria ni.
Kalau yang jumpa tu lelaki, dia nak kaya, nak jadi hensem, dengan nak perempuan cantik jadi bini dia. Kalau perempuan pulak, tukarkan hajat kedua dengan ketiga tu. Kalau aku diberi 3 hajat? Hmm... Sebelum aku diberi 3 hajat, biar aku cerita satu kisah pasal 3 budak hitam yang jumpa teko berjin ni...
ALKISAH... Dulu, ada 3 orang budak hitam,A, B, dan C. Sedang diaorang bertiga jalan, A terjumpalah sebuah teko. Lepas digosok-gosok, keluarlah seekor jin dari teko tu. Macam biasalah, jin tu pun bagi 3 hajat; seorang satu...
A cakap nak putih. Dia jadi putih. B pun nak putih, dia jadi putih. Tapi, dek kerana kebebalan yang mendalam, C rasa dengki dengan keputihan A dan B. Lalu, dengan berfikir pendek, C suruh tukar A dan B jadi hitam balik. Moralnya:
1/ Hitam atau putih, dua-dua kurniaan Tuhan. Terima jelah.
2/ Kalau dapat satu peluang, gunakan peluang tu sebaiknya
3/ Jangan jadi bebal!
Sambung balik pasal topik entri kali ni. Kalau aku dapat 3 hajat. Kalau aku dapat 3 hajat, hajat aku ialah:
1/ Jadi pandai; ilmu senang nak masuk
2/ Jadi kaya; hidup senang + boleh tolong orang
3/ Hajat menjadi infiniti; daripada disekat hanya dengan 3 hajat, baik kita minta kat jin tu supaya meng'infiniti'kan hajat yang dia nak bagi. Untung-untung... hehe..
Mangsa seterusnya ialah:
Kak Hana - Cempakabiru
Abg Mat Jan
22:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Friday, 06 April 2007
[Monolog] : Menghitung hari...
Pantas. Rasanya, sekarang ni masa pantas betul berlalu. Macam baru beberapa minggu aku dalam semester pertama program ijazah undang-undang kat UiTM ni, tapi sekarang dah nak habis dah semester satu ni. Sedar tak sedar, tak sampai sebulan lagi dah menjelma final exam. Takut. Gerun. Memang bercampur baurlah perasaan aku. Mana tak bercampur baurnya kalau ilmu yang hendak diingat tu banyak sangat. ;p
Bukan apa. Takut jugak kalau tercicir nanti. Harap-harap ilmu yang aku dapat sepanjang 12 minggu kat UiTM ni dapatlah aku kendong sampai aku bergraduasi nanti. Tadi petang, ada kelas Constitutional Law. Kelas kedua terakhir untuk semester ni. Pensyarah aku, Mr. Mahindarjit Singh kata silibus subjek tu akan diubah semester depan. Sebab dia kata silibus yang ada sekarang tak masuk akal.
Aku dan rakan-rakan lain pun setuju jugak dengan kata-kata dia tu. Dia kata, silibus sekarang tak masuk akal. Sebab utama untuk dia cakap macam tu cuma satu. Dan aku setuju dengan dia. 4 subjek undang-undang yang mempunyai hampir 10 subtopik dengan lebih dari 30 kes yang perlu dihafal; kesemuanya dipelajari dalam tempoh 12 minggu. Sedangkan kalau kat universiti lain, satu semester cuma dalam 2 aje subjek undang-undang. Bayangkanlah, belajar torts, kontrak, sistem perundangan Malaysia, dengan undang-undang perlembagaan sekaligus dalam satu semester...
Takpelah, belajar jelah selagimana kita termampu. Apapun, doakan aku berjaya periksa semester ni. Doa kalianlah yang akan jadi penguat semangat aku untuk terus berjaya dan berjaya...
p/s: Esok hari terakhir latihan Kesatria Negara...
23:55 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (3) | Email this
Wednesday, 04 April 2007
[Monolog] : Menyelami liku-liku kehidupan...
Kosong. Jiwa kosong. Minda kosong. Aku tak tahu nak tulis apa. Apa tak tahu nak buat apa. Entahlah. Mungkin aku terleka memandag memandang langit sehingga aku lupa bumi yang dipijak. Kadang-kadang, kelekaan boleh membunuh. Membunuh jiwa yang ada dalam diri. Sampaikan apa yang kita buat tak ada roh. Hanya jasad semata-mata. Hidup ni macam sebuah kapal yang tengah melayari lautan yang luas. Lautan indah luas terbentang. Tapi, sekali sekala ada ombak kecil yang datang menyapa kapal. Mungkin sapaan itu tidak berbalas, menyebabkan ombak datang lagi. Tapi kali ni bukan ombak sapaan, sebaliknya ombak yang rakus, menjadi badai menghentam kapal yang sedang berlayar di tengah-tengah lautan itu.
Mungkin nakhoda kapal itu leka. Iya. Terlalu leka memandang ke langit. Sehingga lupa akan kapal yang sedang dikawal. Tiba-tiba nakhoda itu lihat, anak-anak kapal semua telah tiada. Diambil sang ombak sebentar tadi. Akibatnya, jiwa si nakhoda menjadi kosong. Sunyi sepi. Tidak tahu apa yang hendak dibuat kerana jiwanya kosong. Mindanya kosong. Satu-satunya harapan terakhirnya, bermunajat kepada Tuhan.
Aku? Tetap begini. Sedang berusaha mengembalikan roh ke dalam diri. Ingim Ingin kembali berpijak di bumi dan berhenti memandang ke langit. Memang, langit itu indah [kecuali bila panas terik atau hujan lebat..hehe], tapi keindahannya melalaikan. Mengingatkan aku kepada kisah nakhoda yang baru aku titipkan tadi. Mana tahu, dek kerana kelekaan aku, sedar sedar periksa dah dekat. Kawan-kawan semua dah hilang pergi perpustakaan, dan aku? Masih kekal memandang ke langit. Sebab tu aku ingin berubah. Aku ingin kembali ke aku 8 tahun yang dahulu. Ketika agama, ilmu, dan amalan bergaul rapat antara satu sama lain. Bukan macam sekarang. Sekarang ni, antara agama, ilmu, dan amalan, semua nak berebut. Nak buktikan kat aku yang salah satu dari tiga ni adalah yang terhebat. Takut jugak, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih sebab ada yang baca jurnal ni dari Sabah, malah ada yang datang dari Brunei. Terima kasih kalian kerana menemani aku dalam menyelami liku-liku kehidupan. Mungkin, hidup aku kini penuh berliku. Liku-liku yang sedikit sebanyak mengganggu aku untuk bergerak dengan pantas dan lurus di lautan kehidupan. Tapi, mana tahu kalau liku ini hanya sementara. Liku yang sengaja dicipta untuk melahirkan seorang insan yang gigih dan berjaya kemudian. Insya-Allah. Semoga itulah yang sebenarnya. Semoga liku yang wujud ini hanya sementara dan akan hilang. Kerana tidak semua liku itu mudah untuk dilalui. Ada liku yang dapat dilalui tanpa luka dan calaran. Namun, banyak lagi liku yang perlu dilalui dengan luka dan calaran, sebelum sampai ke penghujungnya...
05:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Monday, 02 April 2007
[Monolog] : Satu hari di hari Isnin...
Dengan pantas dan penuh bergaya, dia masuk ke dalam bilik yang dikhaskan untuk membersihkan diri. Lepas menghabiskan masa kira-kira 5 minit untuk memastikan yang penampilan pada hari pertama dalam minggu ini berada pada tahap optimum, dia pun melangkah keluar dari bilik untuk mengejar bas. Tapi, dia terlupa yang dia tidak mampu mengejar bas itu kerana kakinya masih dalam status baik pulih. Maka, dia pun memilih untuk berjalan perlahan dan memandang tepat ke arah bas, mengharap agar bas itu tidak akan bergerak meninggalkannya.
Sesampainya di kelas, didapati ramai rakannya sedang berada di luar. Hatinya tertanya-tanya, "Kenapa mereka di luar? Lepas habis test french boleh balik ke?". Dan akhirnya, jawapan yang diterima amat melegakan hatinya. "Masuk sorang-sorang je. Lepas habis, boleh balik". Dan tidak sampai sepuluh minit kemudian, mamat ini sudahpun berada di seksyen 3, di hadapan kolejnya, Kolej Jati.
Hajat di hatinya, ingin terus pulang ke bilik agar dapat melaksanakan kata hati sebagaimana yang dihitamkan di perenggan pertama entri ini. Namun, dek kerana ketiadaan orang di bilik dan ingin menambah nilai kad prabayarnya yang telah tamat tempoh, dia pun menaiki bas Rapid KL 601 untuk ke Kompleks PkNS. Dipendekkan cerita, selepas menambah nilai dan memakan nasi di KFC seorang diri; sambil melihat hujan yang turun mencurah-curah disebalik dinding kaca yang menjadi pemisah antara kering dan basah [MESTI MAKAN NASI - COLONEL'S RICE COMBO - SEDAAAAAP!!!], dia singgah ke Mc D untuk membeli burger pula dan membeli untuk rakannya. Akhirnya dia pulang ke bilik.
Namun, yang menjadi persoalan, bilakah hasrat hatinya - "Dah lama aku tak studi. Sekejap lagi aku nak studi kontrak sekejaplah sebelum prepare untuk test French" - akan tercapai. Hanya masa yang akan menentukan. Selagi mana dirinya tidak mempunyai kesedaran, selagi itulah hidupnya akan terus dibuai keindahan dunia yang melalaikan... Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya... AMIN.
p/s: Apa yang aku tahu, setakat entri ini ditulis, dia masih tidak melaksanakan hasrat hatinya itu...
19:10 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this
Sunday, 01 April 2007
[Monolog] : Selamat pagi...
Selamat pagi...hehe.. Tak boleh tidurlah... Tadi, baca kontrak jap. Lepas tu online. Tak tahu nak buat apa dah ni. Jadi burung hantu dah aku ni. Siang jaga, malam pun jaga. Tapi, burung hantu siang tidur. Aku siang tadi tidur sekejap je [ye ke???]. Macam mana tu? Hehe..
Kaki aku ni dah tak bengkak. Tinggal kesan lebam je. Tapi, bila sejuk atau kaki diluruskan, mulalah rasa macam kena renjatan elektrik. Bila nak elok aku pun tak tahu. Harap-harap cepatlah sembuhnya... AMIN... Emm... nasib baik Rem ada modem Maxis Broadband ni. Dapat jugak aku online di awal-awal pagi ni. He2...
Oklah... dah dekat Subuh dah ni. Tadi dalam pukul 4 lebih tadi ramai sungguh Mat Lumba Haram dekat Bulatan Bestari depan Kolej Jati UiTM ni. Memekak je...huhu...
p/s: aku ada blog kedua, tapi bukan blog peribadi macam MLLK. Blog tu lebih kepada blog tentang apa yang aku rasa dan pendapat aku tentang hal-hal tertentu... klik sini [http://kufikir.blogdrive.com] untuk menjenguk... :)
05:45 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this






