Friday, 30 March 2007

[Fotolog] : Kesan-kesan kemalangan...



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

04:56 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Wednesday, 28 March 2007

[Fotolog] : Jom tengok wayang...

Dah tengok cerita Mukhsin? Hari ni orang sibuk dok cerita pasal satu cerita baru ni. Poster dia sama macam poster Mukhsin. Tajuk je lain. Pelakon utama dia pun lain. Pelakon utama dia Khairul Idzwan Kamarudzaman. Heheh...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

10:21 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

[Monolog] : Allah sayang aku lagi... :)

Hari : Isnin
Tarikh : 26 Mac 2007
Masa : 2 petang
Tempat kejadian : Lintasan pejalan kaki, seksyen 3 ke seksyen 2

Aku nak ke kelas bahasa Perancis. Aku gerak lambat sebenarnya. Lepas tu, aku pun picit butang lampu isyarat untuk membolehkan aku melintas tanpa sebarang gangguan dari kenderaan-kenderaan yang tak reti nak bawak pelan-pelan kat seksyen 2 ni. Lepas lampu untuk pejalan kaki jadi hijau dan aku tengok kenderaan-kenderaan lain berhenti, aku pun mula melintas.

Tujuan aku cuma satu, nak cepat sampai ke kelas. Bas Rapid KL 603 cuma beberapa meter je kat depan aku. Sampai je dekat lane terakhir sebelah seksyen 3 (sebelum sampai pembahagi jalan), aku rasa belakang badan aku macam kena langgar dengan sesuatu. Tapi, aku sempat elak. Tapi, kenapa kaki kanan aku rasa kebas??? Aku pun tengok kat depan aku, ada sebuah kereta kenari berwarna kelabu berhenti betul-betul depan aku. Dan bila aku tengok kaki kanan aku, kasut Adidas aku dan koyak depan dia. Dan jari-jari kaki aku sekarang ni berada di atas kasut. (Dalam erti kata lain, kasut aku tu koyak teruklah...).

Rupa-rupanya, aku dilanggar sebab kereta tu tak berhenti masa lampu isyarat berwarna merah bagi kenderaan. Orang yang langgar aku tu, dengan panik dan berpeluh-peluh hantar aku pergi klinik kat seksyen 2. Doktor kata tak patah kaki aku (ajaib kata doktor..heheh..alhamdulillah), tapi ada darah beku kat dalam kaki, lepas tu tisu aku bengkak sebab kena hempapan tayar kereta.

Dari klinik, orang tu bawak aku pergi urut. Sakit tukang urut tu urut. Tapi, lepas dia baca doa-doa, alhamdulillah kaki aku kurang sikit sakit dia.

p/s: nasib baik aku jalan perlahan dan orang tu sempat brek. kalau aku jalan laju sikit je lagi, atau orang tu tak sempat brek, mungkin blog ni hanya tinggal kenangan...Alhamdulillah, aku cuma cedera sikit je...


Hari : Rabu
Tarikh : 28 Mac 2007
Masa : 9 pagi
Tempat kejadian : Bilik aku, Kolej Kediaman Jati, UiTM Shah Alam

Kaki aku sakit lagi... Bengkak dia tak berapa nampak, tapi kaki masih tak boleh cecah penuh kat tanah. Tidur pun sekarang ni tak lena. Asyik terjaga awal. Teringat-ingat kejadian hari Isnin tu. Jumaat ni ada test kawad. Macam mana nak kawad kaki sakit...? Haih...


09:02 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Friday, 23 March 2007

[Monolog] : pt1 > Rangkuman Khamis, 22 Mac..... pt2 > Antara kenalan, kawan, dan sahabat...

...::pt1::...

Rangkuman perkara-perkara yang berlaku sepanjang hari semalam...

1/ Aku nampak trailer terbalik dekat Federal Highway
2/ Aku dengan Akmal pergi KL sebab nak cari cd Windows dengan cd Office. Nak cari yang 'tak berapa ori' kat Low Yat atau kat Imbi Plaza. Malangnya, hari ni semua yang dijual ori-ori belaka. Takda yang tak ori. Semua dah disorok entah ke mana. Aku penat. Akmal penat. Sori Mal... Aku pun tak tahu kenapa hari ni takda cd-cd yang tak berapa ori tu. Kesian kau... Nanti aku belanja nasi lemak Jati...hehe..
3/ Akmal tidur awal. Aku pun tidur awal. Tapi, entah kenapa aku terjaga pukul 3 pagi... Tak boleh tidur pulak...
4/ Petang, sebelum kelas TITAS dan keluar ke KL, aku terlepas kelas MLS dengan Rem sekali. Jumpa lecturer. Tiba-tiba lecturer bagi exception untuk kami. PELIK tapi BENAR!
5/ Kelas TITAS ada test. Tapi seronok dengan test hari ni. Kenapa? Adalah...hehehe...


...::pt2::...

Antara kenalan, kawan, dan sahabat... Aku suka tajuk ni. Sebab tajuk ni membuatkan aku teringatkan banyak perkara. Ramai orang keliru dengan konsep kenalan, kawan, dan sahabat. Sekali dengar, semuanya membawa maksud yang sama. 2 kali dengar, pun macam sama juga. Tapi, bila berkali-kali dengar, ditambah dengan pemikiran yang kritis dan kreatif, mesti ramai akan sedar, yang makna sebenar ketiga-tiga perkataan ini adalah berbeza sama sekali.

Kenalan. Rem pernah bagitau kat aku dengan Akmal, "X [bukan nama sebenar] bukan kawan aku, tapi kenalan aku". Saat nilah baru aku sedar, "Oh... Kenalan dengan kawan tu pun lain jugak ye?". Kenalan sebenarnya adalah ikatan yang paling longgar sekali dalam persahabatan. Bagi aku, kenalan ni adalah pengiktirafan bagi orang yang kita baru kenal. Alah, macam kita pergi kursus, orang tu pulak kita baru kenal hari tu. Ha... Itu kenalan kitalah... Dia hanya akan naik taraf kalau kita terus berhubung dengan dia. Kalau tak, dia cuma kenalan kita je. Alah, kiranya kenalan ni macam kenal gitu-gitulah...heheh...

Kawan. Kawan ni lebih ramai biasanya. Rakan sekelas kita kebanyakannya kawan kita. Tapi, kawan ni biasanya masa gelak je. Jarang kawan ada masa kita bersedih. Sebab kawan bukan selalu ada dengan kita. Kawan ada hanya pada masa-masa tertentu. Tapi, kewujudan diaorang ni bagus untuk menghidupkan hari-hari kita. Dulu, masa aku kat SMAP Labu, seorang ustaz ni pernah kata, kawan dengan sahabat ni lain. Tak semua benda yang kita boleh buat dengan sahabat, kita boleh buat dengan kawan. Aku setuju dengan kata-kata ustaz ni. Menagmbil Mengambil contoh Akmal [pinjam ko ye Mal..hehe..], ada benda yang aku boleh buat dan kongsi dengan dia, tapi tidak dengan orang lain. Mungkin sebab mengambil kira konsep percaya [trustworthyness] dalam sesebuah persahabatan, aku paling percaya kat dia. Dan sekurang-kurangnya dia percaya dan faham aku.

Sahabat. Taraf paling tinggi dalam persahabatan. Biasanya sahabat ni tak semestinya orang yang dah bertahun-tahun kenal dengan kita. Baru setahun lebih pun dah boleh jadi sahabat. Kelayakan yang utama ialah kepercayaan, saling memahami, di mana dia ada di situ kita ada [tapi yang ni takleh pakai sangatlah..heheh..takkan pergi jamban pun nak ikut kan?hehe], dan gelak tawa sedih sepi bersama-sama. Sahabat selalu datang dan pergi. Kadang-kadang, kata-kata yang salah boleh menyebabkan sahabat itu pergi. Sebab tu dalam persahabatan, tutur kata dan perbuatan tu penting untuk dijaga [Mal, kalau aku ada buat salah apa-apa selama ni, sori tau? Jangan tinggalkan 'bekas paku' kat diri kau..huhu]. Apa-apa pun, aku harap persahabatan yang terbina antara sesiapa pun kekal selamanya. Aku kadang-kadang terfikir, lepas keluar UiTM, aku bawak haluan sendiri, sahabat-sahabat aku bawak haluan sendiri [terutama Akmal, yang dah jadi rakan sebilik aku 3 sem berturut-turut, insyaAllah akan jadi 4. Lepas tu dah kongsi banyak benda sama-sama], siapa pulak yang akan jadi sahabat aku lepas ni?

Orang pernah kata, kawan senang dicari, sahabat sejati sukar dicari. Kali ni kat UiTM aku dah jumpa seorang [yang paling rapat ah]. Tapi masa akan datang? Orang juga pernah kata, biar tak ramai member, janji member itu berkualiti. Aku berpegang pada kata-kata ni. Biarpun seseorang tu ada ramai member, tapi, kalau setakat member untuk gelak je tak guna jugak. Bagi aku, biar sikit member, tapi member tu berkualiti. Bila kita gelak dia gelak, bila kita jatuh tergolek, dia gelak sekejap [bolehlah...heheh], lepas tu dia tolong kita...

p/s: entri ni tribute untuk sahabat-sahabat aku terutama sesiapa yang rasa sekarang ni dia berSAHABAT dengan aku... terima kasih untuk segala-gala yang dah korang buat untuk aku!

Sahabat palsu ibarat bayang-bayang, mengekori di bawah mentari, menghilangkan diri tatkala diselubungi kegelapan... Carilah sahabat sejati, sahabat umpama roh yang setia menemani walau ke mana kita pergi, susah atau senang...

06:05 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Thursday, 22 March 2007

[Monolog] : Kes Subashini v Mohd Shafi Saravanan Abdullah...

Dah lama tak kemaskini situs ni. Jadi, hari ni aku nak sogokkan situs ni dengan satu isu yang agak ilmiah. Satu isu yang tengah hangat diperkatakan hari ni. Komen dari sesiapa pun adalah AMAT aku alu-alukan sebab aku pun masih 'hijau' untuk sembang pasal hal undang-undang ni. Tapi, inilah dia pendapat jujur dari aku...

Malaysia kita ni unik. Unik sebab kita negara pelbagai kaum. Unik sebab kita dapat terima kepalbagaian kaum. Unik sebab kita ada 2 sistem kehakiman / perundangan; sivil dan syariah. Tapi, yang tak seronoknya bila kepelbagaian itu membuatkan kita dalam dilema. Antara untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik, atau berkorban demi memastikan keamanan dipelihara.

Mesti pening kan dengan ayat aku kat atas tu. Tapi, aku lebih pening bila memikirkan hal yang tengah hangat jadi isu ni. Kes Subashini lawan bekas suami dia yang dah masuk Islam, Saravanan. Negara kita mengamalkan 2 jenis undang-undang; sivil dengan syariah. Tapi, undang-undang yang diiktiraf sebenarnya hanyalah undang-undang sivil [rujuk Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160 - definisi law/undang-undang]. Sebab apa undang-undang syariah dikatakan tidak diiktiraf? Sebab selain dari ketiadaan termanya dalam interpretasi perkataan Law/Undang-undang dalam Perkara 160, undang-undang Syariah sebenarnya adalah undang-undang negeri, kerana dalam State List, 9th Schedule, Agama adalah hak mutlak negeri.


Sebab tu kalau ada yang tak puas hati dengan keputusan Mahkamah Syariah sesebuah negeri, bila tukar negeri lain dia berjaya. Apa-apa pun, dalam kes Subashini, suami dia peluk Islam. Dalam Islam, bila pasangan tak sama agama, ikatan perkahwinan terbatal, tapi dalam undang-undang sivil, perkahwinan ialah sebuah kontrak. Jadi, bila nak batalkan ada prosedur dia sendiri. Lepas tu, tahun lepas Saravanan tukar agama anak dia yang sulung ke Islam. Yang kedua belum lagi. Dalam undang-undang, anak kecil yang minor [tak cukup 18 - Age of Majority Act] agamanya ditetapkan oleh ibu bapa. Tapi, memandangkan dalam kes ni ibu bapa tak sama agama, jadi sepatutnya anak-anak ni tidak tertakluk dengan mana-mana agama sehinggalah mencapai umur 18 tahun. Sebab tu susah bila kita ada dua sistem yang berbeza. Sebab, sebagai Muslim, mesti kita nak anak-anak kecil yang dua orang tu kekal dalam Islam. Betul tak? Tapi, sebab undang-undang sivil adalah superior dalam konteks Malaysia ni manakala Syariah inferior, maka, hal ni jadi sukar.

Macam jugak keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang mana pasangan bukan Muslim perlu menuntut hak dari Mahkamah Syariah. Aku tahu, hakim-hakim tu buat keputusan berlandaskan kepada fakta bahawa mereka Muslim. Dan mereka nak yang terbaik demi agama. Tambah-tambah dengan Islam Hadhari gagasan Pak Lah. Tapi, mereka harus ingat. Negara kita dari awal lagi sebenarnya bukan negara Islam tapi negara sekular [rujuk Malaysian Legal System - Wu Min Aun - Chapter Islamic Law]. Undang-undang yang terpakai ialah undang-undang sivil. Benda ni takkan jadi isu kalau pasangan bukan Muslim tuntut hak dari Mahkamah Sivil. Tapi, demi agama dua hakim yang beragama Islam tu buat keputusan sebegitu rupa.

Tapi, apa yang hakim tu buat sebenarnya bertentangan dengan undang-undang negara, baik dari Perlembagaan Persekutuan, mahupun undang-undang Syariah negeri. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam [Wilayah Persekutuan] ada menyebut yang 'parties' untuk sesebuah konflik yang ingin diselesaikan konflik mereka melalui Mahkamah Syariah mestilah kedua-duanya beragama Islam. Malah, menurut Seksyen 51, Law Reform [Marriage and Divorce] Act 1976, pasangan yang berkahwin secara sivil mestilah menggunakan cara sivil juga jika berlaku penceraian. Lagipun, sebab Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi [supreme law of the land] negara, maka undang-undang lain yang kontrari dengannya terbatal, setakat mana kontrari itu berlaku. Jadi, kalau seorang Islam, dan seorang lagi tidak, maka seharusnya hal ini diselesaikan di Mahkamah Sivil.

Secara peribadi, memang aku nak anak-anak Saravanan dan Subashini ini kekal dalam Islam. Tapi, demi perpaduan negara, biarlah hak penjagaan anak-anak mereka diselesaikan di mahkamah Sivil bukannya Mahkamah Syariah. Walaupun sebagai seorang Islam, aku nak Islam ini kuat, tapi, undang-undang tetap undang-undang. Benar, undang-undang ciptaan manusia boleh diubah, tapi jika diubah, ia membawa kepada keburukan, lebih baik kita kekal sahaja dengan apa yang ada. Wallahu a'lam...



14:25 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

Friday, 16 March 2007

[Monolog] : Aku tension!!!

Malam ni aku tension sangat! Sangat tertekan! Final lagi sebulan, tapi aku tak faham lagi tentang Law of Torts... Constitutional Law pun macam susah jugak. Dahlah tadi pergi potong rambut kakak tu potong tak betul. Lepas tu aku terosakkan keyboard laptop Rem. Semuanya serba tak kena hari ni!!

22:59 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts