Wednesday, 28 February 2007
[Monolog] : Antara Mukhsin dan Mohsin...
Mukhsin. Kebanggaan kita yang ketiga dari Yasmin Ahmad. Lepas Sepet [aku dah tengok, beli cd ori lagi...memang best!!] dan Gubra [aku tak tengok lagi...tak berkesempatan lagi. Tapi kawan-kawan aku kata best], lahirlah Mukhsin. Kenapa aku kata kebanggaan kita? Yalah, dari iklan yang aku tengok pun, aku dapat rasa cerita ni ialah filem kanak-kanak [atau mungkin boleh kata remaja] yang lain dari yang lain. Menang Festival Filem Berlin tu! Ingat FFB tu macam FFAP ke?
Bila aku tengok trailer Mukhsin dan baca sinopsis filem ni, aku dapat rasakan betapa tulusnya hati dia. Cinta zaman kanak-kanak. Cinta yang tak bersandarkan pada nafsu semata-mata. Bukan macam remaja hari ini, ramai anak-anak Melayu yang cinta kerana nafsu. Atau lebih tepat untuk aku katakan, hubungan kerana nafsu. Sebab cinta ini tak bernafsu. Cinta adalah tentang perasaan, lahir dari hati yang luhur. Satu perasaan yang bersandar pada kata hati. [Fuh, berfalsafah pulak aku ni...hehe].
Habis, kenapa pula dengan Mohsin? Mohsin ialah seorang lelaki yang muncul dalam filem Puaka Tebing Biru. Seorang lelaki Melayu, yang di dalam filem Puaka Tebing Biru menzahirkan 'hubungan ala suami isteri' dengan seorang [atau seekor?] hantu. Soalan. Perlukah adegan seperti itu ditonjolkan dalam sesebuah filem? Aku dah banyak kali tengok filem buatan Malaysia, dan aku dapati trend 'hubungan ala suami isteri' ini semakin menjadi-jadi. Embun, Spinning Gasing, dan sekarang Puaka Tebing Biru. Apa relevannya adegan-adegan ini?
Penyedap cerita atau penarik penonton. Kalau setakat nak tarik penonton, lebih baik buat filem 18sx terus. Tak payahlah nak mencemarkan nama baik filem Malaysia [atau Melayu] dengan perkara yang tak sepatutnya. Jujur aku katakan, filem-filem yang ada adegan-adegan 'panas' ni, kalau dibuang pun takkan menjejaskan jalan cerita filem itu. Tak percaya cuba bayangkan kalau adegan tu tak ada. Tak ada cacat celanya filem tu. Jadi, fikir-fikirkanlah. Patutkah sebuah negara Islam Hadhari memasukkan adegan sebegitu dalam filem? Iran pelakon dia kalau perempuan bertudung lagi, tapi filem Iran bukan setakat menang anugerah, tapi jalan ceritanya pun bagus.
Pilihlah, nak filem macam Iran, atau filem macam Hollywood; box-office karana ke'panasan' adegan tertentu...
22:04 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Sunday, 25 February 2007
[Monolog] : Dah berhabuk...
Fuh..fuh.. tiup sini... tiup sana... Haaachhuuuu!!! Aiya! Banyaknya habuk blog ni. Hehe... Maaflah ye lama tak udate. Bukan sengaja tapi memang tak ada masa langsung nak update. Terima kasihlah kat mereka yang masih sudi baca blog ni walaupun entrinya dah agak basi.
Minggu lepas aku pergi camping Kesatria Negara. Penat dan sakit, tapi menyeronokkan. Habis je camping, aku kena sedia untuk test-test aku. Itu yang tak ada masa nak update tu. Tambah pulak laptop aku ni minggu sudah ada masalah. Aku reformat sendiri laptop ni, lepas tu tak boleh masuk internet dengan tak ada suara. Rupa-rupanya sebab aku tak install driver dia. Sekarang dan ok dah. Alhamdulillah...
Oh ya. Pasal test. Minggu baru lepas ni ada test Malaysian Legal System. Ada 3 soalan tapi soalan dua tu aku agak kabur sikit sebab tak baca betul-betul. Dalam bahasa mudahnya, tak ulangkaji tajuk tu. Bila bukak balik buku Malaysian Legal System tu, aku kata, "Laa!! Ni ke jawapan dia!" dengan perasaan yang agak bengang. Minggu depan pulak ada test Contract dengan Constitutional Law. Doakanlah aku ya?
Emm.. tak tahu nak tulis apa lagi. Aku nak cepat ni sebenarnya sebab baju tak sidai lagi. Hehe.. Haa!! Siapa yang belum tengok Farenheit 9/11 yang Michael Moore buat tu eloklah tengok filem tu sekarang. Filem dokumentari yang menang banyak festival filem antarabangsa. Kalaulah anak Malaysia boleh buat dokumentari macam tu. Aku tengok filem tu semalam.Ramzi beli DVD tu. Lepas dah tengok, baru aku tahu konspirasi serangan WTC pada 11 September 2001 tu. Dan kenapa US beria-ia nak serang Iraq. Dan juga kenapa Bush tak tubuhkan pasukan penyiasat bebas untuk siasat kejadian WTC tu sedangkan lepas pengeboman Pearl Harbour dan pembunuhan Presiden Kennedy, pasukan tu ditubuhkan esoknya. Dan yang paling penting, siapakah Bush... Jadi, mari tonton! Hehe...
14:40 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Friday, 16 February 2007
[Fotolog] :Happy birthday ma bestfren...huhu..
11:25 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this
Wednesday, 07 February 2007
[Monolog] : PC Fair UiTM 2006...
Mula dari semalam, 6 Februari sampailah esok 8 Februari 2007, ada PC Fair kat UiTM sempena Minggu Keusahawanan Siswa. Semalam aku tak pergi sebab semalam kelas penuh jadual. Jadi takda masa senggang untuk aku pergi. Tapi hari ni memandangkan aku ada satu kelas aje [pukul 4-6 petang > tapi dibatalkan sebab pensyarah aku Mr. Mahendarjit Singh pergi PWTC untuk Tribunal Jenayah Perang KL], aku pun pergilah PC Fair tu dari pukul 11 pagi sampailah pukul 1 petang lebih sikit.
Sebenarnya, aku memang dah berniat nak pergi PC Fair ni semalam. Sebab Pendrive aku dah hilang, lepas tu aku dengar Akmal kata Pendrive jenama Kingston RM38 untuk kapasiti 1GB. Aku pun terujalah dengar, terus minta ayah aku tolong bank in duit malam semalam. Hehe... Lepas tu, bila aku pergi tadi, aku dengar kawan-kawan ada kata jenama Pendrive lagi murah. Aku pun check, lepas tu pekedai tu kata jenama Pendrive RM35 tapi dah habis. Dekat booth lain ada jugak, tapi RM36. Sekali, aku tengok dekat booth yang jual pendrive Kingston, 1GB dia jual semalamRM38, hari ni dah jadi RM35. Apa lagi, aku pun belilah satu. Hehe... Dapatlah pendrive Kingston 1GB dengan harga hanya RM35. Best tak? Hehe... Jadi, kalau ada sesiapa yang nak pendrive murah, Laptop murah, mohla kita pergi PC Fair UiTM...Hehehe...
Semalam sebenarnya hari paling gembira bagi aku. Tak tahu kenapa tapi rasa macam semuanya tak ada yang tak kena. Kelas kontrak aku bayangkan aku akan dimarah pensyarah sebab tak faham kes sangat. Tapi, tengok-tengok aku yang paling banyak [taklah paling, tapi banyak jugaklah..hehe] jawab. Kelas Torts pulak, patutnya nak bincang pasal kes Donoghue v Stevenson. Aku risau jugak sebab tak ada salinan kes tu. Sekali yang masuk pensyarah lain sebab dia ganti pensyarah aku. Lepas tu, dia ajar pasal Nervous Shock atau Psychiatric Illness. Seronok sangat belajar tajuk tu...
Harap-harap sem ni semuanya berjalan lancar. Sebab semuanya seronok. Cuma Kesatria je memenatkan. Seronok tapi memenatkan. Tambah takda geng sebab geng-geng aku budak PLKN, jadi diaorang dapat pengecualian kredit untuk kesatria. Kalau tidak, lagi seronok...hehe..
18:57 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this









