Wednesday, 31 January 2007
[Monolog] : AFP 2006 / Bangsa Malaysia...
Malam hari Sabtu hari tu, aku tengok Anugerah Filem Pendek 2006 [AFP 2006]. Tujuannya, nak bagi penghargaan kat pengkarya-pengkarya filem pendek yang kebanyakkannya didominasi oleh anak-anak muda yang macam aku... Penuh membara... Hehehe... Tapi, aku macam tak dapat terima cara penganjuran majlis anugerah tu. Kenapa penyampai-penyampai anugerah [yang kebanyakkannya orang-orang filem arus perdana] kena berulang-alik ke tengah pentas dan bergilir-gilir bagi anugerah? Tak ada ke orang lain yang boleh bagi anugerah. Nampak sangat tak terurus. Lepas tu, masa tayangan dokumentari terbaik [Aduhai Sungai Lembing], tayangannya dipotong [sebab masa tak cukup] dan pengacaranya pulak macam 'blur'. Takde raptai ke? Tapi, tak apalah... Dah lepas...
Lagi satu yang menarik perhatian aku [masa tu dah nak terlelap dah, sampailah adegan ni terjadi], ialah kata-kata Nurul [selaku pengacara] malam tu, "Tahniah kepada Kevin Lau kerana walaupun dia bukan berbangsa Melayu, tapi dia dapat menguasai dan menyanyi dalam bahasa Melayu dengan baik". Aku kurang bersetuju dengan kata-kata Nurul. Pertama, bagi aku Kevin adalah seorang yang berbangsa Malaysia tapi berketurunan Cina. Bukan berbangsa Cina. Tapi, yang lebih penting ialah sebab kedua aku. Bagi aku, Kevin selaku rakyat Malaysia seharusnya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Article 153 of the Federal Constitution [Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan] menyebut bahawa hendaklah terdapat satu bahasa rasmi yang menjadi bahasa kebangsaan negara ini dan bahasa itu ialah bahasa Melayu. Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang bahasa kebangsaannya ialah bahasa Melayu, memang satu keperluan bagi semua rakyat negara ni fasih berbahasa Melayu. Kalau tidak fasih, apa gunanya jadi rakyat negara ni kan?
Pendek kata, apa gunanya ucapan tahniah tu?
RALAT: Perkara berkenaan Bahasa Kebangsaan ialah Article 152 [Perkara 152] dan bukannya Perkara 153. Perkara 153 adalah berkenaan hak-hak keistimewaan kaum peribumi. Harap maaf...
14:05 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Tuesday, 30 January 2007
[Fotolog] : Mamee itik...
13:40 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Monday, 29 January 2007
[Monolog] : Fakulti Undang-Undang UiTM...

Faculty of Law - Since 1968 - Proud to be here'. Itulah ayat yang terjahit kemas pada t-shirt fakulti undang-undang milik eksklusif batch aku. Sekali baca, cehhh.... bangga... Yalah, dapat masuk dalam fakulti antara yang tertua di UiTM Shah Alam ni. Tapi, bila direnung balik, aku tak bangga pun.
Macam mana nak bangga kalau pencapaian aku masih belum dapat diketahui berada di aras mana. Takut sungguh. Aku rasa macam gerun-gerun sikit dengan subjek Torts. Aku faham. Aku suka. Tapi, aku macam ada satu perasaan ragu-ragu sikit dengan subjek tu. Hmm...
Aku kena usaha sungguh-sungguh. Kena buktikan ayat pada t-shirt tu memang betul-betul relevan dengan diri aku ni. Kurangkan main dengan enjoy khairul @ izwan oi!!! Banyakkan studi!!! Insya-Allah berjaya. Kalau dah berjaya, senang sikit nak apply scholar Maybank...hehe...
12:00 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (9) | Email this
Sunday, 28 January 2007
[Fotolog] : Nite @ BB...
12:45 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
[Fotolog] : Bilik aku sem ni [Kolej Jati]...




12:23 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this
Friday, 26 January 2007
[Monolog] : Kontrak / Chermin
Seronok belajar undang-undang kontrak. Bila belajar kontrak, aku sedar satu hal, hidup ini penuh dengan kontrak. Setiap hari kita asyik buat kontrak. Pesan pensyarah aku supaya menghubungkaitkan kontrak dengan aktiviti seharian menjadi satu tabiat pulak sejak akhir-akhir ni. Semalam, sebelum tengok Death Note 2 [Midnight show tu...12.05 pagi > Opening Day untuk filem tu..hehe] kat Times Square, aku dengan member-member aku makan dekat KFC Bukit Bintang. Dekat iklan burger Zinger Maxx dia ada ayat 'Dijamin sedap atau wang anda dikembalikan'. Kami pun berbincang, adakah itu satu 'offer' atau hanya 'Invitiation to treat'. 'Offer' atau 'proposal' maknanya penerimaan bergantung kepada kita sama ada kita terima atau tidak 'offer' [Melayunya tawaranlah..hehe] yang dibuat. Jika kita terima, maka kontrak pun tercipta saat penerimaan tu. Kalau 'Invitation to treat' pulak [ITT], ia hanyalah satu kenyataan untuk menarik kita supaya membuat satu tawaran, dan tertakluk kepada pihak yang mengemukakan ITT itu untuk menerima tawaran kita atau tidak.
Maknanya, kalau ayat tadi satu tawaran, tertakluk kepada kita sama ada kita nak terima tawaran itu dengan meminta pengembalian wang atau tidak. Kalau ia ITT, bila kita memberitahu yang kita nak pengembalian wang, itu satu tawaran dari kita kepada pihak KFC dan tertakluk kepada mereka sama ada nak terima tawaran kita atau tidak. Tapi, biasanya kalau ITT, ia adalah bilateral, maknanya, "both parties have ti fulfill the obligations". Tapi, kalau ia adalah tawaran, cuma satu pihak saja yang kena memenuhi 'obligation' tersebut. Apa lagi ya? Hmm....kalau sesuatu kata-kata itu datang dari pihak pengeluar/pengilang/'manufacturer' ia automatik menjadi 'offer' atau tawaran. Contohnya dalam kes Carlill v Carbolic Smokeballs Co. yang mana pihak pengilang tu kata kalau lepas beli Smokeball dia, pembeli masih kena selsema, maka boleh tuntut 100 pounds. Tapi, sebagai tanda persetujuan, pembeli kena masukkan 1000 pounds dalam akaun mereka. Puan Carlill pun ikutlah, tapi kena selesema. Jadi dia minta 100 pounds tu. Dipendekkan cerita, kes ni dia menang sebab yang pihak pengilang iklankan tu ialah tawaran dan bukan ITT sebab pengilang tu sendiri yang iklankan. Dan yang Puan Carlill deposit 1000 dengan beli smokeball tu ialah satu penerimaan kepada tawaran yang diberikan. Hehe.. Betul ke apa yang aku bebel ni ek? Betul kot..hehe..
Macam kelas kontrak pulak... Emm.. semalam sebelum kelas kontrak, eh kelas kontrak pulak.. Sebelum death note, ada iklan filem Chermin... Filem melayu baru. Pertama kali tengok iklan dia. Best rasanya cerita ni. Nak tengok trailer dia pergi kat www.chermin.com.my . Yang kelakarnya, ada seorang lelaki Cina dalam panggung semalam, dia cakap "Salah ejalah...mana ada h..."..hehe..
21:35 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this
Friday, 19 January 2007
[Monolog] : Selamat tahun baru...
Hari ini satu Muharram... Malam tahun baru hijriah. Azam baru? Hehe... Macam biasalah, mesti nak sesuatu yang lebih baik daripada sebelum ni. Malam ni tenang. Takda hujan yang lebat macam malam-malam sebelum ni. Senyap, sepi je... Sangat mendamaikan...hehe...
Hari ni, lengkaplah sudah buku-buku teks aku untuk semester ni dan semester depan. Buku untuk subjek Law of Conract, Law of Torts, Constitutional Law dengan Malaysian Legal System. Buku untuk subjek English pun dah dapat tadi. Beli second hand je dari senior. Tapi, aku telah diuji juga hari ni. Tengah seronok-seronok dapat buku baru, buku Malaysian Legal Syatem - Wu Min Aun yang aku beli masa semester satu pre-law Fast Track hilang. Tak tahulah salah letak atau orang salah ambil, tapi masa habis kelas Malaysian Legal System [MLS] tadi, buku tu takda. Mungkin juga sebab kuliah hari ini buat kat dewan seminar Menara SAAS, lepas tu gabung semua kumpulan. Jadi bila dah ramai-ramai tu memang orang terambil pun kita tak perasan. Harap-haraplah aku dapat balik buku tu. Tadi, aku serabut gila. Sampaikan sepanjang-panjang perjalanan dari busstop Perindu nak ke Jati, dalam otak aku cuma buku tu je... Hmm...
Tadi, aku lawat blog Kak Hana [Cempakabiru] dengan Dewok. Blog Dewok pun dah lama tak update. Tapi seronok tengok entri dia pasal bunga. Siap ada tips-tips untuk ambil gambar pakai kamera W700i lagi. Memang cantik gambar yang dia tangkap tu. Lepas tu dekat blog Kak Hana pulak, ada entri pasal reunion sekolah kebangsaan dia. Seronok aku dengar. Aku ni, reunion sekolah menengah pun tak pernah buat, apatah lagi sekolah kebangsaan. Hehe..
Tadi, aku tengok video Allahyarham Saddam Hussein kena gantung. Kesian tengok arwah. Bagi aku, kalaupun dia buat salah, tapi tak sepatutnya dia dihukum sebegitu rupa. Biarlah Allah yang hukum dia. Hukuman tu bagi aku lebih kepada hukuman balas dendam. Bukan hukuman sebab nak menghukum. Lagipun, pada pendapat akulah, hukuman tu macam dah ditetapkan terlebih dahulu. Maknanya, sebelum perbicaraan kat Tribunal Iraq tu, memang telah ditentukan yang Saddam akan digantung. Entahlah... dulu tamadun terawal manusia bermula kat Iraq [Mesopotamia], sekarang Iraq dah macam takda tamadun pulak. Semoga Malaysia terus aman...
p/s: nak tengok video Saddam Hussein [18PL], klik ke youtube.com lepas tu Search 'Saddam Hussein'...
22:21 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this
Thursday, 18 January 2007
[Monolog] : Demi segulung ijazah... / Dunia oh dunia...
Demi segulung ijazah, macam-macam cara yang student guna untuk menampung pengajian mereka. Ada yang mohon PTPTN, ada yang mohon biasiswa, ada yang kerja sambilan. Aku? Buat masa ni, aku belum mohon sebarang pinjaman lagi. Cadangnya, aku nak buat betul-betul sem 1 ni, tengok keputusan macam mana. Kalau bagus, insya-Allah aku mohon biasiswa. Sekurang-kurangnya biasiswa tak payah bayar. Tapi, kalau keputusan macam tak berapa nak bagus [ish...mintak jauhla dari aku..hehe], aku mohon PTPTN semester depan. Bukan banyak pihak yang tawarkan biasiswa untuk program undang-undang ni.
Emm... minggu ni dah banyak kelas yang aku belajar. Buku pun dah banyak yang ada. Tapi boleh kata majoritinya buku cetak rompak. Bukan saja-saja aku cetak rompak... Aku terpaksa sebab aku betul-betul terdesak dan tak mampu nak beli buku yang original. Buku original sebuah je dah cecah RM 100 lebih. Tapi, seronok juga dah ada buku. Semangat nak belajar tu makin bertambah-tambah...hehe.. Hari ni belajar kontrak. Masa buat pra-ijazah trek pantas kat UiTM Shah Alam ni dulu, aku rasa subjek kontraklah subjek yang paling susah sekali. Tapi, kali ni, dengan tunjuk ajar pensyarah aku Puan Hartini, aku rasa belajar kontrak ni agak mudah dan sangat-sangat menyeronokkan.
Satu lagi subjek yang aku semester ni subjek BEL 460 atau Reading for Academic Purpose. Mula-mula rasa macam subjek ni tak seronok. Tapi bila Puan Faizah, pensyarah subjek ni, mula ajar, aku rasa seronok. Tambah-tambah dengan kefasihan Puan Faizah cakap English. Aku cuma harap semester ni aku dapat ulang kejayaan semester satu pra-ijazah dulu...dapat CGPA 3.50 ke atas... InsyaAllah...
----------------------------------
Sekarang ni dunia aku rasa dah tak berapa betul. Cuaca semua tak menentu. Tengok jelah kat Johor. Dah banjir, lepas tu banjir lagi. Aku kat Shah Alam ni siang panas sangat, tapi bila masuk malam je hujan. Sungai Yangtze kat China yang digelar Mighty River dah hilang 'mighty'nya bila air sungai tu surut dengan mendadak sekali. Kat Amerika, ada angin sejuk yang membekukan tanaman. Dekat Timur Tengah turun salji.
Bila berlaku semua ni, babak-babak yang aku tengok dalam The Day After Tomorrow keluar dari minda aku. Betapa kalau dunia ni nak berlaku bencana, ia boleh berlaku bila-bila masa, tanpa sebarang amaran. Selama ni kita hidup senang lenang. Yelah, kononnya di Malaysia ni takde gunung berapi, tak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik, jadi takkan kena gempa bumi. Sekali gempa di Indonesia, sampai Malaysia gegarnya terasa. Katanya Lautan Hindi tiada tsunami. Sekali Indonesia dimamah Tsunami, Malaysia terkena tempiasnya.
Apa yang aku rasa, dunia ni memang betul-betul dah kat hujung nyawanya. Dah nyanyuk, kalau nak dibandingkan dengan manusia. Tengok jelah, salji boleh turun kat Timur Tengah padahal itu bukan tempatnya. Tsunami di Lautan Hindi, sedangkan itu juga bukan kebiasaannya. Jadi, bila dah nyanyuk, maknanya dunia sedang menuju ke satu penghujung bukan?
Hmm...renung-renungkanlah. Kadang-kadang aku sendiri rasa takut bila memikirkan amalan yang aku lakukan selama ni. Yelah, seronok dan sibuk sangat dengan dunia. Akhirat? Entah ke mana... Harap-harap masih ada masa untuk aku dan semua orang kembali mencari jalan yang benar...
22:19 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Monday, 15 January 2007
[Monolog] : Rindu pada MLLK...
Hanya Tuhan mampu menggambarkan betapa dalamnya rindu aku pada blog kesayangan aku ini. Sudah lama rasanya aku tidak mencoretkan kata-kata aku di sini. Bukan malas, tapi kekangan masa yang ada menyebabkan segala perancangan dalam minda terkubur begitu sahaja.
Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi melawat blog ini walaupun tanpa sebarang kemaskini. Terutama yang ingin aku kreditkan di sini ialah Kak Hana (Cempakabiru) dan Dewok, penulis blog dari Indonesia. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan kesihatan adik aku. Selepas 5 hari terlantar di wad, akhirnya adik aku sudah sihat seperti biasa. Alhamdulillah...
Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan kejayaan aku dalam peperiksaan akhir yang lepas. Dengan CGPA 3.44 (walaupun tak secemerlang mana, aku bersyukur kerana ia hasil usaha aku sendiri), kini aku sedang meneruskan pengajian dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) - BLS (Hons.) selama 3 tahun. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, selepas 3 tahun akan diteruskan dengan kursus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) - LL.B (Hons.) selama 1 tahun untuk melayakkan diri aku sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara. Hanya doa kalian yang aku harapkan dalam menempuhi alam baru yang serba mencabar ini.
Dalam kelas minggu lepas, kami dimaklumkan oleh pensyarah tentang buku yang perlu digunakan untuk subjek Undang-Undang Kontrak (Law of Contract). Bayangkan, buku teks oleh Dato' Seri Veesu Sinadhurai selepas diskaun harganya RM 558!!! Itu belum buku untuk subjek-subjek lain. Kopak aku macam ni! Hehe.. Jadi, untuk lebih menjimatkan kos, aku telah mengambil keputusan untuk mem'fotokopi' buku tu mengikut bab. Jimat sikit kos. Tapi, jangan pula sesiapa beritahu tentang hal ni... Nanti aku boleh didakwa di bawah Akta Hakcipta...hehe.. Lepas tu, satu buku oleh Alsagoff harganya RM 150+-. Tapi, versi fotokopi, harganya cuma RM 16 sahaja! Sebagai pelajar tahun pertama, buat permulaan aku nak guna buku versi cetak rompak dulu. Dan bila dah berwang, barulah aku beli buku versi original.
Aku rasa, setakat ini dulu nukilan aku. Aku sekarang berada di Cyber Cafe Seksyen 2 sebab aku perlu menghantar assignment guna e-mel. Insya-Allah aku akan cuba sedaya upaya untuk kemaskini blog ni walaupun mungkin dah tak ramai orang yang baca. Hehe... Janji aku puas!
P/s: Selamat ulangtahun ke-4 blog Menyelami Liku-Liku Kehidupan - 1 Januari 2007!
21:38 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
Monday, 01 January 2007
[Monolog] : Selamat tahun baru | Selamat Ulangtahun MLLK...
Selamat tahun baru 2008. Azam aku, nak belajar lagi rajin dari sem lepas. Berjaya. Kerja. Jadi kaya. Suruh mak aku berhenti berniaga... Hehehe...
Dan buat blog MLLK [Menyelami Liku-Liku Kehidupan], selamat ulang tahun ke-5. Dah 5 tahun aku menulis rupanya... Sekejap aje masa berlalu...
00:00 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this
























