Sunday, 17 August 2008
[Monolog] : Pembukaan 10% kuota UiTM kepada bukan Bumiputera - Bahagian 1 > Latar belakang undang2...
Bahagian 1 : LATAR BELAKANG UNDANG2
Dah lama aku tak tulis entri berkenaan isu-isu semasa pengetahuan am. Sebab kadang-kadang, apa yang bermain difikiran aku semuanya lenyap macam tu aje bila difikirkan kerja-kerja, nota-nota, dan ilmu-ilmu yang masih berserabut caca merba tak disusun-kemaskinikan. Tapi, isu yang satu ni melibatkan aku secara langsung.
Sebelum kita kupas tentang topik entri aku ni, aku rasa ada baiknya kalau aku terangkan serba sedikit pasal latar belakang undang-undang yang berkaitan.
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan [Article 153 of the Federal Constitution] di bawah tajuk Reservation of quotas in respect of services, permits, etc, for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak, mengatakan bahawa:
153 (1): Adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi hak-hak istimewa orang Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak serta kepentingan-kepentingan yang sah bagi komuniti-komuniti yang lainnya, bersesuaian dengan kehendak Perkara 153
153 (2): Tertakluk kepada Perkara 40 dan Perkara 153, Yang Dipertuan Agong boleh menggunakan kuasanya di bawah undang-undang Persekutuan dan Perlembagaan Persekutuan yang mana bersesuaian, untuk melindungi hak-hak istimewa ini dan memastikan yang orang-orang Melayu serta Peribumi Sabah dan Sarawak mendapat tempat yang sewajarnya dalam perkhidmatan awam [kecuali negeri], biasiswa, keistimewaan pendidikan seperti yang diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan, serta permit dan lessen, jika berkenaan
Dalam bahasa mudahnya, Perkara 153 memperuntukkan bahawa kaum Melayu dan Peribumi Sabah / Sarawak mempunyai keistimewaan tertentu yang tertakluk di bawah Perlembagaan dan Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara mempunyai kuasa untuk melaksanakan apa jua perkara yang dirasakan bersesuaian oleh baginda untuk memastikan keistimewaan ini terjaga.
Manakala Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa [Article 160 of the Federal Constitution], Melayu itu adalah orang yang:
1] Menganut agama Islam
2] Bertutur menggunakan bahasa Melayu
3] Mengikut adat dan budaya Melayu
Peribumi Sabah dan Sarawak tidak ditakrifkan dalam Perkara 160 kerana takrifan mereka adalah di bawah Perkara 161A.
Perkara 161A (6)(a): Peribumi Sarawak adalah warganegara yang tertakluk kepada Perkara 161A (7) sebagai peribumi atau kacukan daripada suku-suku yang terdapat dalam Perkara 161A (7).
Perkara 161A (6)(b): Peribumi Sabah adalah warganegara yang merupakan anak atau cucu Peribumi Sabah, dan dilahirkan [sama ada pada atau selepas hari Malaysia atau tidak] di dalam negeri Sabah atau oleh seorang bapa yang bermastautin di Sabah semasa hari kelahiran.
Perkara 161A (7): Peribumi Sarawak adalah Bukitan, Bisayah, Dusun, Orang Laut, Dayak, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah [termasuk Sabup dan Sipeng], Kajang [termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong, dan Kanowit], Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun, dan Ukit].
Ramai orang yang tak tahu, sebenarnya perkataan Bumiputera tak wujud pun dalam Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia. Perkataan Bumiputera tak wujud sebab ia adalah sebahagian dari ‘convention’.
Kalau kat United Kingdom, ‘convention’ adalah sebahagian dari sumber undang-undang mereka. Tapi, kat Malaysia, ‘convention’ tak mengikat secara perundangan [not legally binding] tapi diterima sebagai satu kemestian. ‘Convention’ ni bahasa mudahnya macam kebiasaan. Contoh ‘convention’ kat Malaysia ni macam jawatan Timbalan Perdana Menteri [tak ada peruntukkan untuk jawatan ni dalam Perlembagaan], perkataan Bumiputera, dan sesi serah beg bimbit sebelum penyampaian Belanjawan Negara.
Bersambung.... [Bahagian 2 : Latar belakang UiTM]
14:20 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, isu semasa
Monday, 28 July 2008
[Monolog] : Kelas tak ada esok...
23:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, seminar pensyarah
Saturday, 26 July 2008
[Monolpg] : Bosan...
Hari ni bosan tak buat apa-apa pun. Pagi tadi Akmal dgn Rem pergi kampus sebab Jihad ada game untuk Sukan Antara Fakulti [SAF]. Aiman pergi Koko. Aku dok mengeroh lagi dalam bilik. Kalau bukan sebab Akmal call aku tadi, memang tak terjaga aku. Huhu..
Lepas tu Rem balik dia ajak aku pergi CC. Aku pun on jela... Petang ni dengan malam ni tak tau nak buat apa... Nak buat apa ye??
15:02 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, bosan
Friday, 25 July 2008
[Monolog] : Rasa nak tengok teater...
Aku pernah tengok teater sekali. Teater BI kat KL PAC, Sentul... Sebahagian dari kerja lapangan masa aku pre-law untuk subjek BEL 330, English for Academic Purposes. Satu kelas tengok. Jumpa beberapa aktivis teater. Zaibo ada. Azean Erdawaty ada.
Lepas tu, sekarang ni ada Festival Teater Malaysia. Hari Ahad lepas masa balik dari rumah makcik aku, ternampak banner festival kat bangunan MTC. Rasa macam nak tengok. Huhu... Tiket wayang lagi murah. Tapi entah kenapa, dalam diri aku ni rasa macam teringin nak tengok teater... Huhu.. Mungkin wayang dan biasa sangat kot. Lagipun teater adalah satu manifestasi kesenian berdasarkan gerak geri lakonan. Hehe..
p/s: Kalau ada sesiapa nak tengok 7 Malam 7 Duri, klik sini... Tiket RM 30... Pelajar RM 15..
23:10 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: teater, hiburan, entertainment, festival teater malaysia
Thursday, 24 July 2008
[Monolog] : Hidup...
Sem ni kenapa ntah aku rasa macam perlahan semacam je gerak geri momentumnya. Ada kelas tak mula lagi. Walaupun dah 3 minggu, ada kelas yang baru sekali dua je jumpa. Aku tak bolehla nak cakap kelas apa.. Nanti kalau ada lecturer baca blog ni, boleh kena gantung aku.. haha... Tapi sem ni aku rasa aku suka subjek Mooting. Sebab subjek ni macam satu subjek simulasi untuk keadaan di mahkamah nanti.. Tapi baru 2 kelas.. Jadi tak tau apa nak jangka.. Kita tengok nanti.. ;p
Esok, pagi mungkin aku dengan Akmal pergi MBSA. Nak hantar permit niaga bulan Ramadan. Mak aku nak niaga kat bazar Seksyen 28. Harap-harap boleh bangun awal esok. Sebab aku sekarang dalam medikasi. Aku kena makan ubat yang aku dapat kat Poliklinik Komuniti Shah Alam semalam. Sebab hidung aku ni hyper-sensitive doktor kata. Jadi, ada habuk tak boleh guna penyapu atau feather duster / bulu ayam. Kena guna penyedut hampagas...err.. vakum la tu..huhu.. Adohai..
Apa-apa pun, esok petang ada kelas Legal Research & Methodology. Pukul 2 lecture. Pukul 4 tutorial. Tutorial buat kat Pusat IT PTAR 2... Ada internet.. kehkehkeh.. [gelak jahat...]...
Oklah..dah lewat malam ni.. Aku kat cc seksyen 8.. Kang balik lambat kang tak bangun pulak pagi esok kang... Chalo dulu.. hehe..
00:40 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: kelas, uitm
[Monolog] : Manusia...
Manusia.. tak pernah puas dengan apa yang kita ada... Kekadang rasa macam semua serba tak kena.. Padahal apa yang kita nak, apa yang kita ada, dah lebih dari sepatutnya... Manusia = pelupa.. [An-nas..]. Sekejap di sini, sekejap di sana... Tak jumpa-jumpa... Orang lain ditanya tapi diri sendiri sendiri tak tahu keberadaannya... Haih...
p/s: Mana pulak la aku letak kad matrik aku ni?? ;p
00:30 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: manusia, lupa, monolog, jiwa
Tuesday, 01 July 2008
[Monolog] : Ada siapa-siapa nak haiwan peliharaan...?
21:30 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (4) | Email this | Tags: Petfinder.my, kucing, arnab, haiwan peliharaan, adopted animals
Saturday, 28 June 2008
[Monolog] : Cuti dah nak abis...
Agh... bosan2... Cuti tinggal lagi seminggu je. Minggu depan hari Sabtu aku dah balik rumah sewa aku kat Seksyen 8 tu. Kalau ikut malas ni nak balik. Sebab apa malas? Sebab pertama aku kena belajar balik. Aduh!~ Malasnya aku nak perah otak ni... Sebab dah diperam lama ni.. ;p
Lepas tu aku dah tak boleh online selalu. Cuti ni, aku hari-hari online. Sampai dah tak tahu nak bukak laman menda dah. Nanti dah balik UiTM, memang konfemlah aku ketagih internet ni balik. Blog ni pun mesti jadi sesawang nanti. Ahh.. tidak!!! Aku tak nak blog ni dipenuhi sawang-sawang. No no no..~
Aaa.. semalam pegi KL. Amek adik aku kat Asrama Toh Puan Norashikin kat Cochrane tu. Sebelum tu pergi sekolah dia dulu, amek repot card. SMK Cochrane. Seronok gile skola tu. Bangunan cantik, kantin lawa, sekolah besar. Tapi skolah aku dulu pun best jugak.. huhu..
Tadi merayap-rayap kat tenet ni, jumpa blog junior aku kat SMAP...[Lutfi]. Baca blog dia yang penuh dengan gambar-gambar kat skolah, buat aku rasa rindu giler kat zaman skolah. Lepas tu, jalan-jalan lagi, terserempak pulak dengan blog 'kawan' lama aku mase kecik2 dulu...huhu...[Kawan lama]... Lepas tu, terjumpa pulak blog sepupu aku... [Iqa]...
Kalau orang kate dunia ni kecik, dunia maya ni lagi kecik. Silap2 time jalan2, aku ada atau akan terserempak dgn Kak Hana, Hijazi, Ame, Bro Rudy, dan lain2 bloggers, yang aku kenal kat sini, tapi tak pernah jumpa kat sana...
Ap02 jolah...~
20:53 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (3) | Email this | Tags: bloggers united, uitm, cuti semester
Monday, 16 June 2008
[Monolog] : Jaga kebersihan...
"Awas! Kawasan kita kini diserang DENGGI!"... Banner ni mengiringi perjalanan aku ke ofis pagi tadi. Kat mana-mana dok terpampang banner [ke bunting?] ni. Hari ni pulak aku pergi ofis jalan kaki. Jadi asyik nampak jelah bendalah ni. Bila dok baca kata-kata ni, teringat aku masa tahun 2003 dulu.
Tahun 2003 aku tak pergi sekolah seminggu sebab aku risau mak aku kena denggi. Platlet mak aku sampai tinggal 20. Ayah aku siap kena derma platlet lagi. Masa tu, apa yang aku mampu buat cuma berdoa, berharap, dan berdoa lagi. Aku ingat lagi, ramai rakan-rakan blogger yang doakan mak aku cepat sembuh.
Lepas tu, tahun 2007, aku pulak kena denggi. Dahlah masa hari raya. Mula-mula tak syak apa-apa. Tapi bila rasa mual bila tengok makanan sampai aku tak lalu makan, lepas tu badan [terutamanya tangan] aku penuh ruam-ruam merah, bila cek kat klinik, platlet aku ada 120. Kurang dari orang normal yang biasanya lebih 200. Hari-hari aku kena ulang pergi klinik nak ambil darah. Sampai tangan aku jadi berlubang2 persis mat pet.
Minggu lepas, ada pelanggan nasi lemak bagitau anak dia 2 orang kena denggi. Siap kena drip. Kesian aku dengar. Sebab aku pernah tengok mak aku kena drip. Sedih bila nak pergi bilik air, dengan tangan terketar-ketar pegang benda tu.
Rakan-rakan, denggi ni jangan dibuat main-main. Kalau ada takungan air, buang. Lepas tu gosok-gosok bekas tu. Masa kat tv dulu, ada sorang doktor pernah kata, kalau siapa yang pernah kena denggi, kena lagi penyakit tu buat kali kedua, harapan nak maut memang tinggi. Sebab virus denggi ni akan kekal dalam badan kita, lepas tu dia akan jadi imun terhadap serangan kedua dan seterusnya. Tapi kalau aedes bermutasi, dan serang dalam bentuk yang berlainan, dan pengkalan data imunisasi kita tak cam, bersiap sedialah bekas pesakit denggi.
Jagalah kebersihan. Jangan kerana kebersihan, rakyat Malaysia yang muda-muda mati begitu sahaja... Hilanglah nanti harapan anak Bangsa Malaysia...
20:50 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: shah alam, selangor, alam megah, denggi, aedes
Saturday, 14 June 2008
[Monolog] : Lama sudah tak bersua...
Lama dah rasanya sejak kali terakhir aku update blog aku ni. Rindu pulak rasanya nak coret sepatah dua kata kat sini. Hehe. Dulu, aku ingat bila hari-hari ada kat ofis, lagi selalulah aku update. Masa sekolah dulu pun aku pernah terfikir, kalau aku kerja kat ofis, mesti blog aku takkan bersawang.
Tapi semua tu hanya angan-angan tak kesampaian. Aku hari-hari je online, tapi tak update-update jugak blog ni. Huhu.. Mungkin sebab sibuk sangat? Tak jugak. Malas? Tak jugak. Habis kenapa?? Entah... ;p
Sekarang ni aku kat ofis dengan Ijat. Patut petang tadi balik dah tapi kenapa entah, kaki aku tak gerak-gerak dari sini. Tadi, aku ambil abstrak MLLK dari 2002 sampai 2004. Aku masukkan dalam Word, lepas tu aku save ikut tahun. Bukan apa... Semua tu memori aku. Kalau tiba-tiba server tripod / easyjournal / blogspot buat hal, habislah semua catatan aku yang bernilai jutaan rupiah tu. Hehe.. Haa..yang 2005, 2006, 2007 punya pulak akan menyusul kemudian. Tak larat nak buat semua sekaligus...
Cuma kadang-kadang, bila baca balik, rasa nak gelak pun ada, rasa serius pun ada. Macam tak percaya yang perasaan aku sungguh kompleks dulu. Macam tak percaya yang aku pernah melalui zaman kegelapan, zaman hampir-kepada-kehancuran. Macam tak percaya liku-liku kehidupan aku dulu sangat berliku... Tapi tu semua dulu. Tinggalkan yang duka kat belakang, kita bawak suka ke depan. Bahagialah hidup, insyaAllah.. ('',) ...
Aku tak cerita lagi kan pasal kerja aku sekarang? Hari tu kan aku berhenti MPH. Lepas tu, aku kerja dengan ayah aku kat ofis dia. Tapi, sebab nak cari duit lebih [duit,duit,duit..haha], lepas tu sebab nak tolong mak aku jugak, jadi sekarang aku buat dua kerja. Pagi sebelum Subuh aku ikut mak aku pergi kantin. Lepas tu tidur sekejap. Bangun solat Subuh dengan mandi, lepas tu terus pergi jual nasi lemak kat tempat lama mak aku niaga dulu. Habis niaga, pukul 10 terus masuk ofis. Balik dari ofis sekarang dah tak macam dulu. Kadang-kadang malam baru balik... Dah ayah aku asyik sibuk je. Kadang-kadang aku tinggal sorang-sorang je kat ofis ni sampai pukul 9 macam tu...
Hari tu ada ayah aku tangkap gambar kami adik beradik kat tempat niaga. InsyaAllah kalau dah dapat gambar tu nanti, aku letak kat sini. Usahawan muda nasi lemak... Hahaha...
Ni ada satu pengumuman sikit. Kalau dalam 21-22 haribulan nanti blog ni tak dapat diakses, maknanya blogspirit tengah buat maintenance. Jadi, harap korang faham-faham jelah ye kalau tak dapat akses. Ni petikan dari pengumuman Blogspirit... :
--------------------
Information : electrical maintenance on Sunday June 22nd 2008 !
Hello,
In order to offer you our even more secured services, our data centre will be proceeding to an electrical maintenance on Sunday June 22nd 2008 between 3 am and 5 am (Paris time). During these two hours, the whole centre installations will be disconnected, and neither the access to the blog services nor to your own blogs will be possible.
Thanks for your understanding,
blogSpirit team.
----------------------
23:10 Posted in [Monolog] | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: blogspirit, maintenance, kerja, nasi lemak




