Monday, 18 August 2008

[Fotolog] : Chong Wei...

Photobucket
 
Sejak petang semalam aku dah berdebar-debar dah... Huhu... Masa naik kete ngan Akmal on the way nak gi rumah aku, aku cakap kat Akmal betapa berdebarnya aku nak tunggu pukul 8.48 malam. Dah lama tak tengok rakyat Malaysia beraksi dengan cemerlang kat pentas dunia.
 
Sebab rumah aku tak ada Astro, jadi aku tengok kat RTM 1. Dalam pukul 8.15 Syafiq [sepupu aku] tanya,
 
"Abang Iwan nak pergi kantin tak?"
 
dan dengan lajunya aku jawab,
 
"Tak nak. Nak tengok badminton..."
 
Lepas tu, elok aje mak aku dapat tau yang aku dah cup tv untuk malam semalam nak tengok badminton, mak aku kata,
 
"Tengok TV3lah. Tengok Gangstarz Amal".
 
Aku pun kata,
 
"Ala mak...bukan selalu Malaysia dah dekat nak dapat emas. Ni la masanya kita nak jadi patriotik...hehe.."
 
dan aku sambung lagi dengan ayat pancing aku...
 
"Lagipun, bukan selalu Iwan balik. Sekali sekala je nak tengok TV ni..hehe.."
 
Dan dengan itu, aku lah raja tv malam semalam. Tapi agak kecewa bila tengok Chong Wei main semalam. Nampak yang dia memang tengah under pressure. Sesetengah kesilapan [macam dalam set kedua, banyak kali dia salah estimate] nampak ada sedikit kecuaian. Dia pun sedar jugak. Sebab tu semalam bila dia buat kesilapan-kesilapan yang tak sepatutnya, dia geleng kepala. Tapi Lin Dan dari dulu lagi, muka selamba je..huhu...
 
Tapi, memang kuat tekanan yang ada kat Chong Wei. Mau tidak, satu negara harapkan emas, lepas tu dengan lautan penyokong Lin Dan lagi. Tak kira RM 1 juta lagi. Ish.. memang serabut fikiran dia agaknya.. huhu..
 
Tapi, walaupun tak dapat emas [baru ingat nak nyanyi lagu Negaraku malam semalam..haha], dapat perak pun kira dah bagus. Pencapaian single badminton terbaik olimpik ni.. Huhu.. Dulu terbaik gangsa.. Kalau perak pun, dalam acara beregu... Apa-apapun, tahniah kepada Lee Chong Wei! Malaysia Boleh..! Aha...
 
---

Thursday, 14 August 2008

[Fotolog] : Selingan...

Dah lama tak update blog ni. Memang sibuk betul sekarang. Tapi, dalam sibuk-sibuk pun, kadang-kadang tak studi jugak aku ni. Huhu... Sekarang ni tengah panas pasal isu pembukaan 10% UiTM untuk bukan bumiputra dan pelajar asing. Tapi ramai yang tak tahu, sebenarnya kuota pelajar asing [antarabangsa] kat UiTM memang dah lama dibuka. Cuma tak dihebahkan aje.
 
Masa aku MMS [Minggu Mesra Siswa = Orientasi] tahun 2005 dulu, ada MMS untuk pelajar Thailand. Kalau alumni-alumni ada yang masuk alma mater diorang, mesti nampak betapa ramainya pelajar antarabangsa kat UiTM. Boleh geng dengan UIAM dah... Hahaha.. Dari Arab Saudi, Yemen, Mauritius, Afrika... Dulu dari Jerman pun ada sorang. Huhu.. Meriah jugak ada pelajar antarabangsa ni. Semester lepas siap ada International Students Carnival lagi.
 
---
 
Minggu depan cuti mid-term. Seminggu. Seronoknya. Nak rehat kat rumah sambil siapkan assignment [<< boleh caye ke ni?? huhu] dengan nak download movie. Redcliff dan lain-lain [sebab tak tahu filem apa lagi nak download.. ;p]
 
Apa-apa pun, enjoy gambar-gambar kat bawah ni. Gambar-gambar lama dari komputer... Saje nak letak kat sini. Hehe..
 
Photobucket  
 
Aku edit sem lepas...hehe...
 
Photobucket  
Ni pun edit sem lepas... ;p
 
Photobucket  
 
Ni pun..hehe.. biasela bosan2 tak tau nak buat apa.. ;)
 
Photobucket  
 
"Friends are everything to me.. Without them I am nothing" - khairul izwan 
 
Photobucket  
 
Aku dgn Rem. Tengok filem 3D yang paling 'BEST' kat dunia...hehehe 

21:24 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (5) | Email this | Tags: uitm, gambar, foto, art

Saturday, 09 August 2008

[Fotolog] : Alumni Homecoming UiTM 2008...

Semua yang pernah belajar kat Institut Teknologi Mara [ITM] atau Universiti Teknologi Mara [UiTM], terutamanya kat kampus Shah Alam, ada program yang patut korang sertai..huhu..
 
Photobucket  
 
Maklumat lanjut : http://alumni.uitm.edu.my 

00:00 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: uitm, homecoming, alumni

Saturday, 19 July 2008

[Fotolog] : Haiwan peliharaan hilang...

Seorang ahli Petfinder hilang anjing peliharaan dia. Nama haiwan peliharaan dia Kobe, umur dalam 1 1/2 tahun, dari baka Shih Tzu + Pekingese, seekor anjing jantan. Warna perang, krim, putih. Kali terakhir dilihat dekat kawasan Seksyen 9, Shah Alam. Kalau ada sesiapa yang terjumpa, terserempak, atau ternampak ada orang lain simpan / bela anjing ni, tolong hubungi no ni : 0127330200 ...
 
Pagi tadi, aku, Andy [founder Petfinder], dengan mak tuan haiwan ni dah pusing keliling Seksyen 9, 8, 10 tapi tak jumpa. Jadi kami dah letak poster2 kehilangan haiwan peliharaan ni kat peti surat rumah dengan kat pokok-pokok. Jadi, kalau sesiapa jumpa, hubungi nombor kat atas ye? Dalam Islam, kita sendiri digalakkan untuk saling tolong menolong tak kira bangsa atau agama. Jadi, jomlah kita sama-sama tolong tuan Kobe dan berdoa semoga Kobe dijumpai... Tunjukkan sedikit rasa peri kemanusiaan sebab aku faham rasa kehilangan haiwan peliharaan yang disayangi...
 
Gambar-gambar Kobe :
 
Photobucket  
 
Photobucket  
 
Photobucket  

Friday, 18 July 2008

[Fotolog] : Shah Alam Xciting Race 2008

Sabtu lepas, Aku, Rem, Naz dengan Farah masuk Shah Alam Xciting Race 2008. Kami tak menang tapi memang pengembaraan [?] satu hari tu penuh dengan keseronokan dan pengalaman baru. Penat memang penat tapi seronok sungguh. Hehe..
 
Makan telur mentah, toreh pokok getah kat RII Rubber Institute Sungai Buloh, tangkap ikan belacak kat Laguna Park Pulau Indah, pergi kampung orang asli kat Pulau Carey. Berapa kali kami sesat. Hehe.. Oh ye.. dengan wall climbing kat Extreme Park Shah Alam, Seksyen 13.
 
On da way nak balik rumah sewa, kepala dah ingat katil je.. Mana taknya. Dari Shah Alam ke Sungai Buloh, Klang, Pulau Indah, Pulau Carey, Banting, Sepang, Dengkil, lepas tu balik Shah Alam balik... Huhu...
 
Photobucket  
Dekat Batu Bersurat, Pantai Morib... 

Wednesday, 16 July 2008

[Fotolog] : Penilaian filem / Movie reviews...

Photobucket  

Filem ni aku tengok dengan Muiz kat Sunway hari Selasa lepas. Jalan cerita menarik, aksi bagus, lakonan mantap. Memang best tengok filem ni. Aku tengok, tak ngantuk langsung. Sebab aksi dalam filem ni best dan jalan cerita dia buat kita nak tengok sampai habis. Effect dia, tak payah cakap la..huhu... [Updated] : [[Cuma penamat ada masalah sikit..]] ;p Aku bagi 8/10...

 

Photobucket  

Baru tengok kat Midval semalam. Filem adaptasi novel klasik tahun 1864 karya Jules Verne ni [tajuk yang sama] aku tengok kat Midval sebab cuma 3 pawagam yang tayangkan versi 3D. Midval, KLCC, dengan OU... Harga tiket RM 17 [RM 5 untuk cermin mata khas Dolby Digital 3D : Hilang kena ganti RM 200 wooo!!] dan [RM 12 untuk tiket wayangnya].

Secara jujurnya, kalau korang nak tengok atau tak pernah tengok filem 3D, bolehlah menghabiskan RM 17 untuk filem ni. Kalau tak, JANGAN tengok atau korang akan menyesal. Tambahan pula yang 2D. Mungkin selera msing-masing berbeza, tapi bagi aku tk berbaloi kalau nak tengok filem ni versi 2D. Untuk versi 3D, mungkin korang boleh tengok untuk menghayati kesan khas 3D tu. Tapi, kalau nak tengok filem ni sebagai sebuah filem...lupakan.

Dekat US, filem ni dapat tempat ke-3 box-office mungkin sebab diorang menghargai karya sastera klasik. Tapi, bagi kita yang tak pernah baca novel dia, dan tengok filem ni sebab bayangkan filem ni macam filem adventure-fantasy yang pernah ada sebelum ni...lupakan hasrat korang.

Sebab jalan cerita dia perlahan, mudah dijangka. Ekspedisi tak mencabar. Muzik latar lagilah... Asyik ulang muzik yang sama. Aku tertidur masa tengok filem ni dan asyik tengok jam sambil tanya diri sendiri, "Bila la filem ni nak habis..?"... Terasa rugi pulak duit... hhaha... 3/10... [3 untuk kesan khas 3D..hahaha...]

 

Photobucket  

Pernah rasa sepi..? Rasa macam kita menyayangi, tapi tidak disayangi... Rasa macam kita ada seseorang, tapi pada hakikatnya tidak. Rasa penat menunggu, tapi tetap setia... Kawan-kawan, filem Melayu paling best tahun ni. Skor muzik bagus, latar belakang menarik, lakonan berkesan dari hampir kesemua pelakon, pengarahan yang baik, jalan cerita yang jelas, tidak disangka-sangka dan membawa kita bersama... 9/10...

Thursday, 10 July 2008

[Fotolog] : Beg & trafik Alexa...

Hari tu, aku beli beg dari eBay. Sebab hari Selasa aku tak ada kat rumah, jadi pos laju bagi sorry-note. Semalam, aku baru pergi ambik beg tu dari PosLaju Shah Alam. Puas hati dah ada beg baru. Sebab beg hari tu zip dah rosak masa pergi Sungai Gabai. Dan aku juga bersyukur sebab transaksi kat eBay berjalan dengan lancar... hehe..

Photobucket  

Sebelum...

 

Photobucket  

Selepas...hehe...

 

---

Tengok blog Ame [Naps], trafik Alexa dia 14 000 000+. Kalau dia punya 14 000 000+, aku punya lagi corot... hahaha... 20 000 000+..huhuhu  

23:35 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (2) | Email this | Tags: zinc, beg, ebay, alexa

Monday, 07 July 2008

[Fotolog] : Jom jalan2 & STEP [Thailand - Gangstarz]...

Aku tak pernah sampai kawasan Mutiara Damansara. Tapi semalam, lepas dah letak barang-barang kat rumah sewa Seksyen 8 [aku tak jadi balik hari Sabtu], aku, mak aku, Ijat dengan Ramzi pergi makan kat Ani Sup Utara Seksyen 8. Lepas tu, aku sekali dengan Akmal, Rem, ngan Jihad pergi jalan-jalan untuk beli barang kat Mutiara Damansara. Kitorang parking kat Ikano. Lepas tu aku beli selipar kat Tesco. Akmal beli barang-barang dia. Kat situ, kitorang makan kat Kluang Station. Best gak kat situ [walaupun aku minum air teh cina aje..hehe]

Photobucket  

Cineleasure Damansara... first time smpai..hehe.. ;p

 

Photobucket  

Kluang Station...

 

Photobucket  

Macam kat Kluang Station yang betul2 punya..hehe

 

Photobucket  

Nak balik dah...aku tak sihat sebenarnya..huhu

 

Photobucket  

Aku pakai selipar baru.. RM 3.90 je... Kat Tesco M. Damansara..hehe

 

Lepas tu, hari ni pulak pergi SACC Mall. Ada barang tak cari lagi. Lepas tu Ramzi pulak nak cari minyak wangi. Akmal pulak nak cari beg... Tengah jalan-jalan masa kat luar Watsons, aku ternampak seorang perempuan ni. Eh, macam kenal... Lama aku perhati, rupanya itu ahli kumpulan Step, peserta Gangstarz 2 2008 dari Thailand. Aku memang ikut Gangstarz dari awal [sebab aku suka bila rancangan ni menampilkan muhibah antara negara-negara ASEAN]...

Agak segan nak mintak bergambar. Jadi, bila dah lama tu, aku dengan budak-budak ni jumpa Santa [Santhawan], interpreter Step... Mintak bergambar... Jadi, jom bergambar...hehe

Photobucket  

Dengan kumpulan Step [Thailand...]

 

Photobucket  

Peace.. Dalam byk2 tempat, SACC jugak tempat Step shopping... Apala yang ada kat sini.. huhu.. Tapi, ingatkan diorang dah balik Thailand... Ada lagi diorang ni rupanya.. ;p .. Yang tangkap gambar-gambar ni, Santa...

Saturday, 05 July 2008

[Fotolog] : McDonald's Mc Delivery, Penutup besi...

Ni adalah entri aku yang terakhir dalam musim cuti semester. Petang nanti nak balik dah... Aghh... Malasnya nak balik... Seronok pulak rasanya cuti 2 bulan kali ni. Sepanjang aku cuti semster, nilah cuti yang aku paling liat sekali nak balik.. huhu.. Dahlah nanti tak dapat tengok Gangstarz [huhu..], lepas tu nanti dah jarang jumpa si Black... Tapi, takpe.. Sebab rumah aku dengan rumah sewa aku cuma beza 20 seksyen je..huhu..
 
Hari Isnin ni dah start kuliah balik. Jadi rasa malas sangat nak perah otak balik. Lepas tu, nanti mesti aku dah jarang hapdet blog ni [tapi aku akan tetap cuba hapdet bila ada masa..! hehe..]. Member-member dengan Geju yang selalu jenguk blog ni pun silap-silap boleh lupa kat aku. Yelah..mana la tau sekali Ame [Naps], Kak Tiny, Kak Hana tiba-tiba dah tak ingat langsung kat aku ke...huhu... Janganlah korang lupakan aku... ;p
 
----
 
Tengah malam semalam [dalam 2 pagi] aku dengan Ijat tiba-tiba teringin nak makan McD... Kitorang pun call la 1300-13-1300. Lepas dah habiskan RM 2 kredit fon aku untuk 2 minit panggilan yang dibuat, alangkah hampanya kami bila McDelivery cuma hantar sampai Seksyen 25 je dalam kawasan Shah Alam.
 
Bengang betul kitorang. Mana taknya. Pizza Hut hantar sampai Seksyen 27. Seksyen 28 diorang kata tak dapat hantar. Padahal Seksyen 27 dengan 28 jaraknya cuma 20 langkahan kaki aje! Lepas tu, McD hantar sampai Seksyen 25. Maknanya smpai Sri Muda. Padahal ada Restoran McD baru kat Seksyen 26. Dari Seksyen 26 punya McD ke rumah aku, kalau naik motor tak sampai 10 minit pun. Lagi-lagi tengah-tengah malam. 
 
Apa yang susah sangat dioang nak buat delivery sampai Seksyen 28 pun aku tak tahu. Kitorang pun patutnya berhak jugak dapat hak macam penduduk kat Seksyen-Seksyen lain... Ish.. bengang2... :p
 
Photobucket  
 
 
Satu lagi al-kisah. Pencuri besi ni dah makin menjadi-jadi. Tengah malam semalam, balik dari ATM Maybank Petronas [transfer duit sebab aku beli beg dari ebay..hehe]... aku nak parking kereta masuk dalam rumah. Sekali bila aku tengok penutup longkang orang depan rumah aku, aik... dah lopong. Lepas tu aku pun bawak kereta sepanjang jalan rumah aku, tengok-tengok satu jalan dah tak ada penutup longkang [kecuali rumah aku sebab memang tak ada penutup longkang, rumah Cik Sofie sebab dia letak pasu besar atas penutup longkang rumah dia, dengan rumah Auntie Cina]...
 
Aku rasa Shah Alam kena ikut DBKL. Tukar penutup longkang besi kepada konkrit atau reinforced fibre plastic... Haih.. Entah bila penyangak2 tu buat kerja entah...
 
Photobucket  
 
Photobucket  
 
Photobucket  

[Fotolog] : Bola, kucing, kad debit...

Esok ada Piala Sultan Selangor kat Stadium Shah Alam. Jadi kalau sesiapa yang nak tengok pemain pilihan Selangor dengan veteran Selangor macam Akmal Rizal, Amri Yahyah, Indra Putra Mahayuddin, Santokh Singh, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, dan lain-lain beraksi malam esok, pergilah beli tiket. RM 5 aje... Ada jual dekat Concorde Shah Alam, Quality Hotel Shah Alam, Quality Hotel KL, ngan Hard Rock Cafe KL. [macam promoter pulak..hehe..]. Aku mungkin pergi dengan budak2 Seksyen 8 kot... Tiket dah ada dah..hehe..

Photobucket  

 

Lepas tu, hari Khamis lepas [3 Julai], aku pergi Klinik Haiwan Kesayangan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Petaling kat Seksyen 15, Shah Alam. Sebab Black kena buat follow-up. Hari tu doktor kata, lepas 2 minggu kena bawak kucing tu balik. Jadi aku ngan famili aku pun pergilah dalam hujan-hujan tu. Bila sampai, doktor tengok dah ok sikit. Cuma ada kutu kucing sikit lagi. Luka-luka dah tak ada dah.

Jadi, doktor bagi ubat kutu yang meresap dalam salur darah punya [2 minggu lepas bagi injection]. Lepas tu kucing tu selsema. Doktor pun bagi lah ubat selsema yang ada antibiotik sekali dengan vitamin b-complex. Gilerlah, kalah manusia... Huhu... Ubat tu ubat pil. Jadi, mencabar jugaklah nak bagi dia makan...huhu.. Jadi, semua sekali RM 30... Fuh..kalau pergi Klinik Komuniti Seksyen 7 tu, macam-macam ubat untuk manusia pun baru RM 1..haha.. Ni pun nasib baik klinik haiwan kerajaan.. Kalau swasta....

Photobucket  

 

Balik dari klinik kucing, singgah Maybank. Sekarang untuk akaun baru, Maybank bagi Kad Debit Visa Maybank. Dia dah tak bagi kad ATM yang warna kuning tu. Sebab teruja tengok Idzrin [adik aku] dapat kad tu, aku pun nak tukar la. Sebab kad tu cantik. Lepas tu Visa lagi. Jadi aku fikir, mesti boleh guna untuk beli barang online dengan guna untuk PayPal.

Lepas buat kajian, aku dapat tahu nak tukar dari kad ATM asal ke kad Visa Debit ni, kena bayar RM 12. Aku pun tak kisahlah.. Tapi bila dah tukar, alangkah kecewanya aku bila aku dapat tau yang Maybank Visa Debit Card ni tak boleh guna untuk online payment dengan PayPal... Kecewa..kecewa... Jadi korang yang nak pakai kad ni untuk transaksi online, aku rasa buat masa ni lupakanlah dulu.. Kalau nak pakai debit card untuk Paypal dengan online transaction, aku cadangkan korang guna sama ada Tunemoney Visa Prepaid Card atau bukak akaun dengan Al-Rajhi Bank [RM 20 aje...] dan guna kad debit Visa Al-Rajhi...

Photobucket  

All the posts