Sunday, 20 December 2009

[Fotolog] : Selamat tinggal BLS, Selamat datang LL.B...

Lepas result kua, aku tak update2 blog ni... Tak sempat..huhu... Result aku sem ni menurun. Tapi, aku still bersyukur. Sebab aku tak yakin dengan satu paper ni. Aku tak dapat jawab Part A 2 soalan dengan satu soalan Part B. Tapi, alhamdulillah, lepas gak paper tu. Tu pun cukup2 makan. Kalau tak, haih, jenuhla aku..

Jadi, dengan keluarnya result Part 6 aku, maka secara rasminya aku dah pun tamat program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang [Kepujian] UiTM Malaysia, Shah Alam atau bahasa omputihnya Bachelor of Legal Studies [Hons], [BLS (Hons)]. Alhamdulillah... tamat pun pengajian. Hehe... InsyaAllah aku akan dapat 2nd class upper degree. Kenapa tak 1st class honours? hehe.. Sorila.. tapi aku masih belum layak.. ;p InsyaAllah, takde aral melintang, tahun depan konvonya.

Kerja? Eh, belum lagi.... Jauh lagi perjalanan aku. Kalau ikut, dengan degree BLS ni, aku dah boleh kerja. Tapi, degree law 3 tahun ni hanya membolehkan aku kerja sebagai Legal Advisor, in-house legal advisor, consultant atau paralegal je. Kalau nak jadi DPP, peguam, atau majisteret, aku perlukan satu lagi kelulusan: Ijazah Sarjana Muda Undang-undang [Kepujian] atau Bachelor of Laws [Hons], [LL.B (Hons)]. Kalau kat IPTA lain, degree law 4 tahun tros. Maknanya tros wat LL.B [Hons]. UK grad plak degree law sane 3 thn + setaun Certificate in Legal Practice [CLP] kt sini.

Tapi, kat UiTM, sebab kitorg inherit sistem British [sbb dulu UiTM wat external LLB ngan UoL], kitorg wat degree law 3 thn dan sethn LL.B [Hons] dikira professional degree. Jadi, kitorg kena dpt offer letter dr UiTM, bru leh wat LL.B [Hons]. Kalau x dapat, takde rezki la maknanya. Jadi, result LL.B keluar hari Khamis baru2 ni [17 Disember 09]. Katanya kuar kul 11 malam. Tapi, kul 10 pas aku ajar tuisyen kat Pusat Tuisyen Karisma Alam Megah, Akmal mesej aku ngan Ida call aku. Rupanya result application LL.B kitorg da kuar...

Aku pun check guna enpon adik aku [pasal laptop bapak aku banned 3 hari].. Bismillah...

Dan alhamdulillah, aku dapat tawaran untuk wat LL.B [Hons] lagi setaun kt UiTM. Jadi, selamat tinggal BLS, selamat datang LL.B. Selamat tinggal t-shirt2 dan jeans, selamat datang kemeja, blazer ngan tie... Haha


p/s: Untuk program LL.B [Hons.] UiTM, hari2 kena pakai pakaian formal... O_o"

Tuesday, 08 December 2009

[Fotolog] : Dexter...

Sedar tak sedar, dah 6 bulan Dexter tinggal ngan aku. Dulu dia kecik giler... Pastu comot je. Aku amek dia dari 24secv, ahli petfinder.my. Dexter ni asalnya kucing terbiar. Pastu brader 24secv [Azhan Yusof] jaga dia, bagi makan minum sumer. Aku plak mmg teringin nk kucing. Skali tgk kat petfinder, brader ni tgl kat seksyen 7. Tros aku ajak Ijat [adik aku] pegi amek dia. Dan sekarang dia dah membesar jadi seekor kucing yang besar dan sihat. Hehe...

Dulu2 [Jun 09]:

5460-16930-m

 

5460-16933-m

5460-16931-m

6963-23923-m

 

Sekarang [Disember 09]:

 

DSC00224

 

DSC00225

DSC00236

DSC00227

53YXYYZ5E7YU

2277YN2JM3XS

Monday, 07 December 2009

[Fotolog] : Satu dua tiga...

Dah lama tak update blog ni kan? Huhu.. Lepas dok tangguh2, akhirnya rini berjaya gak aku update blog ni.

Satu...

Masa bulan puasa baru2 ni, aku ngan Akmal join Yayasan Salam punya program. Program Kacau Dodol Amal anjuran Media Prima ngan Yayasan Salam. Buat kat perkarangan Sri Pentas. Best. Dapat bukak puasa makan sedap [ke aku yang lapar??haha...-siap tapau lg..], dapat tgk konti radio, jalan2 dalam Sri Pentas ngan jumpa kawan2 baru dak UNISEL ngan UIAM. Kat bawah ni ada gambar2. Dah lama nak taruk tapi tak menyempat2...hehe

 

DSC00317

Geng2 dak UIAM kacau dodol...

 

 

DSC00318

Dodol masa mula2.. 'Cayor' je..huhu

 

 

DSC00319

Akmal ngan dak2 UIAM...

 

 

DSC00321

Sebahagian dari tim kawah kitorg... Kitorg majmuk. Sume background lain2..hehe

 

 

DSC00323

Akmal ngan Durai.. mai dr Semenyih... ~Satu Malaysia! [nyanyi dengan rentak Alex]~

 

 

DSC00325

UiTM, UNISEL, UIA, UM, dan BEKERJA dalam satu foto =)

 

 

DSC00326

Lepas 8 jam kitorg tunggu, akhirnya siap pun dodol tim kitorg. Kawah paling last siap.. haha.. Ni nga korek dodol tu...

 

 

DSC00327

Nasib baik masa ni puasa.. Kalo x mmg sume hbs masok mulut je ni..hehe

 

 

DSC08120

Konti FlyFM...

 

 

DSC08123

Konti OneFM...

 

 

DSC08131

Skali lagi..>~Satu Malaysia!~ Haha..

 

 

DSC08132

Ally Iskandar ngan Liza UNISEL...

 

 

DSC08133

Ally Iskandar ngan aku ngan Akmal... macam apron pemotong daging la..hahaha

 

 

DSC08135

Santapan berbuka... =D

 

Dua

Lepas setahun lebih aku tunggu, akhirnya bulan September baru2 ni, aku dapat cek nuffnang aku yang pertama! Best2!! Hehe

 

DSC00328x

 

DSC00329x

 

DSC00331x

 

Tiga

Bulan puasa baru2 ni, ada bukak puasa Sekretariat Mahasiswa Fakulti, FUU kat 'Restoran Bawah Jambatan', Padang Jawa.

 

DSC00295

DSC00296

DSC00438

DSC00439

DSC00441

DSC06324

p/s: Kepada Akmal Hamsidi... sori bro.. kredit takdak la..huhu.. Tapi macam best roti arab ngan susu sejat.. heheh.. ;D

Friday, 30 October 2009

[Fotolog] : The big day...

Photobucket

Caption gambar: 'Cubicle' aku kt rumah sewa... =)

 

The big day is today.

Masa: 2.45 pm - 5.45 pm. Subjek: Law of Associations II. Tempat: AL 622-624.

Ya. Hari ni permulaan untuk peperangan aku dan rakan2. Penat lelah satu sem ni [wah! rajin budak ni...haha] akan bermula esok. Sekarang dah pukul 2.40 pagi, tapi aku, Akmal ngan Aiman still ngah baca notes2 ngan cases untuk subjek esok. Takut2...hehe

Mau tak takut, dalam lagi 12 jam, final exam kitorg untuk part 6 akan bermula. Exam yang akan menentukan masa dpn kitorg nih. Kalau lepas [insyaAllah] akan masuk program LL.B (Hons.), professional degree kat UiTM untuk membolehkan kitorg practice law nanti.

Kepada semua, tolong sangat2. Di samping kitorg berusaha, tolong la doakan aku ngan kawan2 yang lain.

Dan kepada bro Zafi, thanks for the wish. InsyaAllah i'll try and do my best for this exam. Memang target 3 pointer, tp even kalau tak dapat pun, I'll be satisfied with an all-passed marks. Hehe.. Tapi, insyaAllah, saya akan buat yang terbaik dengan usaha yang ada ni.. =)

Ok. Nak sambung stadi. Tonight's gonna be a very long night for us... ;)

02:44 Posted in [Fotolog] | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: exam, final, uitm, law, seharian

Thursday, 29 October 2009

[Fotolog] : Alhamdulillah, Astaghfirullah...

Photobucket

Tajuk bajet macam lagu nasyid..

Alhamdulillah, sebab akhirnya aku ngan Akmal berjaya menyiapkan assignment terakhir kitorg untuk semester ni, assignment jurisprudence baru kejap tadi. Lepas ni, no assignment!! =) [~suke2..hehe]

Astaghfirullah, esok dah stat exam??!! Pastu kitorg rase kitorg mcm tak stadi apa je lagi ni. What the...?? [Mcm Rem plak.. ;p] Adoi2... Cuak nak exam kali ni. Penentu masa depan nih. Lagi hebat dari SPM... huhu. Mak aku kata, tak dapat 3 pointer pun tak apa... Janji tak repeat.

Betul gak. Kalau repeat...[termenung jauh]

Kena berubah ni. Kita tido dulu. Kena gi stadi nih! Jom2!

Tuesday, 27 October 2009

[Fotolog] : Through my window...

Nga buat assignment juris. Skali terasa mcm nk cari sapekah gerangan band yg nyanyi lagu utk iklan everyone connects.  Pasai aku suka lagu ni... =) Kalo siapa2 tgk iklan everyone connects powered by TM, yg ada dua paperdoll bercinta tu, video tu pakai lagu ni la... Lagu ni Bunkface nyanyi. Tajuk dia, Through My Widow Window... Enjoy!


Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Download lagu full kt sini...

Kalau nak download utk ringtone atau versi iklan [pendek], sini...

Tuesday, 08 September 2009

[Fotolog] : A&W dan Laskar Pelangi...

Memang giler la kitorang ni. Aku duit pun bukan ada sangat. Tapi, tengah malam semalam aku ngan budak2 rumah aku [Akmal, Aiman dan Ramzi] buat kerja giler lagi.

Pukul 12 lebih tengah malam, kami pergi A&W Drive-In PJ kat depan Amcorp Mall tu lagi. Kiranya, dah 2 minggu berturut-turut kami pergi sana. Dah tu, aku makan Set 5. Burger apa ntah nama dia. RM 9.

Ingat nak makan Volcano Burger lagi. Tapi, sebab dah makan minggu lepas. Hehe... Sudah-sudah lah tu. Nasib baik Isnin depan dah tak cuti dah. Kalau tak, memang kami jadi pelanggan mingguan tetap A&W. Haha...

DSC00285

Akmal makan waffle aiskrim. Sedap!

DSC00284

Aku punya. Kat belakang tu Aiman punya Mozza burger...

DSC00286

Mozza burger lesap. Aku punya pun lesap.. Haha

---

Baru lepas tengok filem Laskar Pelangi. Aku teringin nak tengok dari tahun sudah lagi. Tapi, tak dapat-dapat videonya. Sampailah hujung minggu lepas, baru aku dapat copy filem ni.

Cerita dia sangat menarik. Memang sumber inspirasi. Pada aku, anak-anak muda yang tengah bersekolah semua wajib tonton filem ni. Cuma, berdasarkan keadaan sekarang, aku tak rasa mereka akan tertarik nak tonton filem bergenre macam ni. Yelah. Filem ni bukan filem hiburan 100%. Filem ini terselit banyak perkara yang boleh kita teladani.

Aku suka latar filem ni. Berlatarkan Pulau Belitong, kawasan tu cantik sekali. Indah sungguh. Pantainya putih. Lautnya jernih. Memang syok lah.. Hehe. Satu lagi, aku suka dialog filem ni. Sebab filem ni menceritakan tentang kisah anak-anak Melayu yang tinggal kat Pulau Belitong, bila dengar diorang bercakap, terasa dekat dengan kita.

Siapa yang belum tengok filem ni, tengoklah... Kalau mak2 atau ayah2 tu, tengoklah dengan anak-anak. Biar diorang nampak, betapa besarnya nilai pendidikan kepada kehidupan kita. Biar budak2 sedar lepas tengok betapa tingginya dedikasi anak-anak yang bersekolah kat SD Muhammadiyah Gantong nak timba ilmu pelajaran.

Satu kata2 yang masih terngiang2 kat telinga aku lepas tengok filem ni...:

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya... Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya..."

laskar-pelangi

Gambar hakcipta: http://thejediorder.wordpress.com/

Monday, 07 September 2009

[Fotolog] : Aku pun nak jadi pembantu rumah!

DSC00281

Pembantu rumah aku, Een tengah buat kerja. Dia setuju dengan cadangan gaji RM 800. ;p

Kadang-kadang, orang yang bagi apa-apa cadangan, diaorang tak pernah fikir pro dan kontra cadangan tu kan? Dulu nak letak gaji minimum pembantu rumah RM 600 sebulan. Sekarang cadangan baru, gaji minimum untuk pembantu rumah RM 800 sebulan. Bukan sikit ni. Rm 800 tu!

Kadang-kadang aku rasa cadangan demi cadangan yang ada pada hari ni makin mengarut. Makin tak masuk akal. RM 800. Pergh! Aku pun nak jadi pembantu rumah kalau macam tu. Haha...

Bukannya aku tak puas hati dengan gaji setinggi tu. Tak. Aku faham yang kadang2 ada majikan yang teruk, bayar gaji pembantu rumah tak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Tapi, masalahnya ialah tak semua pembantu rumah berhak dapat gaji setinggi RM 800 sebulan.

Ingat... RM 800 bukan jumlah yang kecik. RM 800 tu gaji bersih tau. Makan, minum ditanggung. Bil air, bil elektrik ditanggung. Kiranya RM 800 tu memang gaji penuh. Cuma, bila ada pembantu rumah yang tak tau buat kerja, layak ke dia diberi RM 800?

Ada pembantu rumah, macam yang dari Indonesia, SMA [Sekolah Menengah Atas] pun tak habis. Membaca dan menulis pun tak tau. Ada sesetengah tu, agen yang uruskan penghantaran ke Malaysia, tak bagi kursus yang ekstensif kat bakal2 pembantu rumah. Akibatnya, nak gosok baju tak tau, basuh baju tak tau...

Kalau semua tak tau, patut ke nak bagi RM 800 sebulan?

Gambar hakcipta aku.

[Fotolog] : Mengarut!

mb-rapidkl-img6798

Aku faham. Pengangkutan awam, terutamanya yang pakai minyak macam bas dan teksi, dah dibenarkan naik tambang, sebab harga tambang dah lama tak disemak. Tapi, kalau harga tambang dah jadi melampau, mana boleh tahan! Entri kali ni aku tujukan khas untuk syarikat bas RapidKL.

Masa tambang lama dulu, harga pas harian untuk bas utama [contoh: Sek 2 Shah Alam ke KL] RM 2 untuk sehari. Pas harian untuk bas tempatan [pelekat hijau] RM 1 sehari. Bas bandar [pelekat merah] RM 2 sehari. Jadi, macam aku dari Seksyen 8 nak ke rumah aku kat Seksyen 28, aku naik bas tempatan dan tambang cuma RM 1. Sama jugak dengan kawan2 aku yang naik bas nak ke kampus.

Lepas tambang dah naik, tambang bas utama ikut zon. Contoh dari Sek 2 ke KL, tambang RM 3 sehala. Jadi pergi balik = RM 6. Aku tak kisah sangat dengan bas utama. Sebab secara teknikalnya, sebelum RapidKL perkenalkan sistem pas harian, tambang pergi balik Sek 2 ke KL ialah RM 5. Tapi, aku sangat tak setuju dengan struktur tambang baru untuk bas tempatan.

Dengan tambang baru ni, bas tempatan tetap RM 1. Tapi, tambang tu tambang sehala. Maknanya setiap kali naik bas, kena bayar tambang RM 1. Jadi, cuba korang bayangkan kawan2 aku yang kena naik bas ke kampus. Katakan dia duduk Seksyen 8. Dari Seksyen 8 ke Seksyen 2 = RM 1. Dari Seksyen 2 ke dalam kampus RM 1. Pergi balik = RM 4. RM 4 kali 5 hari = RM 20. RM 20 kali 4 minggu = RM 80. RM 80 diorang kena spend untuk tambang bas saja.

Macam aku lagi la. Kalau nak beli Rapidpass untuk bas tempatan yang harga RM 40, rugi, sebab aku jarang naik bas. Jadi, nak tak nak, kalau aku nak balik, aku kena bayar cash. Tambang untuk balik rumah aku dulu RM 1 je. Sekarang, dari Seksyen 8 ke Hentian Pusat Bandar = RM 1. Hentian Pusat Bandar ke Seksyen 15 = RM 1. Dari Seksyen 15 ke Alam Megah = RM 1. RM 3 untuk perjalanan dalam kawasan Shah Alam je!!! Dah la bas lembab! Baik aku duduk KL kalau tambang aku sama dengan tambang ke KL.

Sebab tu, pada pandangan aku, bas utama nak naik tambang takpe, tapi kekalkan sistem lama untuk bas tempatan. Sebab yang naik bas bukan orang kaya. Orang kaya tak naik bas. Jadi, kesian diorang nak kena keluarkan duit yang banyak untuk tambang aje. Lepas tu kerajaan pulak selalu bagitau statistik, pengguna pengangkutan awam kat Malaysia rendah. Kalau sistem bagus, tambang lebih sikit, orang tak kisah. Masalahnya, dah la bas SELALU lambat, tambang mahal pulak tu...! Macam mana rakyat nak guna pengangkutan awam??

Fikir2kan la...

Gambar hakcipta: The Digital Awakening

Thursday, 03 September 2009

[Fotolog] : Provokasi melampau...

Aug 29 09 - MKini - Cow Head 3

Kejadian kat Bangunan SAAS hari Jumaat lepas betul-betul mengejutkan aku. Macam tak percaya, kejadian macam tu boleh berlaku lepas 52 tahun kita merdeka. Aku jarang baca surat khabar. Jadi, aku agak ketinggalan dalam isu-isu semasa ni. Sampailah masa aku balik rumah hari Sabtu lepas, dengar bapak aku cerita dok sebut kepala lembu, kepala lembu. Aku tak faham. Tapi, bila aku selak balik surat khabar kat rumah aku malam tu, baru aku faham.

Aku malu dan marah dengan kejadian tu. Pertama sekali sebab benda ni jadi kat Shah Alam, tempat aku. Aku faham, diaorang ada hak nak protes sebab pemindahan kuil tu nak dibuat kat kawasan majoriti orang Islam. Jadi, mestilah diorang tak puas hati sebab tak nampak rasionalnya nak dipindahkan ke Seksyen 23. Asalnya nak pindah dari Seksyen 19 ke Seksyen 22. Seksyen 22 tu kawasan perindustrian. Jadi, sebab nak bagi senang orang pergi, kuil tu nak dipindahkan ke Seksyen 22. Dalam hal ni, pada aku patutnya kerajaan negeri kena bincang dengan penduduk dulu. Dari apa yang aku baca, perbincangan tak dijalankan dengan serius.

Betul, memang semua kaum ada hak untuk rumah ibadat. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(3)(b) sendiri ada peruntukan yang setiap agama berhak menubuhkan institusi untuk tujuan agama atau kebajikan. Cuma, bila ada ketidakpuasan hati, kerajaan dan penduduk kena berbincang. Cari penyelesaian yang konkrit.

Tapi, walau macam mana tak puas hati pun penduduk Seksyen 23, tindakan orang yang berprotes depan Bangunan SAAS tu sangat melampau. Kita sendiri tahu, lembu adalah haiwan suci agama Hindu. Sejak kecil, masa sekolah rendah kita didedahkan dengan kepelbagaian kaum dan agama, dan kita semua tahu tentang kesucian lembu dalam agama Hindu. Jadi, bila diorang protes bawak kepala lembu yang dah mati, sambil pijak kepala lembu tu, tak ke melampau namanya tu? Seolah-oleh nak provok penganut agama Hindu. Sedangkan dalam bab makanan pun, kalau ada kawan-kawan beragama Hindu, kita selalu bagitau dia, "Ni u tak boleh makan. Ada daging".

Jadi sebelum terlambat, tindakan kena diambil. Kita dah merdeka setengah abad, sepatutnya kita sepakat, senada, sebagai bangsa Malaysia. Hormat antara satu sama lain. Bukannya semakin menyemarakkan api perkauman. Takkan kita nak 13 Mei 1969 berulang. Dalami kepelbagaian yang kita ada, hidup rukun sebagai satu keluarga. Kita dah cukup bertuah dapat tinggal kat Malaysia. Jadi jangan sebab satu tindakan bodoh, tuah yang ada menjadi celaka.

Gambar hakcipta: Malaysiakini.

All the posts